Sebelum saya teruskan tinta pena ini, saya terlebih dulu
memohon maaf, bukan niat untuk menghukum dan mencela TETAPI sekadar mahu kita
sama-sama merenung kembali dan saling ingat mengingati di antara satu dengan yg
lain. Perlu juga diingat, bahawa tugas amanah serta tanggungjawab kita sebagai
penjawat awam adalah besar, kerana kita bertanggungjawab kpd berikut:-
1. Kepada Amanah Allah sebagai Khalifah Allah/Manusia di
Dunia CiptaanNya.
2. Kepada Negeri/Negara yang telah melantik kita sebagai
Manusia terpilih untuk menjawat jawatan Awam ini.
3. Kepada Diri Sendiri dan Sbgai Ketua Keluarga kpd yg telah
berkahwin
4. Kapada Masyarakat Awam yg membayar cukai terhadap
perniagaan mereka, kerana cukai itulah yang membantu kerjaan untuk membayar
Gaji dan segala keperluan yg dituntut oleh Penjawat Awam.
Jadi, jika kita sedar bahawa kita manusia/khalifah yg
terpilih untuk menjawat jawatan awam ini, kenapa kita mensia-siakannya dengan
tidak Amanah dgn Tanggungjawab yg di pikul dan terhadap diri sendiri serta kpd
Allah.?
Sayang seribu kali sayang, telah banyak benar kuliah2 Agama
yg dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Mufti dan juga Pendakwah2
Bebas yang sering mengingatkan kita tentang Amanah dan tanggungjawab serta
Pembalasan Allah yg MAHA BERAT jika kita mengkhianati Amanah tersebut. Perlu di
ingat oleh Manusia bhw Pembalan Allah di Padang Masyar waktu diri kita dihisab
nanti adalah seberat2 dan sehina2 balasan oleh Allah yang di jatuhkan oleh
Mahkamah di Padang Masyar nanti.
Mahkamah Allah ini adalah se Adil2 Mahkamah, bukan semacam
Mahkamah di dunia ini, kerana Mahkamah Dunia, banyak yg tidak betul, banayk
tokok tambah, dan tidak menyatakan yg hak walaupun adanya Pengakuan
seperti" Saya Bersumpah bercakap Benar, dan hanya yg benar-benar belaka"
- Adakah sumpahan itu benar2 benar dan ikhlas?
TETAPI Mahkamah Allah, kita tidak akan terlepas walau
sebesar Zarrah sekalipun... kerana Selain Malaikat yg menulis dibuku catatatn
kita, malah setiap anggota badan kita nanti akan menjawap segala pertanyaan
oleh Allah terhadap kita.. Anggota badan kita yang bercakap maka tidak satupun
akan terlepas pandang dan setiap kesalatan itu akan terus diberikan pembalasan
sama ada yg baik ataupun yg hina.
Apakah Amalan yang pertama di hisap oleh Allah? - Solat
adalah amalan yg wajib dan akan ditanya di awal pembicaraan Allah. Kemudian
barulah perbuatan dan Amanah kita sebagai Pemimpin/Pejawat/Ayah/Manusia.
Berbalik saya kpd teguran kpd Penjawat Awam Negeri Perak,
secara jujur saya mahu menegur akan tanggungjawab dan disiplin Wargakerja
Penjawat Awam terutamanya di kala:-
1. Ketika Masuk Waktu Kerja - Jam 8 pagi dan balik 5ptg.-
Adakah waktu yg dinyatakan sebagai garis panduan ini benar2 dipraktikkan?
Adakah "Punch -Card" benar2 boleh berfungsi dgn baik kerana ianya
hanya robot yg mencatat masuk dan balik kerja.. Siapa yg meneliti menyemak
kad-kad tersebut? Saya nyatakan ini
kerana sewaktu saya buat analisa dibeberapa pejabat Kerajaan samada di SUK,
PKNP serta lain2 GLC masih didapati terlalu ramai yg jam 8 pagi masih belum berada
di tempat kerja. Diperhatikan juga Jam
8.15 masuk masuk, namun tidak pulak pergi punch, adakah wakil yg jadi tukang
punch?
Setelah masuk letak segala nika barangan, belum sampai 5
minit, sudah terus ke kantin ataupun gerai2 berhampiran, minum pagi dan
bersembang dalam 30 - 45 minit, baru masuk bertugas....
Perlu diingat seperti yg saya nyatakan tadi Kerjaan Negeri
membelanjakan hampir 60% bajet Negeri setiap tahun untuk belanja membayar gaji
dan mengurus,.. jadi apakah tanggungjawab kita dan Amanah kita untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada Kerjaan yg telah melantik kita dan Apakah Amanah
dan Tanggungjawab kita kepada rakyat dan
pembayar cukai yang menagih akan satu perkhidmatan yang cemerlang? Cuba tanya
diri dan Iman kita kpd Allah bagi mrk yg Muslim... Betul ke yg kita lakukan
ini.. Adakah Halal Gaji yg saya bawa untuk Isteri dan Anak2 dirumah?
Saya terpaksa nyatakan ini kerana saya terbiasa dgn keluahan
rakyat/org awam yg datang awal untuk menggarap perkhidmatan yg baik, namun
terpaksa menunggu sehingga tengahari hanya satu2 perkara sama permohonan
ataupun membayar bil2 cukai,.. Adakah pernah kita terfikir, apa perasaan kita
bila kita dikaki mereka ? Apakah sumpah dan seranah tidak keluar dari mulut2
anda?
Yang menjadi sakit hati bila mendengar sumpahan mereka,
apabila mereka menyalah :-
1, Tengok ini, Kerjaan BN punyai pemerintahan janji itu dan
ini, perkhidmatan terbaik konon,, jam 8.30 pun tidak ada dimeja masing2, makan
Gaji buta betul?
2. Ai Ya.. manyak cilaka ini Melayu, ini macam ka kerja...
Talak mau kelija, kasi olang lain lar, pegi mampus lar ini kelajaan.
Apa natijah yg kita dapat dari rungutan dan makian mereka?
1. Orang Melayu memang tidak boleh kerja suka ponteng, tidak
kuat bekerja dan mereka marah kerana mereka fikir mereka bayar cukai.
2. Kerajaan BN secara tak langsung di maki dan dihina dan
secara tak langsung telah menjatuhkan imej dan maruah BN, walhal pelaku2 ini
adalah kakitangan awam.
Saranan saya.:-
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri WAJAR buka mata dan
mengambil daya inisiatif dengan menyiasat semua perkara ini dengan membuat
intipan setiap pagi di kesemuakan 10 dearah di Negeri Perak.
2. Exco Sumber Manusia juga perlu pro-aktif menangani
masalah ini kerana tempias dari keresahan dan rungutan rakyat amat menjejaskan
pemilihan rakyat pada PRU 14 nanti. Ia kesan jangka panjang dan mengaibkan.
3. SUK dan EXCO Sumber Manusia wajib set-up satu department
khusus untuk mengatasi masalah ini, bukan untuk mencari kesalahan TETAPI
disusuli dengan khidmat nasihat dan kaunselling agar mereka yg berperangai
sedemikian dapat dididik dan diberikan nasihat agar beruabah kepada sesuatu yg
baik dan dapat mengembirakan semua pihak lantas prestasi dan produktiviti
kerja juga meningkat. Dan yang terpenting kita telah dapat melakukan Amanah Allah
dengan terbaik dan membawa balik rezki yg HALAL untuk Isteri dan anak2..kerana
dengan rezki baik itu nanti, isteri dan anak2 menjadi taat kpd Suami, ayah dan
Negara.
4. Matlamat kita sebagai penjawat Awam akan terbina dengan
baik, Negeri pulak mendapat Impak prestasi yng membanggakan bila produktiviti
naik dan akhirnya Allah amat menyanyangi Hambanya yg Sidek, Amanah, Tabligh dan
Fatonah.
Insya Allah dengan semua itu nanti Negeri Perak akan lebih
makmur dan maju sesuai dengan Nama Indahnya PERAK DARUL RIDZUAN...bukan Perak
Amanjaya
BERUBAHLAH SEBELUM ORANG LAIN MERUBAH KITA,
BERBAKTILAH DAN AMANAHLAH KPD ALLAH KERANA ALLAH AKAN LEBIH MENYAYANGI HAMBANYA DAN MENDAPAT KERAHMATANNYA.
3 comments:
Memang betul ini semua berpunca dari BN. Di negeri PR, kita tidak akan nampak situasi sebegini. Semua masuk ikut waktu dan berehat ikut waktu.
Memang betul ini semua berpunca dari BN. Di negeri PR, kita tidak akan nampak situasi sebegini. Semua masuk ikut waktu dan berehat ikut waktu.
Annonymous, mungkin anda terlupa semasa zaman PR yg 9 bulan pun lagi teruk, itu sebab Allah kembalikan kepada BN... mungkin anda tidak tahu kelulusan balak kpd VIP Pas Perak yang ketika itu sudah nak muflis maka kelulusan balak telah melepaskannya.. apakah itu melanggar etika dan Amanah Allah.. PR lebih teruk dan tidak membantu memperkasa Islam pun. Keluar lar dari PR kalau betul2 berniat nak memakmurkan Islam , lihat apa PR buat di PRK 76 Teluk Intan.. Islam tonggang langgang
Post a Comment