Saturday, August 6, 2011

SIAPA YANG MENGGALAKKAN KRISTIANITI BERLAKU - BAGAIMANA MENGATASINYA

Assalamualaikum Pembaca budiman.

Kapak ingin menyorok tajuk didada akhbar hari ini yang mengisahkan proses KRISTIANITI itu berlaku di dalam masyarakat Melayu Islam. Dimanakah kesilapan dan ketirisannya. Perkara ini wajar diambilkira dengan seserius mungkin dan Kapak mengusulkan agar Perdana Menteri selaku ketua Negara untuk mengetuai dan membincangkan perkara ini, dengan kepimpinan2 negeri2 termasuklah juga Kesultanan Melayu untuk mengatasinya dengan segera dan memastikan agar ia tidak berulang dan diambil kesempatan oleh pihak missionery kristian atau agama lain untuk mengembangkan sayapnya dan memurtadkan orang2 Islam serta menjejaskan maruah Islam dan Malaysia dimata dunia.

Kapak juga sependapat dengan berbagai komen pembaca dibawah, apakah yang telah terjadi kepada berbagai agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan Agama Islam dan orang2 Melayu Islam ini. APAKAH MISI DAN VISI ajensi2 ini ditubuhkan dan Siapakah yang menilai keberkesanan kepimpinan mereka dan juga kakitangan mereka? - Dimanakah tahap nilai NKRA mereka setiap tahun?. Prestasi mereka dan pencapaian mereka wajar dinilai dari segi apa? Apakah hanya berapa banyak wang zakat atau derma yang dapat dikutip dan dihasilkan? dan golongan mana yang nak dibantu, samada yang hanya dikenali dan ada pertalian darah dengan pemimpin2 mereka sahaja? Selain dari 8 asnaf yang telah gariskan.

Kapak merasakan dari segi proses yang ditetapkan tiada kecacatannya kerana ia telahpun mengikut garispanduan oleh Ijmak Ulamak mengikut yang ditetapkan didalam AlQURAN.Namaun apa yang menjadi "keharubiruan" adalah proses menilai dan memilih penerima zakat dan bantuan. Wakil2 yang telah diberikan tanggongjawab ini kebanyakannya hanya bertindak dan bekerja sambil lewa dan mengambilkira mana yang nampak sahaja dan mendengar cakapan orang tanpa menyediliki sendiri setiap golongan yang layak menerimanya.

Kekadang kita lihat warga emas yang pada pandangan mata kasar adalah wajar menerimanya TETAPI jika diselidiki dengan mendalam, warga emas ini mempunyai anak2 yang berjawatan tinggi dan mampu menyara kedua orang tuannya. Adakah wajar warga emas ini diberikan bantuan jika dibandingkan dengan IBU TUNGGAL yang punyai 4 anak bersekolah? Walau apa pun berkemungkinan juga pihak berwajib telah menyiasat bekas suami wanita ini dan mungkin bekas suami ini bergaji besar dan gagal memberikan wang saraan ataupun nafkah untuk anak-anaknya. Ingat walaupun telah berpisah, namun anak adalah tetap anak dan darah daging yang WAJIB DIBERIKAN NAFKAH dan mungkin penguatkuasaan Undang2 terhadap bekas suami ini gagal.

Untuk itu, walau apa pun natijahnya, adalah amat2 wajar setiap orang Islam mengambil berat atas perkara ini dan pihak berwajib juga perlu mengubah segala dasar-dasar lapuk yang ada, yang terbanyak sangat "BIROKRASI" nya. Apakah kita tidak malu yang punyai Perdana Menteri yang beragama Islam dan punyai Kesultanan Melayu yang beragama Islam dan Pemerintahan Islam yang kita laksanakan, TETAPI amat2 malang rakyat Islamnya terpaksa menerima bantuan kehidupan dari missionery GEREJA. Adakah kita tiada maruah? Marilah kita sama-sam fikirkan!.

TERIMA KASIH.

SOROTAN AKHBAR AHAD 7HB. OGOS, 2011.

Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.
“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

SEBAHAGIAN REAKSI PEMBACA

Senarai komen

Buluh Perindu
'di telan pahit di buang sayang...."Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul,....'
suhairi
Ada mesej yang jelas kpd sejauh mana Baitulmal berfungsi kepada kemaslahatan umat islam yang memerlukan bantuan.
esma
Wahai orang Baitulmal N. sembilan jangan nak duduk terbelek-belek dokek korusi ompok tuuu...bangun doreh. Heboh nak jago prosedur kojo dan ISO yoo... hari hari. Sampai umat Islam yang susah jadi mangso...

Othman

Namapaknya bantuan yg diberikan oleh pihak gereja tersebut mempunyai agenda yg tersendiri.Puan Nur,perlulah berhati-hati agar aqidah anda tidak terpesong.....kepada pihak BaitulMal..jgnlah berdolak-dalik dlm soal memberikan bantuan kpd mereka yg benar2 memerlukan...jgn sampai disebabkan masalah kemiskinan aqidah umat Islam tergadai....menjadi tanggungjawab besar pihak Baitulmal utk mengatasi masalah ini....

suffian

Kes seperti ini seharusnya membuka mata & mendapat perhatian yg serius terumanya kepada pihak yg bertanggungjawab spt pihak Baitulmal. Jgn sampai saudara seIslam kita sendiri termakan pujuk oleh mereka yg cuba utk mengambil kesempatan.

Sham

Pihak berwajib khususnya Baitulmal perlu peka dan ikhlas dalam melaksanakan amanah terhadap mereka-mereka yang memerlukan

Hj Zaki

Saya tidak mahu membahaskan tindakan licik untuk memurtadkan umat Islam, tetapi mahukan pembahagian hasnaf oleh Baitulmal dikaji semula, iaitu kurangkan membina bangunan tetapi lebih memberi sumber/bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sudah tiba masanya kadar pemberian bantuan itu dinaikkan mengikut peningkatan kadar inflasi dan sara hidup semasa. Tambahan lagi, para pegawai Baitulmal lebih peka kepada para ibu tunggal, mualaf, fakir dan sebagainya kerana mereka ini lebih mudah terpedaya dengan bantuan kewangan dari golongan yang cuba memurtadkan mereka.

IZZUDDIN ALI

Kita ada Baitulmal, Pusat Zakat Negeri, YADIM, YAPEIM, dan entah apa lagi nama yayasan di bawah NGO, tetapi karenah birokrasi menyukarkan bantuan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Ketika itulah missionary menggerakkan jentera mereka.

No comments: