Sunday, August 14, 2011

SELALU SANGAT KITA MELIHAT KESALAHAN ORANG LAIN DARI MEMBETULKAN DIRI SENDIRI - BERUBAH DEMI KECEMERLANGAN ISLAM

PEMBACA YG BUDIMAN.

Marilah kita sama-sama turut memberikan buah fikiran terhadap isu ini yang sedang panas dan bergelora. Kita wajar ambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Dan sekali lagi KAPAK tetap berpendirian sejak dari dulu lagi dan masih berlandaskan terhadap komen2 KAPAK yang lepas2, bahawa kesilapan dan kekurangan adalah dari kelemahan manusia yang mengawal dan merancang serta mengurus zakat itu sendiri.

Memang kita tidak menafikan bahawa segala yang telah termaktub itu adalah mengikut bentuk dan panduan berdasarkan naz-naz AlQuran dan juga Hadith2 shahih. Namun, peredaran zaman telah mengkehendaki, bahawa seseuatu itu perlu di rungkai mengikut masa dan tempat serta juga golongan sasar. Dan golongan sasar ini juga berbagai bentuk dan rupa dan bila dikaji2 itu mereka juga amat2 layak dibantu, dan bagaimana pula pihak berkuasa wajar dan ingin melaksnakannya. Tentulah ianya wajar dibawa ke mesyuarat ijmak ulama untuk memutuskan sesuatu perkara terkini dan wajar diberikan perhatian segera. Jangan disebabkan prosedur dan syarat2 tersebut membuatkan kita mati akal untuk menguruskan zakat serta mencari golongan sasar yang wajar diberikan.

Allah telah menganugerahkan akal dan fikiran, maka gunakanlah ia untuk membawa kepada kebaikan masyarakat setempat dan bukan sebaliknya. Jika ada pra-syarat yang agak membebankan dan meremehkan wajar dipinda dan bawalah kepengethuan jawatankuasa pindaaan enekmen. Bukahkah mudah jika kita yang diberi tanggungjawab itu senantiasa alert akan sesuatu perkara yang timbul. Tanggungjawab untuk mengurus dana zakat adalah satu tugas dan amanah yang amat2 dituntut dan pengendaliannya juga wajar diberikan perhatian yang serius dan menminimakan birokrasi adalah amat2 dituntut.

Isunya sekarang adalah birokrasi yang ditimbulkan oleh kumpulan2 yg dilantik bagi mengenalpasti golongan sasar. Jadi, disinilah pembaikpulihan dan reengineering perlu dilaksanakan. Jangan disebabkan satu perkara yang disulitkan itu TELAH mencacatkan satu institusi yang telah dimegahkan sejak sekian lama. Jangan disebabkan nila setitik menyebabkan kita buang segala susu yang ada. Perbaikilah dimana cacatcelanya, dimana maruah kita sebagai penganut dan bangsa Islam tidak dipandang rendah dan serong. Kita banyak DANA2 berbentuk wangringgit dan juga asset, dan sudah pasti saya rasa kita mampu untuk menolong dan menaiktaraf golongan miskin dan fakir ini. Cuma cara bantuan itu kenalah betul dan profit oriented, makna profit oriented disini adalah kita menolong dengan memberikan kail bukanlar pulak hanya belikan mereka ikan, bila ikan dimakan tiada lagi ikan untuk hari2 mendatang. Biarlah kita bantu itu lebih sedikit, kerana yang lebih itu akan membuatkan mereka tidak datang2 lagi meminta simpati kerana mereka sudah boleh berdikari.

Jangan kita megah dengan jutaan dana yang kita ada, namun diwaktu yang sama kita punyai golongan/kumpulan fakir miskin dimerata tempat yang memcacatkan maruah ISLAM itu sendiri. Oleh itu, para penjawat yang diberi amanah, lakukanlah kerja dengan penuh amanah dan ikhlas dan meletakkan "GOAL" kita sebagai "ZERO FAKIR MISKIN DIDALAM KAWASAN JAGAAN KITA' Jika setiap penjawat ini punyai misi dan visi sedemikian KAPAK yakin tiada lagi golongan fakir lagi didunia ini, walupun itu sesuatu yang mustahil. Namun bilangannya hanyalah sedikit. Terima kasih.


SUMBER DARI SINAR HARIAN ISNIN 15/8/2011.

Kaji mekanisme agihan zakat

SHAH ALAM – Mekanisme pengagihan zakat di negara perlu dikaji untuk dinikmati golongan sasar dengan mudah tanpa melalui sebarang karenah birokrasi.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa melui pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke RM200.

“Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri.

“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan juga canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya.

Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak mampu membantu fakir miskin.

“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan.

“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu, sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim.

“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang.

“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan di sinilah kita tewas,” katanya.

No comments: