Showing posts with label ERA PASCA. Show all posts
Showing posts with label ERA PASCA. Show all posts

Saturday, November 6, 2010

KELAKUAN DAN PERANGAI YANG DI BENCI ALLAH - UMAT ISLAM WAJAR SENSITIF DAN MENILAI, WAJARKAH IA TERUS DISOKONG ATAU MULAKAN PUSINGAN "U" JAUHI MEREKA.

KAPAK, sungguh kecewa dgn Umat Parti PAS. Apakah jenis manusia dan apakah pegangan sebenar mereka ini? Jika mereka mengaku Islam, Islam tak menyuruh dan mengajar umatnya berperangai dan berkelakuan begitu [mendoakan rakan sesama Islam agar dijatuhi musibah - Isu doa Pecah Perut oleh Nik Aziz terhadap PM]. Mungkin ini yang dikatakan kumpulan Islam Ektremis "Islam Pelampau" - LIHAT VEDIO INI !!!!



Kapak memohon agar Umat Islam seluruh Malaysia agar menilai sendiri akan perbuatan itu, adakah molek dan wajar seorang yg dipanggil Tuan Guru/Ulama oleh kumpulan mereka berperangai dan berkelakuan yang tidak mencerminkan seseorang yg bersikap mulia!.

Umat Islam wajar membuat pusingan " U " dan kembali bersatu demi maruah dan kejayaan umat Islam di bumi Malaysia ini. Umno dan penyokongnya sentiasa terbuka tangan untuk memeluk rakan2 PAS sebagai rakan/sahabat di kala senang dan juga dikala susah.

[ Contohnya, Kapak amat teruja dengan pendirian Menteri Besar Perak , Dato Seri Dr Zambery Abduk Kadir, yang menerima panggilan talipon dari Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan untuk membantu beliau didalam situasi keadaan banjir di Kedah dengan membantu sedaya mungkin keperluan dan peralatan dari Perak untuk rakan2nya di Kedah. Sewajarnya inilah yang paling molek dan dituntut oleh Agama. ]

Jika Nik Aziz masih berdegil dgn keangkuhannya maka tinggalkan terus manusia jenis ini kerana ALLAH juga benci kepada umatnya yang berhati durjana dan sering menggunakan Agama sebagai bahan dagangan.

AKHIR KALAM, UMAT ISLAM FIKIR2KAN LAH.... WASSALAM.

[ EHASAN DARI BLOG BUMIYANG ]
Doa Pecah Perut Pas Buat Najib - Mustajab???


Begitu mudah orang Pas membuat tanggapan ya....Mungkin mereka nak katakan bahawa doa "pecah" perut mereka mustajab dan diterima Aallah s.w.t..... Kebetulan DSN pulak sekarang ni sedang "sakit perut"...akibat gastrik dan ulser.

Kata Husam, PM sakit disebabkan doa Pas!!! Cuma satu pertanyaan penulis, bagi kekalahan Pas di Galas tu, doa siapa pulak yang telah dimakbulkan??? Pastinya ianya bukan doa daripada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas....

Apa yang penulis nampak ialah agama dan doa telah dipermainkan untuk mengabui dan mempengaruhi umat Islam....

Wednesday, October 27, 2010

AMANAT YG MENYESATKAN - UMAT ISLAM MALAYSIA WAJIB BERFIKIR DILUAR KOTAK

Ini lah muka-muka Melayu Islam yang mahu menghancurkan Kerajaan Melayu yg ditunjangi UMNO Melayu Islam.

Seorang yg warak dan kuat beragama berniat dan bertekat untuk menumbangkan satu kerajaan Melayu Islam yg lain. [Adakah ANDA Mahu Melihat Malaysia jadi seperti IRAQ. kerajaan yg dihancurkan oleh rakan seislamnya dengan bantuan kafirun. Maka jelas Saranan Hj Hadi Awang itu berupa perkara yg sama dilakukan oleh umat Islam yg berada di Iraq yg bersekongkol dgn Kafirun, Amerika dan Israel.

Umat Islam di Malaysia wajib berfikir, adakah Kerajaan Baru yang akan terbina itu boleh menjadi lebih baik dari yang ada sekarang yg majoritinya ditunjangi oleh Malyu Islam?

Rakyat Melayu Islam yg ada dibumi bertuah ini wajib berfikir diluar kotak "APA AKAN TERJADI JIKA ORG LAIN SELAIN MELAYU ISLAM YANG MENJADI KERAJAAN DI MALAYSIA? ADAKAH ISLAM BOLEH TERBELA? LIHAT CONTOH DI PERAK SELAMA 11 BULAN SUDAH CUKUP UNTUK DIBUAT PERBANDINGAN.

UMAT ISLAM DI MALAYSIA WAJIB MEMIKIRKAN PERMASALAHAN & KEMELUT INI.

[EHSAN DAR BLOG APA YG TERSIRAT]
Media Baru Adalah Untuk Semua

Thursday, 28 October 2010
Hadi Awang Buat Fatwa Lagi di Galas

Dalam acara kempen di Galas, Persiden PAS Datuk Haji Hadi Awang menekankan bahawa matalamat utama PAS dan rakan partinya DAP dan PKR adalah menukar Kerajaan persekutuan dan menakluk Putrajaya. Untuk mencapai matalamat itu Hadi memberi fatwa:

“Dalam Islam tiada kerajaan yang kekal, kita boleh tukar kerajaan. Kerajaan buat macam mana pun kita boleh jatuhkan juga,”

Justeru bekas menteri besar Terengganu ini mahu semua rakyat di negara ini bersatu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diperintah Najib sekarang.

“Kalau Melayu nak jatuhkan BN tidak boleh, Cina nak jatuhkan juga tidak boleh dan India nak jatuhkan juga tidak boleh; kita semua Melayu, Cina dan India perlu bersatu untuk jatuhkan BN.

“Kita perlu beri mesej dengan jelas di Galas, BN modalnya mudah tabur duit, tabur janji. Itu sahaja, kita perlu bersatu untuk jatuhkan BN,” tegasnya.

Dalam ceramahnya itu, Hadi turut menjelaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik daripada BN dengan berlandaskan kepada prinsip keadilan semua kaum.

“Justeru untuk Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kita perlu menang dan kita tidak boleh perintah negara ini hanya dengan satu kaum.

“Semua kaum Melayu, Cina, India dan Asli berhak untuk mendapatkan keadilan yang sepatutnya. Inilah yang menjadi perjuangan bersama Pakatan Rakyat.

“Di Galas jelas menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat dari PAS, PKR dan DAP bekerjasama untuk memastikan kemenangan. Sama seperti kita membantu DAP di Sibu begitu juga sama seperti kita menolong PKR dulu. Kali ini rakan-rakan lain pula bantu kita di Galas,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan negeri Kelantan menghadapi sekatan daripada kerajaan pusat, namun PAS mampu memerintah negeri itu selama 20 tahun.

“Semua tahu PAS adalah parti Islam tapi dalam politik Islam perlu adil kepada semua. PAS telah memerintah selama 20 tahun di Kelantan walaupun menghadapi sekatan dan kepungan dari kerajaan pusat tetapi masih tetap bertahan.

“Walaupun banyak perkara tidak dapat dilakukan dalam tempoh 20 tahun ini kerana sekatan tapi PAS telah melakukan yang terbaik,” katanya.

Komen AYT

Bila mana pula BN memerintah hanya berasaskan satu kaum? BN adalah gabungan berbagai parti yang berasaskan kaum. Pakatan Rakyatnya yang menciplak kaedah BN ini dengan membentuk gabungan.

Ertinya kerajaan BN adalah contoh terbaik kerajaan berbagai kaum. Ucapan dan dakwaan Hadi itu, ibarat meludah ke langit tetapi terpercik di muka sendiri.

Sunday, May 30, 2010

SEGERAKAN PENYATUAN UMAT MELAYU DEMI ISLAM DAN TANAH AIR TERCINTA

Bila direnung2 sume tulisan dan komen2 disini DALAM BLOG ERA PASCA, KAPAKTAJAM, berasa sedih kerana Bangsa Melayu terus-terusan bercakaran utk menegakkan diri masing-masing. Habis terlondeh semua pekong dan pekong yg wajib ditutup demi Agama Bangsa dan Tanah air pun dilacurkan. Inikah gaya hidup semua orang Melayu di Malaysia yg mengaku Islam. Melayu PAS konon hebat dalam bab agama terpekik terlolong dgn fatwa2 nya yg merosakkan akidah demi politik, Melayu KeAdilan pula dah lupa harga diri sehingga sanggup meletakkan orang Cina sebagai Perdana Menteri, lupa sejarah Kerajaan Melayu Melaka dan kehebatan Melayu dan bagaimana Melayu menjaga tanah pusaka Ibundanya, inipun satu pelacuran demi Politik dan Melayu UMNO pulak terus-terusan bertelagah untuk memenangkan diri masing2 dan selalu membuat kesilapan yg mengguris naluri seorang Insan Islam. [tarik balik lesen judi tu, masih belum terlambat berbuat demikian demi maruah Islam di Malaysia]

Dgn ini KAPAKTAJAM , mohonlah semua Bangsa Melayu yg berada didalam ketiga3 kelompok berkenaan, kembalilah kepangkal jalan, Xperlu untuk kita berpeluk dgn kaum lain dan melebihkannya krn mereka sudah tentu kafir. JANGAN kerana kuasa politik yg dicari maka masa depan Bangsa Melayu harus dilacurkan. Bangsa Melayu punyai ikatan kekeluargaan Islam yg kuat. Kita berbalik kepada sirah Rasululllah bagaimana baginda menyatupakukan semua Islam dibawah satu panji2 Islam.Piagam Madinah fikir dan ulas serta ikutinya.

KAPAKTAJAM, hendak sangatlah tengok agar semua PARTI MELAYU dapat bersatu hati dan duduk dibawah satu bumbung dan jagai serta tadbirlah Negara Tanah Melayu/Malaysia ini baik2. Ingat Malaysia diberikan oleh ALLLAH segala kenikmatan dan mempunyai segala hasil mahsul yg diperlukan. Kita tidak akan mati kebuluran pun jika terjadi apa2 musibah dari luar.

KENAPA, Bangsa Melayu sanggup memperlekeh sahabat seISLAM nya dan boleh pulak berkampung dan berpeluk dgn si KASFIR laknatullah? Tengok apa muslimat PAS dan PKR buat pada Elizebert Wong kes kangkangnya? Bukan peluk jer menangis lagi " Masya ALLAH " apa dah jadi dengan Insan2 yg mengaku ISLAM berbuat begini.

Nabi Muhammad SAW teramat kecewa dgn umat ISLAM akhir zaman ini, masing2 dengan ego dan kuasanya. Harap2 jgn sampai datang bala ALLAH dan melenyapkan bumi Malaysia ini dan meletakkan Kaum Islam lain yang mahukan ISLAM memimpin disini.

KAPAKTAJAM, mahukan Melayu PAS, KeAdilan dan UMNO, berbaiklah dan bersatu hatilah. Masih belum terlambat utk berbuat demikian. Ingat Bangsa Melayu hanya mempunyai MALAYSIA sebagai tanahairnya, jika dibandingkan dengan Bangsa Cina yg punyai tanahair dan kuasa ekonomi diseluruh dunia. Kemanapun Kaum CIna pergi mereka boleh hidup dan kayaraya. TETAPI belum tentu pada Bangsa Melayu yg hidup di Negara sendiri pun masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang! Apa yg boleh dibanggakan dgn KAUM MELAYU? Temberang, Ego, Suka cakap Besar habukpun xde, suka bercakaran sesama sendiri akhirnya tanah air tergadai, fanatik dgn sesuatu puak sampai tidak boleh terima puak lain [bertentangan dgn islam] ? Adakah ini masih semua mahu diteruskan dan Kaum Melayu dilambong angan2 mat jenin? Ingat, BANGSA MELAYU, hanya punyai satu sahaja kekuatan - iaitu KUASA POLITIK dan RAJA BERPELEMBAGAAN. Jika inipun mahu dikikis dan dilenyapkan seperti Motto KeAdilan, maka punah lah sudah Kaum Melayu di Tanah Airnya sendiri. Mengapa BEBAL sangat Bangsa Melayuku ini? - Fikir2kab lah ... Mulakan penyatuan Melayu dan kembalikan Kekuatan Bangsa Melayu ISLAM dan Ungguli pemerintahan Melayu hingga ke Akhir Zaman.

Wassalam dr
http://www.kapaktajam.blogspot.com