Dalam suasana politik negara yg semakin panas serta bahangnya juga semakin dirasai apabila kenyataan Pembubaran Parlimen telahpun dilakukan oleh Perdana Menteri, tepat jam 11.38 pagi, Rabu 3hb. April,2013. Sehubungan dengan itu bermulalah "Perang Poster" dan Perang Ceramah demi ceramah, yang kebanyakannya akan menjelaskan "Manifesto" mereka kepada rakyat akan apa yang hendak dilakukan apabila rakyat memberi mandat untuk 5 tahun akan datang.
2. Maka bertaburan lah segala janji demi janji dan yang anehnya sanggup menjanjikan bulan dan bintang jika dipilih nanti.... Itulah natijahnya. TAPI bila rakyat telah meberikan kepercayaan, maka bermulalah perangai Ular yang suka berbelit2 serta mengatakan bahawa Manifesto itu bukan Janji yang perlu ditepati. Akhirnya rakyat yang jadi mangsa "penipuan zaman moden" terang2 dan nyata... seperti mane segala janji2 PAKATAN RAKYAT yang majoritinya tidak ditepati langsung...Kekadang rasa malu juga melihat perangai Pak2 Alim & Tok2 Guru pun sanggup berjanji TETAPI tak ditepati... dan pembohongan demi pembohongan saja...
3. Bak kata orang2 tua, itulah lidah yang tak bertulang, senang dan mudah berjanji, namun perlaksanaannya amat2 kurang ditepati... OLEH ITU, RAKYAT/WARGA PENGUNDI, pastikan diri anda dan keluarga anda tidak tertipu lagi... PAKATAN RAKYAT belum terbukti punyai kredibiliti untuk memerintah, berbanding dgn BN yang telah berjasa kpd rakyat lebih 50 tahun.... cubalah kita bayangkan serta bandingkan serta buatlah penilaian sendiri.
4. BERBALIK KEPADA ISU POLITIK PERAK, saya ingin menasihatkan rakyat/pengundi MELAYU Perak, agar melihat percaturan ini kepada sesuatu yang PALING SERIUS. Mari kita lihat situasi pecahan kerusi dan kerusi yang dimenangi oleh DAP PERAK. Jika Tahun 2008 PRU 12 kita menyaksikan bahawa DAP memenangi 18 kerusi DUN dan cuma memerlukan 12 kerusi lagi untuk majoriti mudah dan terbukti mereka boleh mendapatkannya. Begitu juga PRU 13 ini, DAP sekali lagi akan mengulangi kemenangan 18 kerusi tersebut dan mungkin akan bertambah jika muka2 Melayu ditonjolkan utk meraih "Kerusi MB" dan sokongan Melayu PAS dan PKR.. jadi, apa akan jadi dengan corak pemerintahan mereka? ... Ia akan menjadi Pulau Pinang kedua dan akan hancurlah struktor Kesultanan Melayu dan Dominan Kuasa Melayu di Perak, Negeri yg banyak rencah sejarah Tanah Melayu.
5. Mengikut populasi dan corak pengundi Cina masih menjurus kepada "Kebangsaan Kecinaan Yang Tebal" hasil dari persepsi yang dibenehi oleh Lim Kit Siang... Justru itu, saya tidak yakin bahawa Pengundi Cina akan mengundi BN, mereka lebih kepada bersikap dendam dan tidak berterima kasih. Di tambah lagi Jentera MCA dan Gerakan asyik bertelagah sesama sendiri dan meletakkan calon yang ditolak oleh pengundi mereka sendiri. Ia semacam sesuatu yang dibiarkan berlaku kerana mereka rasa samada MCA/Gerakan dan DAP, ianya masih Cina jugak... jadi kesungguhan mereka kpd BN hanya menanam tebu dibibir sahaja. Namun, apa saja pemberian dan segala jenis bantuan, merekalah yang terdahulu kehadapan, namun UNDI haram mereka nak bagi.
6. Oleh itu, Bangsa Melayu, jgn termakan kata2 manis mereka dan sanggup berkerat rotan dgn bangsa sendiri, dan akhirnya membawa padah kepada Bangsa Melayu sendiri akibat suka kepada perpecahan. Ingat, AMARAN ALLAH, jika kamu suka akan perpecahan, maka akan hancurlah kehidupan kaum dalam penghinaan yang amat pedih! Saya bukan racist, tetapi menyatakan sesuatu yang realiti...
7. Akhirnya, sekali lagi saya memohon kpd Bangsaku Melayu, sedar lar dan waras lah bila mahu membuat keputusan dan pengundian... jgn tersilap dan terjual Agama dan Bangsa kita... Islam dan Melayu. Kepada ahli akar umbi PAS, secara rasionalnya saya yakin ANDA juga masih sayangkan Bangsa Melayu dan Pemerintahan Dominan Bangsa kita krn inilah sahaja TANAH TUMPAH DARAH BANGSA MELAYU, INILAH TANAH HIDUP MATINYA AGAMA KITA ISLAM DAN SAYA JUGA YAKIN DI TANAH INILAH JUGA BANGUNNYA ISLAM DAN BERKEMBANG DENGAN MEGAH HINGGA AKHIR ZAMAN, SEPERTI YANG TERTERA DIDALAM HADITH2 NABI BAHAWA ISLAM AKAN MUNCUL SEMULA DENGAN KUAT DI TIMUR SEBELUM BERLAKUNYA KIAMAT [ KURANG 200 TAHUN ]
8. INGAT DAN INGAT LAH WAHAI BANGSAKU MELAYU, BAHAWA PRU 13 DI PERAK KALI INI ADALAH PILIHANRAYA PERTEMBUNGAN BANGSA MELAYU DAN CINA. ITULAH NATIJAHNYA..... BANTUAN DAN PERTOLONGAN BANGSAKU MELAYU SAHAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN KESINAMBUNGAN BANGSA MELAYU MEMERINTAH NEGERI PERAK DAN SETERUSNYA TERPELIHARAANYA ISLAM DI MALAYSIA INI. JANGANLAH KITA MENJADI PENOLONG KEPADA KEMUSNAHAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM DI NEGERI PERAK, KERANA PAS TIDAK LAYAK MENJADI PENERAJU YANG JUJUR DAN BERKARISMA.
SEKIAN.
1 comment:
rase sgt bersyukor terjumpa blog saudara...
Post a Comment