Monday, May 24, 2010

YAB PERDANA MENTERI WAJIB TEGAS DLM ROMBAKAN DAN LANTIKAN MENTERI/TIM. MENTERI

KAPAKTAJAM, menyokong penuh terhadap usaha Bloggers Pro UMNO yg menyarankan agar YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib supaya membuat penelitian yg telus dan berdasarkan kepada merit KPI serta tahap personaliti yg baik dan tidak mengundang kontroversi.

Ini amat perlu bagi menjamin kepercayaan dan sokongan rakyat akar umbi terhadap Barisan Kepimpinan BN untuk mengemudi Kerajaan Persekutuan dan seterusnya bagi memenangi hati rakyat untuk mengundi BN di PRU 13.

Kesinambungan Kepimpinan BN amat amat digarap terutamanya oleh Kaum Induk Melayu dan Raja Berpelembagaan. Ini jelas terbukti dengan lebih 50 tahun Kerajaaan BN memerintah telah banyak pembangunan negara dan telah juga menjadikan Tanah Melayu/Malaysia seperti sekarang dan menjadi Negara contoh paling berprestij.

Kejayaan ini adalah hasil sokongan padu rakyat Malaysia. Cacat cela adalah lumrah dan sememangnya manusia tidak sempurna semuanya. Walaubagaimanapun, Kepimpinan Baru yang akan dibuat didalam rombakan kabinet ini nanti, perlulah meletakkan individu yang amat berkelayakan dan bersih yg tidak mengundang kontroversi. Biarlah PM hilang satu kawan TETAPI PM berjaya memenangi hati dan jiwa rakyat yg dapat terus menyokong kepimpinan PM.

KAPAKTAJAM, amat berharap DS Najib dapat mengotakan janji2 pembaharuan didalam seluruh jentera kepimpinannya bukan sahaja dari UMNO malah calon2 lain dari Parti-Parti Komponen yang akan dilantik nanti.

Sekian dr KAPAKTAJAM

May 25, 2010 10:47 AM

No comments: