Wednesday, April 24, 2013

BERPOLITIK UNTUK HIDUP, HIDUP UNTUK BERPOLITIK - UMAT MELAYU WAJAR BIJAK DLM BERPOLITIK!!!

BERPOLITIK UNTUK HIDUP, HIDUP UNTUK BERPOLITIK.

Saya ambil kesempatan ini untuk sama-sama kita berkongsi nasihat dari orang yang amat ariff dalam dunia politik krn beliau sudah mula berpolitik dari Tahun 1962 lagi...... Kata-kata nasihatnya amat berguna untuk dijadikan tauladan dan sempadan didalam kita menongkah arus politik tanahair yang semakin mencabar... terutamanya cabaran yg UMNO hadapi di waktu ini... Cuma UMNO sahaj yang ikhlas meneruskan perjuangan Bangsa , Agama dan Tanahair tercinta...Oleh itu, baca, fahami dan selidiki nasihat manusia yang bernama... Ybhg Dato Sani Supi....SEDARLAH DARI TIDUR WAHAI ANAK BANGSAKU MELAYU......

Akhbar THE STAR edisi 13 April 2013, segmen StarMetro, memaparkan kisah petani Cina di Bidor menarik nafas lega kerana tanah yang mereka teroka selama ini diberi lampu hijau secara sewaan jangka panjang (30 tahun). Satu perjanjian telah dimeterai antara mereka dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang bersetuju menyewakan 809 hektar (1,800 ekar) selama 30 tahun kepada mereka.

Saya teringat satu peristiwa menjelang PRU-12/2008, di Kampung Baru Coldstream (juga dekat Bidor), dimana PM Pak Lah telah meluluskan ‘pemutihan’ dalam bentuk sewaan jangka panjang tanah-tanah milik beberapa agensi Kerajaan Negeri kepada petani-petani kaum Cina yang meneroka tanah-tanah itu. Kalau tak silap saya, seluas kira-kira 7,628 ekar telah diluluskan pemutihan oleh Pak La. Saya turut hadir di upacara ‘gilang-gemilang’ itu.

Sebagai balasan kepada jasa dan budi baik PM Pak Lah dan Kerajaan BN itu, keputusan PRU-12/2008 menyaksikan hanya satu dari 25 kerusi DUN yang ditandingi calon-calon parti komponen BN yang dimenangi, iaitu calon MCA di Chenderiang. 18 daripadanya dimenangi DAP, dan Kerajaan BN tersungkur di Perak.

Pada PRU-13 ini entah apa pula bentuk balas budi dari pengundi Cina terhadap jasa baik Kerajaan BN Negeri yang meluluskan pemutihan 1,800 ekar tanah pertanian kepada petani-petani Cina. Strategi siapa yang ‘mengena’ saya tak pasti.

Akhbar STAR edisi yang sama, 13/03/2013, juga memaparkan keluhan peniaga-peniaga kaum Cina di pasar basah Pasir Pinji Ipoh, yang menyuarakan keluhan terhadap ketidaksempurnaan pasar itu, dan bagaikan menyalahkan Kerajaan BN atas perkara itu, seolah-olah menganaktirikan pasar yang terletak didalam DUN yang dimenangi DAP.

Sayugia diingatkan bahawa Pakatan Rakyat yang didominasi DAP pernah menguasai Kerajaan Negeri selepas memenangi PRU-12, dan sempat berkuasa selama 11 bulan. Tidak pula timbul kerja menuding jari kepada kerajaan PR atas ketidaksempurnaan pasar Pinji itu. Pelik tetapi benar.

Untuk rekod, sebelum PRU-12/2008, saya turut sama terlibat (mewakili Pejabat MB) dalam perencanaan menaik taraf 4 pasar basah sekitar Ipoh termasuk Menglembu, Pinji, Rapat Setia dan Kg. Simee. Dalam beberapa ‘fact finding’ tak rasmi, para peniaga di pasar-pasar itu meletakkan pelbagai ‘pra-syarat’. Dalam pada percubaan untuk memenuhi pra-syarat itu, dan membuat percaturan kos-kos yang terbabit, berbanding dengan bajet, PRU-12/2008 tiba – lantas program penambahbaikan itu ditangguhkan dan terus terbantut apabila Kerajaan Perak beralih kuasa kepada Pakatan Rakyat. Tidak pula jadi isu besar pada musim itu; Cuma apabila BN kembali berkuasa di Perak, ia dibangkitkan semula! Mungkin rakyat di Pinji tahu Kerajaan BN mampu melakukannya, dan boleh dijadikan isu itu sebagai ‘bargaining power’ menjelang PRU-13.

Paparan dua kisah ini bukan berniat jahat atau menyuntik chauvanisma kaum. Cuma sekadar melakarkan kebijaksanaan kaum Cina berpolitik, berbanding Melayu. Dikalangan warga politik Melayu, yang lebih mendominasi ‘medan perang’ PRU-13 ialah siapa yang disabitkan hukuman masuk syurga dan siapa pula masuk neraka (seolah-olah ambilalih kerja Tuhan), kisah-kisah skandal seks dan keruntuhan moral, siapa yang lebih layak jadi PM, kafir-mengkafirkan sesama bangsa sendiri, dan budaya politik kebencian sesama bangsa sendiri. Tidak begitu lantang bersuara tentang nasib petani, pesawah padi yang rata-rata berpendapatan rendah, nelayan dan peniaga-peniaga picisan, yang majoriti kelompok ini adalah Melayu. Yang lebih ketara ialah keghairahan menawan Putrajaya, walhal disitulah paksi kuasa yang ditunjangi Melayu.

Istilah dalam sains politik yang mengatakan politik itu adalah gelanggang perebutan kuasa sewajarnya benar. Tetapi jangan sampai kita terlupa bahawa kuasa tidak boleh bertahan lama dalam kepompong kekosongan (vacuum). Kuasa politik dan kuasa ekonomi adalah ibarat irama dan lagu yang tidak harus dipisahkan.

Kaum Cina nampaknya lebih menyedari hakikat ini, lantas diterjemahkan kepada ‘bargaining power’ mereka menjelang PRU-13. Ini yang dikatakan pengundi Cina lebih strategik dan tahu menggunakan nilai setiap undi mereka.

Dalam pada umat Melayu membelah mana yang retak, memutuskan mana yang genting, merobek mana yang cela, meruntuhkan mana yang tegak dan ‘berkerat rotan berpatah arang’ sesama sendiri kerana politik, orang lain menyusun strategi memperkuatkan ‘bargaining power’ untuk membina mahligai diatas pusara kuasa bangsa Melayu.

Ini yang membezakan antara ‘berpolitik untuk hidup’ dengan ‘hidup untuk berpolitik’.

PRU-13 jadi penentu nasib bangsa Melayu... Elok diperhitung sebelum jadi Pak Kadok yang soraknya menang tapi kampungnya tergadai.

Tuesday, April 9, 2013

BOLEHKAH PAS ATAU PKR MENGATASI DOMINAN DAP DI PERAK PADA PRU 13



Bolehkah PAS atau PKR mengatasi dominan DAP di Perak pada PRU-13? 


Jika tidak, PAS akan hanya jadi pelengkap kepada grand design DAP untuk meruntuhkan kuasa Melayu di bumi Melayu.

Saya meramalkan Pakatan Rakyat akan membuat agihan 59 kawasan DUN di Perak seperti berikut:

PAS. 21
PKR. 20
DAP. 18

Berpandukan angka2 itu, PAS dilihat sebagai parti dominan dlm PR, dan memang inilah persepsi yg hendak dibentuk oleh DAP bagi menggelapkan minda pengundi Melayu. Melihat pada realiti politik di Perak, munkinkah PAS boleh meraih kemenangan melebihi jumlah (18) yg dijangka boleh dimenangi oleh DAP?

Kupasannya seperti berikut...

a)     Kesemua 21 calon DUN dari PAS itu pastinya bertanding di kawasan majoriti Melayu, tak munkin di kawasan Cina. Ini bermakna calon2 PAS akan menentang calon2 dari UMNO (Melayu). Mungkinkah PAS boleh menang sekurang2nya 19 kawasan untuk mengatasi 18 fixed deposit DAP? Agak mustahil,kerana UMNO masih perkasa dan bertambah perkasa dibawah kepimpinan Najib. Kalau pun PAS boleh meraih beberapa kemenangan, ia sekadar menjadi pelengkap kpd agenda DAP utk meruntuhkan kuasa dari tangan Melayu. Tak munkin PAS boleh dominan dlm PR di Perak.

b)       Permainan licik DAP ini tak sukar dibaca. Yang PR perlu bagi berkuasa di Perak, secara simple majoriti,ialah 30 kerusi DUN. Jika DAP sudah begitu yakin akan memperolehi 18, PR hanya memerlukan 12 lagi utk dpt simple majoriti bag membentuk kerajaan.Dan DAP juga percaya bahawa PAS atau PKR tidak akan berjaya meraih kemenangan melebihi 18 yg milik DAP.

Sekali pun DAP mengharap sumbangan kerusi DUN dari PAS dan PKR, tapi saya percaya DAP sudah membuat percaturan supaya PAS khususnya tidak akan memenangi lebih dari 18. Caranya mudah buat DAP, iaitu di kawasan yg marginal majoriti pengundi Malayu, pengundi Cina tidak mengundi calon PAS.

c)       PKR dijangka akan meletakkan calon2 Melayu di 13 atau 14 kawasan Melayu yg ditandingi oleh calon2 UMNO. Ini juga sukar dimenangi oleh calon2 PKR, yg bermakna jumlah calon2 Melayu PR yang mewakili PAS dan juga PKR, tidak akan melebihi jumlah kemenangan calon2 bukan Melayu PR.

Percaturan licik DAP ini, jika dibenarkan berjaya, akan memindahkan kuasa dari tangan Melayu kpd bukan Melayu.Malangnya, PAS merelakan diri utk bersekongkol dgn agenda DAP ini, sekalipun menggadaikan maruah dan nasib bangsa sendiri. Oleh itu, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa jika Melayu memberi undi kpd calon2 PAS di Perak, undi itu adalah gadaian nasib bangsa Melayu, dan jadi pelengkap kpd agenda DAP yg selama ini hendak memecahkan benteng kuasa Melayu di bumi Melayu.

PAS tak munkin boleh mengatasi dominan DAP di Perak,manakala UMNO terus menerus dominan dan menjadi tunjang dlm BN, yg membolehkan UMNO selama ini memperjuangkan kepentingan Melayu dlm konteks agama, bangsa dan tanah air tercinta.

KEPADA PENGUNDI MELAYU DI PERAK, BUKALAH MINDA, HATI DAN PERASAAN SEBELUM PERGI MENGUNDI PADA PRU 13 INI, INGAT, KUASA YANG ADA DI TANGAN ORANG MELAYU SUDAH BERADA DI HUJUNG TANDOK, JANGAN SESEKALI DIGADAI, SEKALI TERLERAI, NASIB BANGSA MELAYU AKAN BERKECAI TIDAK BERGUNA LAGI... BIAR AIR MATA DARAH SEKALI PUN BELUM TENTU DALAM MENGEMBALIKAN SEMULA KUASA YANG HILANG ITU...
 

(sibarkan2................) Di mana maruah Melayu selepas itu???



DAP adalah lebih berbahaya dari Parti Komunis Malaya.

Taktik DAP amat halus dan licik. Tidak mudah untuk menghadapi strategi DAP ini tanpa jati diri yg kukuh dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Ini kerana DAP adalah komunis dalam bentuk yg baru iaitu satu organisasi politik yg berjuang mengikut perlembagaan. Cara untuk menumpaskan mereka mestilah juga melalui perlembagaan iaitu pilihanraya.

Sudah berapa ramai umat Melayu Islam yg telah tertipu dan terpesona dengan pelbagai helah yg disajikan oleh penganut komunis itu. Dan setiap kali itulah maruah Melayu Islam diinjak-injak dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh parti rasis itu.(Tanya Karpal Singh)

Dengan memakai songkok dan lengkap berbaju Melayu semasa berkempen di kawasan Melayu, menggunakan ayat al-Quran dan hadis sebagai modal politik serta berceramah ala ulama agung di dalam masjid adalah strategi licik yg mampu mengkhayalkan umat Melayu.

Mereka bukannya ikhlas mahu membela nasib Melayu dan bumiputera. DAP hanya mahu memusnahkan pemerintahan Melayu Islam/peribumi di negara ini dan menggantikannya dengan kerajaan Cina. Peganglah satu perkara - DAP atau org Cina sama sekali tidak akan senang duduk selagi mereka tidak dapat menguasai Malaysia. Mereka kini sedang giat berusaha ke arah itu. Persoalannya apakah satu hari nanti mereka mampu menduduki tampuk pemerintahan negara? Hanya masa yang mampu menjawabnya.

Apakah peranan kita sebagai umat Melayu Islam???? - Hanya berserah dan berpeluk tubuh sahaja?  Akan masih relevan kah kata-kata Hang Tuah " Tak Kan Hilang Melayu di Dunia"?

Wednesday, April 3, 2013

Politik Perak - Pertembungan Melayu-Cina Yang Bawa Kehancuran.

Dalam suasana politik negara yg semakin panas serta bahangnya juga semakin dirasai apabila kenyataan Pembubaran Parlimen telahpun dilakukan oleh Perdana Menteri, tepat jam 11.38 pagi, Rabu 3hb. April,2013. Sehubungan dengan itu bermulalah "Perang Poster" dan Perang Ceramah demi ceramah, yang kebanyakannya akan menjelaskan "Manifesto" mereka kepada rakyat akan apa yang hendak dilakukan apabila rakyat memberi mandat untuk 5 tahun akan datang. 

2.  Maka bertaburan lah segala janji demi janji dan yang anehnya sanggup menjanjikan bulan dan bintang jika dipilih nanti.... Itulah natijahnya. TAPI bila rakyat telah meberikan kepercayaan, maka bermulalah perangai Ular yang suka berbelit2 serta mengatakan bahawa Manifesto itu bukan Janji yang perlu ditepati. Akhirnya rakyat yang jadi mangsa "penipuan zaman moden" terang2 dan nyata... seperti mane segala janji2 PAKATAN RAKYAT yang majoritinya tidak ditepati langsung...Kekadang rasa malu juga melihat perangai Pak2 Alim & Tok2 Guru pun sanggup berjanji TETAPI tak ditepati... dan pembohongan demi pembohongan saja...

3.  Bak kata orang2 tua, itulah lidah yang tak bertulang, senang dan mudah berjanji, namun perlaksanaannya amat2 kurang ditepati... OLEH ITU, RAKYAT/WARGA PENGUNDI, pastikan diri anda dan keluarga anda tidak tertipu lagi... PAKATAN RAKYAT belum terbukti punyai kredibiliti untuk memerintah, berbanding dgn BN yang telah berjasa kpd rakyat lebih 50 tahun.... cubalah kita bayangkan serta bandingkan serta buatlah penilaian sendiri.

4.  BERBALIK KEPADA ISU POLITIK PERAK, saya ingin menasihatkan rakyat/pengundi MELAYU Perak, agar melihat percaturan ini kepada sesuatu yang PALING SERIUS. Mari kita lihat situasi pecahan kerusi dan kerusi yang dimenangi oleh DAP PERAK. Jika Tahun 2008 PRU 12 kita menyaksikan bahawa DAP memenangi 18 kerusi DUN dan cuma memerlukan 12 kerusi lagi untuk majoriti mudah dan terbukti mereka boleh mendapatkannya. Begitu juga PRU 13 ini, DAP sekali lagi akan mengulangi kemenangan 18 kerusi tersebut dan mungkin akan bertambah jika muka2 Melayu ditonjolkan utk meraih "Kerusi MB" dan sokongan Melayu PAS dan PKR.. jadi, apa akan jadi dengan corak pemerintahan mereka? ... Ia akan menjadi Pulau Pinang kedua dan akan hancurlah struktor Kesultanan Melayu dan Dominan Kuasa Melayu di Perak, Negeri yg banyak rencah sejarah Tanah Melayu.

5.  Mengikut populasi dan corak pengundi Cina masih menjurus kepada "Kebangsaan Kecinaan Yang Tebal" hasil dari persepsi yang dibenehi oleh Lim Kit Siang... Justru itu, saya tidak yakin bahawa Pengundi Cina akan mengundi BN, mereka lebih kepada bersikap dendam dan tidak berterima kasih. Di tambah lagi Jentera MCA dan Gerakan asyik bertelagah sesama sendiri dan meletakkan calon yang ditolak oleh pengundi mereka sendiri. Ia semacam sesuatu yang dibiarkan berlaku kerana mereka rasa samada MCA/Gerakan dan DAP, ianya masih Cina jugak... jadi kesungguhan mereka kpd BN hanya menanam tebu dibibir sahaja. Namun, apa saja pemberian dan segala jenis bantuan, merekalah yang terdahulu kehadapan, namun UNDI haram mereka nak bagi.

6. Oleh itu, Bangsa Melayu, jgn termakan kata2 manis mereka dan sanggup berkerat rotan dgn bangsa sendiri, dan akhirnya membawa padah kepada Bangsa Melayu sendiri akibat suka kepada perpecahan. Ingat, AMARAN ALLAH, jika kamu suka akan perpecahan, maka akan hancurlah kehidupan kaum dalam penghinaan yang amat pedih!  Saya bukan racist, tetapi menyatakan sesuatu yang realiti...

7.  Akhirnya, sekali lagi saya memohon kpd Bangsaku Melayu, sedar lar dan waras lah bila mahu membuat keputusan dan pengundian... jgn tersilap dan terjual Agama dan Bangsa kita... Islam dan Melayu. Kepada ahli akar umbi PAS, secara rasionalnya saya yakin ANDA juga masih sayangkan Bangsa Melayu dan Pemerintahan Dominan Bangsa kita krn inilah sahaja TANAH TUMPAH DARAH BANGSA MELAYU, INILAH TANAH HIDUP MATINYA AGAMA KITA ISLAM DAN SAYA JUGA YAKIN DI TANAH INILAH JUGA BANGUNNYA ISLAM DAN BERKEMBANG DENGAN MEGAH HINGGA AKHIR ZAMAN, SEPERTI YANG TERTERA DIDALAM HADITH2 NABI BAHAWA ISLAM AKAN MUNCUL SEMULA DENGAN KUAT DI TIMUR SEBELUM BERLAKUNYA KIAMAT [ KURANG 200 TAHUN ]

8. INGAT DAN INGAT LAH WAHAI BANGSAKU MELAYU, BAHAWA PRU 13 DI PERAK KALI INI ADALAH PILIHANRAYA PERTEMBUNGAN BANGSA MELAYU DAN CINA. ITULAH NATIJAHNYA..... BANTUAN DAN PERTOLONGAN BANGSAKU MELAYU SAHAJA YANG AKAN MENYELAMATKAN KESINAMBUNGAN BANGSA MELAYU MEMERINTAH NEGERI PERAK DAN SETERUSNYA TERPELIHARAANYA ISLAM DI MALAYSIA INI. JANGANLAH KITA MENJADI PENOLONG KEPADA KEMUSNAHAN BANGSA MELAYU DAN ISLAM DI NEGERI PERAK, KERANA PAS TIDAK LAYAK MENJADI PENERAJU YANG JUJUR DAN BERKARISMA.

SEKIAN.