SELAMAT
BERSIDANG DAN PEMILIHAN KEPADA PERGERAKAN SAYAP-SAYAP UMNO 2013 PADA SABTU
12/10/2013 DAN PERINGKAT BAHAGIAN & MT PADA SABTU 19/10/2013.
Pertamanya
saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu [
UMNO ] kerana berjaya melakukan “TRANSFORMASI” didalam “Persidangan dan
Pemilihan” UMNO 2013.
2. Semoga perubahan/transformasi ini juga
berjaya untuk mencungkil pemimpin-pemimpin muka baru yang lebih komitmen dan
berjuang atas dasar Parti selaras dengan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.
3. Warga UMNO perlu pembelaan untuk
memperkasakan lagi UMAT MELAYU. Perubahan/ transformasi ini dibuat adalah untuk
menjernihkan kembali permasalahan yang selama ini tersimpan didalam jiwa-jiwa
ahli UMNO terutamanya diakar umbi bagi meraih kembali sokongan Umat Melayu dikalangan
generasi-generasi muda terutamanya anak-anak muda Melayu yang berada di Menara
Gading.
4. Kekadang kita berasa sedih dengan
kelakuan mereka yang mudah menghentam dan memburukkan Kerajaan yang selama ini
telah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Contoh… berbagai
kemudahan didalam sektor pendidikan samada di alam persekolahan dan juga di
IPTA/IPTS – Biasiswa, PTPTN, BRIM Buku 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.
5. Teramat sayang, Kerajaan telah membelanjakan
berbilion ringgit bagi tujuan di atas, namun mereka masih menentang, malah
telah menyokong pembangkang dan teramat malang sekali mereka diperkudakan oleh
parti pembangkang. Apapun perkara ini kita tidak wajar persalahkan 100% kepada
anak-anak muda kerana ada juga kewajaran terhadap rungutan mereka, lebih-lebih
lagi bila perangai serta tingkah laku para pemimpin yang ada sekarang ini lebih
penyangak dari penyangak sebenar…. Untuk itu, adalah wajar pemimpin-pemimpin
sebegini diketepikan dengan menolak pencalonan mereka didalam undian kita kali
ini.
6. Zahirkan penolakan kita ini melalui kuasa
pengundian didalam Pemilihan UMNO 2013, samada di Peringkat Sayap serta Exconya
dan juga Kepimpinan Bahagian serta Majlis Tertinggi. Realitikan pemilihan ini
adalah pemilihan yang akan menempatkan kredibiliti, mentaliliti serta
presentable calon-calon yang bakal dipilih itu punyai kreteria seperti:-
i. Pemimpin
Berjiwa Besar dan rakyat didahulukan, bukan poket kita yangdiutamakan.
ii. Taat
kpd Perintah Allah, bersolat
iii. Berintegriti,
iv. Berilmu
v. Berwawasan,
vi. Berusaha
Mendekati dan Menjiwai denyut Nadi Rakyat
vii. Agih
dan kongsi peluang dan ruang yang ada dengan rakyat yang mengundi kita
Tolak Pemimpin dan Bakal
Pemimpin seperti ini:-
i.
Rasuah,
ii.
Ke
Akuan
iii.
Sombang
& Bongkak
iv.
Kelaku
yang buruk
v.
Sering
Tinggal Solat dan jarang ke Masjid
vi.
Penting
diri sendiri
vii.
Menunjuk-nunjuk
dgn harta yang dimiliki, rumah/kereta dsbnya
viii. Berperangai bagai “Kacang
Lupakan Kulit”/Lupa daratan
ix.
Jarang
mahu mendekati rakyat, mungkir janji.
7. Proses untuk mengembalikan golongan
anak-anak muda dan marhain untuk mendekati UMNO akan menjadi amat sukar, jika
segala contoh di atas tidak di ambilkira oleh Kepimpinan Masyarakat, samada
diperingkat Kampong, Kawasan, Daerah, Bahagian, waima dari golongan Majlis
tertinggi.
8. Pembaharuan yang mahu di lakukan oleh
UMNO sekarang sesuatu yang murni kerana dalam kontak Malaysia, hanya UMNO yang
terus-menerus menjagai dan memertabatkan Agama Islam di dalam Perlembagaan
Negaranya. Saya juga yakin Islam di Malaysia akan terlebih hebat dan terus
disanjungi sekiranya masih di bawah Pemerintahan UMNO.
9.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua warga UMNO untuk terus memperkasakan
UMNO dan pemeremajaan dan mematangkan UMNO itu amat wajar berterusan.
10.
Transformasi yang dilakukan oleh UMNO saya harap2 TIDAK ibarat “hangat2 Taik
Ayam” jika UMNO masih mahu melihat bahawa Parti UMNO untuk terus memerintah Malaysia
dan menjadi pembel;a agung kaum Melayu dan Bumiputra.
11.
Unit, Urusetia Jawatankuasa Pemilihan UMNO, wajar di Institusikan sepenuhnya
dan menjadi urus tadbir Pemilihan dan Pengundian UMNO Malaysia. Pemerkasaan
Unit juga wajar dan seharusnya ia bertindak sebagai satu badan berkecuali yang
bertindak sebagai Suruhanjaya Pemilihan UMNO Malaysia, mengambil contoh
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
12.
Pemerkasaan Urusetia Pemilihan amat2 wajar dan ianya perlu di perluaskan lagi
skop kerjanya dan disusuli dengan Peraturan dan Tatacara yang kondusif. Saya
melihat reaksi serta keterbatasan Command, Bajet serta polisi juga wajar
diperhalusi dan dokumentasikan untuk rujukan-rujukan perlaksanaanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment