Sunday, January 27, 2013

INGAT AKAN AZAB ALLAH!!!



INGAT AKAN AZAB ALLAH BILA MANUSIA BERDEGIL DALAM UKHWAH KEMASYARAKATAN/KEKELUARGAAN.

[HUBUNGKAIT HAMAS DAN FATAH YANG TIADA BEZANYA DGN UMNO DAN PAS]

 – DIMANAKAH KESEDARAN BERAGAMA YANG BERPEGANG KEPADA SYAHADAH YG SAMA!!!  – BERTAUBATLAH SELAGI MASIH ADA RUANG!!!!

Salam kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan yang mengaku dan berinsaf diri dengan beriktiqad bahawa “ Hanya Allah sahaja yang disembah dan naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”. 

2.            Jika inilah akujanji/iktiqadNya, kenapa pula asyik bercakaran yang tak berkesudahan, yang akhirnya membawa rebah di tanah pertiwi sendiri. Tidak malukah Umat Islam yang asyik/sering mengatakan bahawa kekuatan Umat Islam adalah kesinambungan “Sirah Rasullullah” yang terus di amalkan terutamanya didalam kita bermasyarakat serta juga ber muamalat. Namun, ianya hanya satu retorik mimpi yang tidak langsung diterjemahkan secara hakiki/realiti. Ia hanya omongan kosong, tapi natijahnya masih berpuak2 dan berpecah-belah dek kerana perbezaan pendapat politik yang tidak membawa manfaat langsung. Apa yang nyata “Kehancuran” sedang menanti!.

3.            Wahai Umat Islam, gunakanlah akal dan minda yang diberi oleh ALLAH itu sebaik mungkin. Pupuklah semangat setiakawan/setia Agama dengan Bertunjangkan Allah Yang satu dan Nabi Muhammad itu pembawa rahmat kepada sekelian umat akhir zaman.

4.            KLIMAKnya!!! Kepada semua persoalan di atas... Adalah lebih molek dan mulia jika HAMAS dan Fatah bersatu padu dan kuat, DEMI ALLAH & RASULnya, serta kebangkitan Umat Islam di Bumi Palestin, sebagai titik permulaan penyatuan Umat Islam di Bumi Palestin. Lantas, ia juga wajar untuk:-

5.            UMNO dan PAS juga dapat bersatu DEMI ALLAH & RASULnya.  Saya yakin Umat Islam di Malaysia boleh bersatu dan mentadbir Negara ke arah acuan dan kehendak kita sendiri, sambil tidak menidakkan hak kaum-kaum lain yang telah menjadi rakyat dan menetap disini.

6.            Bila lagi Kita Umat Islam ini mahu bersatu? Mari kita lihat secara realiti nisbah kependudukan warganegara mengikut kaum etnik. Ingat, Umat Melayu Islam Cuma merangkumi hampir 65% sahaja, jumlah ini tidak memperakui langsung akan kekuatannya JIKA ia berpecah. Waima jika berpecah dua pun sudah LUMPUH, inikan pula dengan perpecahan kepada tiga [ 3 ] UMNO, PAS & PKR. Kenapa kita menjadi BODOH untuk menjadi dan memilih perpecahan yang membawa rebah ini?  HAPRAK sangatkah Bangsa Melayu Islam ini?

7.            Saya menasihatkan, jauhi lah Manusia bernama Anwar Ibrahim... kerana beliaulah “the Culprits” to Bangsa Melayu dan Umat Islam bukan sahaja di Malaysia ini, malah di DUNIA.. Baca, perhatikan dan lihatlah peranan Anwar Ibrahim di dalam ‘WADAH REGIME CHANGE’  yang dikhususkan di Negara-Nagara Afrika, terutamanya di Negara2 Islam.

 8.            Buka mata dan minda, lihat Apa jadi di Iraq? Apa jadi Libya, Apa jadi Mesir, Apa jadi di Syria, Jordan, Algeria, Sudan, Morocco dsbnya?.... Apa peranan “Regime Change’ ini, yang di Induknya di Amerika dan Yahudi?... Butakah kita didalam melihat sangka busuk hati si Amerika & Yahudi serta Bangsa Eropah lain terhadap Islam... Itu semua adalah dendam Nasrani & Yahudi akibat "Perang Salib"

9.            Adakah di  Iraq, Libya, Jordan, Syria, Algeria, Sudan, Morocco serta lain2 itu... sekarang dapat hidup aman dan mewah seperti sebelumnya? Lihat bagaimana kehancuran ketamadunan Islam di bumi Iraq dan Libya dihancurkan atas dasar dan berlindung dibawah slogan “Demokrasi Ala Amerika & Yahudi” ? Buta sangatkah kita yang tidak dapat melihat kelicikan mereka musuh2 Islam ini?

10.          Akhir kata, Janganlah Umat Islam di Malaysia jadi ‘BEBAL DEK GULA-GULA YAHUDI DAN KUMPULAN ANTI-ISLAM INI, dan sedarlah bahawa Anwar Ibrahim adalah talibarut YAHUDI dan Nasrani didalam menghancurkan Umat Islam di seluruh Dunia disebabkan “LABA DAN NALURI KEHIDUPAN BELIAU YANG SONGSANG”.  Cuma sayang, perkara yang sudah lagi bersuluh itu, telah ditatang dan dimertabatkan oleh Tok2 Guru PAS yang sudah mungkin tersongsang dek rasa tamak hal2 keduniaan mengatasi Keimanan di Dada mereka selama ini. Saya yakin itu adalah “UJIAN DARI ALLAH” ... Kita tunggu dan lihat..... Ketentuan ALLAH Tetap Nyata dan akan hadir, beruntunglah kepada mereka yang telah terleka, terpesong dan akhirnya kembali ke pangkal jalan.... kerana Allah adalah Pemaaf dan sentiasa sayangkan Hamba2Nya. Oleh itu :-

CONTOHI LAH USTAZ NASARUDDIN MAT ISA SATU PERMATA YANG BERSINAR TERANG.!!!

“KEMBALILAH BERTAUT WAHAI UMAT MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA DAN MENANGI PRU 13 SECARA MUTLAQ DAN TADBIRLAH NEGARA DENGAN BERDEDIKASI DAN JADILAH ISLAM SEBAGAI INDUK PERUNDANGAN NEGARA KE ARAH YANG LEBIH BERJAYA DAN MENDAPAT KERAHMATAN DARI ALLAH SWT”.

......EHSAN DR UTUSAN MALAYSIA

Majlis Syura Ulama pecat Nasharudin

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Nasharudin kini ahli biasa di dalam Pas.
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai ‘mesra kerajaan Pusat.’ Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu. Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat. Bagaimanapun keahlian Nasharudin dalam Pas masih kekal tetapi cuma sekadar ahli biasa. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan surat pemecatan berkenaan sudah dihantar kepada Nasharudin tetapi tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah menerimanya atau belum.

Saya bukan ahli Majlis Syura Ulama tetapi Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh telah mengesahkan kepada saya bahawa Nasharudin memang telah dipecat. Nasharudin dipecat daripada Majlis Syura Ulama ketika mesyuarat pada 13 Januari lalu. Nasharudin dipecat kerana antaranya beliau kerap tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama dan selalu membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian serta ketetapan majlis," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP. Malah, sebelum ini beliau pernah dihadap ke lembaga disiplin Pas kerana mendakwa Karpal Singh yang menentang keras hukum hudud dan penubuhan negara Islam sebagai anti-Islam sehingga Pengerusi DAP itu mengugut mahu mendakwanya di mahkamah.

Dalam pada itu, ditanya mengapa keputusan pemecatan Nasharudin hanya dibuat hari ini dan tidak diumum terus pada 13 Januari lalu, Mustafa berkata, beliau tidak dapat mengulas tentang perkara berkenaan kerana mendakwa beliau bukan ahli majlis syura.

No comments: