Friday, December 23, 2011

KENAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PARA PELAJAR NEGERI PERAK BEGITU KELAM SEBELUM INI

Salam Sejahtera, sebelum Para Pembaca/Peminat Blog ini membaca artikel dibawah, silalah lihat dulu ulasan yang KAPAK ingin utarakan disini mengenai artikel tersebut. Diharap ANDA semua membaca dan memahaminya dengan hati dan perasaan yang terbuka!. Terima kasih.

1. Apa yang KAPAK ingin ulaskan disini adalah, kesan dan akibat terhadap pencapaian murid-murid di sekolah-sekolah di Negeri Perak yang begitu merudum sewaktu insan yang bernama, Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim masih memegang jawatan. Selaku orang yang di amanahkan untuk melaksanakan segala dasar dan agenda Kerajaan Pemerintah diketika itu, adakah beliau telah melakukannya dengan jujur, ikhlas dan amanah seperti apa yang beliau ingin canangkan kepada umum, bahawa beliau amat hebat dan sifar ketirisan?

2. Pada pandangan KAPAK, kalau kita tinjau dan lihat apa yang diungkapkan pada artikel dibawah ini, ia amat-amat mendukacitakan. Sebagai orang yang diberikan amanah untuk melaksana, maka jelas lah bahawa beliau telahpun melanggar perintah am selaku kakitangan kerajaan waktu itu. Cuba lihat ungkapan ini “Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran”. Apakah Negara kita hancur sekarang? Adakah Negara berada dalam keadaan yang amat teruk seperti Bangladesh & sesetengah Negara2 Afrika?

3. Berbalik kepada identiti beliau sewaktu memegang jawatan dalam Kerajaan dan pimpinan No 1 di Negeri Perak dalam Jabatan Pendidikan Negeri, sudah tentulah perangai dan tingkah lakunya itu di turuti atau mempunyai pengikut yang agak ramai diserata negeri. Oleh itu, Kapak meminta, agar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri2 membuat pemantauan khususnya terhadap Penjawat2 Awamnya ini, agar ketaksuban parti tidak mengatasi amanah yang diberikan didalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka wajar berpijak di bumi yang nyata dan kenal siapa kerajaan yang memerintah dan selagi pemerintah tidak menyuruh kamu berbuat kemungkaran dan kehinaan terhadap rakyatnya, ANDA wajib mentaatinya.

4. Kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri wajar mengujudkan satu biro khas [selain Nazir} bagi meneliti, memantau dan mengenalpasti penjawat2 awam yang ingkar dan tidak amanah didalam melaksanakan tugas dan memastikan murid-murid di Negeri Perak mencapai peratusan keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Pemantauan ini amat wajar dilakukan serta membabitkan NGO sebagai badan yang bebas dan tidak “buyers” didalam menilai dan mengenal pasti identiti pelaku.

5. Moralnya disini, KAPAK mahu Penjawat Awam mahupun Guru-Guru benar2 menyusun strategi dalam melaksanakan dasar kerajaan yang telah disusun begitu molek demi kecemerlangan murid2 yang bakal menjadi anak watan bermoral, berintegriti dan berwawasan serta bakal menjadi pelapis pimpinan Negara dimasa akan datang.

Wallahuaklam

21 Disember 2011[ Dari blog ALFUTHUHAT ]
Umno Tidak Boleh Dipakai Lagi - Bekas Pengarah Pendidikan

Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man. -HD

No comments: