Wednesday, September 29, 2010

DUN GALAS - HARAPAN KEPADA PENYATUAN MELAYU - UMNO DAN PAS PERLU BERTINDAK SEGERA. IKUTI CONTOH RASULLULLAH

KAPAK MENGULAS CADANGAN MSO YG DIPETIK DARI TAZKIRAH PAS!

Saudara MSO,

KAPAK juga cukup2 setuju dgn cadangan imbal balas yg saudara luahkan. TETAPI adakah hakikat ini boleh dipegang umpama Manusia dipegang pada janji dan lembu dipegang pada tali.

Kapak dan mungkin juga seluruh warga dan bangsa Melayu amat menanti-nantikan sesuatu yg positif berlaku diantara UMNO dan PAS dua parti yang bertunjangkan Org2 Melayu Islam. Inilah juga masanya yang amat baik untuk membawa satu penyatuan - Melayu Hidup dgn Bersatu Hati. Kapak juga telah mengusulkan satu paper bagaimana Melayu Islam dapat bersama-sama menawan "Parlimen" dan menjadikan Parlimen itu dipenuhi oleh Pemimpin Islam dan mengubah dasar2 yg lapuk dan digantikan dgn dasar yg berpaksikan Islam.

Kapak melihat hanya dgn penyatuan Melayu sahaja ia dapat dilaksanakan. Kapak juga mencadangkan supaya kedua2 parti ini melantik wakil masing-masing dan memulakan perundingan dari sekarang ke arah penyatuan Melayu ini. Kapak suka mengulangi rentetan sejarah 1974 dahulu masa Kepimpinan Allahyarham Dato Asri dalam PAS, yang dapat sama menyatukan UMNO dan PAS dalam satu bumbung, walaupun masih berlainan kelambu.

Kapak juga masih ingat bahawa orang yang menjadi “Kepercayaan Allahyarham Tun Razak” dalam perundingan ini adalah Cikgu Sani bin Supi. Oleh itu, adalah amat molek jika UMNO mengutuskan wakil perundingan ini sekali lagi digalas oleh beliau. Beliau merupakan seorang pejuang bangsa yang kental, masih lagi sehat walafiat walau usia dah mencecah lebih 70 tahun dan masih boleh memberikan sumbangan bakti demi penyatuan ini. Kita Bangsa Melayu masih perlukan sentungan tangan dan buah fikiran beliau yang penuh dengan kata-kata nasihat dan banyak tunjuk ajar yang boleh dipelajari. Bayangkanlah beliau telah berkhidmat secara langsung dan tidak langsung kepada LIMA ( 5 ) Perdana Menteri Malaysia. Kapak amat2 merasakan bahawa beliaulah yg paling layak untuk menggalas tugas ini.

Namun, ia terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kewarasan Perdana Menteri untuk memikir dan menyusun ke arah mana ia perlu dibawa akan satu kaedah “Penyatuan Umat Melayu Islam” ini. Hidup Melayu di bumi Tanah Melayu bertuah ini – yakni MALAYSIA.
Sudah tiba masanya untuk Bangsa Melayu berfikir diluar kotak minda untuk mencapai sesuatu yang membangkakan seluruh wargar/Bangsa Melayu dan kesinambungan anak cucu bangsa Melayu dimasa akan datang. Semua pergeseran dan perbezaan pendapat perlu dibuang dan dirungkai sesuatu permuafakatan yang membawa berkat. Fikir2kan lah wahai semua Umat Melayu Islam. Sayangi lar Agama dan Bangsa sebelum orang lain meruntuhkannya.

Thursday, September 30, 2010
Selepas Subuh
Cadangan Takiyuddin Perlu Disokong [CORETAN MOHD SAYUTI OMAR]

ADA 'kuliha'nya juga cadangan Penolong Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan supaya kerusi Galas yang kosong kini diserahkan saja kepada Pas. Umno tidak payah bertanding. Katanya Takyuddin kalau benar Umno yang melaungkan soal perpaduan kerusi itu sepatutnya diserahkan kepada Pas sebagai bukti keikhlasannya.

Kalau cadangan itu menjadi realiti ia boleh mengurangkan pergeseran antara kedua buah parti tersebut. Saya nampak cadangan itu ikhlas dan postif. Ia bukan bermakna Pas takut menghadapi pilihan raya berkenaan. Dan jika Umno sedia bermain politik secara profesional ia juga tidak merugikan parti berkenaan, malahan akan dilihat sebagai bijak.

Sebelum ini pun Umno pernah tidak bertanding di pilihan raya kecil Dun Penanti di Pulau Pinang. Umno menggunakan alasan kerana kerusi itu bukan kosong kerana kematian tetapi disengajakan disebabkan PKR ingin menguji kedudukannya. Walhal apa yang berlaku kekosongan kerusi Penanti itu apabila Adunnya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Dr Mansor Othman menjadi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Walaupun kerusi Galas kosong kerana kematian wakilnya, Che Hashdim Sulaima Isnin lalu, tidak jadi masalah kalau Umno mengambil sikap positif. Banyak faedah dan untungnya kalau Umno sedia memberi kemenangan tanpa bertanding kepada Pas. Pertama ia boleh mengendurkan ketegangan antara Pas dengan Umno seperti mana kata Takiyuddin. Kedua ia boleh menyelamatkan banyak wang rakyat dan juga kerajaan. Ketiga sikap politik terbuka dan jilah itu boleh menguatkan kedudukan orang Melayu dan Islam.

Selalunya dalam pilihan raya kecil kedua parti akan mengeluarkan wang yang banyak. Tenaga dan masa juga banyak dihabiskan di sepanjang berkempen. Kerajaan (SPR) juga terpaksa menggunakan wang yang banyak. Bukan itu saja kerajaan harus membayar elaun polis, tentera dan pegawai-pegawai lain yang terlibat menjaga keselamatan di sepanjang pilihan raya berkenaan.

Sekiranya tiada pilihan raya perbelanjaan ini semua boleh dijimatkan dan tidak akan berlaku pembaziran.

Bukan itu saja, sudah sampai masanya parti politik negara ini bersikap profesional dan waras. Tidak mengikut perasaan dan hawa nafsu. Di pihak Umno khasnya perlu menyedari walaupun mereka memerlukan kemenangan bagi menunjukkan kekuatan di Kelantan, tetapi kemenangan itu tidak membawa apa-apa erti. Kedudukan Pas di DUN Kelantan begitu selesa waktu ini. Lainlah kalau kerusi itu milik Umno, ia perlu dipertahankan demi menjaga maruahnya.

Dalam hal ini begitu juga dengan Pas. Sekiranya berlaku kematian di kerusi Umno, Pas hendaklah memberi laluan mudah kepada Umno. Biarlah Umno memiliki semula kerusi itu tanpa tentangan Pas. Sama seperti kedudukan Pas hari ini kalau Umno terus memiliki kerusinya ia tidak menjejaskan kedudukan Pas selaku kerajaan.

Saya rasa persefahaman politik sebegini disukai ramai orang. Ketegangan yang berlaku semasa pilihan raya kecil kadang membawa kepada hal-hal jenayah sesuatu nyang dikesalkan dan tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

Mungkin Umno akan berkata kalau pun mereka memberi laluan, pilihan raya tetap juga akan diadakan. Sudah pasti akan ada mereka yang teringin gambar mereka diletak dipokok kayu akan bertanding sebagai calon bebas. Tidak mengapa kalau itu berlaku. Calon bebas apalah sangat yang ada kepada mereka.

Hari ini kemunculan calon bebas tidak dipadang sebelah mata pun oleh pengundi negara ini. Rakyat hanya memilih dua parti saja, sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Betapa bebas cuba mempamerkan dan mengatakan mereka ada agenda - membela itu dan membela ini orang akan tetap menganggap ianya sebagai pengacau. Apa lagi mereka yang menjadi calon bebas itu wibawa dan syaksiahnya boleh dipersoalkan.

Duhai parti politik Pas dan Umno mulailah sesuatu yang baik itu dalam pilihan raya kecil Galas ini. Ia memang sukar untuk dimulakan begitulah fitrah alam ini. Tetapi setelah ia dimulakan selepas itu ia akan jadi perkara biasa. Lakukanlah perubahan ke atas senerio politik kita. [wm.kl.7:10 am 30/09/10]

No comments: