Sunday, September 19, 2010

PENYATUAN UMAT MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA

Ini adalah komen coretan KAPAK terhadap Isu yang di utarakan oleh Sdr Azli Shukri didalam blognya yang KAPAK kepilkan dibawah.

Sdr Azli, Kapak amat bersetuju dgn coretan saudara!.

Itulah yg sedang kami perhatikan dan gerakkan jentera bagi menyatupadukan Umat Melayu Islam ini, agar tidak terpesong dan tersalah jalan. Kerana sekali kita tersilap pilih jalan dan kapal yang nak ditunggangi belum tentu 10 tahun atau 100 tahun akan dapat semula kuasa politik dan pemerintahan di Tangan Orang melayu Islam.

Bila ini terlepas, kehancuran Melayu dan Islam akan bermula. Ingat sewaktu 11 bulan mereka perintah Negeri ini, tidakkah kita nampak kemusnahan yg mereka nak perbuat? TETAPI MAHA AGUNG ALLAH, telah memperkenankan doa2 Para Alim Ulamak dan akhirnya termakbul dan Kerajaan kembali di pimpin oleh Melayu Islam yg sejati. Kecemerlangan Islam kembali terjamin dan penduduk majoritinya berkuasa kembali.

Alhamdulillah dgn peringatan selama 11 bulan tersebut, berbagai pembaharuan dilakukan utk kesejahteraan rakyat. Insya Allah ia akan terus dijadikan agenda utama Kerajaan Negeri bagi memertabatkan bangsanya tanpa ada niat utk menidakkan hak bangsa lain seperti termaktub didalam perlembagaan Kerajaan Negeri waima Kerajaan Persekutuan pun.

Disini KAPAK juga meminta agar Bangsa Melayu Islam ini marilah kita bersatu hati dan terus berjuang demi Islam Agama Anutannya. Bawalah wadah penyatuan ini tanpa jemu kerana Kekuatan Melayu & Islam di Tanah Melayu ini hanya akan kukuh jika umatnya bersatu hati.

Dari Blog Sdr Azli Shukri.
Kita Terlepas Pandang Realiti Ini


Saya secara peribadi menyokong kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir (di sini) apabila beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Zambry menjadikan kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Hari Rayanya sebagai indikator penting bagi menunjukkan sudah ada tanda-tanda perubahan sokongan rakyat daripada menyokong pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional kali ini. Bagi saya pula, selain daripada indikator yang dinyatakan Zambry di atas, sokongan rakyat terhadap BN juga boleh dilihat berdasarkan hal-hal yang berikut :

1. Penjualan akhbar Utusan Malaysia semakin meningkat sejak dua bulan yang lalu.

2. Peningkatan blogger-blogger yang menyokong kerajaan semakin bertambah dari hari ke hari

3. Pemimpin PAS semakin kerap menyakinkan ahli-ahlinya bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-13 yang akan datang. Kebiasaanya hanya orang yang sedang bimbang dan kalut sahaja yang tidak henti-henti bercakap sesuatu yang belum pasti dan diyakini untuk diperolehi. Jelas, PAS seolah-olah bimbang sokongan rakyat semakin terhakis kepada parti itu, sejak hukum Hudud dan negara Islam terpaksa digugurkan akibat daripada desakan DAP dua bulan yang lalu, sekali gus mencalar diari perjuangan parti tersebut selama ini. Malah ia juga secara tidak langsung menampakkan kelemahan ketara PAS dan sikap tunduknya kepada DAP semakin menyerlah.

4. Tahap kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin reda dan berkurangan. Sudah jarang kedengaran orang Melayu mencaci-maki kepimpinan negara, kecuali ahli parti pembangkang sahaja.

5. Semakin ramai orang Melayu berdaftar sebagai pengundi, khususnya di bawah tajaan UMNO. Jelas orang Melayu mula merasa bimbang dengan sikap agresif DAP yang seakan-akan tidak sabar untuk memerintah negara ini.

No comments: