Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

MALAYSIA - ISLAM KUAT BILA BERSATU

KAPAK TERPANGGIL UNTUK MENGULAS CATATAN BLOG MP SEGAMBUT [LIHAT DIBAWAH INI]

Sudah byk kali KAPAK bg tau, sume itu boleh dilaksanakan bila suara Umat Islam kuat, Pas seorang xboleh lakukan, tu yg KAPAK katakan pada PAS & UMNO kena bersatu dan perintah lar negeri mahupun negara ini secara bersama. KAPAK yakin ini boleh terjadi jika masing2 sedar akan tanggungjawab sebagi seorang ISLAM, dan takut akan apa yg Allah akan tuntut mereka sebagai muslim dan ketua/pemimpin semasa didunia, adakah ANDA mahukan Islam sebagai landasan pemerintahan. Ini pasti akan ditanya oleh ALLAH di Padang Masyar nanti, sanggupkah ANDA menjawap dgn berbagai helah?

Ingat, bila suara Umat Islam kuat, perlaksanaan Undang2 Syariah dpt dilaksanakan. Dulu UMNO nk laksana MCA,Gerakan & MIC tentang begitu gak PAS, DAP dan PKR tentang. Jadi kenapa nak bersandarkan pada mereka, dua parti Umat Melayu Islam ni dah cukup kuat jika dapat bersatu , dan itu jugalah yg disarankan oleh Al Quran & As Sunnah, tetapi bila masing2 ada ego jadi Islam terketepi.

Balik lar kepada Ukhwah Keislaman, sudah tentu Negeri & Negara akan selamat. Ingat tahun 1974 bila UMNO dan PAS bersatu, terhegeh2 MCA,Gerakan dan MIC mahu ikut dlm kelompok kuat, jadi apa ditunggu lagi. Jika para pemimpin sukar nak berubah, maka kuasa pengundi wajib ubah mereka dan jatuhkan mereka. Masih ramai pemimpin yg nak kpd Islam jadi biar mereka yg layak sahaja mengemudi dan memerintah bersama, yg penting ukhwah Ke Islaman kena kuat.

Semua PEMIMPIN PAS yang banyak songeh seperti Nik Aziz, Hj Hadi, Salahuddin, Mahfuz,Mat Sabu, Husa, Khalid dan puak2 erdogennya wajar di lempar jauh2 dari kepimpinan PAS, kerana mereka ni lar juak2 yg xtau adanya penyatuan antara UMNO & PAS disebabkan takut kehilangan kuasa dan kepentingan individu. KAPAK melihat seorang ulama seperti Dato Hj Haron Din dan rakan2nya yg lebih cintakan perdamaian Islam wajar bersama2 UMNO untuk wujudkan permuafakatan ini, dan kemudikan pemerintahan Islam di Malaysia ini. Insya Allah Islam akan lebih cemerlang dgn Kepimpinan mereka.
Wassalam dan Salam Perjuangan.

[ DARI BLOG MP SEGAMBUT ]

MENGAPA PAS MEMANG PATUT TERSUNGKUR DIKEDAH PADA PRU 13?

Entahlah, tapi dari keadaan Kedah sekarang walaupun ada perubahan, namun ada ahli bercakap keadaannya seakan sama dengan keadaan PAS di Terengganu.

Ada juga orang-orang biasa yang cakap tiada beza keadaan sosial rakyat jelata tiada beza antara pemerintahan BN dan PAS - ini suatu yang bahaya. Malah di dalam keadaan tertentu, jika dahulu masalah pengutipan sampah hanya berlaku di Alor Setar, namun kini beberapa majlis perbandaran menghadapi masalah sampah kerana kerenah kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Jika diikutkan YB Mahfuz satu ketika dahulu, memang bertan-tan sampah dapat dilonggokkan di hadapan majlis-majlis bandaran kini.

Ada yang tak puas hati kerana Kerajaan Kedah tidak mengawal maksiat-maksiat yang ditegah Islam seperti hingga kini masih ada premis judi (nombor ekor), karaoke, arak dijual secara berleluasa di pasaraya di mana pekerja-pekerja Islam terlibat dalam mengangkut ke para-para jualan, juruwang-juruwang masih mengambil bayaran wang bagi arak ini dan mengisi ke beg-beg plastik. Malah terdapat juga rumah-rumah urut haram yang wujud walaupun di bawah pengetahuan majlis perbandaran, namun tidak dapat dilaksanakan penguatkuasaan kerana keengganan penguatkuasa dan polis membenteras aktiviti tak bermoral itu. Jadi bagi ahli PAS ini amat memedihkan mata memandangkan perjuangan kami adalah untuk kehidupan Islam.

Ada tak puas hati kerana MB Kedah suka melatah bila ahli melaporkan kegusaran mereka tentang kekecewaan mereka terhadap pentadbiran PAS di Kedah. Malah lebih menyedihkan teguran yang diberikan dibalas balik kononnya penegur menegur kerana agenda peribadi, ingin jawatan dan nama sebagainya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun ada penegur telah berputus asa. Sedangkan penegur kebanyakkannya menegur atas landasan Islam, yang membolehkan rakyat menegur pemerintah, jika ahli tidak boleh menegur maknanya tiada beza antara UMNO dan PAS. Malah mereka menegur kerana sayangkan Islam yang dibawa oleh PAS yang pada pandangan mereka kian hanyut atau terlalu lambat di dalam masa yang semakin beredar.

Mungkin ya mungkin tidak, Kedah akan jatuh kembali kepada BN. Namun saya berharap ADUN-ADUN PR dan MKK banyakkanlah keluar tanya khabar dengan rakyat. Harapan ku Kedah tak jatuh ke tangan UMNO/BN (mereka lebih tidak bertanggungjawab), namun kalau nak jatuh pun biar PAS terus memerintah kerana hingga kini pemerintahan Kedah tidak bermasalah seperti UMNO/BN yang penuh korupsi dan pembaziran.

Yang benar,

Aku yang sayangkan pemerintahan PAS di Kedah namun pendapat ini bakal dikecam oleh penyokong-penyokong MB Kedah. Suka hati kaulah nak kecam aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai orang Islam yang menegur kelemahan yang berlaku.
DIANGKAT DARI KOMEN PEMBACA BMS.

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/11/mengapa-pas-memang-patut-tersungkur.html#ixzz15hIfr5jN

Sunday, October 31, 2010

TABIAT DAN KELAKUAN UMAT MELAYU ISLAM – MEMPERBETULKAN IBADAH SOLAT & TERKINI DARI GALAS!

[ SITUASI DI GALAS KETIKA BERKEMPEN ! DIMANA SALAH DAN SILAPNYA ? KENAPA JADI BEGINI? ADAKAH PUNCANYA KERANA SOLAT KITA MASIH BELUM DITERIMA OLEH ALLAH? ]

Melalui pengalaman yang saya lalui selama beberapa minggu di kawasan “Pilihanraya Kecil Galas”, di Gua Musang Kelantan, adalah amat2 mendukacitakan sekali bila menyaksikan bagaimana tabiat dan kelakuan kita sebagai seorang “MUSLIM” yang hanya terletak pada mulut, kerana perbuatannya tidak langsung mencerminkan bahawa kita ini “MENJIWAI MUSLIM SEBENAR” , muslim yang takutkan Allah dan takut akan hari “Pembalasan di Padang Mashyar” di hadapan Rabbul Jalil Allah SWT. Baik dari Parti UMNO mahupun PAS, namun bagi UMNO tidak seteruk mana kerana mereka lebih berkonsepkan “toleransi”.

Lihat ini:-


Umat Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia sekarang ini disajikan berbagai berita, cerita serta vedio clip samada di TV, Media Elektronik dan Media Cetak yang menggambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku disana [ di Galas Gua Musang,Kelantan dan juga di Batu Api, Sabah] dan kita Umat Muslimin ini boleh menilai bagaimana dan betapa rakusnya mereka dua kumpulan ini.

Adakah ia disebabkan oleh solat2 kita ni masih belum diterima oleh ALLAH? Kita lihat sendiri bagaimana mereka yang berstatus Tok Guru dan Org2 Alim pun asyik sanggup memfitnah, mencerca serta berbohong demi kepentingan politik dan survivalnya. Mereka juga sanggup membelakangkan apa yg dituntut oleh Allah didalam pengucapan yang dilakukan didalam SOLAT - Jadi, apakah solat kita masih belum diterima ALLAH?

Begitu jugalah dengan berbagai musibah dan kejadian malapetaka seperti banjir, gemba bumi, gunung berapi meletupkan laharnya, angin puting beliung dan sebagainya. Kita masih bersyukur kerana di Malaysia masih terhindar dari kejadian2 mala petaka yang besar berlaku, mungkin masih adalagi manusia yang betul2 ikhlas melaksanakan ibadat solat itu dan diterima oleh ALLAH, lantas ia dapat memohon kepada Allah dan meminta agar dielakkan bencana2 yang besar di Malaysia. Kita wajib berterima kasih kepada mereka2 ini.

Natijahnya, marilah kita semua Umat Melayu Islam bersatu hati dan berkasih sayang. “UMNO & PAS sewajarnya menjadi satu keluarga dan memerintah Negeri/Negara dgn Saksama mengikut tuntutan Agama dan Syariatnya” Lupakan sengketa yang tidak membawa apa2 keberkatanpun,yang ada hanya tuntutan nafsu serakah syaitanyang mengejar harta dunia dan kuasa yang tidak menjanjikan kesenangan yang berkekalan, kerana yang kekal adalah amal ibadat yg diterima dan kehidupan di alam barzah/akhirat. Marilah seluruh Umat Melayu Islam di Malaysia ini masing2 bermuhasabah diri....!

KAPAK penuh yakin bahawa calon yang ikhlas dan tidak riak serta menjaga budi pekerti yang baik serta khusyuk SOLATnya akan diberikan kemenangan oleh ALLAH. Dan amanah ALLAH ini wajib dipikul dengan sepenuh jiwa dgn niat "kerana Allah Taala sahaja"

MARILAH KITA SAMA-SAMA DAPAT MENJIWAI SEPERTI APA YANG DISARANKAN DIDALAM KHUTBAH JUMAAT [dibawah ini] YANG DIBACAKAN DISEKITAR IPOH, PERAK BARU2 INI.

SAYA MERASAKAN IA AMAT SESUAI DAN BERHARAP SEMUA MUSLIMIN DI GALAS KHUSUSNYA DAN DI MALAYSIA AMNYA, MENGAMBIL IKHTIBAR DARI NASIHAT INI, DEMI KEKUKUHAN UKHWAH SESAMA ISLAM.MENJAGA DAN MEMBETULKAN IBADAH SOLAT ADALAH PENTING AGAR IA DITERIMA OLEH ALLAH SERTA MENDAPAT GANJARANNYA, SERTA DAPAT MENGHALANG KITA DARI SALING BERCAKARAN SESAMA UMAT ISLAM. SEWAJARNYA UMAT ISLAM SEMUA BERSAUDARA DAN SALING SAYANG MENYANYANGI.

[ HAYATI LAH KHUTBAH JUMAAT DIBAWAH INI DEMI KEBAIKAN BERSAMA ]
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan supaya sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan meningkatkan lagi amal soleh dan berusaha menjauhi larangannya. Semoga kehidupan kita akan lebih cemerlang dan diberkati Allah didunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya lslam.Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadah wajib ke atas setiap umat lslam melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam AlQuran terdapat lebih 25 tempat ayat " AQMA " yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “As Solat " atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya Firman Allah SWT dalam: [ Surah An-Nisa’ : 103] yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah se/esai mengerjakan sembahyang, matka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu tetah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa) sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwaiibkan atas orang-arang yang beriman, yang tertentu waktunya,[Surah an-Nisa, : 103]

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Sebagai umat lslam, semua orang tidak terlepas dari perintah solat ini. Samada remaja, muda-mudi, dewasa, lelaki, perempuan hendaklah memerhati, memahami dan menghalusi sehalus-halusnya perintah'solat ini. Sebab itu, Baginda nabi saw telah berpesan kepada umat'lslam sejak 1400 tahun lalu supaya ibu bapa mengajar dan menyuruh anak-anak sembahyang sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan sembahyang'ketika berumur 10 tahun. Kita wajib berdoa mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan sembahyang sesuai dengan Firman Allah pada ayat : [Surah Ibrahim :40]

Maksudn ya: "Wahai Tuhan kami! kumiakanlah keampunan kepada ku dan kepada kedua ibu bapa ku serta kepada orang-orang yang beiman, pada masa berlakunya hisab dan pembalasan." [surah lbrahim : 40]

Begitu juga kita hedaklah menyuruh kaum keluarga kita mengeriakan solat seperti
Firman Allah dalam surah Toha ayat 132 yang Maksudnya:

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengeriakansembahyang, dan hendaklah kamu tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Mimbar ingin membicara betapa pentingnya sembahyang kepada orang-orang lslam yang beriman, di antaranya:

1. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah.

Firman Allah SWT.

Yang bermaksud: Sesungguhnya Akutah Allah, tiada Tuhan melainkan aku,Oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku (Surah Toha aYat: 14)

Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan untuk kita sentiasa mengingati Allah swt. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah swt. Atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

2. Solat dapat menghapus dosa.

Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis:

Bermaksud: "Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-rukunnya boleh mencegah kita dari melakukan maksiat dan kemungkaran. Firman Allah S.W.T.

Yang bermaksud: ".... Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." . (Surah al-Ankabut :45)

4. Solat dapat memberi barakah hidup dan berbahagia kehidupan.

Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeda dengan orang yang meninggalkannya. Orang yang memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan. Sebagaimana Firman Allah yangberbunyi:

Maksudnya: "Sesungguhnya berbahagia / berjayalah orang-orang beriman. (laitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah al-Mukmin un : 1 -2)

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh Baginda nabi saw
secara langsung daripada Allah swt., ketika nabi svrrt mengadap Allah swt di "Sidratul Muntaha" dalam peristiwa lsra' Mikraj. lbadah solat berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril AS pembawa wahyu. lni adalah satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH.

Solat yang dilakukan dengan khusyuk boleh mententeramkan dan mendamaikan jiwa, mengawal tekanan perasaan. Rasulullah saw ketika berhadapan masalah,akan memperbanyakkan solat kerana bagi baginda solat adalah amalan penyejuk hati. Seterusnya golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat.

Dalam surah Maryam ayat 59, Allah berfirman :

Maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Abdullah bin Abbas berkata maksud mensia-siakan solat bukanlah meninggalkan solat sama sekali tetapi melewatkan dari waktunya. lmam Said lbni al-Musayyib berpendapat iaitu mereka melaksanakan solat Zuhur dalam waktu Asar, solat Asar di dalam waktu Maghrib, solat Maghrib di dalam waktu lsyak dan solat lsyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh serta solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit, Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat dia akan dihumbankan ke dalam sebuah lembah yang bernama "Ghaiy" di dalam neraka dan diberikan makanan yang amat jijik. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa dalam kitab ". Assasufil Tafsir" jika bersolat fardhu di luar waktu sudah begini hukumnya, bayangkanlah azab yang bakal menimpa mereka yang tidak bersolat fardhu sama sekali.

Justeru melaksanakan solat fardhu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin lslam yang wajib dilaksanakan. Sabda nabi SAW:

Maksudnya: "Dari Abi Amr asy-Syibani katanya, Abdullah bin Mas'ud pernah bertanya kepada nabi saw apakah amalan yang paling Allah sukai?. Nabi menjawab: Solat tepat pada waktunya. la bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa. la bertanya lagi kemudian apa? Baginda menjawab: Melakukan jihad pada Agama Allah SWT. Riwayat lmam Bukhari dan Muslim)

Di dalam Surah Al- Kausar ayat 1-3 juga ada menyebut :

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah mengumiakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu,kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

Amien Ya Robbal Alamin.

Tuesday, October 26, 2010

SIKAP & SIFAT JELEK YG PERLU DIHINDARKAN - TERKINI SITUASI DI GALAS!!!

Warga UMNO mahupun PAS perlu mendisiplinkan ahli2nya dari perkara2 spt dibawah ini [spt coretan mso] bukanlah mengharapkan sesuatu dari kerja yg telah dilakukan itu tidak baik TETAPI biarlah berpada agar rakyat tidak meluat akan perangai sedemikian. Islam juga tidak mengajar umatnya begitu dan demi kesejahteraan ummah proses mengabdi diri demi masyarakat harus menjadi perkara utama berbanding dengan kepentingan diri. Wallahuaklam.


[MOHON EHSAN DARI CORETAN "MSO" YANG DIANGGAP BAIK DAN PERLU DIBERIKAN PERHATIAN
OLEH SEMUA UMAT MELAYU SAMADA UMNO OR PAS. - IA SATU SIKAP & SIFAT YG BETUL2 JELEK]

Politik Beruk Bengkeng dan Tengku Razaleigh

ADA bloger tertentu di pihak Pakatan Rakyat yang mempertikaikan kehadiran Tengku Razaleigih Hamzah di tempat proses penamaan calon semalam dan cuba mengeskploitasikan keadaan kononnya berlaku sesuatau kepada pengarah pilihan kecil Galas itu. Sebenarnya mereka yang lekas mengjadikan isu dengan keadaan itu sebenarnya tidak memahami dan mengenali siapa dia Tengku Razaleigh.

Mereka yang mengenalinya baru semalam akan merasa terkejut apabila beliau tidak mengiringi calon dan masuk sama ke bilik penamaan calon bersama pemimpin tertinggi BN lain. Tindakan Tengku Razaleigh itu dirasakan pelik. Tengku Razaleigh seorang yang tidak suka berlebih-lebihan atau menunjuk-nunjuk kerana baginya tidak perlu berbuat begitu. Ibrat orang kaya dia tidak suka menunjukkan kekayaannya. Selalunya yang cuba tonjolkan diri sebagai kaya ialah orang miskin.

Ketiadaan Tengku Razaleigh dalam bilik penamaan calon dan pulang sebelum calon diistyharkan menjadi isu bagi menggambarkan ada sesutau yang tidak kena di pihak BN. Namun bagi mereka yang mengenali dan pernah mengiringi Tengku Razaleigh ke pusat penamaan calon dalam beberapa pilihan raya melibatkan dirinya sendiri sebelum ini apa yang berlaku itu bukan anih dan bukan satu keluar biasaan yang perlu diberikan perhatian.

Sebelum ini pun semasa menyerah borang pencalonannya sendiri, kekadang Tengku Razaleigh tidak hadir sendiri dan diserahkan kepada wakilnya saja. Orang perlu ingat bahawa Tengku Razaleigh adalah anak raja. Ada masanya beliau masih berdiri atas sifatnya sebagai anak raja. Walaupun pun beliau merendah, humble tetapi sesekali dia tidak akan berada dari paras bawah rakyat marhaen dan darahnya tidak akan bercampur dengan rakyat biasa walaupun digaul dan diuli berapa lama sekalipun. Kenal perangai raja?

Jadi tidak timbul dan perlu diungkitkan kalau beliau tidak bersama calon kemudian dan tidak membuat kenyataan selepas proses itu selesai. Lagipun semalam beliau bukan tidak hadir langsung, ada... berada di luar bersama pengundi. Seperkara lagi yang perlu difahamai dan ditafsirkan pilihan raya Galas ini saya lihat ia bukan realistik!

Sebaliknya kalau orang hendak persoal dan mempertikaikan untuk dijadikan isu ialah mengenai bekas Timbalan Ketua Bahagian Gua Musang Saufi Deraman dan bekas Setiausaha Bahagian, Mohd Salleh. Katanya wajah mereka ini langsung tidak timbul (nampak) di sepanjang proses penamaan calon itu. Di mana-mana saja di bawah khemah BN orang bertanyakan mengenai Saufi.

Malam sebelum hari penamaan calon, pihak Umno sudah bersunggut mengenai sikap Saufi dan Salleh yang menghilang diri. Seorang rakan rapat calon BN, Abdul Aziz menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku dan menuduh Saufi tidak berterima kasih dan mengenang budi yang Umno Gua Musang lakukan kepadanya.

"Pelik orang Umno ini bila tiba giliran orang lain dia lari, tetapi masa dia bertanding cari kita sampai belakang rumah," begitulah keluh rakan calon BN penuh kekesalan.


Kehilangan Saufi sememang sesuatu yang menyedihkan kepada Umno. Mungkin tidak sangat bagi Tengku Razaleigh tetapi bagi orang lain termasuk calon BN Abdul Aziz Yusuf. Saufi tidak sepatutnya menghilangkan diri dan beliau perlu memberi sokongan seperti mana orang lain memberi sokongan kepadanya untuk dua pilihan raya.

Mungkin Saufi kecewa dan sedih atas apa yang berlaku kepada dirinya. Selepas kalah beliau tidak dipedulikan oleh parti. Masalah kewangan katanya menjempitkan hidupnya. Tetapi beliau patut sedar keadaan itu bukan kerana Tengku Razaleigh ataupun Aziz. Ia adalah satu perangai atau budaya dalam Umno dan politik. Bahkan dalam mana-mana parti politik sekalipun. Bila kamu kalah, apa lagi tidak kaya dan berdarjat kamu akan dilupakan macam kucing tua saja.

Sebab itu saya bermadah mengenai perjuangan dalam politik. Sebaik kamu melangkah masuk dalam dunia politik kamu kena siapkan diri kamu untuk menangis bersendirian. Kamu harus membayangkan penjara dan kehinaan di depan. Kalau kamu tidak melakukan ini nescaya kamu akan kecewa dan menderita.

Orang politik yang telah kalah dan tidak ada kekuatan dan pengaruh, dia umpama seekor kucing tua. Kucing ini bukan saja tidak dimandikan, di elus, makanan pun tidak lagi disediakan bahkan didoakan supaya jatuh longkang dan mati agar ia tidak menyusahkan lagi. Begitulah dalam politik. Saufi yang kalah dalam pilihan raya lalu adalah seekor kucing tua di dapur Umno.

Rajuk Saufi ini katanya sudah sampai ke kemuncak dan membimbangkan. Terdengar beliau akan mengistyharkan diri menyertai Pas menjelma hari mengundi. Katanya Pas sedia mempedulikan Saufi mengikut statusnya. Satu jawatan sudah disediakan bagi membela dan membalas budi segera. Ini sekali lagi cara Pas ini juga tidak betul. Sikap suka memberi susu kepada anak kera di hutan di memberi air sejuk kepada anak sendiri sering kali diamalkan. Pas sedia memberi apa saja kepada orang baru menyertai partinya. Disebabkan terlalu peduli ini menyebabkan ahli sendiri terasa hati. Paling menyedihkan budi ditabur Pas tidak pun dibalas sewajarnya.

Tenguk apa yang berlaku kepada Rosli Ibrahim. Masuk Pas tidak sampai sembahyang berjemaah dengan Tok Guru lebih 10 kali sudah diberi berbagai imbuhan dan jawatan. Hendka diberikan jawatan speaker, kemudian diberikan jawatan Senator. Itu tidak termasuk kekayaan lain seperti kain pelikat dan anak lembu. Akhirnya apa jadi? Apakah pengorbanan Rosli di atas segala pemberian dan baik hati Pas itu? Jawablah...

Berbalik kepada kisah Saufi tadi, bagaimana pun rancangan itu tidak sempat berlaku. Kata pucuk pimpinan Umno mengetahui dan mengambil langkah awal menghalang Saufi. Caranya seperti biasalah memberi sesuatu berbentuk kewangan. Katanya dua hari lalu beliau telah menemui Perdana Menteri, Najib Razak. Dua kali bertemu, sekali di Putrajaya dan sekali di Parlimen. Dalam pertemuan itu katanya beliau berhasil mendapat hajatnya. Najib telah menawarkan satu jawatan untuknya di sebuah agensi kerajaan.

Jadi perjuangan Saufi sudah berhasil. Dia mendapat apa yang dikehendaknya. Biasalahlah di dalam Umno dan biasa juga bagi ahlinya. Mereka akan memberi benda kepada orang terdesak dan orang terdesak pula akan meminta apa yang dikehendakinya. Inilah menjadi masalah kepada Umno. Perjuangan yang berlandaskan benda tidak akan kekal lama. Politik seperti ini politik beruk bengkeng. Beruk bengkeng bila dia lapar dia akan menyerang sesiapa saja, dia akan merajuk untuk tidak naik kelapa. Tapi sesudah diberikan sesikat pisang dan air setempung dia akan kembali tenang dan baik semula. Dia akan cepat-cepat panjat pokok nyiur semula menggugurkan nyiur.

Kalau hendak dikira Saufi sudah pun mendapat jawatan itu. Kalau beliau meuntut tuntutan sudahpun diperolehi. Dan kalau dia boleh diibaratkan beruk bengkeng itu dia sudah pun dapat pisang. Seharusnya beliau sudah memanjat pokok nyiur semula. Tetapi malangnya sehingga kini beliau masih belum muncul-muncul lagi. Kenapa? Apakah dia kemabukan pisang sehingga tidak tahu jalan untuk kembali ke Galas?