Wednesday, October 23, 2013

MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DEC 2013 PWTC 2 – 7 hb. Disember, 2013

MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DEC 2013
PWTC 2 – 7 hb. Disember, 2013

Saya menjangkakan Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini akan melihatkan beberapa kelainan drastik terhadap pendekatan perhimpunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Diantara kelainannya adalah :-

i ]    Jumlah waktu untuk Ucapan Dasar dan Membahaskan ucapan tersebut mungkin lebih panjang dan menyeluruh. Fungsi dan tujuan perhimpunan adalah untuk mendapatkan sesuatu yang bakal meledakkan minda semua perwakilan dan menyampaikan pula kepada ahli akar umbi dibawahnya.

ii ]   Begitu juga dengan usul-usul yang akan dibangkitkan dan diperhalusi secara kolektif diantara perwakilan semua. Ia akan menjadikan hasil kerja persidangan kita ini menjadi lebih efektif dan diyakini ampuh didalam meminda undang-undang lapuk yang sewajarnya tidak boleh digunakan lagi.

iii ]    Kualiti persidangan dan perbahasan diharapkan lebih fokus kepada isu-isu dan cabaran masa kini yang dihadapi oleh Umat Melayu dan Islam di Malaysia. Rakyat Melayu terutamanya ahli UMNO yang melebihi 3 juta orang ini amat mengharapkan satu isyarat yang jelas dan dimana arah tuju Kepimpinan dan matlamat perjuangan Umat Melayu dan Islam bagi memastikan pemertabatan Agama Islam itu lebih diyakini.

Ini kerana minda perwakilan sudah tidak lagi dibebani dengan kempen-kempen pemilihan saf kepimpinan yang bakal menerajui Negara, kerana ia telahpun dilakukan lebih awal dan keputusan siapa yang terpilih telahpun diketahui umum, dan mereka yang terpilih sudah duduk di bangku saf kepimpinan hadapan yang berada di atas pentas ketika itu nanti.

iv ] Dari waktu perbahasan dan penggulungan yang panjang ini adalah diharapkan semua perwakilan kali ini dapat menghayati dan mengambil inisiatif untuk respon di segmen soal jawab jika ia diberikan ruang pada kali ini. Antara persoalan/soalan yang wajar berada dibenak minda/fikiran semua perwakilan nanti adalah :-

          a ]      Menghayati Barisan Kepimpinan Malaysia yang lalu, contohnya:-

                       i ]    Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. [ Bapa Kemerdekaan ]

          ii]  Tun Abdul Razak [ Bapa Pembangunan dan Pejuang dala  Memertabatkan Bangsa Melayu dalam sektor ekonomi dan,  tertubuhnya FELDA dalam segmen Dasar Ekonomi Baru ]

                      iii ]     Tun Dr Ismail [ Pejuang dan Nasionalist Melayu Mutlak ]

     Umat Melayu amat-amat terhutang budi kepada ketiga-tiga tokoh kepimpinan, terutaman Pemimpin [ ii ] dan [ iii ]. Jika kedua-duanya diberikan oleh Allah SWT umur yang panjang, saya merasakan Umat Melayu dan Islam di Malaysia tidak terjadi seperti ini, kerana mereka berdualah yang benar-benar berjuang atas prinsip asal penubuhan United Malay Nation Organisation [ UMNO ], kerana slogan UMNO sekarang lebih mirip kepada REALITIUntuk Melayu Negeri Orang”, dan bagai melukut ditepi gantang, serta menjadi peminta sedekah di Negara sendiri!.

   KENAPA, MENGAPA DAN SIAPA YANG WAJIB DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN SEGALA KEPINCANGAN BANGSA MELAYU DIKETIKA INI, DAN BILAKAH KITA BERANI BERUBAH DAN MENGUBAH REALITI YANG ADA DI HADAPAN KITA INI, AGAR BANGSA MELAYU DAN ISLAM MENJADI AMPUH DAN KUAT.

b ]    Sebagai membakar minda semua, saya ingin mengemukakan satu fakta yang wajar difikirkan, dikaji secara mendalam dan dirumuskan dengan yang terbaik, antaranya  :-

i ]  Adakah Tun Abdul Razak benar-benar meninggal dunia disebabkan oleh “Penyakit Leukimia” atau telah “dibunuh oleh musuh-musuh Islam” secara sadis/strategik dengan suntikkan membunuh semasa operasi dilakukan, kerana dibimbangi akan muncul kuasa Melayu dan Islam yang digeruni oleh rakan dan lawan didalam mahupun didalam Negara. Saya ajak rakan fb, para pengkaji sejarah dan rakan2 intelligent untuk mencari bukti sebenar dan hakikat kematian Tun Abdul Razak. Jika rasionalnya penyakit leukemia, kenapa tiada seorangpun warisan Tun Razak sekarang yang mengalami penyakit tersebut. Maka carilah bukti2 tersebut untuk pengetahuan bersama…

ii ]      Begitu juga, adakah benar Tun Dr Ismail juga meninggal dunia akibat serangan sakit jantung atau dibunuh dengan racun didalam sayuran? Sekali lagi saya mengajak rakan2 fb serta yang lain2 untuk menghayati dan mencari fakta sebenar dan merungkai apa yang berlaku dahulu dan sewajarnya Umat Melayu dan Islam lebih berhati-hati dengan musuh-musuh politik dan Islam samada dari dalam dan luar.


          Saya cukup yakin, jika kedua-dua tokoh Nasionalist Melayu ini panjang umurnya sudah pasti nasib Umat Melayu di bumi sendiri tidak sebegini rupa [ walaupun Negara nampak hebat TETAPI realitinya bukan milik Melayu ]. Selain itu, Islam jua sering diperlekeh serta Kedaulatan Perlembangaan sering dibuat bahan ketawa oleh pembangkang terutamanya dari bangsa lain. Dimana maruah Melayu dan Islam?

2 ]    Saya mengharapkan Perhimpunan kali ini akan dibuat secara tertutup dan hanya perkara-perkara tertentu sahaja di siar dalam akhbar, kerana apajua perbincangan dan permasalahan Umat Melayu dan Islam wajar ditangani secara dalaman tanpa menguwar2kan kepada pihak lain yang membuka pekong didada sendiri dan rahsia-rahsia yang wajar disimpan tidak jatuh ketangan org lain.

 d ]   Nasehat saya juga kepada perwakilan yang datang nanti, janganlah hanya menjadi perwakilan untuk memenuhkan bangku persidangan sahaja, tanpa mendengar, menghayati dan memberi respon yang positif untuk kecemerlangan bangsa Melayu dan Islam. Jangan seperti perhimpunan yang lepas-lepas, terdapat ramai perwakilan yang tertidur, tidak hadir di sesi persidangan kerana sibuk membeli belah dan berhibur diluar, dimana ia adalah “contradict” dengan tujuan asal kehadiran perwakilan ke perhimpunan agung. Perlu di ingat pada kali ini, kehadiran perwakilan adalah melalui pencalonan dan undian oleh 146,500 ahli-ahli yang telah mengundi baru-baru ini. Oleh itu sebagai memegang amanah untuk hadir bersidang, adalah amat wajar tanggungjawab ini dilunaskan dengan cara memaksimumkan kehadiran dalam persidangan tersebut serta turut member input-input yang terbaik untuk UMNO dan Bangsa Melayu serta Agama Islam.

e ]      Dalam memperkasakan Bangsa Melayu dan UMNO amnya, saya ingin mencadangkan bahawa setiap ahli UMNO wajar bersama-sama untuk memberikan imfak/sumbangan mereka melalui kaedah bayaran yuran keahlian iaitu RM10 setahun, kerana Ahli UMNO yang lebih 3 juta itu akan menjadikan tabungan RM30 juta setahun, sekiranya RM30juta itu dilaburkan di kaunter-kaunter terbaik dalam Negara mahupun luarnegara, maka ia akan menghasilkan dana terkumpul UMNO dengan lebih menyakinkan.

          Inilah yang dilakukan oleh kaum Cina di Malaysia, waima Persatuan-Persatuan Kedai Kopi mereka juga punyai dana yang begitu memberangsangkan dan mereka tidak perlu meminta-minta bila mahu berbuat sesuatu program. Itulah sebabnya kekadang terkeluar dari mulut “tauke-tauke” Cina, “apahal Melayu/UMNO asyik minta orang bila mahu buat program” – Jadi dimana maruah Melayu/UMNO? Kaum Cina atau kumpulan mereka telah menetapkan kepada warganya untuk menyumbangkan RM10 setiap bulan dan mereka punyai orang yang bertanggungjawab untuk pergi mengutipnya dari setiap pintu rumah. Mereka lakukan ini adalah demi bangsa mereka untuk lebih bersedia didalam segala hal. Perlu diingat, bahawa kekuatan kewangan juga memainkan peranan penting didalam melaksanakan agenda pengukuhan sesuatu bangsa. Ambillah ikhtibar……

Sebelum saya akhiri, lihat synopsis dibawah:-

i]       Dasar Ekonomi Baru, Tercapai atau a “Failure” kenapa dan mengapa dasar yang baik ini bagi memertabatkan Bangsa Melayu digagalkan oleh Bangsa Melayu sendiri – Cari siapa petualang-petualang ini dan sumbat kemuka pengadilan.

 ii ]  Dimanakah Bangsa Melayu sekarang dan Islamnya bagaimana? Bermaruah atau diperkotak-katikkan?

   iii ] Apakah generasi mendatang ini akan masih mahu mengikut kesinambungan kepincangan         sesetengah Kepimpinan yang ada? Atau kali ini perhimpunan sanggup menerima satu gelombang perubahan yang memang ditunggu-tunggu oleh Umat Melayu dan Islam. Berani untuk berubah dan merubah segala kepincangan yang ada, dengan mengenepikan semua “Kepimpinan Songlap” yang telah disenaraikan kerana mereka ini lebih mengutamakan tenggolok sendiri daripada mendahulukan Bangsa dan Agamanya.

Akhir kalam saya sekali lagi mohon rakan2 fb dan blog saya untuk memberikan respon untuk sama-sama kita merungkai segala permasalahan Umat Melayu & Islam serta turut menyediakan idea, cadangan serta buah fikiran yang terbaik untuk kesejahteraan bersama.

Sekian dan Wassalam


1 comment:

Anonymous said...

Meluat dengan ayat-ayat pujian dan membodek terhadap Presiden dan NP. Meluat dan fed-up dengan ayat retorik dari pemimpin dan perwakilan. Call a spade a spade. Jangan syok-syok sendiri guna ayat-ayat "orang-elite". THis time around pemerhati politik dan penyokong umno ingin menyaksikan ucapan dan cadnagan-cadangan yang intelek dan focus terhadap penyelesaian. Jangan lah asyik cakap tetapi tidak ada yang nak buat kerja. Perwakilan dan ahli jangan lah asyik nak meminta sahaja....jadi lah pulak penyumbang. Cukup-cukup jadi peminta sedekah. Punyai lah harga diri. Sampai bila nak membodek, meminta, berhkhayal?