Saturday, March 10, 2012

MENTERI BESAR PERAK - LAWATAN KERJA SEHARI DI DUN AYER KUNING, TAPAH, PERAK , PADA 8HB. MARCH, 2012


Seperti kelazimannya Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul Kadir, dalam memenuhi tugas dan tanggungjawabnya akan turun padang untuk bertemu rakyat dan pengundi di setiap DUN di Negeri Perak.

2. Pada kali ini DUN Ayer Kuning, yang berada di Kawasan Parlimen Tapah Perak, telah dipilih kerana di Bahagian Tapah merupakan satu contoh terbaik disebabkan Kepimpinannya melambangkan slogan 1MALAYSIA. Iaitu, Parlimen Tapah di wakili oleh MIC – YB Datuk M Saravanan, Dun Ayer Kuning oleh UMNO – YB Dato’ Samsudin Hj Abu Hassan dan DUN Chenderiang oleh MCA – YB Dato’ Mah Hang Sung.

3. Pendekatan turun padang sebegini telah di amalkan oleh beliau sejak pengambilan semula Kerajaan negeri dari Pemerintahan Parti Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu. Konsep ini juga telah diberikan pendekatan paling utama oleh beliau, agar rakyat betul2 didekati, diperhati dan dibantu, berasaskan Konsep 3P, iaitu:-

i] Pandang dan dekati – turun padang,
ii] Perhati dan fahami masalah
iii] Penyelesaian dan ambil tindakan segera,

dengan cogankata “TIADA TERTINGGAL TIADA TERPINGGIR”

Ia selaras dengan kehendak dan slogan Kepimpinan Tertinggi Negara – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri DiRaja Mohamad Najib Tun Abdul Razak, iaitu “RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”.

4. Pada awalnya 11 kawasan yg telah dikenalpasti untuk diberikan sentuhan “KERAMAT’ Menteri Besar Perak, namun apabila semakin menyelami denyutan nadi rakyat yang dahagakan sentuhan dan pemerhatian empat mata dari Menteri Besar sendiri, akhirnya Program telah berlanjutan dan berakhir Jam 6.00 petang. Antara yg dilawati adalah:-
a] Kg Petalin, Bidor, Perak
b] Persatuan Teksi Pekan Tapah
c] Tapak Masjid Daerah Tapah [Baru] yg akan ditenderkan segera.
d] 8 buah Kedai Sekitar Pekan Tapah termasuk Klinik Dr Radzi
[ Calon Pas Dun Ayer Kuning PRU 12]

e] Kg Baru Cina Tapah Road
f] Kg Mak The Tapah Road,
g] Masjid Air Kuning, Pekan Air Kuning,
h] Sekolah Agama Rakyat Air Kuning
i] Rumah Org Uzur Kg Sg Kurung Dalam, Sg Keroh.
j] Surau Kg Sg Kurung Dalam,
k] Pemberian Kunci Rumah PPRT Kg Sg Kurung Dalam
l] Perasmian Padang Futsal di Kg SMTD, dan akhirnya
m] Di Kg Tasek, Batu Masjid Temoh, Perak

5. Dalam lawatan kerja sehari dengan jadual yg cukup ketat dan di dalam hujan lebat diselang-seli renyai2, namun segalanya berjalan lancar. Moralnya disini, rakyat di Parlimen Tapah ini amat2 berbesar hati dan berbangga dpt bertemu dan bertanya khabar dan segala masalah2 samada kecil dan besar dapat diselesaikan dgn cukup berhemah.

6. YAB Menteri Besar juga berpesan beliau tidak akan berjanji setinggi langit, namun apa yg dikata telah dan akan dikotakan. Rakyat boleh menilai sendiri dan didalam lawatan sehari ini juga beliau telahpun meluluskan Peruntukan Menteri Besar sebanyak RM500,000.00 dikesemua tempat yg dilawatinya.Ia tidak termasuk kos Pembinaan Masjid Baru Daerah Tapah yg dijangka melibatkan kos RM8 juta.

7. Sekalung Tahniah, Kapak ucapkan kepada semua Barisan Kepimpinan BN Parlimen Tapah yg di Ketua oleh YB Data’ Hj Samsudin Hj Abu Hasan yang juga Adun Ayer Kuning, serta jawatankuasanya, Ketua2 Jabatan Negeri & Persekutuan, Polis, Rela serta penduduk2 yang berjaya menganjurkan lawatan ini dgn cukup berkesan. Kehadiran YB Dato M Sarawanan, ahli Parlimen Tapah dan juga YB Dato Mah Hang Soon Adun Chenderiang telah menjadikan ia lebih ceria dan menghidupkan konsep 1 Malaysia.

8. YAB Menteri Besar juga tersentuh dengan sambutan yg ditunjukkan oleh rakyat di setiap kawasan yg disinggahi dan berterima kasih kerana memberikan kepercayaan dan sokongan yg berterusan dan ia wajar ditunjukkan juga pada PRU 13 nanti. Beliau juga percaya jika ini dapat diteruskan sampai bila2, bererti pada PRU 13 nanti, beliau yakin kawasan Parlimen Tapah dapat disapu bersih. YAB Menteri Besar mengakhiri ucapannya dengan marilah kita bersiap siaga ke medan tempur dan pastikan kemenangan akan bersama kita Insya Allah.

Wallahuaklam.

No comments: