“BERSATU HATI DAN KASIHKAN
SAUDARAMU ADALAH, LAMBANG KEKUATAN ISLAM”
Salam Jumaat Yang Baraqah! . Ayat Keramat "BERSATU HATI' yang
meminta semua Umat Islam di Malaysia agar sayangkan Agama dan Bangsanya adalah
semata-mata untuk mencari semula titik kekuatan Umat Melayu Islam di Bumi
Bertuah ini – Tanah Melayu/Malaysia.
2. Semua Umat Islam dan
Bangsa Melayu sekali lagi di ingatkan agar jangan sesekali lupa akan Sejarah
Tanah Melayu, mulai Tahun Masihi 1211 – sekarang.... Kaji dan selidik Sejarah
Tanah Melayu dan Kenapa di sebut Tanah Melayu/Nusantara Kepulauan Melayu!.
3. Kejatuhan Kerjaan
Islam Melayu Melayu Tahun 1511, memberi kesan sejarah dan geography Tanah
Melayu, dan kesannya juga masih terasa sehingga kini.. Mana tidaknya, cuba
lihat dimanakah tahap kehidupan Org2 Melayu di Tanah Air sendiri. Kenapa
sedemikian? Jawapan yang PALING TEPAT adalah disebablan sikap Bangsa Melayu itu
sendiri, yang memang terkenal dgn sifat jahilliahnya dan berpuak-puak. Kecintaan sesama
Islam bak bagai kulit bawang dan realitinya ia membawa aku..aku dan
kamu..kamu.., jauh sekali dari sifat dan aturcara kehidupan Islam sejati.
4. Perlu di ingat sekali
wahai Saudara SeIslamku, kembalilah bertaut dan kuatkan ukhwan persaudaraan
Islammu, mereka adalah saudara seAgamamu, dan sayangilah mereka, kerana mereka
jugalah yang akan memanjatkan doa, memandi dan mengkafankanmu bila Roh berpisah
dengan jasad anda... Sebelum terlambat, bertaut lah, sayangilah saudara
seAgamamu, dan nasihatlah dengan adab2 yang baik agar sentiasa hidup rukun dan
mendapat redha Allah.
5. Bersatulah wahai
Bangsaku Melayu dan jadikan Agamamu Islam..kuat!, jangan sesekali kita lupa
bahawa kita Cuma hanya kuasa politik dan pentadbiran negara, jika ini pun
mereka robek secara symbolic, maka kemane kita nak bawa diri?... Kita tidak
mempunyai Tanah Besar China & Benua kecial India..! Jika, terjadinya
peralehan kuasa selepas PRU13 ni, Siapa yang wajib dipersalahkan? Yang jelas
semua Umat Islam wajib dipersalahkan kerana mereka tidak/kurang dalam erti “berkasih-sayang
sesama saudaranya”. Untuk itu, Kuatkan semangat yang mencintai Islam lebih dari
segala-galanya, sebelum terlambat....
**********************************
[Rujuk
Ehsan Utusan – Lihat Rangkap Terakhir Nota ini – Apa keywords disini..
..
ALOR SETAR 31 Jan. - Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata, sasaran Barisan Nasional (BN) untuk memastikan meraih mandat
yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertujuan membolehkan
parti itu memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, melalui mandat
tersebut BN dapat melakukan pelbagai perubahan terancang dan menentukan
pertumbuhan dalam sektor tertentu dengan lebih pesat bagi mengembangkan lagi
ekonomi serta meningkatkan pendapatan negara. Bila negara ada pelaburan besar,
hasil kerajaan pun bertambah, bila hasil tambah, kita buat apa? Kita bagi
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi bantuan untuk pelajar, bagi untuk orang
muda dan pelajar universiti, itu setakat ini.
Kita boleh buat dengan lebih hebat pada masa
akan datang kalau dapat mandat yang lebih kukuh daripada rakyat, kemakmuran
negara akan diberikan kepada rakyat, inilah falsafah BN. Kita kena bagi faham
sebab pembangkang tak faham. Kita kena terus berjuang pastikan BN dapat mandat
yang besar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 rakyat
negeri itu yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul
Halim, di sini hari ini. Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah
Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi
MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew dan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa
dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Najib berkata, pelabur asing terus
yakin untuk melabur di negara ini dan yang terbaharu Qatar Holding LLC (Qatar
Holding) melabur RM2 bilion bagi membina Harrods Kuala Lumpur dan membelanja
RM2.5 bilion untuk membina Four Season Place Kuala Lumpur.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan
rakyat, sesuatu perubahan yang dilakukan secara mendadak dan tanpa dirancang
boleh mendatangkan kesan tidak baik berbanding yang sedia ada hari ini. Saya
berada di Mesir baru-baru ini, walaupun keadaan tenang semasa saya di sana,
tetapi selepas itu bergolak balik.
Saya bukan menidakkan Presiden Mesir,
Mohamed Morsi. Morsi menerima saya dengan baik, dia seorang kawan, tetapi kesan
daripada perubahan yang tidak dapat dikawal menyebabkan nilai mata wang
merudum, inflasi meningkat, industri pelancongan hampir lumpuh, keadaan
keselamatan pun tak terjamin, malah Medan Tahrir bergolak," katanya.
“Pada majlis sama, Najib
turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza dan meminta rakyat
negeri itu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin dengan terus
menjaga keharmonian kaum di negara ini. Sementara itu, Najib mahu jentera
pilihan raya BN di semua peringkat melakukan gerak kerja secara lebih
sistematik bagi meningkatkan lagi usaha menawan semula Kedah pada PRU-13.
Dalam pertemuan dengan
Ketua-ketua UMNO bahagian negeri, Perdana Menteri juga menekankan “tentang
pentingnya setiap pemimpin bersatu padu”
dan memberikan fokus kepada pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila
masa sahaja”.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_01/Pastikan-mandat-lebih-kukuh#ixzz2JbtZNKWE
© Utusan Melayu (M) Bhd
3 comments:
utk bersatu ,kena lihat persamaan dan bertolak ansur dgn perbezaan, perlu juga ada kesabaran dan pengorbanan, kdg kita terpinggir, kdg kita tersinggong. itulah ujian ! yg penting; 'tak beriman seorg kamu hinggalah ia kasih utk saudaranya apa yg ia kasih utk dirinya'HR Bukhari dan Muslim.
mohon pautkan blog sy disini
daengselili.blogspot.com
sy dah pautkan kapak tajam diblog sy tu
setuju.. bersatu untuk membentuk yang lebih baik. bersatu menuju kemenangan yang hakiki...
Post a Comment