Wednesday, December 4, 2013

TRANSFORMASI UMNO DALAM MENYEKAT KETIRISAN EKONOMI BUMIPUTRA


PERSIDANGAN UMNO MALAYSIA 2013 [ 3-7hb. Desimber, 2013 PWTC KL ]
UNTUNG MELAYU NEGARA ORANG’
U-M-N-O

Wahai pembaca blog.. Kapak yang budiman……
..Kapak ucap terima kasih kerana terus bersame kapak dalam menegur Kerajaan UMNO, sebab Kite sayang UMNO, Kerana UMNO juga kite Merdeka… TAPI jangan pulak kerana UMNO kali nih kite rebah… sebab dok nak jaga sangat manusia dua tiga kerat yang di atas sana-sana tu, yang masih tak menunjukkan minat nak berkhidmat dengan jujur dan Amanah kepada rakyat yang telah mengundinya… Datangnya bermusim dan kekadang mereka menjaga kawasan/bahagiannya hanya dengan “remote control”- hanya duitnye jer datang… mukanye haram Nampak… perangai macam ni pun ada….tak kan ler sesibuk benor Yop…. Teman pun sibok jugak… tapi teman sibok jage rumah-rumah….. hehehe…
UMNO wajib Ubah…. Apa nak ubah tu Yop,.. Moh kita analisa cara dan corak persidangan UMNO daripada merdeka dan penubuhan UMNO hinggalah 2013. Agak-agak ada tak perubahan drastik dari segi cara dan konsep Persidangan itu dijalankan.? Kapak rasa tak ada!!!... Orang Perak kata…..
Takde le kome woi...., mcm dulu jugak, tak peronah berubah pun…. Nak berubah apa bendanye… sebab datang Persidangan macam datang ker Pertandingan Pidato jer pun… Kenapa pulak….?.. Mike tak reti ker…. Tengok jer lar corak dan care persidangan pun masih bercorak satu arah….. udah berkurun benor gune care tu…. Napa ler tak ubah… dah macam “katak bawah tempurung”… tak pernah pegi keluor tengok macam mane orang buat persidangan….
Masih care lame jer… lagi pulak care tu, macam care Pertandingan Pidato budak-budak sekolah.. tak kan UMNO yang hebat ni masih ikut care lame… kata nak buat transformasi…, buat ler bebenor… Buat macam Persidangan Parlimen/Dun Negeri… baru namenye Persidangan… Ubah bentuk Dewan Persidangan tu…, buat macam Dewan Parlimen/Dun, pas tu pastikan ler semua Ketua Bahagian dan Sayapnya turut serta bersidang dan meluahkan perasaan dan idea ataupun kemukakan ape jue masalah yg dihadapi oleh kaum masyarakatnya… baru lar ini kata Persidangan UMNO yang “Mendahulukan Rakyat” slogan jer canggih… perbuatan/tindakan tak canggih lesu dan beku….. jer…
Bila udah Dewan Persidangan tu dibuat ikut bentuk meja Persidangan Parlimen dan semua Ketua Bahagian di 199 bahagian dapat merase berucap , baru lar Ummmh… Sebab depa udah melaksanakan tugas dan amanah Allah yang diletakkan dipundaknya. Sayap-sayap juga tidak ketinggalan dapat menyuarakan sendiri depan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri2 dan juga Ahli Majlis tertinggi yang lain…… idak lar pulak bila balik kawasan… rakyatnya Tanya … Dato’ udah ke bagi tau Perdana Menteri masalah kite ni?.... Kalau kite orang yang amanah….. apa jawapan kite?... tak kan nak menipu…… malu ler Ketua Bahagian dan Sayapnya nak jawap….. Cara lame… setiap negeri pilih satu wakil dan masanya pun terhad pulak tu… depa pun sebut jer ler masalah mereka dulu …, jadinya yang lain.. ngange ler… .. jawapnya… mane nak letak muka…. Bila ada yang sebut…. Aku pun boleh kalu setakat ikut serta untuk tepok-tangan bila ada bende2 yang gah…..
Jadinye… Ketua bahagian dan Sayapnya hanye jadi tukang tepok tangan masa persidangan… kan malu kalau terus-terusan macam ni kan…. Kan UMNO Parti dan Kerajaan yang memerintah…. Nape tak buat Persidangan tu lebih panjang masanya… lgi pulak nak pastikan semua Ketua Bahagian dan Sayapnya turut serta dengan aktif di dalam Persidangan… jadi, rakyat pun seronok dang ah bila masalah mereka telah dibangkitkan dalam Dewan Persidangan yang hebat ini… barulah “Suara Rakyat” itu jelas menunjukkan benar2 Suara Rakyat….. ingat Suara Rakyat… bukan Pakatan Rakyat yang haprak tu….. Biar lar panjang sampai 10 hari ker Persidangan itu, TAPI hikmahnya besar… rakyat sayang…. Jadi ubah lar sebelum nanti Kerajaan kena Ubah….
Ni satu lagi baghalnya UMNO nih… Dalam Medan Pertempuran… takkan lar senjata rahsia kita pun nak didedahkan…kan BODOH namanya tu… Kita nak bersiap sediapun dari sekarang pun… kenapa nak cerita..? tak boleh diam ker… Benda-benda “Kerahsiaan” Peperangan jangan sesekali bagi tau umum… buat lar cara senyap…. “Strategi Peperangan” kalu dihebohkan… bukan perang…. Namanya “MENEMPAH MAUT”… macam nak panggil Malikat Maut hadir segera jer?... Punah-punah… betul akal2 orang UMNO sekarang..

Bawa lar bincang yang lain-lain yang lebih Utama… Ingat “Rakyat tu adalah Peluru/senjata… Terhebat kite… Bila kita selalu dekat dengan rakyat… dan membantu mereka untuk menghadapi waktu susah dan senang…. Ingat rakyat akan lupe begitu sahaja?.... Ingat,… orang Melayu.. banyak Pantun dan Gurindam yang penuh simbolik dan membawa makna dan pengertian yang hebat… Jadi gunakanlah… dikesempatan ini untuk menawan hati rakyat… Jangan kite gah nak membawa rakyat suka kat kite… akhirnya mereka benci… bila dah benci……. PRU 14 kita tumpor…agak2 mau ker kita tumpor ?
Dato' Seri Presiden Parti wajar juga mengajak semua Kepimpinan Parti UMNO dari semua peringkat untuk melapangkan diri dan mendekati rakyat serta mendekati Masjid – Mengimarahkan Masjid dan Surau agar walau sesibukmanapun kita bekerja demi rezki yang halal jangan sesekali lupa akan tanggungjawab kita sebagi Umat Islam.. iaitu mengabdikan diri untuk Allah yang menciptakan kite.. Jika warga UMNO turut aktif dan sering mendekati Masjid serta Surau... Insya Allah rakyat akan menyayangi kita dan percaya serta mahu turut serta Agenda Besar kite..iaitu Memperkasakan Bangsa Melayu dan Ekonominya serta Mendaulakkan Agama Islam. Ramuan yang paling ampuh untuk mendekati rakyat adalah kekerapan kita didalam mengimarahkan Masjid serta Surau.. selain kita dekat dengan masyarkat.. ia juga dapat mendidik kite ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.. Percayalah didalam kite melaksanakan tugas terhadap sesama insan kita juga dapat mendekatkan diri kepada Allah dan Allah akan dekat kepada kite.. jadi.. ia akan menjadi perisai dari jalan-jalan keburukan dan sikap hasad dengki..Insya Allah,...
Sebelum teman cerita dan sentuh tentang Gagasan Memperkasa Ekonomi Bumiputra.., teman nak ulas sedikit… sebenarnya teman udah cerita di Isu-Isu blog saya sebelum ini…… tapi takpe ler… mari kita ulas bersama….dalam teks saranan Laksana 7 Inisiatif tu… apa yang 7 tu???
Tujuh inisiatif tingkat ekonomi Bumiputera
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, semalam menggariskan tujuh inisiatif utama untuk dilaksanakan segera bagi menyokong pelaksanaan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, termasuk menetapkan Ketua Eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan pelan lengkap membantu syarikat Bumiputera

Selain itu, selaras Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetap, GLC mesti menyenaraikan peluang yang boleh direbut syarikat Bumiputera dan kemukakan laporan prestasi secara berkala kepada Majlis Ekonomi Bumiputera untuk membantu meningkatkan ekonomi Bumiputera. 
Beliau berkata demikian ketika perasmian serentak persidangan tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi. Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. 
Timbalan Perdana Menteri juga menegaskan, UMNO perlu menjadikan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera sebagai agenda besar bertujuan meningkatkan ekonomi Bumiputera dalam pelbagai bidang.
Bumiputera kena rebut peluang
Semua inisiatif itu disediakan oleh kerajaan yang diterajui UMNO untuk membantu golongan Bumiputera dan sehubungan itu UMNO mesti mengambil peranan lebih penting untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera merebut peluang yang disediakan kerajaan,” katanya. 
Inisiatif lain ialah: 
Bumiputera mesti segera merebut peluang menyertai pelbagai latihan peningkatan kemahiran disediakan kerajaan. Ini termasuk pendidikan vokasional, salah satu teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menjadi asas pembentukan modal insan berkemahiran

 Kerajaan perlu mempergiatkan usaha meningkatkan peratusan golongan profesional Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai bidang. Sehingga kini kerajaan berjaya meningkatkan jumlah tenaga profesional Melayu dan Bumiputra menerusi skim latihan dan pendidikan tinggi sehingga menjangkau 40-50 peratus dalam pekerjaan profesional seperti doktor perubatan, doktor gigi, doktor veterinar, jurutera dan juru ukur.
Peniaga dan pengusaha Melayu dan Bumiputera mesti meningkatkan daya saing dan bersedia menghadapi persekitaran perniagaan yang mesra pasaran. Mereka mesti menerima prinsip ketelusan dan persaingan untuk menikmati bantuan kerajaan.

Bagi mengukuhkan kemajuan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, kerajaan mesti terus membantu dan memajukan aset Melayu dan Bumiputera seperti tanah dan tabungan untuk melengkapkan usaha lain yang selama ini telah dilaksanakan.

Kerajaan harus meneruskan usaha memenuhi tuntutan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Melayu dan Bumiputera, sama ada di kota atau di desa. Bagi meningkatkan kesejahteraan Bumiputera di kota, skim perumahan mampu milik perlu diperluaskan segera di samping memperkenalkan skim rumah mampu sewa.


Lebih banyak program menjana pendapatan mesti dilaksanakan, terutama di luar bandar dan kawasan miskin bandar. Kerajaan mesti memperluaskan industri berasaskan pertanian dengan sokongan bantuan seperti pinjaman modal dan latihan, memperkasa industri kecil dan sederhana serta membantu peniaga kecil, petani dan nelayan.

JAWAPAN UNTUK MASALAH DI ATAS ADALAH “ISU KETIRISAN” …..CER BINCANG MASALAH KETIRISAN INI.. SEBAB KETIRISAN INILAH GAGALNYA PENCAPAIAN 30% EKONOMI BUMIPUTRA..
NAMUN BAGI KAPAK SEWAJARNYA BUKAN 30% IA SEPATUTNYA 67% KERANA KAUM BUMIPUTRA ADALAH MERANGKUMI 67% KEPENDUDUKAN NEGARA… KERANA DEK TERLAMPAU BERLEMBUT.. MAKA AKHIRNYA 30% PUN PAYAH… CUMA PENCAPAIAN 17% , INIPUN DAH TINGGAL 7 TAHUN LAGI… AGAK2 DAPAT TAK?

SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).

Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.

MODEL EKONOMI BARU

Saya pernah bertanyakan perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak selesa dengan DEB atau DPN atau MED. Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh diterima.

Realiti bahawa majoriti penduduk Malaysia, lebih dari enam puluh peratus adalah kaum Bumiputera (lebih lima puluh peratus adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.

Namun, jelasnya lagi bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu yang lain.

Rekod lampau

Ratusan billion ringgit telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua(1970-an) untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini. Namun, bukan sahaja objektifnya gagal dicapai malah jika ‘Melayu masih ingat’, ada direkodkan berlakunya pelbagai skandal penyelewengan dalam kerajaan, sejak dari zaman penswastaan Tun Mahathir ( kes MAS membabitkan Tan Sri Tajudin Ramli dan krisis ekonomi 1997), zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Laporan Ketua Audit Negara seperti kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kelemahan mengurus dalam projek keretapi berkembar Ipoh-Rawang) hinggalah ke zaman Najib (kes pembelian kapal selam, peralatan tentera dan kes NFC).


Jika ‘Melayu masih ingat’ pada tahun 2011, Global Financial Integrity melaporkan, sekitar RM888 bilion ringgit wang haram mengalir keluar negara dari tahun 2000 hingga 2008. Ini belum termasuk laporan Ketua Audit Negara tentang pelbagai lagi ketirisan akibat kecuaian pihak kerajaan, baik di peringkat kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam pelbagai projek yang lain. Ini pun jika ‘Melayu masih ingat’.


Siri pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara setiap tahun masih gagal membuahkan tindakan drastik oleh kerajaan dalam menangani rasuah dan ketirisan dalam pengurusan kerajaan. Juga, tidak ada banyak tindakan konkrit yang diambil oleh pihak berkuasa, sebaliknya masih banyak kes dan pendakwaan yang berkaitan rasuah masih tertangguh.


Peruntukan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus meningkat dalam bajet setiap tahun, tetapi indeks persepsi rasuah oleh CPI Transparency International (TI), telah meletakan Malaysia ditangga ke 60 pada 2011 yang mendapat peruntukan sebanyak RM 203 juta berbanding RM 29 juta pada tahun 1996 ditangga ke 26. Semuanya senario ini bermula dengan dasar perlaksanaanya.

Semasa…. Malaysia, di zaman Tun Mahathir Mohamad… “Agenda Perindustrian” begitu gah… Konsep Pandang ke Timur telah member impak pada ekonomi Negara. Malah… Malaysia menjadi Negara Industri yang begitu pesat membangun diantara Negara-Negara Asean lain malah telah menenggelamkan Singapura… Namun, siapa yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda ini?.. Memang sedari awal Kerajaan menerapkan golongan dan usahawan Bumiputra untuk merebut peluang ini…, Namun peluang-peluang ini, walau diperuntukan kepada Bumiputra… namun, dek kealpaan Melayu/Bumiputra bila telah diberikan peluang telah menjadi pengkhianat Bangsanya sendiri…

Kenapa saya kata begitu… Ahli-ahli Usahawan UMNO yang telah diberikan peluang dan ruang untuk kehadapan sebagai wadah perjuangan bangsanya telah “MELAKUKAN PENGKHIANATAN”… terhadap Bangsanya sendiri… ini bila Projek yang diberikan itu… diambil jalan mudah dan cepat… Kebanyakan projek yang besar/induk walaupun pada asalnya Nama-Nama Bumiputra telah diberi peluang telah “dijual secara simbolik” maka lahirlah beberapa kerat jutawan segera yang jumlahnya tak seberapa… Ia berlaku bila kebanyakan Projek2 MEGA walaupun dinakhodai oleh kaum Melayu… namun, realitinya kaum Cina dan India telah meneriba laba serta keuntungan yang hebat…. Si Melayu yg telah diberikan peluang ini telah “men-sub Cont” secara total projek-projek tersebut dengan “Imbuhan Jutawan” segera oleh rakan usaha terutamanya kaum Cina.

Kekayaan jangka pendek ini telah “mensabotaj” projek2 tersebut. Kaum Cina yang mendapat peluang ini telah menggunakan “Kealpaan” usahawan terjun Melayu ini dengan Imbuhan berupa, wang, material dan yang menjijikkan adalah habuan sex “Amoi2 Upahan” bagi menyedapkan batang plior Usahawan segara Melayu ini berleluasa… akibatnya… Kaum Cina yang menopoli keuntungan dan laba tersebut disamping mereka mengembangkan peluang dan ruang tersebut kepada rakan2 Cinanya yang lain.. akhirnya Kaum Melayu juga yang rugi…..

Diharapkan, dengan “Transformasi Politik” kali ini… peluang-peluang yang masih ada dihadapan kita jangan sesekali di baziri…. Kaum Melayu mesti merebut peluang dan ruang ini bagi memperkasakan ekonomi Bangsa dan Agamanya..

Peluang kedua ini…[7 inisiatif ] janganlah dipersia-siakan lagi.. Kaum Melayu wajar mendenomasikan peluang ini dan kongsilah dengan rakan2 Bumiputranya yang lain yang banyak terdiri dari “Kelas2 F” yang ada dimerata tempat ini. Cuba kita lihat Kaum Cina… bila dapat projek mereka kongsi dengan rakan2 mereka,… waima sampai buat longkang, tanam rumput serta
Buat pagar rumahpun didonimasikan oleh mereka… Kenapa Usahawan Melayu yang hebat2 ini tidak berbuat sedemikian…. Sedangkan Kaum Cina yang kafir pun tau macam mana nak kongsi kek yang ada dan direbut secara bersama…. Namun adakah Kaum Melayu berbuat sedemikian seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran agar bantu-membantulah kamu diantara sesame kamu kerana ukhwah bekerjasama itu serta berkasih sayang adalah diantara rukun Iman kita terhadap Allah SWT.


Apa jaminannya?


Ini memberi indikasi bahawa apa jua dasar dengan apa pun namanya, apa jua slogan yang indah-indah untuk apa jua tujuannya, tidak dapat menjamin tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam aspek pengurusan dan perlaksanaannya. Transformasi dalam agenda sahaja tidak memadai sebaliknya Malaysia memerlukan reformasi sistem.


Pada 14/9/2013 Perdana Menteri DS Najib telah mengumumkan langkah untuk memperkasa ekonomi Bumiputera dalam bentuk dana dan latihan yang akan disalur dan digerakan menerusi pelbagai agensi seperti TEKUN, IKBN, JPA, MARA, UiTM, Yayasan Wakaf Malaysia dan banyak lagi, yang menelan belanja ratusan juta ringgit.


Ingat, Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera ini akan dilaksana dalam suasana budaya rasuah, sikap cuai dan kronisme yang masih berleluasa, khususnya bagi mereka yang berkepentingan. Adakah kita yakin bahawa usaha-usaha murni ini akan berjaya dan memastikan budaya “jijik dan lapuk” dapat di “tiadakan” ?



Ingin kita tegaskan lagi, apa pun dasar dan matlamatnya, rakyat tidak menolaknya secara membuta tuli. Persoalannya mudah, apakah ada jaminan dari PM bahawa kesemua dana yang akan disalurkan ini akan selamat sampai ke kelompok sasaran tanpa berulangnya lagi hal ketirisan dan rasuah? Dan, adakah jaminan bahawa mereka yang disasarkan untuk mendapat latihan tambahan itu benar-benar dari golongan yang memerlukan?


Jika melihat dari reputasi kerajaan BN selama ini, pastinya kita merasa bimbang dan ragu. Lihat saja institusi seperti UiTM, dahulunya ditubuhkan fokus untuk membantu Bumiputera luar bandar yang miskin, tetapi kini praktiknya seakan telah berubah. Perubahan yang tidak berlandaskan perjuangan asal ianya ditubuhkan, “nasionalism” telah lenyap bersama arus pembangunan dan pembudayaan wang dan tokoh individu yang berkepentingan. Inilah masalahnya………..




Maka, jalan paling berkesan untuk ‘memperkasa’ ekonomi Bumiputera adalah dengan ‘memperkasa’ aspek ketelusan (transparency), undang-undang dan integriti demi memastikan budaya rasuah dan ketirisan dapat diperangi habis-habisan.


Masalah ketirisan dan rasuah bukan sekadar mengurus persepsi dengan slogan atau kata-kata indah tetapi ia perlu dilaksana dan dikuatkuasa dengan segera. Tidak sukar, hanya memerlukan keberanian dan kesungguhan.


Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain kata, Kalau tidak dengan sungguhnya.

Wahai Bangsaku Melayu……. Jadilah Bangsa Yang tidak leka lagi.. kerana peluang kedua ini WAJIB digarap dengan sesungguh2nya.… jika masih di alpakan lagi…. Jangan sangsi kite Melayu akan menjadi Kaum Melayu kelas 3 di Negara sendiri….. Apa akan jadi dengan Perjuangan Aliff Baa dan Taa kita. Dimana Bangsaku Melayu selepas ini?.. Dimana Agamaku Islam selepas ini.. dan dimana Arus Pemerintahan Negara selepas ini?...

Ingat Nabi Muhammad.. tidak meninggalkan harta yang banyak untuk perjuangan Islam… Baginda hanya meninggalkan pada kite dua [ 2 ] perkara sahaja iaitu…. Al-Quran dan Sunnahnya…. Pelajari dan hayatilah… kerana dengan kedua-duanya itu adalah benteng perjuangan kita yang Ampuh dari segala sudut…kerana Al-Quran adalah selengkap2 Ilmu Allah.. WAJIB kita praktikkan dan laksanakannya… Amien..