Saturday, March 31, 2012

MARI KITA CARI APAKAH JANJI KITA PADA ALLAH - ALAM ROH DI LUH MAHFUZ

Salam hujung minggu kepada sekelian pembaca blog yang budiman.

Didalam kita menikmati keindahan alam fana ini, kita juga wajar bersyukur dengan nikmat keAmanan yang diberikan oleh Allah SWT. Dari manakah "KEAMANAN" ini datang? Adakah ia hadir secara tiba-tiba atau mengikut nature Alam. Sebagai Umat Islam, saya yakin bahawa setiap Agama itu menyuruh umatnya untuk membuat kebaikan, agar kehidupan masyarakat menjadi aman damai dan ceria.

Dua (2) artikel saya sebelum ini juga menyentuh akan keamanan dan kedaiman hidup. KeAmanan dan Kedaiman ini bukan boleh datang dengan sendirinya , ia perlu diadun oleh semua ahli masyarakat disesuatu tempat dan perasaan "Ukhwah & Kasih-sayang" amat digarap untuk mendapatkan "KeAmanan Yg Hakiki".

Namun, masih terdapat segelintir manusia durjana yang suka mengadu-domba, suka memfitnah, berbohong dan yang lebih teruk dan zalim, sanggup menjadi "Petualang Negara" demi memperoleh "Kuasa dan Wang Ringgit". Tidak keterlaluan, jika saya menyatakan didalam dua artikel saya sebelum ini, bahawa "Pengkhianat Tegar" terhadap Kesejahteraan Negara adalah Ketua Pembangkang di Parlimen serta rakan2 sekutu yang sewaktu dengannya. Mereka menggunakan atas "Nama Demokrasi" untuk menghalalkan cara akan "Dakyah Regime Change" seperti yang mereka lakukan di Negara2 Islam lain di Semenanjung Tanah Arab dan juga di Negara-Negara Islam, Utara Benua Afrika.

Penggunaan alasan "Demokrasi Untuk Semua" inilah yang menghalalkan cara mereka untuk menakluki atau mengkucarkacirkan sesuatu Negara. Malaysia tidak terlepas dari gejala ini. Mari kita lihat segala macam Agenda Perosak yang sedang mereka lakukan seperti:-

A-  Bersih 1, Bersih 2 dan sekarang Bersih 3.
B-  Demontrasi Jalanan Pelajar Universiti - Ttg AUKU, PTPTN
C-  Perarakan Sokong Anwar Kes Liwat.
D-  Melebelkan Jabatan Kehakiamn, Polis dan Tentera Malaysia Perasuah
E-  Melebelkan Kakitangan Awam Malaysia Perasuah dan Pemalas [90% staff awam adalah Melayu]
F-  Suruhanjaya Pilihan Raya tidak adil dan penipu, dan sebaginya.

Semua tindakan2 di atas adalah untuk mengabui mata rakyat agar menjadi benci kepada Kerajaan dan meminta rakyat bangun untuk menjatuhkannya seperti mana yg berlaku di Iraq, Libya, Sudan, Algeria, Negiria dan seterusnya Syria dan juga tidak terkecuali Malaysia.

Jika kita amati siapakah DALANG di atas KECELARUAN, KEKECOHAN DAN ANTI-KERAJAAN INI? Ia adalah pihak Nasrani dan Yahudi - Jelas dalam Al-Quran telah dinyatakan siapakah mereka itu. TAPI, sayangnya Makhluk yg mengaku Islam dan kekadang digelar "Pak Sheikh" tapi gemar AL_BUNTUTI, adalah menjadi rakan IBLIS Tegar Nasrani & Yahudi ini. Dek kerana Gila Kuasa dan Wang Ringgit sanggup menongkah langit dan kercayaan/Iktiqoknya.

Ditambah sedih dan hiba pulak ia dibantu oleh satu PARTI yang berperinsipkan ISLAM iaitu Parti PAS telah bersekongkol dengan Makhluk Perosak ini. Sejak PARTI PAS dirasuki oleh kumpulan Anwarinas ini, PAS sudah menjadi PARTI Yahudi yg lebih dari YAHUDI.... Ia jelas, kerana berbagai fatwa dikeluarkan oleh Mursyidul Amnya yang kebanyakannya berfatwa IKUT SUKA AKU, Dia buat betul orang lain buat haram atau kafir. Inilah jenis manusia bersifat lebih binatang dari binatang.

Kenapa kumpulan2 ini berani bertindak sedemikian? Contohnya Si Dogol Nizar Jamaluddin yang sanggup membuat fitnah berbagai rupa serta membabitkan Pasukan Keselamatan Negara. Cubalah kita Rakyat Malaysia yg cintakan kedamaian ini berfikir secara waras... Kenapakah kumpulan ini berani bertindak sedemikian tanpa rasa malu dan patuh pada Undang-Undang Negara?

Jawapan Cupumas inilah adalah KERANA,

ADA FAKTOR KUASA KETIGA YANG SEDANG MEMERHATI DAN MEMBERIKAN SEGALA BENTUK BANTUAN KEWANGAN DAN MATERIAL UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN YANG ADA DENGAN MENHASUT DAN MENGKUCAR-KACIRKAN RAKYAT. MEREKA TIDAK PERLU MASUK BERSENJATA TETAPI WANG RINGGIT DIGUNAKAN UNTUK MEMBUATKAN RAKYAT BERPECAH DAN BERKELAHI. DENGAN CARA INI MEREKA AKAN PECAH DAN PERINTAH DAN MENYOKONG KEPADA KUMPULAN YANG BOLEH DICUCUK HIDUNGNYA.

Ingat, Wahai Umat Melayu dan Islam, sedarlah sebelum ia terlambat dan nasi sudah menjadi bubur. Apa yang penting sekarang, marilah kita kembali berpadu dan bersatu hati demi AGAMA ALLAH tercinta ini. Kita semua wajar sayangkan "TANAH JAWI" ini dan memohon kepada Allah agar menghantarkan tentera2 yg TIDAK Kelihatan- WALI2 ALLAH untuk sama-sama menjadi Kemerdekaan Tanah Jawi dari anasir pengkhianat Negara. 

Saya yakin akan datang Panji2 Allah untuk membantu dan  menurunkan BALA yang dahsyat di Amerika dan Negara2 Nasrani serta Yahudi di atas perbuatan mengadu-domba dan mengkucar-kacirkan kehidupan manusia di bumi Allah ini. Kita juga wajar berdoa agar pengkhianat Negara juga akan menerima balasan dan kutukan Allah. 


Marilah kita renungkan kembali ayat ini :-

"APAKAH JANJI KITA [ROH KITA] KEPADA ALLAH SEWAKTU DI LUH MAHFUZ?"


Jika setiap Manusia yang beriman itu Ingat dan belajar serta mencari apakah Janji2 itu, nescaya Dunia ini akan aman dari segala Kekufuran Nikmat Allah selama ini. Marilah kita sama-sama cari, Apakah janji2 itu?


Wallahuaklam.


Saturday, March 24, 2012

PAS MAHA ZALIM… BEKAS EXCO MENDEDAHKAN KEZALIMAN PAS!!!!?


Gelombang Maruah dan Jati diri orang2 Melayu sudah mula bercambah dengan suburnya…..! Jiwa nurani Umat Melayu Islam sudah mula sensitif dan kian terusik bila Islam dicaci dan dihina. Lantaran itu, mereka telah membuktikannya di Teluk Intan. Dengan kehadiran yg mencecah hampir 10,000 orang di Program Ceramah Perdana “Pemurnian Aqidah dan Selamatkan Aqidah Islam” di Arena Square MPTI, Teluk Intan Perak, malam tadi yang di hadiri oleh Ahli Panel yang hebat spt. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah dan YB Dato’ Dr Hassan Ali, mantan Pesuruh jaya PAS Selangor dan Adun Gombak Setia, yang di anjurkan oleh NGO - KESATUAN ANAK-ANAK MUDA ISLAM PERAK [KAMI].

2. Alhamdulillah, berkat kerja ikhlas akhirnya Program Perdana malam tadi telah berjaya mencapai matlamatnya. Sekitar 10,000 hadir bermakna telah berjaya menarik pengunjung dgn ikhlas hadir tanpa ada saguhati wang saku perjalanan dan sebagainya. Ia berjaya menghidupkan semula aura perjuangan Umat Melayu dimasa penubuhan Umno dan pengambilan erti kemerdekaan Negara di London. Majoriti umat melayu telah bersusah payah ada yg menjual emas dan harta benda lain demi mengumpul wang untuk tabung Kemerdekaan Negara.

3. Mlm tadi nastolgia ini berulang dan Kesatuan Anak Anak muda Islam Perak (KAMI) dgn bantuan “Aura kedua2 ahli Panel” telah membuktikan dapat menarik Umat Melayu yg cintakan Islam Agamanya untuk hadir dgn “seikhlas” hati mrk. Tiada Bas Bas berbaris, yg ada hanya kereta, motor, basikal dan berjalan kaki. Semoga Allah memberkati mrk yg telah hadir.
4. Moralnya disini, KAMI mahu mengajak seluruh umat Islam, marilah kita hidupkan semula jati dan maruah diri untuk memperkasa Islam dan Kedaulatan Bangsa Merdeka dgn keringat dan duit sendiri, krn ia lebih mulia dan diberkati. KAMI sedia menjadi wadah perjuangan alaf baru? The 3rd force wave sedang bermula. GELOMBANG TSUNAMInya sudah mula mengalun badai....... jika perlu wadah2 sebegini akan berjuang di PRU 13 nanti dan mengubah lanskap minda dan politik Malaysia. Yang pentingnya Umat Islam dapat bersatu dalam satu wadah perjuangan dan memimpin negara ke arah yg lebih pragmatik.
5. Kedua2 ahli panel banyak menekankan tentang Aqidah Umat Islam yang sewajarnya dijagai sewaktu umur masih kecil, beralih ke muda remaja dan akil baligh. Kekuatan meletakkan jiwa dan nurani Islam dalam dada anak-anak akan membantu mrk menghalang segala anasir jahat yg ingin menggoncang keimanan seseorang. Oleh itu, Ibu bapa wajar untuk menititberatkan pembelajaran agama dan pendidikan akademik bagi memastikan anak2 ini menjadi insan yang berguna dan menjadi aset negara untuk peralihan Kepimpinan nanti.

6. YB Dato Dr Hj Hassan Ali ada sedikit menyelitkan pengalamannya sewaktu disingkir oleh PAS krn lebih mendengarkan rakan politiknya PKR dan DAP. YB Dato, menyelar PAS MAHA ZALIM kerana telah menghukum dan memecat beliau tanpa ada pertuduhan dan tanpa diberi peluang untuk membela diri. Yang ada hanya untuk merayu, jika beliau merayu, maknanya beliau akur akan tuduhan tersebut. PAS menjadi lebih DAJJAL disebabkan rakan karib politiknya DAP dan PKR. Yb dato juga menyatakan masih sayangkan PAS dan dasar perjuangan PAS asal, bukan perjuangan PAS skrg yg telah meminggirkan Pembentukan Negara Islam menjadi Negara Berkebajikan yg lebih condong pada PKR dan DAP.
7. YB Dato juga menyatakan bahawa PAS akan lebih dihormati jika lebih sempurna perjuangannya jika puak2 PERASIT spt puak ardogan yang lebih mirip kepada perjuangan PKR dan DAP di nyahkan atau di halau keluar dari Parti PAS dan PAS kembali kpd perjuang asal yg lebih relevan dan berpaksikan Islam yg syumul. Jika ini boleh berlaku, beliau percaya bahawa ukhwah permuafakatan antara PAS dan UMNO mungkin akan jadi realiti.

8. Yb Dato’ juga ada menyebut, “Saya cukup bangga melihat kesungguhan dan komitmen anak-anak muda daripada Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (KAMI) yang telah berjaya menganjur satu program dengan begitu tersusun dan profesional. Program yang di adakan di Arena Square, Teluk Intan ini telah berjaya menarik minat hampir 10 ribu orang. Program dimulakan dengan ceramah oleh sahabat baik saya Prof Madya Dr Redhuan Tee. Beliau menceritakan bagaimana hiba perasaannya apabila ibunya meninggal dunia 3 minggu lepas dalam keadaan aqidah yang berbeza. Beliau dan adiknya yang beragama Islam, hanya mampu melihat dari jauh mayat ibunya di urus dengan cara yang berbeza dengan aqidahnya tanpa mampu berbuat apa-apa.
Sebab itulah persoalan aqidah ini perlu di ambil berat. Perjuangan untuk menjaga aqidah umat perlu diteruskan. Jangan nanti ada di kalangan keluarga kita yang mati dalam keadaan aqidahnya bertukar dan syahadahnya digugurkan”… Wallahuaklam.

Sunday, March 18, 2012

PANAS! PANAS! PANAS! MARI BERDISKUSI DGN BERITA DAN PAPARAN TERKINI - HADIRKAN DIRI ANDA RABU 21/3 JAM 08 - 12 MALAM

Salam buat Warga Negeri Perak, khususnya di sekitar Parlimen Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak serta Parlimen Tapah, Perak.

ANDA semua di jemput hadir ke "PROGRAM CERAMAH PERDANA - PEMURNIAN AQIDAH SERTA SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM", barisan Panel terdiri dari :-

i] Ybhg Prof Madya Dr Ridhuan Tee,
Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, dan

ii] YB Dato' Dr Hassan Ali
Presiden JATI Malaysia, merangkap
ADUN Gombak Setia.

Semua Muslimin dan Muslimat di jemput hadir - Berlapang dada lah untuk kebaikan bersama. Kedatangan ANDA adalah jihat kerana mahu mendengar sendiri isu-isu terkini dan panas yang akan diperdengarkan. YB Dato' Dr Hassan Ali juga akan mengupas isu-isu Panas yang terdahulu dan terkini untuk renungan Umat Islam bersama. - "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"

JANGAN LUPA DAN JANGAN KETINGGALAN, JOM/MOH KITE KE :-

VENUE : ARENA SQUARE MPTI, TELUK INTAN
PADA : RABU 21/3/2012
JAM : 8.00 - 12.00 MALAM.
ANJURAN : KESATUAN ANAK ANAK MUDA ISLAM PERAK [ KAMI ]


Sekian.

Saturday, March 17, 2012

RM 30 JUTA - DURIAN RUNTUH KAUM PRIBUMI KUALA WOH, TAPAH PERAK..

KAUM PRIBUMI KUALA WOH TAPAH BERSAMA PM - 17/3/2012

Istilah "TIADA TERTINGGAL TIADA TERPINGGIR" adalah sesuatu yg realiti!. Kedatangan PM bersama Isteri Datin Seri Rosmah Mansur, telah merungkai segala-galanya. Tahniah kepada Kaum Pribumi Kuala Woh, Tapah kerana mendapat sentuhan peribadi seorang Perdana Menteri.

2. Turut hadir beberapa Menteri Kabinet seperti, YB Dato' Seri Shafie Apdal Menteri Luarbandar, YB Dato' Seri Ahmad zahid, Menteri Pertahanan Malaysia, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato M Sarawanan, merangkap Ahli Parlimen Tapah, Pengerusi BN Tapah dan Adun Ayer Kuning YB Dato' Samsudin serta ADUN Chenderiang YB Dato Mah Hang Sung, telah membuktikan bahawa rakyat pribumi ini sentiasa dihati mereka serta sering dipertanyakan khabar.

3. Di Negeri Perak sahaja terdapat 54,145 org pribumi ini dan 20,325 adalah didalam daerah Batang padang, Perak. Dianggarkan jumlah terkini Kaum Minoriti ini adalah sebanyak 180,000 seluruh negara, dan mereka tetap berdiri teguh menyokong kepada Pimpinan Kerajaan BN sekarang dan akan terus menyokong BN kerana telah terbukti bahawa Kerajaan BN sering mempertingkatkan keperluan mereka seperti tempat tinggal, kawasan bertani, kemudahan Infrastruktur api, air dan telekomunikasi. Pendidikan persekolahan peringkat Tadika,Rendah, Menengah dan juga IPT juga diberikan perhatian dan bantuan sepenuhnya.

4. Kelulusan tambahan RM30 juta yang diumumkan oleh PM tersebut adalah tambahan peruntukan sedia ada iaitu RM15 juta, dan ia akan diletakkan dibawah Kementerian Luarbandar yang juga Kementerian yang menyalurkan segala kemudahan yang diperlukan oleh kaum pribumi selama ini. Ia akan digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan asas infrastruktur, termasuk jambatan dan kemudahan bekalan air serta letrik dan jalur lebar telekomunikasi.

5. Dengan pemberian dan kelulusan tersebut, Kaum Pribumi ini tidak lagi rasa tertinggal kebelakang dari pembangunan infrastruktur dan juga kemudahan pelajaran melalui jalur lebar serta media terkini yang lebih pantas untuk mereka mengetahui berita-berita terkini negara. Diharapkan segala pemberian ini akan dapat memberikan manfaat yg optimum dan tiada ketirisan yang akan berlaku. Pemantauan yang menyeluruh juga amat2 dititikberatkan. Angkatan Tentera Malaysia [ATM] juga diberikan tanggungjawab didalam perlaksanaan secara bersepadu agar peruntukan tersebut menjadikan lebih bermakna dan berjaya.

6. Adalah dianggarkan sebanayk 18 ribu orang telah hadir ke Majlis ini dan ia merupakan satu-satunya Majlis terbesar bersama Kaum Pribumi yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

Sekian.

Saturday, March 10, 2012

MENTERI BESAR PERAK - LAWATAN KERJA SEHARI DI DUN AYER KUNING, TAPAH, PERAK , PADA 8HB. MARCH, 2012


Seperti kelazimannya Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul Kadir, dalam memenuhi tugas dan tanggungjawabnya akan turun padang untuk bertemu rakyat dan pengundi di setiap DUN di Negeri Perak.

2. Pada kali ini DUN Ayer Kuning, yang berada di Kawasan Parlimen Tapah Perak, telah dipilih kerana di Bahagian Tapah merupakan satu contoh terbaik disebabkan Kepimpinannya melambangkan slogan 1MALAYSIA. Iaitu, Parlimen Tapah di wakili oleh MIC – YB Datuk M Saravanan, Dun Ayer Kuning oleh UMNO – YB Dato’ Samsudin Hj Abu Hassan dan DUN Chenderiang oleh MCA – YB Dato’ Mah Hang Sung.

3. Pendekatan turun padang sebegini telah di amalkan oleh beliau sejak pengambilan semula Kerajaan negeri dari Pemerintahan Parti Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu. Konsep ini juga telah diberikan pendekatan paling utama oleh beliau, agar rakyat betul2 didekati, diperhati dan dibantu, berasaskan Konsep 3P, iaitu:-

i] Pandang dan dekati – turun padang,
ii] Perhati dan fahami masalah
iii] Penyelesaian dan ambil tindakan segera,

dengan cogankata “TIADA TERTINGGAL TIADA TERPINGGIR”

Ia selaras dengan kehendak dan slogan Kepimpinan Tertinggi Negara – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri DiRaja Mohamad Najib Tun Abdul Razak, iaitu “RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.

4. Pada awalnya 11 kawasan yg telah dikenalpasti untuk diberikan sentuhan “KERAMAT’ Menteri Besar Perak, namun apabila semakin menyelami denyutan nadi rakyat yang dahagakan sentuhan dan pemerhatian empat mata dari Menteri Besar sendiri, akhirnya Program telah berlanjutan dan berakhir Jam 6.00 petang. Antara yg dilawati adalah:-
a] Kg Petalin, Bidor, Perak
b] Persatuan Teksi Pekan Tapah
c] Tapak Masjid Daerah Tapah [Baru] yg akan ditenderkan segera.
d] 8 buah Kedai Sekitar Pekan Tapah termasuk Klinik Dr Radzi
[ Calon Pas Dun Ayer Kuning PRU 12]

e] Kg Baru Cina Tapah Road
f] Kg Mak The Tapah Road,
g] Masjid Air Kuning, Pekan Air Kuning,
h] Sekolah Agama Rakyat Air Kuning
i] Rumah Org Uzur Kg Sg Kurung Dalam, Sg Keroh.
j] Surau Kg Sg Kurung Dalam,
k] Pemberian Kunci Rumah PPRT Kg Sg Kurung Dalam
l] Perasmian Padang Futsal di Kg SMTD, dan akhirnya
m] Di Kg Tasek, Batu Masjid Temoh, Perak

5. Dalam lawatan kerja sehari dengan jadual yg cukup ketat dan di dalam hujan lebat diselang-seli renyai2, namun segalanya berjalan lancar. Moralnya disini, rakyat di Parlimen Tapah ini amat2 berbesar hati dan berbangga dpt bertemu dan bertanya khabar dan segala masalah2 samada kecil dan besar dapat diselesaikan dgn cukup berhemah.

6. YAB Menteri Besar juga berpesan beliau tidak akan berjanji setinggi langit, namun apa yg dikata telah dan akan dikotakan. Rakyat boleh menilai sendiri dan didalam lawatan sehari ini juga beliau telahpun meluluskan Peruntukan Menteri Besar sebanyak RM500,000.00 dikesemua tempat yg dilawatinya.Ia tidak termasuk kos Pembinaan Masjid Baru Daerah Tapah yg dijangka melibatkan kos RM8 juta.

7. Sekalung Tahniah, Kapak ucapkan kepada semua Barisan Kepimpinan BN Parlimen Tapah yg di Ketua oleh YB Data’ Hj Samsudin Hj Abu Hasan yang juga Adun Ayer Kuning, serta jawatankuasanya, Ketua2 Jabatan Negeri & Persekutuan, Polis, Rela serta penduduk2 yang berjaya menganjurkan lawatan ini dgn cukup berkesan. Kehadiran YB Dato M Sarawanan, ahli Parlimen Tapah dan juga YB Dato Mah Hang Soon Adun Chenderiang telah menjadikan ia lebih ceria dan menghidupkan konsep 1 Malaysia.

8. YAB Menteri Besar juga tersentuh dengan sambutan yg ditunjukkan oleh rakyat di setiap kawasan yg disinggahi dan berterima kasih kerana memberikan kepercayaan dan sokongan yg berterusan dan ia wajar ditunjukkan juga pada PRU 13 nanti. Beliau juga percaya jika ini dapat diteruskan sampai bila2, bererti pada PRU 13 nanti, beliau yakin kawasan Parlimen Tapah dapat disapu bersih. YAB Menteri Besar mengakhiri ucapannya dengan marilah kita bersiap siaga ke medan tempur dan pastikan kemenangan akan bersama kita Insya Allah.

Wallahuaklam.

Friday, March 9, 2012

AS sedia bom serang Iran - Inilah Dasar dan Amalan Amerika serta Yahudi Israel terhadap Negera2 Islam Yg Tidak Sehaluan. Malaysia Tidak terkecuali!!!


Secara peribadi Kapak amat marah bila membaca akhbar mengenai tajuk di bawah yg dikepilkan.

2. Sudah terang lagi bersuluh dan nyatalah dalam Ayat2 AL-QURAN serta Hadith Shahih yang menyatakan bahawa "Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan redho terhadap Kaum/Negara Islam". Jd, memang kelaziman dari dulu hinggalah sekarang bahawa Yahudi dan Nasrani laknatullah ini, tidak akan senang hati jika ada Negara Islam yang moden dan kuat serta dapat menandingi dan boleh mengalahkan mereka. Contoh2nya adalah seperti Negara Islan Iraq, Libya, Mesir, Sudan,Nigeria dan juga yg terbaru adalah Syria dan juga Iran.

3. Yahudi dan Nasrani ini akan cuba mencari jalan mudah agar kemasukannya serta mengacau pentadbiran Islam dinegera2 Islam berkenaan ini dapat di "Legalkan" dihalalkan melalui, Pertubuhan Bangsa2 Bersatu, NATO,serta juga Kesatuan Ekonomi Eropah.

4. Sampai bilakah Negara-Negara Islam sekutu "Laknatullah", spt Arab Saudi, Kuwait, Qator, United Arab Emirates serta Oman dapat menjauhkan diri dari Mereka [ Yahudi & Ameriak ]dan kembali bertaut dan bersatu dalam "Dunia Islam" bagi menghancurkan Yahudi dan Nasrani, dibawah satu panji2 Islam dan kalimah "LAILAHAILLALLAH". Jika ini tidak dilakukan sekarang, Negara2 Islam akan sedikit-demi-sedikit akan pupus dan hancur.

5. Ingat,Yahudi dan Nasrani TIDAK SESEKALI REDHO untuk melihat ada Negara2 Islam yang kuat dan boleh berdikari seperti di Malaysia. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menghalalkan cara bagi menakluki Malaysia bukan secara ketenteraan TAPI secara taklukan minda, ekonomi, sosial dan budaya serta aktiviti pemurtadan. Kita dapat lihat dengan jelas bahawa penaklukan itu sedang berjalan sekarang dan secara terang-terangan dan mereka juga memberikan sokongan dan bantuan melalui NGO-NGO Kristian yg ditubuhkan di sini. Buktinya, apa yang sedang dan akan dilakukan oleh Datuk Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Akhirnya, mereka akan memastikan bahawa sesuatu aktivitinya itu nanti akan dapat menghalalkan cara untuk Yahudi dan Nasrani yg dipelopori Amerika Laknatullah ini dapat memasuki Malaysia seperti mana yang sedang berlaku di Syria dan Iran akhir2 ini, dengan mengumpan dan memberi bantuan kepada Kumpulan yang seteru/pemberontak dgn Kerajaan yang ada Pimpinan President Bashar al-Assad's.Bila rakyat bergolak dan Negara kucar-kacir maka dengan mudahlah proses operasi ketenteraan mereka dibawa masuk atas misi keamanan dan melindungi rakyat temapatan. Inilah satu helah yg licik dan menjijikkan!

6. Di Malaysia, Kuncu Yahudi Laknatullah ini adalah Anwar Ibrahim, orang yg mengangkat sendirinya sebagai Penasihat/Presiden Parti Keadilan Rakyat serta juga Parti Islam Malaysia [PAS]yang sedang dalam Proses untuk memasukkan Datuk Ambiga menjadi Org No. 2 tertinggi dlm Organisasi Pas seperti yg di sarankan oleh Anwar kpd Kepimpinan Tertinggi Pas. Selain itu, secara terang-terangan Anwar mahu menjaga "keselamatan Israel" adalah bukti jelas bahawa siapa die sebenarnya.

Moralnya disini, KAPAK mengajak Rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada Umat Islam Malaysia agar bersatu hati dgn segera "DEMI KEUTUHAN INSTITUSI KERAJAAN DAN PENTADBIRAN" sedia ada yg telah jelas dan terbukti akan kecemerlangan dan kejayaannya memimpin Malaysia selama lebih 54 tahun. Kapak percaya bahawa ini TIDAK DAPAT DINAFIKAN oleh sesiapan, melainkan mereka yang "buta hati,Dungu, Bebal dan terlampau kuat hasad dengkinya terhadap kejayaan dan kecemerlangan Kerajaan sedia ada - Barisan Nasional.

Sekali lagi KAPAK mengesyorkan,Wahai Umat Islam Malaysia, bersatulah DEMI ISLAM dan Kecemerlangan pemerintannya. Elakkan dari membuat huru-hara dan menghancurkan Organisasi dan sistem pentadbirannya yg dianggap terbaik buat masa ini. Sistem ini masih perlu dan boleh diperbaiki.Transformasi terhadap Kepimpinan UMNO dan Parti pemerintah juga sedang berlaku dan Ciri-ciri Kepimpinan juga akan diadili dan disokong oleh rakyat, kerana Rakyat mahu Generasi Kepimpinan akan datang adalah calon2 yg punyai sifat kepimpinan ISLAMIK yang 'WINNABLE,WORKABLE DAN JUGA THINKABLE. Ia menjurus kepada sifat dan sikap pemimpin yg tidak akan mendahulukan dirinya dan Ilmuan Islam juga menjadi corak kehidupan mereka yg baik dan waras.

Oleh itu, Mari sama-sama kita JAGAI Negara bertuah Malaysia ini, agar sentiasa Aman, Damai dan Berhemah.

Nota: Laporan Akhbar.

AS sedia bom serang Iran

WASHINGTON 9 Mac - Sebuah bom seberat 13.6 tan yang direka untuk menembusi konkrit setebal 65 meter sebelum meletup ialah 'senjata hebat' yang boleh digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) jika pertempuran meletus dengan Iran berhubung program nuklearnya.

Timbalan ketua staf bagi operasi tentera udara AS, Leftenan Jeneral Herbert Carlisle semalam berkata, bom raksasa tersebut yang baru diterima oleh tentera AS tahun lepas adalah sebahagian senjata yang boleh digunakan oleh tentera AS ke atas negara-negara seperti Iran yang mempunyai beberapa loji nuklearnya di bawah tanah.

"Bom penembus raksasa itu ialah senjata hebat yang terus kita pertingkatkan bagi menjadikannya lebih hebat.

"Ia sebahagian daripada senjata kita dan berpotensi kita gunakan dalam senario seperti itu," kata Carlisle pada satu persidangan mengenai program pertahanan AS.

Monday, March 5, 2012

SOKONGAN AMERIKA SEMAKIN JELAS - Rakyat Malaysia Mesti Waspada di PRU - 13. Jangan Salah Pilih Kerajaan. Menyesal yg Tiada Ertinya Lagi.


1. Kapak mengingatkan kepada diri Kapak dan Rakyat Malaysia keseluruhannnya, berfikirlah secara waras dan matang, bahawa erti Kemerdekaan itu bukan sekadar Negara Bebas dari Penjajah, namun ia juga semestinya bebas dari penjajahan minda/idea, ekonomi, corak kehidupan dan juga corak pemerintahan.

2. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar mengambil iktibar dengan apa yg telah dan sedang berlaku di Negara-Nagara Asia Tengah/Arab sperti di Iraq, Mesir, Libya, Nigeria, Chat, Sudan, dan yg terkini adalah di Syria.

3. Kita juga wajar selidiki bagaimana mereka memasuki dan mencampuri corak pemerintahan sesuatu Negara itu. Amerika dan Yahudi Israel ini akan memastikan bahawa “Pemerintah” di setiap Negara di dunia ini wajar menerima corak dan cara mereka, agar mudah untuk mrk memanipulasi sistem pentadbiran negara agar secucuk dengan mereka. Jadi, mana2 Negara yang “ingkar” seperti Iraq dan Libya, mereka akan menggunakan segala peruntukan yg ada didalam setiap pertubuhan yg mrk tubuhkan spt. Perhimpunan Bangsa2 Bersatu [PBB], Perjanjian Negara2 Atlantik [NATO], Kumpulan G7 dan sebagainya adalah semata-mata bertujuan untuk memastikan Negara2 Membangun di Asia & Asia Tenggara AKAN DAN TERUS melutut dibawah pengaruhnya.

4. Pertubuhan2 yg mrk tubuhkan itu mempunyai “Hidden Agenda” untuk “MENGHALALKAN CARA” jika sesebuah Negara itu, tidak mahu tunduk dan mengikut cara dan corak mereka yg lebih menjurus kpd Kapitalis Yahudi Israel.

5. Disebabkan itu jugalah, apabila Malaysia di bawah Kepimpinan Tun Mahathir, yg punyai ketegasan dan berpandangan luas ttg kelicikan mrk, semasa “turmoil econmic” era 1998-2001, telah dapat mengatasinya dan terbukti lebih baik dan mampan disamping domestik economi Malaysia juga “resilient”.

6. Terbukti bahawa Amerika dan Yahudi Israel begitu marah apabila Malaysia punyai cara tersendiri bagi mengatasi masalah tersebut. Dan, yg pasti cara dan corak Malaysia keluar dari kepompong “Turmoil” itu dan dapat membuktikan bahawa cara mereka itu salah serta tidak sesuai di Negara2 Islam Merdeka. Keadaan ini membuat mrk terasa tercabar dan helah mrk telah diketahui umum, lantas menjadi ikutan oleh beberapa Negara lain di dunia ini.


7. Akibat dari itulah, Amerika dan Yahudi Israel semakin tidak senang dan terus membuat berbagai pendekatan untuk menakluki Malaysia bukan cara peperangan, namun menggunakan “Minda Saikologi” iaitu mencari “KAMBING HITAM” yang boleh diperalatkan dan menjadi “Pemerintah Boneka” meraka. Pencarian mrk selama ini telahpun berhasil dan Pemimpin PKR – Anwar Ibrahim lah yg amat sesuai dgn kehendak mrk krn Anwar punyai cita-cita yg cukup tinggi dan beliau juga bersifat boleh“menghalalkan cara” dgn sesuatu yg mahu dibuatnya.

8. Tindakan beliau menubuhkan “PAKATAN RAKYAT’ juga jelas melihatkan kita yang waras ini untuk berfikir kemanakah arah tuju dan pendekatan Anwar Ibrahim selama ini. Sambutan PAS, DAP, MAJLIS PEGUAM dan beberapa NGO yg sealiran dengannya, jelas membuktikan kita kita RAKYAT MALAYSIA, siapakah dibelakang mereka dan siapa pembekal “WANG” utk pergerakan mereka. Oleh itu, RAKYAT MALAYSIA, wajar berfikir sematang2nya, dan jangan kita menyesal dikemudian hari, seperti Rakyat Iraq, Libya dan Mesir, walaupun mereka dapat menumbangkan Kerajaan, namun Kerajaan Baru yg meraka bina terbukti lebih “TERUK DAN ZALIM”.

SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEBELUM TERLAMBAT!!!. KEPADA PEMIMPIN IKHLAS LAH DALAM MEMIMPIN DAN MEMBAWA NEGARA KE ARAH YG LEBIH CEMERLANG BERSAMA SYIAR ISLAM.


NOTA : UTUSAN MALAYSIA

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah jelas seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar serta majalah negara tersebut.
Dakwa beliau, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar 'diangkat' sebagai Perdana Menteri sudah tentu turut mendapat bantuan kewangan serta media AS.
''Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas iaitu menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan serta liwat.
''Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS melakukan 'regime change' supaya Malaysia menjadi alat AS. Sudah tentu setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan 'dihalalkan'.

Dari blog Tun Mahathir [ http://chedet.cc/blog ]
Ybhg Tun Mahathir, Kapaktajam mohon kebenaran utk paparkan intipati dibawah. Tq.
[Fenomena yg sama akan berlaku di Malaysia, jika rakyat menerima Pakatan Rakyat, memerintah Malaysia ]

PEPERANGAN MESIR MELAWAN NGO
1. Baru-baru ini pemerintah Mesir telah menangkap lebih daripada 10 rakyat Amerika Syarikat.

2. Siapakah mereka ini?

3. Mereka, mengikut laporan dalam sebuah majalah Amerika, Newsweek, adalah ahli beberapa NGO dari Amerika yang terlibat kononnya untuk membawa demokrasi kepada Mesir. Diantara mereka adalah NDI (National Democratic Institute), IRI (International Republican Institute) dan Freedom House. Semua mereka mengikut Newsweek “receive U.S. Government funding”.

4. Laporan yang sama berkata dalam keluarannya pada Februari 13, “But storming NGO’s, interrogating U.S. citizens, and banning them from leaving the country has strained U.S-Egypt relations and threatened the sacrosanct $1.3 billion in military aid from the U.S.” (Menggeledah NGO, menyoal rakyat Amerika, dan melarang mereka keluar dari Mesir telah menegangkan hubungan Amerika dengan Mesir dan menggugat bantuan $1.3 billion untuk tentera (Mesir) dari Amerika.)

5. Semasa Mubarak Amerika dilarang membiayai NGO Mesir yang tidak berdaftar melalui badan-badan bantuan kewangan Kerajaan Amerika seperti Bureau of Democracy, Human Rights and Labour. Sekarang agensi-agensi Kerajaan Amerika memula semula membiayai badan NGO yang tidak berdaftar.
6. (However, following the uprising that toppled Mubarak, U.S. AID once again began distributing funds to unregistered NGOs in an effort to be part of Egypt’s democratic future – Newsweek Feb. 13)
7. Campurtangan Amerika Syarikat dalam gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Sudah tentu di Malaysia juga pembiayaan badan-badan NGO dilakukan untuk menjayakan “Regime Change” (Pertukaran Pemerintah).

8. Bahawa Amerika menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah jelas dari laporan akhbar dan majalah mereka. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan Kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika. Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar Kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan regime change supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat. Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, Amerika Syarikat tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

9. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar Kerajaan Malaysia dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?

10. Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel) sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat.

11. Tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar Kerajaan.

WALLAHUAKLAM

NOT ONLY "WINNABLE" BUT MUST BE WORKABLE TOO


Kelmarin KAPAK ada menyatakan bahawa terdapat kepayahan untuk menentukan Calon-Calon UMNO/BN dibeberapa kawasan tertentu, krn terdapat perebutan yg tak kunjung redha dikalangan AJK Bahagian2 tertentu, walaupun "Gelombang PRU 13" sudah sangat2 hampir meniti tabir untuk dilabuhkan.

2. Kepada mrk yang sudah geli2 bahawa nama mrk dapat dicalonkan dan tidak kurang juga pelobi2 sudah melakukan dgn begitu bersungguh demi ketua pujaannya, namun kali ini KAPAK amat2 yakin bahawa Presiden Parti/Presiden BN tidak akan melakukan kesilapan yang berulang. Walaupun beliau punyai kuasa mutlak untuk menentukannya.Sewajarnya PM akan mengambilkira matlamat Parti, serta memikirkan jangka panjang akan kesan2 yg mungkin dihadapi semasa dan selepas PRU 13.

3. Untuk itu, pemilihan calon pada PRU 13, adalah amat2 kritikal dan disaring dgn saringan yg banyak dan akan dilihat dari berbagai sudut spt laporan2 Kemas, Jasa, Mio, SB, MKN, private2 Investigator dan juga risikan rakyat golongan marhaen. Apa yg lebih penting skrg, penonjolan dan pemilihan calon adalah hak mutlak/eklusive PM. Oleh itu, PM wajar memastikan pilihannya itu nanti "BUKAN SAHAJA WINNABLE BUT MUST ALSO BE WORKABLE CANDIDATE" to implement, untuk melaksanakan segala janji dan harapan yg diberikan kepada rakyat semasa berkempen.

4. Oleh krn itu, dibawah ini disenaraikan Kawasan2 yg agak kontroversi. KAPAK lemparkan kpd pembaca dan rakyat Negeri Perak terutamanya yg tinggal dikawasan berkenaan untuk memberikan cadangan dan pandangan tentang "WINNABLE DAN WORKABLE CANDIDATE" tersebut utk diketengahkan, pada PRU 13 nanti.[Dari kacamata Rakyat Marhaen ]

Sila lar berikan maklum balas yg ikhlas demi Kemenangan mutlak UMNO/BN di PRU 13 nanti selaras dengan perjuangan Agama , Bangsa dan Tanahair yang berterusan.

a) Dun Pengkalan Baru, Bruas
b) Dun Lintang, Sg Siput
c) Dun Kubu Gajah, Larut
d) Dun Batu Kurau, Larut
e) Dun Sg Rapat, Gopeng
f) Dun Gunung Semanggol, Bagan Serai
f) Dun Selinsing, Bagan Serai
g) Dun Titi Serong, Parit Buntar
h) Dun Changkat Jering, Bukit Gantang
i) Dun Changkat Jong, Teluk Intan
j) Dun Behrang, Tg Malim
k) Dun Slim River, Tg Malim.
l) Parlimen Parit Buntar
m) Parlimen Bagan Serai
n) Parlimen Bukit Gantang

Pandangan dan pendapat serta idea2 bernas saudara/ri KAPAK ucapkan terima kasih.

Wallahuaklam.

Sunday, March 4, 2012

MENJELANGNYA PRU 13 AKAN RAMAI YG "MUNCUL" MENJADI PENGKHIANAT UMNO/BN - Kesetiaan Hanya Dibibir, Mata Duitan/Habuan Yg Terus Bertahta Dihati.


Kapak dan Rakyat Malaysia yg sayangkan UMNO & Kerajaan BN amat terkilan bila terbaca di akhbar dan di blog tentang perangai mantan YB2 yg langsung tak mengenang budi dan hanya memikirkan diri dan lahab harta utk dirinya, tanpa memikirkan nasib rakyat marhean yg bersusah payah membuang undi utk mrk duduk di Kerusi Empuk Parlimen atau DUN setelah memenangi undian di Pilihanraya yg lepas2.

2. Mari kita lihat perangai Mantan YB seperti yg disiarkan di akhbar Utusan 4/3/2012. Bagaimanakah boleh beliau bertindak seperti "Kacang Lupakan Kulit","Tak Mengenang Budi" dsbgnya. Tidak sedarkah beliau setelah di angkat di kawasan Parlimennya lantas menjadi Menteri dgn Gaji dan imbuhan yg mengenyangkan dan membahagiakan. Lihat juga bagaiman "Mahligainya" yg tersergam Indah mengalahkan Istana Sultan di Negerinya. Kenapa jadi begini? Lupakah pada rakyat yg mengundi anda?

3. Adakah, kerana kecewa untuk menduduki Kerusi "Pengerusi MAS" maka segalanya yg selama ini ditatangnya di buang berderai, tanpa melihat langsung titik peluh dan keringat rakyat yg menaikkan beliau ke tahap itu? Inilah manusia yg jarang bersyukur dan sujud tawadduk kepada Allah SWT.

4. KAPAK juga yakin akan ramai manusia lupa diri seperti Mantan YB berkenaan terutamanya di Negeri Perak khusunya. Kapak berani mentelah disini bahawa DUN2 berikut di Negeri Perak akan menghadapi "Delima" sedemikain, jika seseorang insan itu tidak beriman dan percayakan Qada' dan Qadar Allah dan Menerima segala "Kun Fayakun" Allah. KAPAK amat gusar akan berlaku pengkhianatan sedemikian, bagi kerusi DUN & Parlimen Perak,spt:-

a) Pengkalan Baru, Bruas
b) Lintang, Sg Siput
c) Kubu Gajah, Larut
d) Parlimen Pasir Salak
e) Sg Rapat, Gopeng
f) Gunung Semanggol, Bagan Serai
g) Selinsing, Bagan Serai
h) Titi Serong, Parit Buntar
i) Changkat Jong, Teluk Intan
j) Behrang, Tg Malim
k) Slim River, Tg Malim.

5. KAPAK cuma berharap bahawa pengundi2 bersikap matang dan jgn sesekali terpengaruh dan beremosi didalam sesuatu yg telah ditakdirkan dan ditetapkan oleh Pucuk Pimpinan BN. Yang penting bukan individu calon TETAPI adalah Parti yang akan memerintah Negara dan membawa kepada kecemerlangan Negara dan rakyat jelata terbela.

Sekian.

Nota : Utusan Malaysia.

Kadir didesak nyatakan pendirian sokong BN atau pembangkang
04/03/2012 9:36pm

KUALA LUMPUR 4 Mac — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir didesak untuk menyatakan pendirian sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Zamil Ibrahim yang mendakwa sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) berkata, bekas Menteri Penerangan itu yang terus membisu tentang persoalan sokongan beliau menimbulkan kekeliruan sama ada daripada pihak BN mahupun pembangkang.

"Beliau ini seorang bekas menteri kerajaan BN dan masih lagi ahli UMNO, tetapi dalam masa sama beliau terus mengkritik kerajaan dan UMNO seperti seorang penyokong pembangkang. Kami mendesak beliau membuat kenyataan media segera.

"Kalau dia tak dapat jawab mengenai Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana ramai teman kaitkan beliau dengan Anwar, adakah beliau (Abdul Kadir) masih menunggu skrip daripada Anwar ?,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Jan lepas Abdul Kadir mendakwa BN memberikan antara RM200 kepada RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya lepas. — BERNAMA