Showing posts with label AZLI SHUKRI. Show all posts
Showing posts with label AZLI SHUKRI. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

PENYATUAN UMAT MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA

Ini adalah komen coretan KAPAK terhadap Isu yang di utarakan oleh Sdr Azli Shukri didalam blognya yang KAPAK kepilkan dibawah.

Sdr Azli, Kapak amat bersetuju dgn coretan saudara!.

Itulah yg sedang kami perhatikan dan gerakkan jentera bagi menyatupadukan Umat Melayu Islam ini, agar tidak terpesong dan tersalah jalan. Kerana sekali kita tersilap pilih jalan dan kapal yang nak ditunggangi belum tentu 10 tahun atau 100 tahun akan dapat semula kuasa politik dan pemerintahan di Tangan Orang melayu Islam.

Bila ini terlepas, kehancuran Melayu dan Islam akan bermula. Ingat sewaktu 11 bulan mereka perintah Negeri ini, tidakkah kita nampak kemusnahan yg mereka nak perbuat? TETAPI MAHA AGUNG ALLAH, telah memperkenankan doa2 Para Alim Ulamak dan akhirnya termakbul dan Kerajaan kembali di pimpin oleh Melayu Islam yg sejati. Kecemerlangan Islam kembali terjamin dan penduduk majoritinya berkuasa kembali.

Alhamdulillah dgn peringatan selama 11 bulan tersebut, berbagai pembaharuan dilakukan utk kesejahteraan rakyat. Insya Allah ia akan terus dijadikan agenda utama Kerajaan Negeri bagi memertabatkan bangsanya tanpa ada niat utk menidakkan hak bangsa lain seperti termaktub didalam perlembagaan Kerajaan Negeri waima Kerajaan Persekutuan pun.

Disini KAPAK juga meminta agar Bangsa Melayu Islam ini marilah kita bersatu hati dan terus berjuang demi Islam Agama Anutannya. Bawalah wadah penyatuan ini tanpa jemu kerana Kekuatan Melayu & Islam di Tanah Melayu ini hanya akan kukuh jika umatnya bersatu hati.

Dari Blog Sdr Azli Shukri.
Kita Terlepas Pandang Realiti Ini


Saya secara peribadi menyokong kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir (di sini) apabila beliau mendakwa bahawa sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat. Zambry menjadikan kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Hari Rayanya sebagai indikator penting bagi menunjukkan sudah ada tanda-tanda perubahan sokongan rakyat daripada menyokong pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional kali ini. Bagi saya pula, selain daripada indikator yang dinyatakan Zambry di atas, sokongan rakyat terhadap BN juga boleh dilihat berdasarkan hal-hal yang berikut :

1. Penjualan akhbar Utusan Malaysia semakin meningkat sejak dua bulan yang lalu.

2. Peningkatan blogger-blogger yang menyokong kerajaan semakin bertambah dari hari ke hari

3. Pemimpin PAS semakin kerap menyakinkan ahli-ahlinya bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam PRU ke-13 yang akan datang. Kebiasaanya hanya orang yang sedang bimbang dan kalut sahaja yang tidak henti-henti bercakap sesuatu yang belum pasti dan diyakini untuk diperolehi. Jelas, PAS seolah-olah bimbang sokongan rakyat semakin terhakis kepada parti itu, sejak hukum Hudud dan negara Islam terpaksa digugurkan akibat daripada desakan DAP dua bulan yang lalu, sekali gus mencalar diari perjuangan parti tersebut selama ini. Malah ia juga secara tidak langsung menampakkan kelemahan ketara PAS dan sikap tunduknya kepada DAP semakin menyerlah.

4. Tahap kebencian orang Melayu terhadap UMNO semakin reda dan berkurangan. Sudah jarang kedengaran orang Melayu mencaci-maki kepimpinan negara, kecuali ahli parti pembangkang sahaja.

5. Semakin ramai orang Melayu berdaftar sebagai pengundi, khususnya di bawah tajaan UMNO. Jelas orang Melayu mula merasa bimbang dengan sikap agresif DAP yang seakan-akan tidak sabar untuk memerintah negara ini.

Thursday, August 26, 2010

PERLAKSANAAN NEGARA ISLAM DAN HUKUM HUDUD BOLEH TERLAKSANA BILA PARTI KUAT MELAYU [UMNO-PAS] BERSATU HATI DALAM PERLAKSANAANNYA.

Ini adalah Komen Ikhlas KAPAK mengenai perlaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia & hasrat KP PAS Attantawi, yg akan mensifarkan kedai2 judi di Malaysia.

[ Lihat artikel dibawah ini oleh Zaid Ibrahim & Attantawi] tetapi KAPAK cukup setuju dgn pandangan Blogger Azli Shukri, Lihat dibawah]

Alahai KP PAS,memang lidah tu lembut boleh cakap apa saja yg nak dicakapkan, TETAPI perbuatan dan perlaksanaan boleh ker? Kalau cakap hanya nak pancing Undi Melayu Islam, KAPAK minta agar ia dihentikan kerana ia hanya cakap kosong, bukti jelas ketika kononnya memerintah Perak selama 11 bulan, Perak dibawah pemerintahan PAS gagal dan malah lebih banyak lesen judi diluluskan kerana desakan dan arahan kuat Ketua DAP Perak Ngeh Ko Ham. Bayangkan jika hanya ada enam [6] kerusi di DUN Perak tetapi mimpi yg setinggi Gunung, bukankah ia mimpi dan mitos? Nizar, sendiri akhirnya menyatakan di DUN Perak bila ditanya oleh Tan Sri Tajol Rosli, yang mengatakan “ tunjukkan pada saya samada di dokumen mane, majallah, di CD ataupun apa saja media yang menyatakan dasar penubuhan PAS adalah untuk laksana Negara Islam”

Sebab itu saya cakap jangan ikut sedap rasa nafsu, perlaksanaannya kosong hanya janji2 kosong, cakap xserupa bikin. Ni, di Kedah dapat ker laksanakan seperti yg diimpikan? Begitu juga makin banyak lesen judi diluluskan dengarnya? So, PAS, jangan macam ayam bertelur sebiji TAPI riuhnya sekampung!!!!!!.

KAPAK yakin perlaksanaan Hukum Hudud hanya akan tercapai dan dapat dilaksanakan dengan baik, jika UMNO & PAS bersatu hati dan mahu laksanakan secara syumul bersama. Jika dua Parti Melayu ni masih bercakaran MAKA USAH mimpi ia akan dapat dilaksanakan.

Fikir2kan lar ke arah penyatuan hati2 muslim di Malaysia ini, agar ia jadi kuat dan boleh perintah dan laksanakan Hukum Islam & Hudud sebaik mungkin.

Friday, 27 August 2010. [Zaid Ibrahim - PKR Wilayah Persekutuan]

Hasrat Pas laksana Hudud hanya mimpi. Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan, kata penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat),” katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud biarpun rakan pakatan pembangkang, DAP, membantah hasrat itu dengan menyifatkan Malaysia adalah negara sekular.

Zaid berkata perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukum hudud di antara PAS dan DAP hanyalah berasaskan perbezaan impian politik masing-masing.

“Ketiga-tiga parti (PAS, DAP, PKR) telah bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara,” katanya dan menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009.

CATATAN AZLI SHUKRI

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia?


1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua.


2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila DAP dan PKR menunjukkan kuasa "undi" dan "demokarsi" mereka terhadap Hukum Hudud, maka Hukum Hudud telah gagal mendapatkan undi yang secukupnya - walaupun semua orang tahu bahawa hukum Allah tersebut adalah hukum yang seadil-adilnya untuk kita semua. Tetapi, apabila Islam dan hukumnya "didemokrasi" dan "dipetiundikan" oleh PAS, maka secara tidak langsung, Islam dan hukum-hakamnya dilihat seolah-olah telah "tewas" kerana gagal mendapat sokongan majoriti dan undian teramai, khususnya daripada DAP dan PKR yang menjadi kuasa penentu pada ketika umat Islam sedang berpecah-belah.


3. Sedangkan, pada hakikat yang sebenar, Islam bukanlah agama yang boleh dipilih melalui kaedah "angkat tangan" untuk menunjukkan sama ada, kita setuju atau pun tidak. Islam mesti ditegakkan melalui jihad - dan orang-orang kafir mesti diperangi sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, sebelum orang-orang kafir diperangi, seruan dakwah mestilah terlebih dahulu sampai kepada mereka. Soalnya, sudahkah PAS mengirimkan secara rasmi surat dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyeru mereka kepada kalimah tauhid dan menerima Islam sebagai Ad-Deen? Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sewaktu mengirim surat dakwah dan penjelasan ajaran Islam kepada pemimpin Yahudi Khaibar, Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, Al-Muqawqis (Penguasa Mesir), dan banyak lagi pemimpin-pemimpin utama dunia pada ketika itu. Sekiranya hal ini belum dilakukan, maka terbuktilah PAS telah mengabaikan metod dakwah Rasulullah yang terang-terang mengajak dan menyeru agar orang-orang kafir memeluk Islam.


4. Oleh Sebab itu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan, sesungguhnya PAS telah meninggalkan kerja-kerja dakwah, mereka terlalu sibuk dengan politik dan mencari undi - dan bukannya sibuk untuk menyeru orang bukan Islam agar mengucap kalimah tauhid, seperti mana yang dilakukan oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia. Islam yang diletakkan di dalam neraca peti undi dan sistem demokrasi, hanya mengundang fitnah, salah faham dan menggambarkan seakan-akan Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih! Ini bukan wajah Islam yang sebenar!. Lantaran itu, Hukum Hudud gagal dimartabatkan di bumi bertuah ini, dan salah satu puncanya adalah daripada kegagalan PAS sendiri. Selama 50 tahun kewujudan PAS, tetapi mereka lupa untuk menghalakan dakwah mereka kepada UMNO - sebaliknya mereka lebih sibuk untuk menjatuhkan UMNO dan berebut-rebut dengan DAP dan PKR bagi menguasai Malaysia. Sedangkan, Rasulullah sendiri tidak menginginkan kuasa dan kerajaan yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, mahu pun Al-Muqawqis - Rasulullah hanya mahu mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, itu sahaja!


5. Hukum Hudud bukanlah terlalu sukar untuk dilaksanakan di Malaysia - sekiranya orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu, dan cita-cita PAS berkenaan hukum Hudud boleh dikompromi, maka parti-parti lain pasti akan tunduk kepada kemahuan UMNO dan PAS. Kita tidak perlu bimbang dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, sebab kita sudah bersatu dan kuat. Tetapi, malangnya, kerana kita berpecah-belah, dan pada masa yang sama PAS pula tidak mahu mengambil kesempatan pada saat UMNO mengajak parti tersebut untuk bersatu. Maka, semakin sukarlah hukum Hudud hendak dilaksanakan. Pada hemat saya, alangkah eloknya pada ketika UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS segera ambil kesempatan tersebut dengan meletakkan pelaksanaan hukum Hudud sebagai syarat utama merealisasikanperpanduan UMNO-PAS. Saya percaya UMNO, lambat-laut akan menerimanya. Jika UMNO dan PAS senada dalam isu ini, kaum kafir tidak akan berani angkat muka. Lagi pun UMNO dan PAS sama-sama Islam, lebih mudah urusan dakwah ini dijalankan.


6. Kesimpulan saya adalah mudah, PAS telah mengsia-siakan peluang yang ada dengan mengabaikan kerja-kerja dakwah. PAS lebih selesa menghukum ahli-ahli UMNO daripada terjun ke medan dakwah dengan menggunakan metod lemah-lembut dan berkasih-sayang terhadap ahli dan para pemimpin UMNO. PAS banyak mengabaikan dakwah secara berhikmah, yang memerlukan kesabaran dan masa - sebaliknya PAS menginginkan keputusan yang segera dalam perjuangannya. Mahu segera berkuasa, tidak sabar menyampaikan dakwah kepada UMNO dan tidak sabar apabila diuji. Maka, inilah kesannya - PAS terpaksa menagih simpati dan belas kasihan daripada DAP, semata-mata mahu melaksankan perintah Allah. Inikah cara Islam? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, beberapa penganalisis politik berpendapat kedua-dua aspek itu akan menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat (PR) dan boleh menggugat ikatan berusia lebih dua tahun itu.
“Saya sebenarnya tidak nampak PAS serius untuk melaksanakannya dan saya yakin ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.
“Bagi saya pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam tidak relevan untuk diamalkan, malah ia hanya akan menjadi duri dalam daging yang akan memecahkan PR,” kata Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insider. PR mengadakan mesyuarat majlis pimpinan parti komponen petang ini, yang pertama sejak isu hukum hudud dan negara Islam muncul semula. Sambung bacaan anda di sini...
PR dianggota PKR, DAP dan PAS. Beliau berkata, tindakan PAS yang sehingga kini tetap membangkitkan kedua-dua aspek tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada PR.
“Ini hanya akan menimbulkan konflik antara PAS dan DAP, malah saya percaya ian akan memecahkan PR. Jadi PAS perlu berhenti membangkitkan isu ini, sebaliknya bertindak mengikut peredaran semasa dengan melaksanakan kaedah yang diterima rakyat."
Ulasan:

FENOMENA ZAMAN said...
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS, menyambut seruan perpaduan untuk menegakkan syiar islam dengan lebih baik. Mereka sudah nampak UMNO dah lemah dan boleh bargaining dengan UMNO untuk tegakkan Hudud..Tapi sayang, seribu kali sayang.. mereka puak pas ni seperti gelap hatinya.. Jika diamati perlakuan PAS sejak dulu lagi nampak PAS ini wujud bukan untuk tegakkan Islam, tapi kerana nak rampas kuasa dari Umno secara sah dengan sebarkan agenda perpecahan. lebih malang lagi PAS sanggup korbankan prinsip dan kempen hudud semata-mata ingin tumbangkan UMNO dengan sokongan kafir. Tak paham sungguh, kenapa dengan kafir ni mereka boleh bertolak ansur tetapi dengan orang-orang Melayu dan Islam Umno ni bukan main benci sangat walhal sama-sama satu akidah satu syariah.
PERCAYALAH! PAS TELAH LAKUKAN KESILAPAN POLITIK YANG PALING BESAR DALAM SEJARAH PENUBUHANNYA. BUKTINYA:

1) ISU KALIMAH ALLAH
2) SANGGUP GUGURKAN MANIFESTO HUDUD
3) DOA GUAN ENG DALAM KHUTBAH
4) SOKONG ANWAR
5)MEMBENARKAN KAFIR HARBI BUAT “TAZKIRAH” DLM SURAU/MESJID

August 26, 2010 7:36 PM

Tuesday, August 24, 2010

ULASAN DAN CORETAN DR BLOG AZLI SHUKRI

[IKHSAN DR AZLI SHUKRI]


Sdr Azli, Kapak amat gemar tulisan dan coretan ANDA amat bernas dan tepat. So, KAPAK mengharapkan PAS kembalilah kepangkal jalan. Tak ada apa yg hendak dimalukan kerana politik sememngnya begitu, semalam lawan tapi hari ini kita kawan dan boleh tidur sebantal. Yang penting jiwa murni kita sesama Islam.

Buang yang keruh selama ini ambil yang jernih. DS Najib PM kita pun boleh duduk sebaris dgn ahli2 PAS dalam Masjid di Taman Dato Harun dan mendengar tazkirah PAS lagi dan beliau pun rela di tegur dan boleh memperbaiki segala kepincangan yg ada.

Sekiranya PAS boleh duduk bersama dan Pimpin Negara bersama, KAPAK rasa ia satu nikmat yg ALLAH beri kepada Umat Melayu Islam dan Malaysia amnya.

Pemimpin2 PAS yg hebat2 dan pakar dalam bidangnya boleh diangkat utk mengepali Kementrian2 berkenaan, jadi apalagi yg dimusykilkan. Kita Melayu merangkumi 65% lebih jumlah penduduk, jadi amat wajarlah menjadi golongan utama yg menjadi pimpinan negara. dan apa yg lebih molek lagi bila kuasa ada ditangan maka dasar dan hukum hakam selari dgn Islam boleh dilaksanakan tanpa bangkangan drp kuncu2 komunis moden yg ada sekarang.

Akhir kata KAPAK menyeru semua Kepimpinan Melayu Islam waima dari parti politik manepun fikir2 lar saranan ini demi survival bangsa Melayu dan Islam di Tanah Air tercinta ini. [ Pembaca sekelian baca dan fahami apa yg tersirat & tersurat ]

Dari Blog Azli Shukri Sayang, Kali ini Undi PAS Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!


1. Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam perjuangan tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas senada dan seirama dengan para pemimpin DAP.


2. Maka, terlondehlah niat sebenar PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini tidak lagi seperti itu. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.


3. Sekarang, PAS sudah tahu secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini, sangat jelas bersekongkol dengan musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.


4. Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi PAS. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.


Dari blog Azli Shukri – Untuk makluman pembaca

Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam PAS
Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam


Questions have again been raised about the DAP and Pakatan Rakyat policies on hudud laws and Malaysia as an Islamic State. DAP’s stand on Malaysia as a secular state has always been constant and consistent.
Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year.
In the section on “Transparent and Genuine Democracy”, Pakatan Rakyat made the pledge to:
“Defend the Federal Constitution, Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced peacefully anywhere in the country and protecting the special position of the Malays and the indigenous peoples anywhere including Sabah and Sarawak, and the legitimate interests of other races in accordance to Article 153.”
In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:
“Religion
Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.
Pakatan Rakyat vows to:

1.Defend the position of Islam as the religion of the Federation and guarantee freedom of religion for every Malaysian.
2.Organise dialogues and consultations between cultures and religion in order to strengthen the understanding between them.

3.Set up a comprehensive mechanism to provide just resolution to cases which involve the overlap of civil and Syariah laws, including a Royal Commission to deeply study all the relevant issues.

4.Strengthen the management of Islamic institutions such as Baitul Mal and Tabung Haji to ensure that they are administered effectively and efficiently to achieve their objectives.

5.Ensure suitable areas for places of worship and burial grounds for all religions.”
Hudud laws and Islamic state are not policies of Pakatan Rakyat as any policy change would need the agreement of all three component parties and there is no such consensus in Pakatan Rakyat on hudud laws and Islamic state.
Strangely enough, who is on record as supporting an Islamic State as advocated by the last three Prime Ministers, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah and Datuk Seri Najib Razak – completely in contradiction to the clearly expressed public positions of the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn that Malaysia was founded as a secular nation and not an Islamic State?
It is the leaderships of the MCA, Gerakan, MIC, SUPP and the other Barisan Nasional component parties who were ever-ready to give unquestioned support to the declarations by the last three Prime Ministers, beginning with Mahathir’s “929 Declaration” that Malaysia is an Islamic state on Sept. 29, 2001, who should be repudiating their past positions instead of trying to pull the wool over the people’s eyes. Sumber : Lim Kit Siang Blog

Sunday, August 8, 2010

Apa akan jadi jika DAP, MCA DAN Gerakan bersatu?

Apa akan jadi jika DAP, MCA DAN Gerakan bersatu?

Kapaktajam, ingin memberikan ruang seluas-luasnya kepada semua pembaca budiman terutamanya org2 Melayu Islam di Tanah Melayu nih, agar “terpegun/terkejut/terfikir” apa akan jadi pada Bangsa Melayu Islam jika Isu di atas betul2 berlaku? Org Melayu tolong baca coretan Mesin Taip buruk dibawah ini, ia membawa seribu pengertian yg WAJIB diambil perhatian yg serius. Oleh segenap lapisan Bangsa Melayu Islam.

Kita semua sudah amat maklum apa yg dilakukan oleh Bangsa Cina terutamanaya Gerakan/MCA pada PRU 12 yg lalu? Dimanakah Kesetiaan mrereka pada BN. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa mereka hanya pandai mengugut minta itu dan ini, akhirnya bila diberikan segala yg diminta, UNDI mereka masih jauh menyimpang. Bangsa CINA amat kuat dgn kebangsaan mereka. Bangsa Melayu kena ingat dan waspada dgn mainan mereka, kerana jika terleka kuasa politik yg masih ada ditangan org Melayu akan lenyap dan lenyap lar Bangsa melayu & Islam di Tanah Melayu ini.

Kapaktajam minta si Mahfuz yg dungu dan tak sedar diri tu agar diam... jgn jadi bodoh sombong, kuat sgt kah PAS pada realitinya? Jgn nk tunjuk hero kampongan yg tak kemana tu? Kenapa Hang pulak nak berkokok, sedangkan Apabila Tan Sri Mufti Harussani yang begitu sinonim memperjuangkan AGAMA & Bangsa Melayu ANDA dan kumpulan PAS jahanam, menghentam, mencaci dan mengkafir serta memberikan panggilan sebegitu rupa. Apakah Si Lebai Kulup Mahfuz ni hebat sangat? Tolong sedar diri dan cermin diri dulu ANDA tu siapa? Apa taraf ANDA yang nk menjadi jaguh Umat Melayu & Islam. Jgn jual Agama dan guna Agama utk kepentingan politik ANDA. Malu lar pada Allah SWT yang yg ANDA buat selama ini. Nama pemimpin PAS tapi perangai yg suka mencaci dan mengherdik orang lebih teruk dari Cina harbi harami.

KAPAK minta Mahfuz diam dalam perkara penyatuan Melayu kerana ANDA langsung TIDAK LAYAK utk bercakap sedemikian. KAPAKTAJAM juga menyeru NGO2 MELAYU agar bangun dan bangkit serta kepalai penyatuan Melayu Islam ini, kerana NGO lebih telus dan TIADA agenda tersirat dan tersurat. NGO2 Melayu kuatkan barisan dan bersatu hati dari sekarang bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bersiap sedia menggempur benteng lawan yang mengganggu gugat Ketuanan Melayu di Tanah Air tercinta. Tautkan Jalinan Permuafakatan NGO2 Melayu dari Perlis hingga ke Johor, mahupun Sabah & Serawak. Bangun dan gempur dan pastikan semua orang Melayu WAJIB mendaftar jadi pengundi pada PRU 13. Kita tidak boleh leka lagi, kerana kelekaan kita akan merana anak bini serta cucu cicit kita dikemuadian hari.

Ayuh bangun wahai Bangsaku Melayu dan perkuatkan Islam kerana di Tanah Melayu ini Kuat Melayu kuat lah Islamnya. Sekali lagi renungi Coretan Mesin Taip Buruk dibawah, ia membawa pengertian dan meminta agar Bangsa Melayu sedar dan buka mata hati serta berfikir. Semua itu tidak mustahil akan berlaku!!!.


08 August 2010 - [MESIN TAIP BURUK]

Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu?

Ada orang tanya aku apa akan jadi kepada orang Melayu jika pada PRU-13 nanti semua parti Cina iaitu DAP, MCA dan Gerakan di Semenanjung serta beberapa parti Cina di Sabah dan Sarawak bersatu membentuk satu pakatan ala Pakatan Rakyat?

Aku kata masa itu, orang Melayu bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada Putrajaya dan beberapa negeri terutama di Pantai Barat dan Sabah dan perkara itu tidaklah mustahil sebenarnya jika dilihat trend sokongan kaum Cina terhadap parti-parti berteraskan kaum mereka terutama DAP pada PRU-12 dan beberapa pilihan raya kecil lalu.

Sekarang ini bayangan bahawa orang Cina boleh memerintah Malaysia sudah semakin jelas kelihatan sejak PRU-12 lalu apabila DAP menguasai Pulau Pinang dan Perak dengan bantuan PKR dan Pas yang diterajui orang Melayu. Jika mereka benar-benar mahu memerintah negara ini, mereka tidak perlu mengharapkan Anwar Ibrahim kerana dengan penyatuan DAP, MCA dan Gerakan, sudah cukup bagi mereka untuk memerintah Malaysia.

Aku percaya dengan membawa sentimen Malaysia akan diperintah oleh orang Cina melalui pakatan DAP-MCA-Gerakan, maka sudah pasti para pengundi dari kaum tersebut akan memberi undi habis-habisan kepada ketiga-tiga parti terbesar mewakili kaum tersebut. Jika sentimen ini dibawa di dalam kempen ketiga-tiga parti terbabit, aku percaya pakatan tiga parti Cina ini boleh "memerintah" Malaysia, kalau tidak pada PRU-13, mungkin selepas itu.

Ditambah pula sokongan oleh orang-orang Melayu yang begitu benci terhadap UMNO baik dari Pas, PKR atau orang UMNO sendiri, maka lebih mudahlah untuk pakatan DAP-MCA-Gerakan menguasai Putrajaya, mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang, merampas kembali Perak, mengetuai pemerintahan di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan (KL) dan Sabah serta mengurangkan sebahagian besar majoriti kerusi DUN di Johor, Melaka dan Sarawak.

Itu belum lagi dihitung sokongan oleh kaum India serta lain-lain bangsa dari Sabah dan Sarawak. Harus diingat walaupun komposisi kaum di Malaysia, Melayu masih bertahan sebagai kaum majoriti dengan 60 peratus manakala bukan Melayu (Cina, India dan lain-lain) 40 peratus, tetapi dengan Melayu sudah terbahagi kepada pelbagai puak mengikut parti, maka sudah pasti peratus Melayu berkurangan berbanding kaum lain.

Jika ini berlaku, orang Melayu terutama UMNO dan Pas yang sehingga kini begitu liat untuk bersatu walaupun untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam, hanya akan menggigit jari dan ketika itu tidak berguna untuk semua menangisinya lagi kerana semuanya sudah menjadi bubur!

BERWASPADALAH WAHAI BANGSAKU MELAYU ISLAM.

Saturday, August 7, 2010

Coretan ini adalah untuk menjawap kelancangan musleem united dalam isu - Zambri bacul.

Salam Sdr!. Adakah anda berada dlm dewan ketika mereka bersidang?. Jika tidak jgn pandai buat cerita. Kapak sentiasa berada didewan hingga abis, jd kapak lebih tau dari ANTA!. Jangan hanya pandai menyebut Islam dan Islam anta jer yg terbaik dan org lain smua bacul? Jgn tunjuk terlampau riak memulakan usul dgn mukadimah ayat2 ALQURAN, tetapi selepas memaki hamun org lain terikut2 cara DAP babi harami. Adakah Islam PAS mengajar org beradap mcm itu? Kalau itu natijah dan cara PAS untuk mengemudi UMMAH ISLAM, maaf lar DEmi Allah dan Demi Rasul ia tak akan tercapai, kerana niat, riak dan cara anda bekerja& berpolitik tidak ikhlas. Sebagai contoh penyatuan Melayu dan Islam PAS awal2 bantah, TETAPI skrg kenapa pulak nak menjadi HERO pulak nak menyatukan Melayu nih?.

Kapak rasa elok lar penyatuan Melayu dan Islam ini diterajui oleh NGO, baik UMNO or PAS mahupun PKR tak payah lar nak sibok2, kerja anta bermusim hanya sebab undi jer.
Nasihat saya, klu ingin menjadi Pemimpin tunjukkan keikhlasan, jgn menyalahkan org lain, kata bacul dan sebagainya, lh2 anda tidak berada disitu. Ikutkan hati saya cari anta walau dimana anda berada dan saya mahu anta tunjukkan kehebatan anta jika meraskan PAS itu betul semuanya. Yang betul hanya ISLAM.

Pandai kata org bacul, ingat Nizar [kapak malu tengok perangai senior kapak masa di TI Ipoh] baik sgt ker die? Byk gak pekong die TAPI kita jgn sesekali buka maruah org, ingat setiap dosa diadili dan dipadang masyar nanti kena jwap semua tu? elok anta minta maaf pada Zambri sementara nyawa masih ada, jika jumpa dipadang masyar sudah terlambat. Kapak, Siap sedia berdebat demi Ummah Islam tetapi bukan Ummah Pas yg suka main dan jual Agama, sbb Tok Gurunya lebih pada Ikut cara Aku, Islamnya bermusim sekejap boleh sekejap tidak.... Untung ok, tak untung boleh belah.... Saya tunggu email anda TQ

Coretan di atas ada pertalian dgn apa yg diajukan dibawah ini oleh Malaysian Instinct dan juga Azli Shukri. [ lihat betapa teruknya Agama dilacur demi nak dapatkan kuasa] sila baca dan fahami!

Ke Mana Kita Hendak Pergi Tuan-tuan?

"Saya temui sebuah artikel di dalam portal Malaysia Instinct yang sangat menarik untuk kita tatapi dan renungi. Artikel tanpa nama penulis ini cukup banyak pengajaran dan pelajaran". Selamat membaca.

1. Umat Islam di Malaysia selama-lamanya tidak akan lupa Amanat Hadi Awang, Presiden PAS yang disampaikan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

2. Setelah terbukti amanatnya menjadi punca perpecahan serius di kalangan umat Islam hingga terjadinya sembahyang dua imam dan penceraian suami isteri, Hadi cuba berdalih dengan menuduh ianya adalah perbuatan UMNO untuk mencemar namanya.

3. Namun, daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Hadi akhirnya tidak dapat menepis lagi bahawa amanat itu disebarkan oleh PAS sendiri dan sememangnya dibuat oleh dirinya sendiri.

4. Selain dari menjadi punca perpecahan serius antara umat Islam, ia juga menjadi punca timbulnya kegusaran di kalangan Umat Islam untuk bergaul dan bercampur dengan bukan Islam. Hakikatnya, Hadi adalah antara mereka yang mula-mula meniupkan perasaan curiga dan syak wasangka antara kaum di Malaysia dan kini meneruskannya dengan membantu kempen-kempen menghasut agar Cina membenci Melayu (UMNO) yang diterajui oleh DAP.

5. PAS suatu ketika dahulu bangga dengan imej ekstrem, rigid dan tidak bertolak ansur dalam soal Islam dan bukan Islam. Mereka menganggap bekerjasama dengan bukan Islam sepertimana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC menjadikan UMNO kafir dan menyokong UMNO boleh menjadikan seseorang itu kafir.

6. Tapi semua itu kisah dulu, iaiatu ketika Hadi masih belum melihat bayangan kuasa, dan sebelum Hadi merasai kehangatan pelukan Lim Kit Siang.
Kini, Hadi bukan sahaja mengambil pendekatan seperti UMNO dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR, tetapi Hadi melangkah lebih jauh lagi dari UMNO iaitu membuka peluang bagi bukan Islam untuk bertanding atas lambang PAS secara langsung.

7. Untuk tujuan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atas alasan terdapat ramai penyokong bukan Islam parti itu yang terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain dan mereka juga harus diberi peluang bertanding.

Dua perkara yang menarik di sini ialah:

1. Fatwa Hadi mengenai bekerjasama dengan bukan Islam bukan sahaja berubah tetapi melebih-lebih dari UMNO sendiri.

2. Sayap baru PAS itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan tetapi bersifat berasingan dalam perjuangan.

8. PAS ingin mempunyai wakil bukan Islam sendiri dan tidak mahu wakil bukan Islam mereka berada dalam DAP atau PKR. Ini janggal sekali kerana mereka merujuk diri mereka sebagai satu Pakatan.

9. Nama sayap baru PAS iaitu “Himpunan Penyokong PAS” aiaitu Parti Islam SeMalaysia menggambarkan seolah-olah sesiapa sahaja dari bukan Islam yang menjadi anggota sayap ini adalah penyokong Parti Islam, atau penyokong Islam.

10. Islam adalah agama untuk dianuti dan diamalkan. Islam bukan sebuah parti politik untuk disokong-sokong. Dan apakah yang membuatkan PAS menyangka bahawa adanya orang bukan Islam yang akan menyokong agama Islam sehingga sanggup menjadi ahli dewan perhimpunan tersebut tanpa ada agenda lain?

11. Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS secara keseluruhan sudah terlalu sering menukar-nukar fatwa dan hukum Allah. Dari fatwa mengenai bekerjasama dengan bukan Islam, suara sebagai aurat wanita berkempen dan wanita bertanding pilihanraya, semuanya bertukar-tukar mengikut ‘mood’ Hadi Awang dan Nik Aziz.
12. Sesungguhnya, agama bagi PAS hanyalah mainan politik. Dan kini dengan penubuhan sayap baru ini, mereka mengajak orang bukan Islam pula untuk bermain politik atas nama Islam. Dalam ertikata lain, PAS menjemput bukan Islam mempermainkan agama Islam.

So, akhirnya PAS pun xlayak nk jd juara penyatuan nih, kerana ia sujudice dgn perjuangan partinya yg tak menentu. biar NGO islam dan mereka lebih berkaliber dan tidak buyers dan tidak menggunakan ISLAM sebagai batu loncatan untuk kuasa. NGO ISLAM akan lebih terjurus kpd penyatuan ummah dan Islam secara hakiki mengikut AlQuran & Sunnah.

Terima kasih.

Friday, August 6, 2010

Ezam Telah Bercakap Dengan Sejujur-jujurnya...

Ini juga Nukilan dari Sdr Azli Shukri.

Mohon semua Umat Melayu & Islam baca dan faham isi kandungannya. Selepas itu, buatlar penilaian sendiri, jgn taksub dan jumud. Ingat Bangsa Melayu & Islam wajib dipertahankan di buminya sendiri- Tanah Melayu.


Baca pengakuan berani Ezam Mohd Noor di bawah ini...mengurut dada rasanya...mengapa masih ada manusia yang buta mata hati mereka untuk melihat kebenaran?

Sungguh mengejutkan, inilah kali pertama dengan berani dan secara terbuka YB Ezam mengaku bahawa Anwar memang meliwat. Pendedahan ini disebutkan semasa ceramah beliau di program Ceramah Perdana di Kluang baru-baru ini dihadapan 500 orang tetamu anjuran Pemuda UMNO Kluang.

Ezam menegaskan memang dia marah, tetapi beliau tak fitnah."Tetapi prinsip kita, kita tak fitnah, saya marah dia, betu, saya maki dia betul, tetapi saya tidak fitnah, bila saya kata dia khianat dia memang pengkhianat, bila saya kata dia peliwat dia memang peliwat"

Beliau berkata apa yang dia belum pernah kena bagi mempertahankan Anwar, semua cabaran dan dugaan dia sudah alami.

"saya dah lalui semua, pukul, sembur, gari, lokap.. sebab apa sebab bela banduan, bukan bela dia sebagai Timbalan Perdana menteri". "Saya bukan bela masa dia nak jadi perdana Menteri, sekarang ini ramai yang membela dia, yang saya tidak pernah nampak dahulu pun ada, dari Johor, Chua Jui Meng, mana dia dulu, masa Anwar jadi banduan?!! Zaid Ibrahim, mana dia? sekarang panglima, panglima apa?

Ezam menegaskan beliau meninggalkan Anwar kerana Prisip sebagai seorang Islam dan beliau tidak pernahpun dapat duit sebagaimana yang dituduh oleh Anwar.

Beliau menambah semasa pembebasan Anwar 2004, perjuangan Anwar telah berubah. Walaupun diminta untuk selesaikan agenda kelompok anti Islam dan anti melayu yang dalam PKR.. "apa Anwar jawab, tidak, tidak. aku duduk dakal jail yang bebaskan aku puak-puak ini, diaorang yang round satu dunia, humanright.. kelompok-kelompok Melayu boleh buat apa, I duduk dalam jail, puak Melayu boleh buat apa, menjerit kat kampung sahaja, kelompok PAS boleh buat apa.. takbir je..."

Namun yang paling penting ialah alasan utama Ezam meninggalkan Anwar. Kata Ezam "sekarang saya nak bagi tahu satu Malaysia. Sebenarnya saya tinggalkan Anwar walaupun ada sebab politik yang lain, tetapi yang paling penting saya tidak boleh kompromi hingga hari ini kerana Allah Taala memberi saya satu kebenaran melalui Isterinya wan Azizah yang Anwar betul-betul meliwat. Kalau saya berbohong saya cabar Wan Azizh untuk pilih mana-mana masjid atas muka bumi ini untuk saya bersumpah"

Jika dahulu ramai mempertikaikan YB Ezam menginggalkan PKR dan apatah lagi lebih ramai pertikaikan beliau masuk UMNO, namun kini sudah jelas siapa dia Anwar sebenarnya.. liwat itu bukanlah fitnah yang dibuat-buat tetapi memang Anwar membuat perbuatan meliwat dengan diakui oleh Wan Azizah. Namun demikian, demi politik, Wan Azizah terpaksa menutup kebenaran tersebut.

Sudah sampai masanya kebenaran teserlah, berapa lama lagi Anwar boleh menipu.. sekiranya datang yang hak maka terhapuslah kebatilan.(Sumber:Aspirasi Bangsa)

Ulasan Saya




1. Inilah pertama kali Ezam mendedahkan perkara sebenar berkenaan perilaku tidak bermoral Anwar Ibrahim. Kenyataan beliau selayaknya dipercayai berbanding dengan kenyataan pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

2. Hakikatnya ramai pemimpin PAS sudah mengetahui tabiat ganjilnya ini, baca di sini, di sini, di sini... dan di sini...

3. Sudah lama saya menunggu saat ini - iaitu pengakuan orang paling rapat dengan Anwar Ibrahim...maka kebenaran sudah tertulis...Bahkan PAS sebagai sebuah parti Islam sejak awal-awal lagi mengetahui kisah sebenar Anwar Ibrahim. Bukan hanya Mat Sabu dan Karpal Singh sahaja yang tahu, malah Wan Azizah, Hadi Awang dan Husam Musa juga mengetahuinya.

4. Soalnya, sebagai seorang Islam, apakah hukumnya kita menyokong seorang peliwat? Apakah sama dosanya antara menyokong seorang peliwat dengan seorang perasuah?

5. Malah, apakah para pemimpin PAS yang jujur dan mengetahui kisah Anwar Ibrahim seperti Mat Sabu tidak berasa berdosa dalam soal ini?

6. Saya menyeru agar pemimpim-pemimpin PAS agar bertaubat dan kembali ke panggal jalan, kerana Anwar bukanlah penyelamat, tetapi bencana untuk negara. Wallahualam.

BILA PAS NAK SEDAR AKAN PENIPUAN & SENGKETA YANG MEREKA MAINKAN.

Khutbah Jumaat 6 Ogos. Nukilan Azli Shukri.

Terima kasih Sdr Azli. Kapat rasa cetusan ini perlu dan wajib dapat dibaca oleh semua Umat Islam & Melayu. Kita sebagai Umatnya wajib dan harus sedar dimana status kita sebagai Bangsa Asal ini telah dipermainkan dan Raja2 Melayu juga diperlekeh. Ini adalah kerana Bangsa Lian ni sudah amat selesa dan telah menggenggam kukuh kedudukan ekonomi Negara. Kejayaan Mereka bukan datang bergolek sendiri TETAPI atas bantuan Kaum Peribumi Melayu juga. Memang dasar tidak diuntung dan hanya manis dimulut, bangsa yg seperti Belanda mendapat tanah ini tidak rasa puas sekiranya Kuasa Politik dimereka miliki. Oleh itu, ayuh Bangsaku Melayu, pertahankan tanag pesaka ini walau ia menuntut darah dan keringat mu. Demi Agama Bangsa & Tanah Air, semua Bangsa Melayu wajib bersatu dan jagai tanah pesaka ini. Ibarat Pepatah " TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

Petikan dari saudari Azli Shukri dibawah ini amat2 wajar dibaca dan difahami oleh seluruh Umat Islam & Melayu.



1. PAS ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal. Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.
2. Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.
3. PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.
4. PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.
5. Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.
6. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.
7. PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.
8. Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.
9. Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.
10. Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.
11. Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

12. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.
13. PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.
14. PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.
15. Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.
16. Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.