Thursday, June 5, 2014

MELAYU BERSATU ISLAM PERKASA.

PRK TK INTAN...
[ Analisa Daripada Seorang Otai Politik Tanah Air - Ybhg Dato' Sani bin Supi. ]

BN Perak merintiskan jalan pulang untuk mereka yang pergi bertandang ke pakatan pembangkang sejak PRU-12/2008.


Adat orang pergi bertandang,sampai masa ia kembali pulang.
Resam orang pergi berdagang,kampung asal tetap dikenang.
Begitulah adat-resam dan norma kehidupan,khususnya Melayu.

Resam ini telah mempengaruhi sikap pengundi di PRK Tk Intan pada 31/5/14,menyebabkan BN menang.

BN Perak dapat pengajaran yang dibayar dengan harga yang amat mahal akibat kecundang pada PRU-12/2008.Harganya...Kerajaan Negeri Perak terlepas ke tangan pakatan pembangkang.Mujurlah dapat balik setelah 11 bulan,pada 6 Feb 2009;hasil lompatan keluar 3 ADUN pakatan pembangkang yang isytihar sokong BN.
Sejak berkuasa semula di Perak,BN khususnya UMNO dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Di Raja Dr Zambry Abd Kadir telah sedaya upaya berusaha,sekaligus membuktikan BN masih relevan buat rakyat Perak.Pelbagai penambahbaikan dilakukan samada dalam urustadbir negeri mahu pun pemerkasaan parti.Hasilnya,pada PRU-13/2013 BN menang 31 daripada 59 kerusi DUN; membolehkan BN membentuk Kerajaan Negeri.30 drp 31 DUN yang dimenangi itu adalah dari calon-calon UMNO(Melayu).

Apa yang disebut sebagai tsunami politik pada PRU-12 telah menyedut keluar ramai penyokong BN.Yang paling ketara pengundi cina kerana terhasut dengan agenda 'Malaysian Malaysia' yang dicanang oleh DAP.Turut dijaja oleh DAP ialah agenda menghapuskan kuasa politik Melayu dan hak keistimewaan Melayu/Bumiputera.

Melayu yang terpesona dengan aura dan auta Anwar Ibrahim serta konco-konconya turut mengubah selera kepada pakatan pembangkang. Politik kebencian kepada BN,khususnya UMNO,dijadikan resepi utama untuk menawan selera pengundi supaya beralih kepada pakatan pembangkang.

Diringkaskan cerita,rupa-rupanya pakatan pembangkang hanya gendang kosong. Golongan yang teruja bertandang ke pakatan pembangkang mula menyedari bahawa;-

Tuan rumah tempat bertandang tidak semesra yang disangka;
rumahnya tidak diurus dengan sempurna;
Tamu tandang duduk di serambi rasa tak selesa;
Lapar dahaga menunggu juadah tak kunjung tiba;
Akhirnya kembali pulang dengan rasa terpedaya.

Analogi orang kembali pulang dari bertandang ini patut dimanfaatkan oleh BN,khususnya UMNO:-

Tak perlu disambut meriah,cukup dengan tangan terbuka,
Tak perlu disogok mewah,cukup dengan kebajikan dijaga,
Tak perlu dilonjak megah,cukup dengan berkawan setia,
Cuma yang perlu dicegah jangan sampai kali kedua hati mereka terluka.

Yang menyerlah itu permata
yang merendah bukannya hina
tingkah biar berpada
perintah biar bermakna.


InsyaAllah pada PRU-14 BN boleh menang dengan selesa, dan boleh terus berkuasa, demi agama,bangsa dan tanah air tercinta.

...Saya sekadar tumpang gembira,kalau hayat masih ada.

No comments: