BERPOLITIK UNTUK HIDUP, HIDUP UNTUK BERPOLITIK.
Saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama kita berkongsi nasihat dari orang yang amat ariff dalam dunia politik krn beliau sudah mula berpolitik dari Tahun 1962 lagi...... Kata-kata nasihatnya amat berguna untuk dijadikan tauladan dan sempadan didalam kita menongkah arus politik tanahair yang semakin mencabar... terutamanya cabaran yg UMNO hadapi di waktu ini... Cuma UMNO sahaj yang ikhlas meneruskan perjuangan Bangsa , Agama dan Tanahair tercinta...Oleh itu, baca, fahami dan selidiki nasihat manusia yang bernama... Ybhg Dato Sani Supi....SEDARLAH DARI TIDUR WAHAI ANAK BANGSAKU MELAYU......
Akhbar THE STAR edisi 13 April 2013, segmen StarMetro, memaparkan kisah petani Cina di Bidor menarik nafas lega kerana tanah yang mereka teroka selama ini diberi lampu hijau secara sewaan jangka panjang (30 tahun). Satu perjanjian telah dimeterai antara mereka dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang bersetuju menyewakan 809 hektar (1,800 ekar) selama 30 tahun kepada mereka.
Saya teringat satu peristiwa menjelang PRU-12/2008, di Kampung Baru Coldstream (juga dekat Bidor), dimana PM Pak Lah telah meluluskan ‘pemutihan’ dalam bentuk sewaan jangka panjang tanah-tanah milik beberapa agensi Kerajaan Negeri kepada petani-petani kaum Cina yang meneroka tanah-tanah itu. Kalau tak silap saya, seluas kira-kira 7,628 ekar telah diluluskan pemutihan oleh Pak La. Saya turut hadir di upacara ‘gilang-gemilang’ itu.
Sebagai balasan kepada jasa dan budi baik PM Pak Lah dan Kerajaan BN itu, keputusan PRU-12/2008 menyaksikan hanya satu dari 25 kerusi DUN yang ditandingi calon-calon parti komponen BN yang dimenangi, iaitu calon MCA di Chenderiang. 18 daripadanya dimenangi DAP, dan Kerajaan BN tersungkur di Perak.
Pada PRU-13 ini entah apa pula bentuk balas budi dari pengundi Cina terhadap jasa baik Kerajaan BN Negeri yang meluluskan pemutihan 1,800 ekar tanah pertanian kepada petani-petani Cina. Strategi siapa yang ‘mengena’ saya tak pasti.
Akhbar STAR edisi yang sama, 13/03/2013, juga memaparkan keluhan peniaga-peniaga kaum Cina di pasar basah Pasir Pinji Ipoh, yang menyuarakan keluhan terhadap ketidaksempurnaan pasar itu, dan bagaikan menyalahkan Kerajaan BN atas perkara itu, seolah-olah menganaktirikan pasar yang terletak didalam DUN yang dimenangi DAP.
Sayugia diingatkan bahawa Pakatan Rakyat yang didominasi DAP pernah menguasai Kerajaan Negeri selepas memenangi PRU-12, dan sempat berkuasa selama 11 bulan. Tidak pula timbul kerja menuding jari kepada kerajaan PR atas ketidaksempurnaan pasar Pinji itu. Pelik tetapi benar.
Untuk rekod, sebelum PRU-12/2008, saya turut sama terlibat (mewakili Pejabat MB) dalam perencanaan menaik taraf 4 pasar basah sekitar Ipoh termasuk Menglembu, Pinji, Rapat Setia dan Kg. Simee. Dalam beberapa ‘fact finding’ tak rasmi, para peniaga di pasar-pasar itu meletakkan pelbagai ‘pra-syarat’. Dalam pada percubaan untuk memenuhi pra-syarat itu, dan membuat percaturan kos-kos yang terbabit, berbanding dengan bajet, PRU-12/2008 tiba – lantas program penambahbaikan itu ditangguhkan dan terus terbantut apabila Kerajaan Perak beralih kuasa kepada Pakatan Rakyat. Tidak pula jadi isu besar pada musim itu; Cuma apabila BN kembali berkuasa di Perak, ia dibangkitkan semula! Mungkin rakyat di Pinji tahu Kerajaan BN mampu melakukannya, dan boleh dijadikan isu itu sebagai ‘bargaining power’ menjelang PRU-13.
Paparan dua kisah ini bukan berniat jahat atau menyuntik chauvanisma kaum. Cuma sekadar melakarkan kebijaksanaan kaum Cina berpolitik, berbanding Melayu. Dikalangan warga politik Melayu, yang lebih mendominasi ‘medan perang’ PRU-13 ialah siapa yang disabitkan hukuman masuk syurga dan siapa pula masuk neraka (seolah-olah ambilalih kerja Tuhan), kisah-kisah skandal seks dan keruntuhan moral, siapa yang lebih layak jadi PM, kafir-mengkafirkan sesama bangsa sendiri, dan budaya politik kebencian sesama bangsa sendiri. Tidak begitu lantang bersuara tentang nasib petani, pesawah padi yang rata-rata berpendapatan rendah, nelayan dan peniaga-peniaga picisan, yang majoriti kelompok ini adalah Melayu. Yang lebih ketara ialah keghairahan menawan Putrajaya, walhal disitulah paksi kuasa yang ditunjangi Melayu.
Istilah dalam sains politik yang mengatakan politik itu adalah gelanggang perebutan kuasa sewajarnya benar. Tetapi jangan sampai kita terlupa bahawa kuasa tidak boleh bertahan lama dalam kepompong kekosongan (vacuum). Kuasa politik dan kuasa ekonomi adalah ibarat irama dan lagu yang tidak harus dipisahkan.
Kaum Cina nampaknya lebih menyedari hakikat ini, lantas diterjemahkan kepada ‘bargaining power’ mereka menjelang PRU-13. Ini yang dikatakan pengundi Cina lebih strategik dan tahu menggunakan nilai setiap undi mereka.
Dalam pada umat Melayu membelah mana yang retak, memutuskan mana yang genting, merobek mana yang cela, meruntuhkan mana yang tegak dan ‘berkerat rotan berpatah arang’ sesama sendiri kerana politik, orang lain menyusun strategi memperkuatkan ‘bargaining power’ untuk membina mahligai diatas pusara kuasa bangsa Melayu.
Ini yang membezakan antara ‘berpolitik untuk hidup’ dengan ‘hidup untuk berpolitik’.
PRU-13 jadi penentu nasib bangsa Melayu... Elok diperhitung sebelum jadi Pak Kadok yang soraknya menang tapi kampungnya tergadai.
No comments:
Post a Comment