Sinopsis
Khutbah Jumaat.
“MEMBELI
SYURGA DENGAN HARTA”
Surah
Al-Baqarah 262.
Bermaksud
: “Bandingan (derma) mereka yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi 100 biji. (Ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya..”

Daripada Abu Hurairah
RA bahawa Rasullullah SAW bersadba
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah
amalannya kecuali tiga perkara, iaitu Sedekah jariah, Ilmu yang dimanfaatkan,
dan juga Anak yg solaeh yang mendoakannya”. Hadith riwayat
Imam Muslim.
Sedekah bukan satu
tajuk kecil dalam Islam… Mari kita lihat bagaimana Nabi Muhammad SAW dan para
sahabat2 baginda ketika berada dalam peristiwa “Perang Tabuk” iaitu Jihat Kaum
Muslimin ke atas ROM ketika itu, dimana mereka amat2 kekurangan dana untuk
membiayai perang tersebut…lalu Baginda mengumpulkan hampir seluruh sahabat lalu
Baginda bangun menyampaikan khutba berkenaan “Sedekah untuk Tabuk” .dengan nada
yang penuh bersemangat membuka pintu tabarru’ seluas-luasnya untuk kaum
muslimin pada ketika itu.. lalu bangun Saidina Uthman ibnu Affan - Wahai Rasulullah .. aku sedekahkan 100 ekor
unta yg lengkap dgn pelananya pada jalan Allah dan akhirnya Uthman menggandakan
ke 300 ekor untanya.. begitu jugalah sahabat2 yg lain bersedekah demi jihad ke
jalan Allah.

Sahabat2 Baginda yang
lain turut sama bersedekah termasuklah Abdul Rahman Aur dan juga Umar Ibnu
Khatab, serta juga para-para wanita yg sanggup memberikan gelang dan perhiasan
emas untuk disedekahkan ke Jalan Allah. Kenapakah sahabat2 Baginda semua berlumba2
untuk bersedekah?… Ketahuilah bahawa mereka semua adalah membeli SYURGA dengan
Hartanya. Mereka sanggup dan Rela membelanjakan semua hartanya demi SYURGA dan
REDHA ALLAH.
NATIJAH dan pelajaran
yg kita perolehi disini adalah – Adakah kita pada waktu ini dengan serba
kemewahan yang ada sanggup berkorban harta demi Jalan Fisabillillah/ke Jalan
Allah???

Mari kita perbandingkan
dengan Pemimpim2 yang ada diketika ini.. semestinya sebagai Pemimpin akan
memiliki Rumag dan Bangalow yg tersergam Indah siap dengan Tukang Gajinya,
berkereta besar yang berbagai Jenama hamper puluhan buah, duit Simpanan di Bank
serta Sijil2 Saham yang berlipat ganda.. Namun bila datang BAB bersedekah..
mungkin sekadar 0.001% dari segala jumlah yg ada.!.. Itulah hakikat manusia
pada ketika ini..

Ingatlah Wahai Pemimpin
semua… berinfaqlah ke Jalan Allah kerana Infak anda itu TIDAK akan mengurangi
harta yg kamu ada krn ia akan bertambah2 demi keberkhatan Allah..
Juga sebagai Pemimpin Wajib telus dan Ikhlas
segala urusan krn Allah Maha Melihat, Mendengar dan Mengetahui…dan akhirnya
Akhirat Allah yg kita tempoh dan Padang Masyar pula segala hitungan apa yg kita
telah buat semasa hidup kita di Dunia ini…Wallahaklam.
1 comment:
Selagi seseorang itu membayar zakat yang di perintahkan kita tidak berhak mencela seseorang itu walaupun kaya mahupun miskin jika beliau tidak mahu bersedekah atau pun enggan bersedekah selagi beliau tidak membenci amalan sedekah.
Kita perlu ingat katakan seorang yang kaya itu ada orang gaji ada driver, ada tukang cuci tandas, ada pekerja pekerja di kilang gedung dan ladang.
Kita perlu ingat denagn bekerja dengan orang kaya tersebut, pekerja itu sendiri mampu membayar zakat, bersedekah membeli susu anak atas pekerjaaan mereka.
Tangan di atas lebih baik dari tanagn di bawah. Daripada orang kaya menjadi dirinya tangan di atas selalu - lebih baik beliau mengangkat tangan di bawah dengan memberi pekerjaaan dan peluang mencari rezeki.
Dengan ini tangan di bawah tidak berada di bawah lagi malahan di angkat darjatnya dari golongan penerima kepada golongan pemberi.
Post a Comment