Wednesday, October 26, 2011

Qudrat dan Irodat ALLAH SWT

Assalamualaikum untuk semua Pembaca Budiman.

Kapak ingin berkongsi minda akan kejadian bencana banjir yg di alami di Negara jiran kita - Thailand. Pendapat peribadi kapak ini dirungkai dengan keadaan apa yg berlaku disana dan kenapa ia menjadi begitu tak terkawal, walaupun di tahun2 sebelum ini, ia sudah menjadi kebiasaan musim tengkujuh dan sebagainya.

Kapak berpendirian bahawa berkemungkinan juga ia disebabkan murka ALLAH terhadap hambanya didunia ini, yang tidak mengindahkan peringatan dan amaran ALLAH terhadap hamba2Nya. Kemungkaran demi kemungkaran senantiasa dilakukan di bumi ALLAH ini, dan dek kerana itulah juga ALLAH telah menurunkan bala agar manusia dan sekelian makhlukNya sentiasa beringat dan berwaspada. Mari kita renung2kan kenapa Allah murka dan memberi peringatan!.

i. Terlampau banyak dosa yg dilakukan oleh makhlukNya didunia ini.
ii. Muka Bumi Allah ditarah dan di gondolkan mengikut kehendak dan akal manusia
tanpa memikirkan akibat dan kesan penggondolan itu. Ini termasuklah gunung dan
bukit2 di hakisan demi "pembangunan" yg dirancangkan.
iii.Manusia ingkar akan peringatan Allah yang menegaskan bahawa kaum HAWA adalah kaum
pelengkap sahaja, walau setinggi manapun kepandaian mereka. Natijah ini wajar
diambilkira kerana itulah kaum HAWA diberikan sifat2 yang emosional. Dalam erti
kata lain, kaum HAWA diberikan 9 nafsu 1 akal walhal Kaum Adam 9 akal 1 nafsu.

Berbalik kepada kejadian di Thailand tersebut, mungkin ianya satu peringatan Allah mahupun ia sebagai AMARAN kepada manusia yg tidak mahu mengambil kira saranan tersebut, dengan meletak WANITA sebagai ketua negara. Selain itu, mungkin juga akibat dari segala penyelewengan keluarga pemimpin wanita tersebut didalam memiliki segala kekayaannya selama ini.

Maka dari peristiwa2 tersebut, kita yang mengaku sebagai umat Islam agar sentiasa berwaspada didalam segala tindakan dan cuba untuk menghindarkan nafsu serakah didalam membuat membuat sesuatu keputusan agar ia tidak menolak saranan yang telah Allah janjikan sebagimana didalam Al-Quran.

Islam tidak menidakkan hak kaum HAWA, namun ia wajar lah bersesuaian dgn sifat2nya yg telah Allah jadikannya sebegitu. Manusia hidup bermaruah, jadi letakkanlah maruah manusia itu mengikut kesesuaiannya. Wallahuaklam.

No comments: