Kapak, merasakan dan berpendapat untuk menyokong penuh tindakan POLIS didalam menentukan keamanan negara ini sentiasa berada di tahap yg OPTIMUM. Kapak juga yakin majoriti rakyat Malaysia juga berpendapat sedemikian. Jadi, untuk menuju ke arah itu, ADALAH AMAT WAJAR Polis bertindak mengikut batas-batas kewajaran untuk memastikan keadaan yang aman dan tenteram dalam terus dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Ia adalah menjadi tanggongjawab KEPOLISIAN.
Kapak mengesyorkan juga agar POLIS bertindaklah dengan yakin, berani dan professional terhadap mereka2 yang cuba membuat keadaan kacau-bilau atas nama DEMOKRASI yang telah dimainkan oleh puak-puak pembangkang. Lakonan2 seperti ini amat wajar di tontonkan kepada UMUM dan mereka yang melakukannya termasuk juga Kepimpinan Pembangkang yang memainkan sensitiviti ini wajar di TAHAN dan Dibawa ke Mahkamah dan AMAT WAJAR untuk di I S A kan.
Tian Chua dan Mat Sabu cuba mencabar POLIS, dan ini adalah individu yang betul2 menjadi perosak Negara. Jangan ditunggu lagi. Jangan kita sayangkan "Cacing-Cacing" seperti itu terus membuat Onar, dan sewajarnya kita sayangkan rakyat Malaysia yang lebih ramai di luar sana. Tangkap segera mereka dan sumbatkan di Penjara kerana mereka mencabar undang2 Negara. Pelaku dan Pelokon sepertiitu amat wajar di Hapuskan kerana amat2 memberi ONAR kepada Sistem KEPOLISAN Negara.
KUALA LUMPUR 22 Julai - Peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Shuhardi Md. Isa yang 'berlakon' meninggal dunia kerana sesak nafas adalah di antara individu yang sedang disiasat polis kerana terbabit dalam demonstrasi haram pada 9 Julai lalu.
Selain Shuhardi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat mereka yang dikaitkan membuat laporan palsu kononnya dikasari sewaktu menyertai perhimpunan haram itu.
Individu yang sedang disiasat termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar oleh kenderaan polis sedangkan pendedahan rakaman video oleh polis semalam jelas menunjukkan motosikal diboncengnya terjatuh sendiri selepas membuat pusingan U.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya menjalankan tugas sebagai sebuah agensi keselamatan secara profesional dengan menyiarkan video yang memaparkan situasi sebenar perhimpunan tersebut.
"Pengarah KDNKA (Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid telah memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan itu semalam.
"Justeru, kita yakin rakyat sendiri boleh menilai perkara tersebut. Kita juga sedang siasat semua individu yang dikaitkan dalam tayangan sebenar semalam," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Liga Balai Polis siri pertama 2011 di sebuah hotel di ibu negara hari ini.
PDRM semalam mendedahkan rakaman video situasi sebenar perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu bagi menangkis segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pasukan tersebut.
Antaranya tohmahan melibatkan Mohamad Sabu yang mendakwa dia dilanggar kenderaan polis, tindakan provokasi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua terhadap pihak polis dan kejadian tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin.
Turut ditayangkan adalah situasi Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata dan rakaman tindakan Shuhardi yang berlakon sebagai Baharudin.
No comments:
Post a Comment