Friday, January 30, 2015

MEMBELI SYURGA ALLAH DENGAN HARTA

Sinopsis Khutbah Jumaat.

“MEMBELI SYURGA DENGAN HARTA”

Surah Al-Baqarah 262.

Bermaksud : “Bandingan (derma) mereka yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. (Ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya..”

Membeli Syurga dengan Harta, Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kita dalam satu hadis, yang bermaksud –

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasullullah SAW bersadba
 “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, iaitu Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan, dan juga Anak yg solaeh yang mendoakannya”. Hadith riwayat Imam Muslim.

Sedekah bukan satu tajuk kecil dalam Islam… Mari kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat2 baginda ketika berada dalam peristiwa “Perang Tabuk” iaitu Jihat Kaum Muslimin ke atas ROM ketika itu, dimana mereka amat2 kekurangan dana untuk membiayai perang tersebut…lalu Baginda mengumpulkan hampir seluruh sahabat lalu Baginda bangun menyampaikan khutba berkenaan “Sedekah untuk Tabuk” .dengan nada yang penuh bersemangat membuka pintu tabarru’ seluas-luasnya untuk kaum muslimin pada ketika itu.. lalu bangun Saidina Uthman ibnu Affan  - Wahai Rasulullah .. aku sedekahkan 100 ekor unta yg lengkap dgn pelananya pada jalan Allah dan akhirnya Uthman menggandakan ke 300 ekor untanya.. begitu jugalah sahabat2 yg lain bersedekah demi jihad ke jalan Allah.

Sementara itu Abu Bakar pulang ke rumah dan kembali berjumpa Rasulullah dgn membawa wang  4 ribu dirham, namun jika dibandingkan jumlah sedekah dengan mata kasar oleh para sahabat baginda, sedekah Abu Bakar hanyalah kecil jumlahnya, Namun Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sedekah Abu Bakar adalah yg paling tinggi nilainya kerana jumlah 4 ribu dirham itu adalah jumlah kesemua harta yg Abu Bakar ada, sehingga Nabi Muhammad SAW bertanya pada Abu Bakar – “ Apa yang kau ada untuk anak dan Isterimu Ya Abu Bakar?” ..Maka jawap Abu Bakar… “Jangan khuwatir wahai Rasullullah, ALLAH dan RasulNya aku tinggalkan untuk mereka di rumah”.. Subhanallah , Allahuakbar..

Sahabat2 Baginda yang lain turut sama bersedekah termasuklah Abdul Rahman Aur dan juga Umar Ibnu Khatab, serta juga para-para wanita yg sanggup memberikan gelang dan perhiasan emas untuk disedekahkan ke Jalan Allah. Kenapakah sahabat2 Baginda semua berlumba2 untuk bersedekah?… Ketahuilah bahawa mereka semua adalah membeli SYURGA dengan Hartanya. Mereka sanggup dan Rela membelanjakan semua hartanya demi SYURGA dan REDHA ALLAH.


NATIJAH dan pelajaran yg kita perolehi disini adalah – Adakah kita pada waktu ini dengan serba kemewahan yang ada sanggup berkorban harta demi Jalan Fisabillillah/ke Jalan Allah???

Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan kaum Muslimin ketika itu bersemangat tinggi serta sanggup mempertarohkan nyawa dan hartanya demi Agama Allah serta RedhoNya. Dan kerna itu jugalah kita pada hari ini masih dapat menghirup dan mengakhidahkan Islam sebagai Agama anutan kita sekarang..itulah jasa dan pengorbanan Nabi serta para shabat2 baginda sekelian. MENITIS AIR MATA KITA,…bila pada saat baginda nak wafat.. isteri Baginda terpaksa menggadai atau menjualkan BAJU BESI yang sering dipakai oleh Rasulullah ketika perang demi membeli makanan untuk keluarganya…. Nabi Muhammad TIDAK tinggalkan kita Harta Yang Melimpah Ruah sebagai Pemimpin Umat Islam dan Nabi yang memerintah dunia Islam.. kerana tidak langsung berharta ketika wafat..kerna SEMUA harta peninggalan rampasan perang dan sebagainya telah digunakan DEMI ISLAM dimuka bumi ini, dan dengan pengorbanan Baginda itulah kita dapat menikmati Islam sehingga hari ini.

Mari kita perbandingkan dengan Pemimpim2 yang ada diketika ini.. semestinya sebagai Pemimpin akan memiliki Rumag dan Bangalow yg tersergam Indah siap dengan Tukang Gajinya, berkereta besar yang berbagai Jenama hamper puluhan buah, duit Simpanan di Bank serta Sijil2 Saham yang berlipat ganda.. Namun bila datang BAB bersedekah.. mungkin sekadar 0.001% dari segala jumlah yg ada.!.. Itulah hakikat manusia pada ketika ini..

Rasulullah ketika wafat tiada langsung harta peninggalan Cuma Baginda SAW tinggalkan AL-QURAN dan HADITH Nabi…untuk Umatnya pelajari dan taat kpd ALLAH Rabbul Jalil yang di Iktiqadkan dan di sembah demi rasa syukur diberi kehidupan yang fana. PERBANDINGAN Sifat dan Sikap para Pemimpin pada ketika ini amat jauh berbeza..ibarat Langit dengan Bumi… Islam tidak melarang untuk mempunyai harta… TETAPI perlu lar juga ingat pada kaum masyarakatnya.. adakah mrk punyai tempat tinggal yg baik?..adakah mrk punyai makanan untuk keluarganya…adakah mrk punyai pakaian untuk menutup aib aurat dari pandangan manusia lain.. adakah kita terasa bila peha kanan dicubit adakah peha kiri juga terasa sakitnya?..


Ingatlah Wahai Pemimpin semua… berinfaqlah ke Jalan Allah kerana Infak anda itu TIDAK akan mengurangi harta yg kamu ada krn ia akan bertambah2 demi keberkhatan Allah..
Juga sebagai Pemimpin Wajib telus dan Ikhlas segala urusan krn Allah Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui…dan akhirnya Akhirat Allah yg kita tempoh dan Padang Masyar pula segala hitungan apa yg kita telah buat semasa hidup kita di Dunia ini…Wallahaklam.

1 comment:

Anonymous said...

Selagi seseorang itu membayar zakat yang di perintahkan kita tidak berhak mencela seseorang itu walaupun kaya mahupun miskin jika beliau tidak mahu bersedekah atau pun enggan bersedekah selagi beliau tidak membenci amalan sedekah.

Kita perlu ingat katakan seorang yang kaya itu ada orang gaji ada driver, ada tukang cuci tandas, ada pekerja pekerja di kilang gedung dan ladang.

Kita perlu ingat denagn bekerja dengan orang kaya tersebut, pekerja itu sendiri mampu membayar zakat, bersedekah membeli susu anak atas pekerjaaan mereka.

Tangan di atas lebih baik dari tanagn di bawah. Daripada orang kaya menjadi dirinya tangan di atas selalu - lebih baik beliau mengangkat tangan di bawah dengan memberi pekerjaaan dan peluang mencari rezeki.

Dengan ini tangan di bawah tidak berada di bawah lagi malahan di angkat darjatnya dari golongan penerima kepada golongan pemberi.