Friday, December 23, 2011

KENAPA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PARA PELAJAR NEGERI PERAK BEGITU KELAM SEBELUM INI

Salam Sejahtera, sebelum Para Pembaca/Peminat Blog ini membaca artikel dibawah, silalah lihat dulu ulasan yang KAPAK ingin utarakan disini mengenai artikel tersebut. Diharap ANDA semua membaca dan memahaminya dengan hati dan perasaan yang terbuka!. Terima kasih.

1. Apa yang KAPAK ingin ulaskan disini adalah, kesan dan akibat terhadap pencapaian murid-murid di sekolah-sekolah di Negeri Perak yang begitu merudum sewaktu insan yang bernama, Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim masih memegang jawatan. Selaku orang yang di amanahkan untuk melaksanakan segala dasar dan agenda Kerajaan Pemerintah diketika itu, adakah beliau telah melakukannya dengan jujur, ikhlas dan amanah seperti apa yang beliau ingin canangkan kepada umum, bahawa beliau amat hebat dan sifar ketirisan?

2. Pada pandangan KAPAK, kalau kita tinjau dan lihat apa yang diungkapkan pada artikel dibawah ini, ia amat-amat mendukacitakan. Sebagai orang yang diberikan amanah untuk melaksana, maka jelas lah bahawa beliau telahpun melanggar perintah am selaku kakitangan kerajaan waktu itu. Cuba lihat ungkapan ini “Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran”. Apakah Negara kita hancur sekarang? Adakah Negara berada dalam keadaan yang amat teruk seperti Bangladesh & sesetengah Negara2 Afrika?

3. Berbalik kepada identiti beliau sewaktu memegang jawatan dalam Kerajaan dan pimpinan No 1 di Negeri Perak dalam Jabatan Pendidikan Negeri, sudah tentulah perangai dan tingkah lakunya itu di turuti atau mempunyai pengikut yang agak ramai diserata negeri. Oleh itu, Kapak meminta, agar Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri2 membuat pemantauan khususnya terhadap Penjawat2 Awamnya ini, agar ketaksuban parti tidak mengatasi amanah yang diberikan didalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mereka wajar berpijak di bumi yang nyata dan kenal siapa kerajaan yang memerintah dan selagi pemerintah tidak menyuruh kamu berbuat kemungkaran dan kehinaan terhadap rakyatnya, ANDA wajib mentaatinya.

4. Kerajaan, melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri wajar mengujudkan satu biro khas [selain Nazir} bagi meneliti, memantau dan mengenalpasti penjawat2 awam yang ingkar dan tidak amanah didalam melaksanakan tugas dan memastikan murid-murid di Negeri Perak mencapai peratusan keputusan terbaik dalam setiap peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Pemantauan ini amat wajar dilakukan serta membabitkan NGO sebagai badan yang bebas dan tidak “buyers” didalam menilai dan mengenal pasti identiti pelaku.

5. Moralnya disini, KAPAK mahu Penjawat Awam mahupun Guru-Guru benar2 menyusun strategi dalam melaksanakan dasar kerajaan yang telah disusun begitu molek demi kecemerlangan murid2 yang bakal menjadi anak watan bermoral, berintegriti dan berwawasan serta bakal menjadi pelapis pimpinan Negara dimasa akan datang.

Wallahuaklam

21 Disember 2011[ Dari blog ALFUTHUHAT ]
Umno Tidak Boleh Dipakai Lagi - Bekas Pengarah Pendidikan

Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man. -HD

Wednesday, December 21, 2011

CEO DAN GLC - NAKHODA DAN KAPALNYA

CEO-CEO GLC mesti melaksanakan tanggungjawab DAN mereka juga boleh dipertanggungjawabkan terhadap prestasi mereka.

Kapak terpanggil dan amat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri, agar setiap Ketua Pegawai Eksekutif/CEO bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejayaan dan kecemerlangan syarikat-syarikat berkaitan GLC didalam perniagaan mereka. Pencapaian Petunjuk Aras [ KPI ] wajib ke atas perkhidmatan mereka samada memuaskan ataupun sebaliknya. Ingat, bahawa Kerajaan telah memberikan mereka “Imbuhan serta berbagai kemudahan Individu dan Keluarga” dan ada diantara mereka yang menerima lebih RM100,000 sebulan.

2. Jika begitulah jumlah pendapatan mereka, memang sudah sewajarnya mereka wajib memberikan “khidmat total” dan memastikan organisasi yg di terajuinya itu, membawa pulangan/keuntungan tahunan melebihi angka RM1 billion!. Walaupun demikian, kita juga wajar melihat, jika prestasi GLC itu memang sudah diketahui memang selama ini ia mencapai keuntungan sedemikian, MAKA adalah amat wajar organisasi kendalianya itu mencapai pencapaian dua kali ganda, maknanya ia wajar pula membawa pulangan RM2 bilion atau lebih. Ini baru boleh kita banggakan dan berbaloi membayar CEO dengan harga yang begitu mahal. Salah satu contoh adalah TNB, Telekom dan lain2. Manakala Petronas pula sememangnya ia telah memberikan prestasi yang amat2 membanggakan.

3. Oleh itu, sebagai rakyat kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian Organisasi di peringkat nasioanal dan yang telah bergelar konglemaret sahaja. Sewajarnya juga KPI dan ketebertanggungjawaban ini, wajar perhalusi di peringkat Kerajaan Negeri. Rakyat telah sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri Negeri juga mempunyai banyak anak-anak syarikat/GLC [Government Link Company] dan ada juga yang telah mengambil pakar-pakar yang “berkebolehan” dan tenaga muda kononya yang dibawa masuk bagi mengurus keberkesanan dan kejayaan terhadap organisasi yang dipimpinnya. Dalam kontek “Tenaga Muda” disini, biarlah yang punyai pengalaman, kerana pencapaian di atas kertas sahaja tidak menjamin kehebatan didalam didalam mengurus sepak terajang dunia pengurusan dan dunia perniagaan semesta.

4. Namun, hingga setakat ini rakyat masih tertanya2 apakah kejayaan dan sumbangan keuntungan yang telah dicapai? Kita tidak mahu, pengambilan mereka ini hanya setakat memenuhikan Kerusi-Kerusi Empuk dan punyai kepentingan suku sakat dikalangan mereka dan membelakangkan bahawa Kejayaan dan prestasi bagus adalah memainkan peranan penting didalam menjana dana untuk pembangunan akan datang dinegeri-negeri berkenaan.

5. Kapak suka mengambil contoh, Negeri Perak Darul Ridzuan khususnya iaitu negeri tumpah kelahiran kapak. Apa yang telah diselidiki, kejayaan GLC di Negeri Perak masih jauh dibawah indek yang memuaskan, kerana hanya terdapat segelintir sahaja GLC-GLC ini yang memberikan pulangan yang menguntungkan, sebagai contoh Lembaga Air Perak. Namun, anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Kerajaan Negeri Perak, punyai prestasi yang lembab walaupun kekadang syarikat berkenaan punyai asset tanah yang boleh menjana pulangan yang hebat. Sedikit masa dulu, kita boleh juga dapat berbangga dengan adanya Organisasi seperti Perak Cement, namun kini hanya tinggal nama kerana “permainan sepak terajang perniagaan dan pemilikan pegangan saham, yang mungkin di adun sebegitu rupa. Ia telah menjadi satu lipatan sejarah Negeri Perak. [ Bloggers yg berminat cuba selidiki kesah benar trajedi ini]

6. Apapun, bagi Kapak, dalam kontek Negeri Perak, kapak berpandangan bahawa Kerajaan Negeri, wajar untuk “re-organise” semula struktur pengurusan GLC-GLC ini. Kerajaan Negeri wajar mengujudkan seorang sahaja CEO yang dipertanggungjawabkan keatas semua GLC-GLC tadi, agar tidak terdapat pertindihan tugas dan bidang kuasa. Kita sudah amat maklum, bahawa sebuah kapal itu hanya perlu ada satu nakhoda, dan hala tuju nakhoda inilah yang amat penting untuk diperhalusi dan diperhatikan setiap waktu dan bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar di bawah Menteri Besar Incorporated ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri Perak [PKNP]

7. Di Menteri Besar Incorperated inilah wujudnya CEO dan ahli Lembaga Pengarah, termasuklah Lembaga Penasihat yang membabitkan Tuanku Sultan/Wakil dan Pegawai Undang2 Negeri. [To check & balance ]

8. Dengan adanya skop yang jelas dan kuasa mengarah “Command Power”, seseorang CEO akan dapat memikir, merancana dan bertindak dan melaksanakan segala perancangan dan arahan terus ke subordinate dan anak-anak syarikat lain. Jika ini dapat terlaksana, maka tiada lagi suara-suara sumbang didalam melaksanakan sesuatu arahan “Excutive Command” yang sudah semestinya punyai ciri-ciri “Result-Oriented” dan kecemerlangan Negeri Perak.

Sebagai cadangan, Kapak bersikap terbuka di atas pandangan Kapak ini dan wajar ada yang membetulkan jika pengamatan Kapak ada yang tersimpang, kerana nawaitu Kapak adalah satu, iaitu berbuat sesuatu mahupun berubah sesuatu itu adalah kerana Allah, agar Kejayaan dapat dikecapi untuk rakyat Negeri Perak.

[ PETIKAN AKHBAR]

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Semua ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) hari ini diingatkan bahawa mereka akan dipertanggungjawabkan terhadap prestasi entiti yang diterajui mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, GLC yang dikendalikan perlu mencapai Prestasi Utama (KPI) seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan yang bakal diambil sekiranya CEO gagal mencapainya.

''Kerajaan sentiasa mengkaji KPI mereka dan CEO-CEO GLC mesti melaksanakan tanggungjawab atau mereka boleh dipertanggungjawabkan,'' kata beliau selepas majlis pelancaran Pelan Sektor Kewangan dan siri mata wang baharu di Sasana Kijang di sini hari ini. Najib berkata demikian ketika ditanya mengapa menteri-menteri tertentu dilihat memberi penjelasan tentang prestasi GLC berbanding dengan CEO GLC.
Menjawab pertanyaan itu, Najib berkata: ''Mungkin menteri terpaksa menjawab kerana mereka lebih banyak berada di majlis berbanding CEO''. Bagaimanapun, beliau yakin CEO-CEO GLC tahu dan memahami peranan yang perlu dilaksanakan.Sementara itu, Najib berkata, Malaysia dijangka mengeluarkan lesen kepada sebuah bank Islam mega untuk beroperasi di negara ini.

Katanya, pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat selepas semua perbincangan berhubung penubuhan bank itu selesai. ''Buat masa ini, kita belum membuat sebarang keputusan lagi,'' katanya.

Pada tahun lalu, Bank Negara Malaysia memberitahu ia akan meluluskan satu atau dua lesen operasi mega di bawah projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD).
Najib berkata, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan kepada mana-mana institusi kewangan dan perbankan asing yang mahu beroperasi di Malaysia. Menurut beliau, setiap pertimbangan dibuat berdasarkan merit kerana kerajaan sudah pun menentukan kriteria tertentu kepada bank asing yang mahu beroperasi di sini.

Jelas Najib, antara dua kriteria utama yang dititikberatkan ialah kriteria kehematan dalam menjalankan perniagaan dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Pertimbangan lain yang turut diambil kira ialah pengkhususan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank tersebut.

''Sekiranya bank-bank asing menawarkan fungsi berbeza, kita sedia memberi pertimbangan istimewa. ''Ini penting untuk memastikan kehadiran bank-bank asing ini tidak memberi persaingan kepada bank- bank tempatan,'' tambah beliau.

Saturday, December 17, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMMAH DI KUALA KANGSAR 17/12/2011

HIMPUNAN SEJUTA UMMAH DI KUALA KANGSAR 17/12/2011.

Alhamdulillah dpt juga berinteraksi dgn Moderator dan Pakar Motivasi Dato' Dr Hassan Ali Exco Agama Selangor. Walaupun dah terpisah hampir 20 tahun sejak di Affin Bank satu ketika dahulu. Dalam waktu yg singkat dpt bertanya khabar dan reaksi terkini beliau. Alhamdulillah dari hati dan nalurinya, kecintaan terhadap Islam menjadi tunjang kehidupannya, walau dibalun ombak dan badai, namun utk menyerah kalah tidak sekali.

Alhamdulillah ramai juga pengunjung yg hadir sekitar 5000 org didlm dan diluar dewan. Apapun tahniah diucapkan kpd penganjur krn tujuan kita adalah mempertahankan Agama Allah, walaupun galang gantinya adalah nyawa kita sendiri. Itulah iman yg sewajarnya ada di setiap insan bergelar Islam.

Tahniah juga kp YB Dato Sam Mat Sahat Adun Alor Pongsu yg didlm sibok, dpt hadir juga demi Islam tercinta. Semoga Islam terus ceria dibumi Perak darul Ridzuan.

Hati hiba dan menitis airmata bila bacaan dan alunan doa serta zikir munajak dikumandang oleh beliau. Mmg menusuk sanubari dan sedar betapa kerdilnya diri ini. Tertanya juga kenapa dan mengapa Umat Islam di Malaysia ini gagal utk disatukan? Kenapa masih ada hijab dan rintangan dari kalbu diri? Lupakah akan janji2 Allah, bahawa kekalahan Umat Islam, bila mereka DEGIL utk bersatu. Yg satu taksub bahawa dirinya sahaja yg betul Islamnya dan yg satu pula mahu bersatu tetapi pelawaan yg dibuat ditolak mentah2 atas alasan perbetulkan dahulu asas penubuhan siasah UMNO dan letak Islam diperingkat yg tertinggi. Saya harap segala tetek-bengik ini dapat dicarikan jalan penyelesaiannya demi ISLAM.

Fikirlah wahai semua Umat Islam di Malaysia. Bila lagi kita mahu bersatu, sedangkan musuh2 Islam telah berada disetiap sudut untuk menghancurkan Islam dr Bumi Malaysia bertuah ini. Fikir dan berubahlah ... lakukanlah juga transformasi didalam persahabatan dan perjuangan.

Tq

Friday, December 16, 2011

MENTRANSFORMASIKAN PEJABAT AGAMA NEGERI-NEGERI DAN MASJID, SERTA PERANANNYA DALAM PENYATUAN UMMAH, KEKUATAN EKONOMI DAN ILMU.

KAPAK, ingin berkongsi pendapat dengan pembaca dan bloggers semua tentang isu di atas samada ANDA semua bersetuju atau tidak jika, kapak katakan bahawa kebanyakan pentadbiran Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam serta Masjid-Masjid diseluruh Negara di tadbir secara lesu dan tidak professional.

KAPAK terpanggil untuk menyatakan sedemikian atas alasan dan pengamatan kapak di beberapa Masjid-Masjid yang diziarahi di seluruh Negara, terutamanya pada hari Kebesaran Mingguan Umat Islam, iaitu pada Hari Solat Jumaat. Hari dan Waktu Solat Jumaat sewajarnya diambil peluang oleh Pentadbiran Masjid2 dan juga Pejabat2 Agama Negeri2 agar menjadikan hari dan waktu berkenaan sebagai wadah untuk penyatuan Ummah didalam mendidik rohani dan jasmani dengan menyediakan berbagai program Ilmu dan di waktu khutbah pula, jemaah disajikan dengan intipati KHUTBAH JUMAAT yang kondusif, terang, tegas dan berwawasan.

Maknanya disini, KHUTBAH JUMAAT wajar dilakukan dengan:-

1. Kondusif – Ia meliputi Ilmu duniawi dan akhirat, termasuklah juga diselangselikan dengan Sirah Rasullullah dan penekanan terhadap kejayaan Rasulullah menyatupadukan Ummat Manusia, waima berlainan agama, budaya dan identiti manusia itu sendiri. Cara dan bagaimana Rasullullah perjuangkan serta kejayaan itu wajar menjadi intipati serta ikutan manusia waktu kini. Wajar juga diterapkan cara dan corak pentadbiran Negara yang di terapkan oleh Rasullullah yang dapat menjaga keadilan dan kepentingan semua rakyatnya.

Sementara itu, bila lagi Pentadbiran masjid dapat menjadikan persekitaran masjid sebagai satu institusi menjana ekonomi, tempat menimba ilmu, beriadah dsbnya. Kapak nyatakan ini sebagai memperingatkan semula titah DYTM Raja Nazrin, yang menegur pengurusan Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam Perak yang lesu didalam membuat program tahunan. Baginda sedih kerana program yg dilaksanakan bagaikan hanya untuk memenuhi takwim Jabatan, dimana perlaksanaan dan pencapaiannya bersifat “shok Sendiri” dan kurang efektif dan berada di takok lama, walaupun zaman sudah berubah didalam era IT.

2. Terang - Penyampai/khatib juga wajarlah mesra pendengar, muda dan bertenaga dalam penyampaian dan juga menjiwai apa yg disampaikan. Pejabat Agama dan Majlis Agama Islam Negeri2 wajar mengambil kakitangan baru serta muda dan bertenaga. Kini, terdapat ramai cerdik pandai berlatarkan agama yg kembali ke tanah air setelah selesai kuliah di negara2 Arab, spt Mesir, Jordan, Syria dll. Jgn persia2kan tenaga muda sebegini dan Kerajaan wajar segera mengambil mereka bekerja. Mereka ini lebih mahir, berwawasan dan kuat bekerja dan punyai pemikiran yg innovatif. Kapak setuju dengan saranan oleh Ustaz Fathul Bari semasa Persidangan UMNO baru2 ini. Kerajaan wajar melaksanakan transformasi ini segera disamping dapat menggunakan khidmat tenaga muda agar menjadi pemimpin pelapis dimasa akan datang. Hindarilah berpuak-puak, kerana Islam akan lemah jika tidak bersatu. Bila kita lemah musuh2 kita akan bermaharajalela dan tanpa segan silu memperlekeh Islam dan mensabotaj Agama Islam dengan menyalurkan dakyah dan umpanan wang ringgit agar Umat Islam menjadi MURTAD, Nauzubillahhiminzaliq. Cuba perhatikan video U tube DS Zahid yg memintah Puak2 PAS ini agar dapat bersatu kembali dan menguatkan pasukan [UMNO + PAS] dan Bangsa Melayu Islam, agar kita tidak lagi menjadi Bangsa yang lemah dan mudah diperkotak-katikkan.

3. Tegas – Kandungan dan intipati yang mahu disampaikan kepada Jemaah wajarlah sesuatu yang tegas, benar dan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ketegasan ini mestilah mempertengahkan segala macam dalil dan juga diselitkan dengan sesuatu kejadian yang menggerun dan menakutkan manusia akan azab Allah. Perlu diingat, bahawa Jemaah masa kini bukan lagi jemaah zaman 70an.., skrg adalah Jemaah zaman IT yg telah terbiasa dgn sesuatu yg baru. Oleh itu, bagi menarik perhatian Jemaah disamping tidak menggalakkan mereka tidur diwaktu khutbah, maka intipati khutbah wajar diisi dengan sesuatu yg realiti dan terkini.

4. Berwawasan – Apa yang diharapkan oleh masyarakat Islam dan Jemaah Islam, bahawa Khutbah itu wajar punyai wawasan untuk mengubah sikap dan pemikiran pendengar. Adalah menjadi tugas Pegawai Agama dan Pengurusan Masjid agar, apa jua Khutbah yang mahu disampaikan adalah sesuatu yang membawa kebaikan dan mengandungi pengajaran yg berguna. Kepada yang berkenaan, wajar lah dari saat ini jadikanlah dan imarahkan Masjid dengan berbagai program2 yang menarik minat pengunjung. Kekadang, kita terlalu menegur orang2 muda yg tidak mahu mendekati masjid, namun cuba kita ubah pula pendirian kita dengan menyoal diri kita, Apakah program2 yang wajar disusun untuk menarik golongan muda agar cintakan masjid. Berubahlah dan transformasikanlah diri kita agar perubahan kita itu akan membawa manafaat kepada yang lain.

Apapun, Kerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada mereka yang ikhlas bekerja dan melakukan tanggungjawab yang di amanahkan. BUKTI Kerajaan perihatin dan bertanggungjawab cubalah fahami petikan berita akhbar yang kapak kepilkan disini :-

PM umum kenaikan elaun pegawai penyelia masjid daerah [2011/12/16]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan elauan Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 dan tuntutan elaun perjalanan RM700 sebulan bermula tahun depan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sangat menekankan aspek pengimarahan masjid dan surau sepanjang masa kerana ia adalah pusat perpaduan umat serta menjadi simbol syiar Islam negara.
"Kerajaan juga bersetuju menambah 87 PPMD sedia ada ke semua daerah di seluruh negara semoga institusi masjid dan surau dapat diimarahkan dan terpelihara dengan sebaiknya," katanya ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang tadi.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Elaun perjalanan PPMD sebelum ini adalah RM500 sebulan.

Perdana Menteri berkata, berikutan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, beliau berkata kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mencadangkan penubuhan Seketeriat khas Ulama dan Umara (UMUM) supaya komunikasi antara kerajaan dengan pihak berkenaan menjadi lebih terancang dan tersusun.
"Melalui seketeriat ini program seperti dialog, forum, makmal dan aktiviti dapat diurus tadbir secara bersama dengan agensi agama sedia ada," katanya.

Katanya, sekretariat itu juga akan menerajui makmal strategik Islam bagi menghasilkan penyelesaian serta perancangan terhadap isu berkaitan hal ehwal Islam.

Bagi memperkemaskan lagi sistem pentadbiran agama Islam di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan sebuah Kompleks Pusat Pentadbiran Islam Putrajaya yang akan dibina di Presint 2 dan dijangka siap dan boleh digunakan pada 2014.

"Sedar akan peranan dan hubungan istimewa antara ulama dan umarak dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara, kerajaan menaruh harapan tinggi kepada golongan ini untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan dan isu yang membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan dengan cabaran semasa," katanya.

Najib berkata nasihat ulama akan memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat, pentadbiran di mana barisan kepimpinan negara amat memerlukan bantuan ulama serta cendiakawan dalam pelbagai bidang.

"Umarak pula memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu yang dibangkitkan serta kefahaman dari sudut fatwa serta hukum Islam. Ini hanya akan dapat dinatijahkan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.

Pada masa sama, beliau turut berharap supaya institusi ulama dapat dimantapkan supaya disegani dan dihormati.

Perdana Menteri berkata ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa.

"Bukan semua isu dalam negara ini terutama isu agama perlu dipolemik dan dipolitikkan, hatta isu mengerjakan haji juga turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya merujuk kepada penyebaran dan fitnah yang dilemparkan ketika beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadat haji baru-baru ini.

Pada majlis itu, Sheikh Roslan Abdul Halim Al-Hafiz dipilih menerima Anugerah Tokoh Imam Peringkat Kebangsaan 2011.

Ulama, umara perlu hindar perbezaan ideologi politik: Najib

2011/12/16
KUALA LUMPUR: Ulama dan umara diminta lupakan perbezaan ideologi politik dan bersama-sama mempertahankan dan menyelamatkan akidah serta maruah umat Islam daripada sebarang bentuk pencerobohan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, institusi ulama perlu dimantapkan supaya disegani dan dihormati.
"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
"Sedar akan peranan dan hubungan istimewa antara ulama dan umarak dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara, kerajaan menaruh harapan tinggi kepada golongan ini untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan dan isu yang membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan dengan cabaran semasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perdana Ulama, Umara dan Imam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, petang tadi.

Najib berkata nasihat ulama akan memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat, pentadbiran di mana barisan kepimpinan negara amat memerlukan bantuan ulama serta cendiakawan dalam pelbagai bidang.

"Umarak pula memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu yang dibangkitkan serta kefahaman dari sudut fatwa serta hukum Islam. Ini hanya akan dapat dinatijahkan melalui hubungan erat ulama dan umara," katanya.
"Bukan semua isu dalam negara ini terutama isu agama perlu dipolemik dan dipolitikkan, hatta isu mengerjakan haji juga turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya merujuk kepada penyebaran dan fitnah yang dilemparkan ketika beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadat haji baru-baru ini.

Monday, December 12, 2011

MENTRANSFORMASIKAN GIATMARA

Maklumat Korporat

LATAR BELAKANG

Pusat GIATMARA yang pertama ditubuhkan di Jitra, Kedah pada November 1986 dengan 93 orang pelatih perintis. Kini, terdapat 209 Pusat GIATMARA yang sedang beroperasi di seluruh Negara. Latihan kemahiran GIATMARA disasarkan kepada belia dan masyarakat setempat. Program latihan dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara PERCUMA. Jangkamasa program adalah antara 6-24 bulan. Konsep latihan ini masih dikekalkan dan dikembangkan bagi memberi nilai tambah kursus-kursus yang sedang dilaksanakan di Pusat GIATMARA.

OBJEKTIF

Memberi latihan kemahiran kepada masyarakat bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan. Usaha ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi masyarakat, GIATMARA merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang sihat di kalangan anggota masyarakat.

Program GIATMARA merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka.

KUMPULAN SASAR

• Mereka yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik
• Mereka yang belum pernah mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja
dan berusaha sendiri
• Mereka yang hilang pekerjaan dan terpaksa mencari pekerjaan baru
• Mereka yang ingin menambahkan pengetahuan kemahiran untuk kemajuan kerjaya
• Mereka yang sedang bekerja dan memerlukan peningkatan tahap kemahiran dalam
jurusan yang diceburi
• Mereka yang berminat menceburi bidang keusahawanan berasaskan kemahiran
• Ibubapa tunggal
• Mereka yang ingin belajar berasaskan konsep “Pembelajaran Sepanjang Hayat”.


MENTRANSFORMASIKAN GIATMARA

Mentransformasikan GiatMara, agar lebih kondusif dan menarik minat golongan muda untuk menceburi segala bidang latihan yang disediakan. Transformasi yg wajar dilaksanakan :-

i. Menstrukturkan semula organisasi GiatMara, agar lebih professional dan ditadbir dgn professional oleh kakitangan yg dedikasi dan komitted dan punyai kelayakan akademik yg up to the standard, samada di Ibu Pejabat mahupun di setiap GiatMara di Malaysia.

ii. Menjenamakan semula GiatMara dgn memperbaiki imej dan penampilan bangunan GiatMara itu sendiri agar lebih pro-aktif dan mencerminkan tempat pembelajaran yg dinamik i.e. seperti,GIATMARA PRIMA dan Kolej2 Komuniti yg punyai bangunan dan tempat pembelajaran yg mesra akademik utk anak2 Bumiputra untuk menimba Ilmu.

iii. Memastikan peralatan pembelajaran mencukupi dan berkualiti dan setiap pembelian ditaksir dan di Audit oleh Audit dalaman serta luar. Ini bagi mengelak berlakunya salahlaku dan penyalahgunakusa oleh segelintir pengurus dan juga pegawai atasan dengan berbagai cara i.e. makeup price seperti berlaku dan didedahkan oleh wakil pembangkang di Parlimen baru2 ini. Terdapat juga rungutan elaun pengajar luar yang berbeza dari segi jumlahnya jika dibandingkan dengan di Kolej komuniti yang mendapat RM120 per jam dan di Giatmara hanya RM50 per jam. Sedangkan jumlah elaun telah ditetapkan RM120 per jam [sama bg kedua2nya] oleh itu, dimanakah perginya peruntukan tersebut.[Wajar disiasat jika rungutan ini sahih]

iv. Disiplin pelajar/pelatih wajar dititikberatkan dan menepati pencapaian yg diharapkan, i.e. mereka yang keluar dan boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai mata pencarian dan tidak hanya bergantung terhadap pekerjaan di Perkhidmatan Awam.

v. KPI setiap Giatmara dan kakitangannya wajar di analisa setiap tahun secara professional. Professionalism mereka wajar dikatogerikan terhadap pencapaian pelajar2 mereka dan peratus mereka yang keluar tidak lagi menjadi penganggur. Bottom line pencapaian adalah memastikan golongan bumiputra yg tercicir dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam kehidupan kerana ruang perniagaan yang mereka pelajari di GiatMara amat berguna sebagai wadah kehidupan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Risikan koboy desa, terhadap program Giatmara 1 Malaysia, di Kg Tg Keramat Langkap Perak, DUN Ayer Kuning pd 10,11 & 12/12/2011.

Friday, December 9, 2011

PENGUATKUASAAN PERLEMBAGAAN NEGARA DAN MAJLIS & JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI2 WAJAR PRO-AKTIF TERHADAP ISU MURTAD.

Kapak serta rakyat Malaysia yang beragama Islam amat kecewa dan sedih terhadap gejala yang berlaku dewasa ini yang membabitkan gerakan memurtadkan orang2 Islam di Malaysia, yang kurang ditangani secara total dan bersepadu.

Isu ini juga telah menjadi gusaran oleh dikalangan orang Istana yang prihatin terhadap apa yang berlaku sekarang yang telah dizahirkan oleh secara terang dan terus kepada pihak berwajib untuk bertindak. Antara keluarga Istana yang kapak maksudkan ialah:

i. DYMM Sultan dan Raja Muda Raja Nazrin – Istana Perak
(Lihat teguran Raja Nazrin di Berita Perak Jilid 2 Oktober 2011)

ii. DYMM Sultan Selangor - Istana Selangor.

Isunya sekarang ini dimanakan keberkesanan tindakan yang dijalankan oleh Jabatan yang telah di amanahkan kepada mereka.

i. Adakah Perlembagaan Negara terhadap perkara ini tidak dapat dikuatkuasakan kerana ia disebabkan kurang ampuh untuk dilaksanakan?

ii. Adakah birokrasi terhadap perlaksanaannya?

iii. Kenapa Jabatan ini gagal dalam membantu golongan yang susah dan memerlukan, dan akhirnya mereka mendekati atau didekati oleh golongan pendakyah kristian dan membantunya dengan mudah dan menjadikan mereka rasa disayangi dan diperlukan lebih dari kalangan & golongan Islam sendiri?

iv. Perlukah Majlis & Jabatan Agama Negeri2 diamanahkan kepada mereka yang lebih pro-aktif, efisyan, professional dan yang lebih penting amanah dan ikhlas didalam melaksanakan tanggungjawab bukan sekadar memanaskan kerusi jawatan tersebut?

v. Perlukah Perlembagaan sedia ada ini kurang berkesan dan perlukan pindaan segera agar sesuai dengan tindakan yang membolehkan perlaksanaannya secara total.

vi. Perlunya Umat Islam di Malaysia ini agar pro-aktif dalam menangani masalah ini dan dapat membantu Jabatan berkenaan untuk bertindak. – Moralnya adalah Tindakan bersepadu Umat Islam Malaysia adalah digarap.


Laporan Akhbar terhadap isu ini.

1) Sultan Selangor bimbang gerakan murtadkan umat Islam

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang sempena majlis perasmian masjid itu di Tanjong Karang dekat Kuala Selangor, semalam. - BERNAMA
________________________________________

TANJONG KARANG 9 Dis._ — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah-langkah strategik bagi menangani gerakan memurtadkan orang Islam.

"Beta dimaklumkan bahawa kegiatan memurtadkan umat Islam ini berlaku secara sembunyi-sembunyi dan pihak-pihak yang terbabit begitu bijak menyembunyikan bukti-bukti yang jelas," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini.
JAIS hendaklah sentiasa berusaha memberikan penerangan dan juga kaunseling kepada mereka yang dikenal pasti terlibat dalam aktiviti ini, titah baginda.

"Beta juga berkenan menyarankan pihak JAIS agar sentiasa bertindak dengan cara dan pendekatan yang berhemah supaya umat Islam yang mula menjauhkan diri daripada ajaran Islam akan tertarik semula untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah wujudnya gejala murtad di kalangan umat Islam adalah satu perkara yang begitu membimbangkan selain daripada ajaran sesat selepas baginda mengetahui perkara itu berlaku sejak beberapa tahun lepas tetapi masih ragu-ragu akan kebenarannya.

"Namun sejak beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, beta merasa bimbang akidah umat Islam akan tergugat sedikit demi sedikit disebabkan timbulnya kekeliruan dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang disampaikan oleh pihak-pihak tertentu," titah baginda.

Perkara seperti ini jika dibiarkan dan tidak dibendung akan merosakkan perkembangan dan pembangunan agama Islam di Selangor, titah baginda.
Sultan Selangor bertitah baginda seringkali mengingatkan supaya setiap program yang diadakan di masjid dan surau di negeri ini dikendalikan oleh mereka yang berkelayakan dan bertauliah daripada JAIS kerana mahu mereka mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan kepada sumber-sumber yang sah agar tidak terpesong atau terkeliru.

Baginda juga tidak mahu di suatu hari nanti umat Islam akan berpecah-belah akibat perselisihan faham atau perbezaan pengetahuan yang diperolehi dari sumber-sumber yang tidak sah.

Sambil mengingatkan rakyat supaya sentiasa berhati-hati dengan elemen yang menjurus kepada ajaran sesat, baginda mahu mereka supaya jangan cepat terpengaruh dengan ajakan atau umpanan pihak-pihak tertentu yang nampak begitu baik dan ikhlas untuk membantu pada mulanya tetapi mempunyai agenda tersembunyi.

"Setiap ajaran atau ceramah yang didengar haruslah disiasat atau dirujuk kepada sumber-sumber yang dipercayai sebelum diamalkan agar kita semua terpelihara daripada terjebak di dalam ajaran-ajaran yang menyesatkan," titah baginda.
Pada majlis itu, baginda bersama jemputan dan jemaah masjid menyertai majlis membaca surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid sebelum solat Jumaat sempena Ulangtahun Keputeraan Baginda yang ke-66 dan 10 tahun memerintah sebagai Sultan Selangor.

Baginda juga berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor berjumlah RM100,000 dan RM600,000 daripada Maybank Islamic Bhd.

Masjid Kampung Sungai Gulang-Gulang ini mula dibina pada tahun 2002 bagi menggantikan masjid lama yang telah berusia lebih 50 tahun dengan peruntukan RM5 juta. — BERNAMA

2) Anak angkat dipercayai murtad
Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 9 Dis. - Seorang wanita meminta pihak yang berkaitan membantu anak angkatnya yang dipercayai telah murtad, kembali ke pangkal jalan.
Perasaan sedih, kecewa dan tertekan membuatkan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Norsidah Ahmad Zaman, 43, meminta bantuan supaya anak angkatnya yang dikenali sebagai Am, 23, kembali ke jalan yang benar.

Menurutnya, walaupun Am hanya anak angkat, dia amat bimbang apabila melihatnya memakai rantai lambang 'salib' pada Aidilfitri lalu.
"Apabila ditanya dia kata suka-suka sahaja tetapi naluri seorang ibu memberitahu ada sesuatu yang tidak kena," katanya sambil memberitahu ia bermula apabila kesusahan hidup membuatkan Am membawa diri ke Melaka tahun lalu setelah gagal mendapat pekerjaan di daerah itu.

Norsidah memberitahu, di Melaka, Am telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memberinya barangan keperluan termasuk makanan serta membawanya ke gereja.
Sejak itu, dakwa Norsidah, Am sering mengikut lelaki itu ke gereja dan dia turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan.

Norsidah memberitahu, Am yang mempunyai lapan beradik dan berasal daripada keluarga susah sering menghubunginya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dakwanya, antara kandungan SMS yang dikirimkan Am termasuk usahanya meminta bantuan dengan orang kafir lebih mudah dan tidak perlu mengisi borang malah, bantuan dihulurkan segera.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohamad Tahrir Samsuddin berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu dan menasihatkan umat Islam supaya berwaspada semasa menerima sebarang bantuan daripada golongan atau pertubuhan bukan Islam.
Beliau bimbang bantuan yang dihulurkan mengandungi unsur dakwah yang boleh memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan remaja.

Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad pula berkata, pelbagai saluran boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan berbanding meminta bantuan pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda sendiri.

"Saya mengharapkan agar pemuda berkenaan sedar dengan tindakan yang dilakukannya itu," katanya yang turut serta dalam pertemuan dengan Norsidah di rumahnya di Taman Semerah, dekat sini baru-baru ini.

Wallahuaklam.

Wednesday, December 7, 2011

PRU 13 - INSYA ALLAH BN MASIH MEMERINTAH PERAK

Salam Sejahtera,Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya.

Strategi untuk kekal kuasa BN di Perak.

Andai kata:

BN menang 28 kerusi, DAP 18, PKR 7 PAS 6 seperti senario PRU12, BN tetap membentuk kerajaan kerana

a. Alasan yang sama akan digunapakai DYMM Sultan Perak yakni PR adalah sebuah kerajaan campuran longgar yang tidak ada kontrak. Akan tetapi kerajaan ini tidak stabil sebab dlm DUN nanti akan ada undi tidak percaya. Pilihanraya kecil akan diadakan semula dan kalau keputusan masih sama Sultan berhak untuk menjemput parti yang ada majoriti terbanyak untuk membentuk kerajaan.

b. BN seharusnya memecahkan penguasaan DAP dalam kerusi seperti di Sungkai , Malim Nawar dan Kuala Sepetang. PKR mungkin tak dapat 7 kerusi misalnya Simpang Pulai dan Teja boleh ditawan semula. Begitu juga dengan Changkat Jering dan Behrang.

c. Dengan strategi yang betul seperti mempamirkan UMNO party moderation dan turun padang berjumpa pengundi China dan India dan hulurkan bantuan untuk mengurangkan kos sara hidup, isu lesen menjaja, isu penguatkuasaan undang-undang kerajaan tempatan diubah menjadi sesi kaunseling dan pendidikan untuk memajukan perniagaan mereka serta mendampingi pemberita China dan Tamil supaya berita sebenar dapat disebarkan nescaya BN akan kekal kuasa.

d. Of course isu tersebar luas sekarang ialah YAB Dato Seri Zambry akan bertanding ke Parlimen, kerana beliau amat sinonim dengan golongan muda dan mahasiswa. Mungkin beliau akan mengambil alih Kementerian Pengajian Tinggi, yg mana Menterinya Dato Seri Khalid Nordin akan menjadi MB di Johor.

e. Oleh itu, mungkin orang neutral seperti YB Dato- Dato lain yang masih diterima rakyat dan bersih serta begitu kuat bekerja dan sering membawa pembangunan dikawasan DUNnya spt pembangunan kawasan perindustrian, pembangunan bandar universiti serta pembangunan orang pribumi/asli dan tidak mengundang kontroversi jika di lantik sebagai MB nanti.Contohnya YB Dato Mohammad Zahir, Dato Zainol dan Adun Ayer Kuning Tapah, ADUN Manjoi, Slim River dsbgainya.

f. Namun apapun hakikatnya Rakyat Perak akan menilai, meneliti demi kesinambungan kejayaan dan kepimpinan BN di Perak, dan hanya Perdana menteri lah yang akan memuktamadkannya.

Sekian, ulasan koboi semasa.

Sunday, December 4, 2011

UMNO DAN BARISAN NASIONAL GENDANG DAN SEMBOYAN SUDAH DI PALU! AYUH KE MEDAN PERANG!!!!.

BAWALAH KALIMAH KERAMAT INI SEBAGAI SENJATA ILMU MELALUI TUJUH [ 7 ] PERKARA BERIKUT :-
[ 1 ]. BERSATU HATI [ 2 ]. BERSETIA [ 3 ]. BERKHIDMAT [ 4 ]. BERKORBAN
[ 5 ] BERUSAHA [ 6 ] REDHA & [ 7 ]. BERTAWAKKAL.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tujuh ramuan penting bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Katanya, jika pemimpin dan ahli UMNO bersungguh-sungguh mengamalkan ramuan-ramuan itu, beliau yakin parti tersebut akan mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya berkenaan.

''Insya-Allah UMNO akan menang besar, sekurang-kurangnya dengan majoriti dua pertiga. Target (sasaran) kita mesti tidak kurang majoriti dua pertiga,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.Tujuh ramuan itu adalah bersatu, bersetia, berkhidmat, berkorban, berusaha, reda dan bertawakal.

Bagi ramuan [ 1 ] iaitu bersatu/bersatu hati, demi untuk kemenangan UMNO soal perpaduan adalah amat utama.Dalam konteks pilihan raya, kita jelmakan kesatuan/bersatu hati kita ini dengan menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh Presiden parti untuk menjadi calon. Mahyudin juga telah menyatakan dalam masa persidangan ini jangan ada tindakan-tindakan yang boleh membawa kesan ataupun bencana kepada parti kita. Jangan ambil tindakan-tindakan tikam belakang ataupun disebutkan mengambil tindakan cah keting, jangan peteh dan menimbulkan masalah-masalah baru dalam parti kita.

Mengenai ramuan ke [ 2 ] bersetia, ahli UMNO tidak harus mengambil sesuatu langkah yang dianggap tidak setia atau berbuat sesuatu yang akan melanggar bukan sahaja peraturan tetapi tata susila dan apa lagi kalau boleh merosakkan parti.

Beliau juga mengingatkan ahli parti supaya memberikan tumpuan dan melipat usaha apabila menyentuh soal ramuan ketiga [ 3 ] iaitu berkhidmat. Berkhidmatlah dgn jujur, amanah dan ikhlas.

Dalam ramuan keempat [ 4 ] iaitu berkorban berkata, berjihad untuk memenangkan parti, memastikan 'survival' bangsa dan agama adalah satu pengorbanan yang amat besar. ''Dalam kita melaksanakan jihad ini orang UMNO mesti berkorban jiwa dan raga untuk parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Bukan ada apa-apa niat selain daripada niat kita untuk memenangkan UMNO,''.

Ramuan kelima [ 5 ] iaitu berusaha melalui langkah yang teratur, berstrategi dan terancang.''Seperti juga dalam satu pasukan bola sepak, yang bagus jadi penyerang dia kena jadi penyerang, yang bagus jadi penjaga gol, dia mesti jadi penjaga gol.
''Jangan yang bagus jadi penjaga gol dia nak jadi penyerang atau sebaliknya dan yang paling penting jangan sumbat gol sendiri. Inilah paling pantang dalam perlawanan bola sepak dan begitu jugalah dalam pilihan raya. Jangan skor gol sendiri,'' .

Sebagai orang Islam, ahli UMNO adalah diseru supaya mengamalkan ramuan keenam [ 6 ] iaitu reda dengan percaya kepada qada dan qadar Allah.

Dan, Ramuan terakhir [ 7 ] agar ahli UMNO mengamalkan sikap bertawakal iaitu dalam memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya.''Mudah-mudahan Allah akan berkati segala usaha kita dan berkati perjuangan kita dan memberi kemenangan di dalam pilihan raya yang akan datang ini,''.

TERAS TERAS UTAMA YANG PERLU DI LAKUKAN UNTUK MENUJU KE PRU 13

[ A ] Bersatu menerajui kemenangan PRU13

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya UMNO pasti boleh menerajui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika seluruh ahlinya memiliki semangat berpasukan, tidak mengkhianati sesama sendiri selain menerapkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada parti.

Menyuntik formula itu dalam ucapan penggulungan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, beliau menyifatkan ia sebagai transformasi diri paling mencabar yang harus dipikul orang UMNO.

Serentak itu, beliau mengingatkan bahawa ujian terbesar menanti kesemua perwakilan apabila kembali ke kawasan masing-masing ialah mencuba sedaya-upaya mengelakkan sengketa di peringkat bahagian.

"Kalau ketua bahagian tengok pada timbalan, jangan pula dia kata 'eh! dia ni nak jawatan saya', yang lain-lain pula bagi kerjasamalah...kasih sayang yang sejati.
"Beringatlah saudara saudari, pilihan raya ini adalah yang paling getir dalam sejarah tanah air.

"Pilihan yang dihadapkan kepada rakyat adalah pilihan titik penentuan sama ada kita mahu melihat masa depan yang cerah benderang bagi sebuah negara Malaysia yang maju dengan memilih UMNO dan BN atau menempa jalan tragis penuh kehancuran dengan memilih pakatan pembangkang," katanya.

[ B ] Sedia kembalikan maruah


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan penangguhan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2011 berjaya menggambarkan parti itu kini bersatu dan ampuh serta bersiap sedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah dan bermartabat.

Ia antara empat sasaran yang ditetapkan oleh Presiden UMNO itu selain kejayaan mendapatkan mandat sepenuhnya daripada sidang perwakilan untuk menyokong gagasan kerajaan membawa perubahan melalui pelan transformasi nasional.

Najib berkata, persidangan kali ini juga berjaya memberi isyarat dan mesej yang amat jelas kepada 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia bahawa mereka boleh meletakkan keyakinan kepada parti itu untuk membawa negara dan rakyat ke arah masa depan yang lebih cemerlang,

"Mereka tidak akan kecewa kalau meletakkan pengharapan atas batu jemala UMNO ini," tegasnya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dalam ucapan penuh bersemangat selama 45 minit itu, beliau berkata, penilaian dibuatnya bukan kerana bias tetapi setelah melihat kejayaan para perwakilan menggarap dengan baik empat sasaran tersurat dan tersirat yang ditetapkan beliau pada awal perhimpunan.

Najib turut menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai amat bersejarah apabila membuat kejutan di saat akhir dengan menyaksikan Timbalan Presiden UMNO mengetuai ikrar dan baiah para perwakilan. Sementara itu, menyentuh isu Gagasan 1Malaysia, Perdana Menteri menegaskan ia akan tetap memastikan agenda Melayu terlaksana dan orang Melayu juga berjaya mencecah taraf bangsa yang maju.

"Jadi siapa kata kita tak ada agenda Melayu ataupun agenda bumiputera? Memang kita ada. Apabila saya laksanakan Gagasan 1Malaysia, saya tak kata ketepikan agenda Melayu bumiputera. "Bila saya turun ke bawah, ke ladang estet, ke Kampung Baru Cina, bukan bererti bahawa kerajaan kurang komitmen terhadap kepentingan orang Melayu dan bumiputera," katanya.

Sebaliknya tegas Perdana Menteri, semua itu dilakukannya bagi mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik. Sebagai pemimpin kerajaan, Najib berkata, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.
Justeru, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam tempoh 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

[ C ] Beri laluan kepada calon baru

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati.

Sebagai orang UMNO katanya, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga harus sedar bahawa pencalonan mereka sebelum ini sehingga dipilih sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada sokongan serta laluan yang diberikan oleh orang lain.

''Saya amat berharap mereka menyokong calon baru sebab semasa mereka naik orang lain menyokongnya dan ada orang lain yang memberi laluan kepadanya. Sekiranya tidak, dia tidak akan naik menjadi wakil rakyat.

''Oleh itu apabila tiba masanya, dia kena berundur atas kepentingan parti. Saya berharap dia faham, akan sokong parti dan terima hakikat serta sedar bahawa satu ketika dulu dia dapat kebaikan hasil sokongan orang lain,"

Messagenya di sini : - Orang Melayu samada Ahli UMNO mahupun bukan ahli UMNO, adalah wajar untuk kita bersatu hati dan mengeratkan sulaturahim sesama insan yang sama-sama telah beriktiqad " Bahawa Tiada Tuhan di sembah melainkan Allah dan sama-sama naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah". Jika ini sudah di iktiqadkan bersama dan wajib diantaranya saling sayang menyanyangi dan kasihkan saudaranya, maka kenapa pula kita masih mahu bercakaran? Adakah KUASA, PANGKAT dan HARTA BENDA yang menjadi impian selama ini dan bukannya perpendirian bahawa apa yang dilakukan itu hanya "Kerana ALLAH"?

Wahai bangsaku Melayu, marilah kita tautkan hati2 kita dan kembali ke Jalan yang sebenar demi kekuatan Agama Islam, Bangsa Melayu dan juga Negara Malaysia, sebelum ia menjadi sesuatu yang terlambat, nasi dah menjadi bubur, air mata darah sekalipun sudah tidak wajar untuk disesalkan. Terimalah kutukan dan hinaan anak cucu dan cicit kita nanti, akibat kedangkalan, kebangsatan dan kebodohan bapak, atok muhupun moyang mereka inilah yang telah menghancurkan peradaban Melayu Islam di tanah tumpah darah mereka sendiri. Ia wajar diberikan perhatian oleh semua umat Melayu Islam.