Friday, February 1, 2013

“BERSATU HATI DAN KASIHKAN SAUDARAMU ADALAH, LAMBANG KEKUATAN ISLAM”



“BERSATU HATI DAN KASIHKAN SAUDARAMU ADALAH, LAMBANG KEKUATAN ISLAM”

Salam Jumaat Yang Baraqah! . Ayat Keramat "BERSATU HATI' yang meminta semua Umat Islam di Malaysia agar sayangkan Agama dan Bangsanya adalah semata-mata untuk mencari semula titik kekuatan Umat Melayu Islam di Bumi Bertuah ini – Tanah Melayu/Malaysia.

2.   Semua Umat Islam dan Bangsa Melayu sekali lagi di ingatkan agar jangan sesekali lupa akan Sejarah Tanah Melayu, mulai Tahun Masihi 1211 – sekarang.... Kaji dan selidik Sejarah Tanah Melayu dan Kenapa di sebut Tanah Melayu/Nusantara Kepulauan Melayu!.

3.  Kejatuhan Kerjaan Islam Melayu Melayu Tahun 1511, memberi kesan sejarah dan geography Tanah Melayu, dan kesannya juga masih terasa sehingga kini.. Mana tidaknya, cuba lihat dimanakah tahap kehidupan Org2 Melayu di Tanah Air sendiri. Kenapa sedemikian? Jawapan yang PALING TEPAT adalah disebablan sikap Bangsa Melayu itu sendiri, yang memang terkenal dgn sifat jahilliahnya dan berpuak-puak. Kecintaan sesama Islam bak bagai kulit bawang dan realitinya ia membawa aku..aku dan kamu..kamu.., jauh sekali dari sifat dan aturcara kehidupan Islam sejati.

4.  Perlu di ingat sekali wahai Saudara SeIslamku, kembalilah bertaut dan kuatkan ukhwan persaudaraan Islammu, mereka adalah saudara seAgamamu, dan sayangilah mereka, kerana mereka jugalah yang akan memanjatkan doa, memandi dan mengkafankanmu bila Roh berpisah dengan jasad anda... Sebelum terlambat, bertaut lah, sayangilah saudara seAgamamu, dan nasihatlah dengan adab2 yang baik agar sentiasa hidup rukun dan mendapat redha Allah.

5.  Bersatulah wahai Bangsaku Melayu dan jadikan Agamamu Islam..kuat!, jangan sesekali kita lupa bahawa kita Cuma hanya kuasa politik dan pentadbiran negara, jika ini pun mereka robek secara symbolic, maka kemane kita nak bawa diri?... Kita tidak mempunyai Tanah Besar China & Benua kecial India..! Jika, terjadinya peralehan kuasa selepas PRU13 ni, Siapa yang wajib dipersalahkan? Yang jelas semua Umat Islam wajib dipersalahkan kerana mereka  tidak/kurang dalam erti “berkasih-sayang sesama saudaranya”. Untuk itu, Kuatkan semangat yang mencintai Islam lebih dari segala-galanya, sebelum terlambat....

**********************************
[Rujuk Ehsan Utusan – Lihat Rangkap Terakhir Nota ini – Apa keywords disini..
..
ALOR SETAR 31 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sasaran Barisan Nasional (BN) untuk memastikan meraih mandat yang lebih kukuh dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertujuan membolehkan parti itu memberi khidmat bakti lebih hebat kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata, melalui mandat tersebut BN dapat melakukan pelbagai perubahan terancang dan menentukan pertumbuhan dalam sektor tertentu dengan lebih pesat bagi mengembangkan lagi ekonomi serta meningkatkan pendapatan negara. Bila negara ada pelaburan besar, hasil kerajaan pun bertambah, bila hasil tambah, kita buat apa? Kita bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi bantuan untuk pelajar, bagi untuk orang muda dan pelajar universiti, itu setakat ini.

Kita boleh buat dengan lebih hebat pada masa akan datang kalau dapat mandat yang lebih kukuh daripada rakyat, kemakmuran negara akan diberikan kepada rakyat, inilah falsafah BN. Kita kena bagi faham sebab pembangkang tak faham. Kita kena terus berjuang pastikan BN dapat mandat yang besar," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 rakyat negeri itu yang menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini. Yang turut menyambut ketibaan beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi MCA negeri, Datuk Chong Itt Chew dan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir. Najib berkata, pelabur asing terus yakin untuk melabur di negara ini dan yang terbaharu Qatar Holding LLC (Qatar Holding) melabur RM2 bilion bagi membina Harrods Kuala Lumpur dan membelanja RM2.5 bilion untuk membina Four Season Place Kuala Lumpur.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan rakyat, sesuatu perubahan yang dilakukan secara mendadak dan tanpa dirancang boleh mendatangkan kesan tidak baik berbanding yang sedia ada hari ini. Saya berada di Mesir baru-baru ini, walaupun keadaan tenang semasa saya di sana, tetapi selepas itu bergolak balik.

Saya bukan menidakkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Morsi menerima saya dengan baik, dia seorang kawan, tetapi kesan daripada perubahan yang tidak dapat dikawal menyebabkan nilai mata wang merudum, inflasi meningkat, industri pelancongan hampir lumpuh, keadaan keselamatan pun tak terjamin, malah Medan Tahrir bergolak," katanya.

“Pada majlis sama, Najib turut berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada di Gaza dan meminta rakyat negeri itu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin dengan terus menjaga keharmonian kaum di negara ini. Sementara itu, Najib mahu jentera pilihan raya BN di semua peringkat melakukan gerak kerja secara lebih sistematik bagi meningkatkan lagi usaha menawan semula Kedah pada PRU-13.
Dalam pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO bahagian negeri, Perdana Menteri juga menekankan “tentang pentingnya setiap pemimpin bersatu padu” dan memberikan fokus kepada pilihan raya yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja”.

3 comments:

Xpas said...

utk bersatu ,kena lihat persamaan dan bertolak ansur dgn perbezaan, perlu juga ada kesabaran dan pengorbanan, kdg kita terpinggir, kdg kita tersinggong. itulah ujian ! yg penting; 'tak beriman seorg kamu hinggalah ia kasih utk saudaranya apa yg ia kasih utk dirinya'HR Bukhari dan Muslim.

Daengselili said...

mohon pautkan blog sy disini

daengselili.blogspot.com

sy dah pautkan kapak tajam diblog sy tu

Ilmu Dunia dan Akhirat said...

setuju.. bersatu untuk membentuk yang lebih baik. bersatu menuju kemenangan yang hakiki...