Monday, June 9, 2014

UMAT MELAYU TANAH MELAYU WAJIB MENJADI PEMBEKAL BUKAN JADI PENGGUNA SAHAJA SAMPAI BILA?



KEMBALIKAN UMAT MELAYU ISLAM SEBAGAI UMAT YG PROGRESSIF.

Bagi saya yang tidak berilmu ini, jangan lah isu ini menjadikan kita Umat Islam terus-terusan berbalah dgn pendirian dan pendekatan masing2. Memang yg hebat didalam sesuatu bidang berhak menegur yg lain untuk kebenaran NAMUN ia masih mensusuri landasan yg benar krn Allah SWT. Namun, tidak kah kita Umat Islam terutamanya di Malaysia ini berfikir apakah strategi terbaik bagi mengatasi isu besar ini.. Kita punyai Kerajaan yang berteraskan Islam, Menteri2nya pun ramai yg Islam.. Tidakkah pernah terfikir bagaimana untuk mengatasi perkara yb selalu menjadi ingauan Umat Islam bila berhadapan dgn barangan pemakanan yg statusnya di ragui... 

Sekarang sudah abad ke 21... adakah masih untuk bercakaran dikalangan para alim ulama Islam.. TETAPI jalan penyelesaiannya tidak dijalankan...
Saranan saya... di Malaysia.. Orang Melayu Islam adalah majoriti dan kuasa pembeli juga ditangan mereka .. Kenapa tidak digunakan kuasa beli ini untuk mengajar pembuat dan pembekal yang sentiasa memikirkan Keuntungan semata2 dan membelakangkan Halal haram sesuatu produk itu.?
Cara terbaik adalah Umat Melayu WAJIB kembali ke Masyarakat Melayu yang sejak dahulunya berdiri di atas kaki sendiri terutamanya masa di zaman jepun semua boleh buat plak...
 
Oleh itu mulai saat ini Kerajaan yg didokong kiat oleh UMNO wajar menggerakkan disetiap Bahagian UMNO untuk memulakan satu gerakkan untuk menghasilkan produk makanan yang halal dan suci... Kempen dan ceramah juga wajar dibuat.. pasaran juga kita gunakan FAMA pasar harian dan mingguan/Pasar2 malam... Insya Allah perkara ini secara drastik akan menyelesaikan isu yang panas dan ketidak ikhlasan peniaga Cina yang selama membekal makanan ini tanpa merasakan sensiviti Umat Islam... Kepada Konglamerat Kerajaan sperti SimeDarby, Petronas, Felda, Felcra dan Risda.. wajar menubuhkan Usahniaga Pembekalan Makanan berunsurkan Islam Suci dan Halal...

Alhamdulillah lawatan PM ke China terutaman di Xian pintu perniagaan untuk Umat Islam seluruh Dunia juga terbuka luas..mrk punyai 100 juta Umat Islam dan mereka juga mengharapkan produk2 Islam yang Asli lagi Suci... oleh itu peluang dan ruang ini wajar diambil kira sebagai wadah permuafakatn Umat Islam seluruh dunia....PM sebagi Khlifaj Umat Islam Malaysia.. wajar untuk menjadi Indok kepada peluang adan runag ini.. Jadilah PM Malaysia sebagai PM yng hebat didalam memastikan pemakanan Umat Islam di dunia ini mejadi bebas dari segala yang subahat kerana musuh2 Islam sgt licik didalam semua segi.. teruatamnya untuk menjadikan Islam ini leka, hati yg malas dan tidak punyai prinsip dan jati diri.. inilah punca Umat Islam seluruh dunia semakin lemah... kerna pemakanan yg tidak suci dan jiwa mrk longlai...Mari kita sama2 menggrakkan inisiatif ini secara berwadah dan berukhwan- besama-sama demi Kejayaan Umat Islam seluruh Dunia.- Amien.


Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi
Facebook | Kemas kini: Jun 10, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 10, 2014 10:12 MYT) 

Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Gambar Fail
SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulas isu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

______________________________________________________________________________

*Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis.
*Tulisan ini dipetik daripada Facebook Dr Mohd Asri.
*Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.


1 comment:

Anonymous said...

Aku seorang pembekal Melayu dan amat bersedih atas nasib peniaga melayu dinegara sendiri. Semua pasaraya menganak-tirikan pembekal melayu cuma kita harap kat Mydin saja membantu pembekal melayu. Nak minta pembiayaan pun bank sama juga. Peniaga melayu tidak akan mendapat pembiayaan semudah peniaga cina. Malah dengan bank milik kerajaan pun orang melayu dipaksa membayar komisyen kepada orang tengah cina supaya dapat kelulusan pembiayaan. UMNO dibawah Najib langsung tidak peduli nasib peniaga melayu sebab itulah kita lihat undi melayu kepada pembangkan kian meningkat. Sekurang-kurangnya Anwar lebih membela melayu berdasarkan sumbangan beliau semasa menjadi menteri.