Sunday, May 6, 2012

Penganjur Bersih 3.0 perlu dilucutkan kerakyatan.


BERSETUJUKAH RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN KEDAIMAIAN, DENGAN CADANGAN LUCUTKAN KERAKYATAN PENGANJUR BERSIH?

  [PEMERINTAHAN RAJA BERPELEMBAGAAN YG DISANGGAH - ASPEK RUKUN NEGARA]
KAPAK, telah lama mencadangkan isu “PERLUCUTAN KERAKYATAN” tersebut kerana ia wajar dilakukan demi menjaga keamanan. kedaulatan dan maruah Negara. Jika sebagai rakyat yang akur dan memegang Prinsip “RUKUN NEGARA” serta memahami intipati rukun negarai, maka sudah tentu mereka tidak akan sanggup berbuat sedemikian.

Analisa yang dibuat selepas insiden ini, bahawa para pakar bebas yakin,  mrk itu tidak akan berputus asa selagi matlamat mereka dapat menumbangkan “Kerajaaan Pimpinan Melayu Islam” ini dapat diganti dengan Kerajaan Yang Mendewakan Negara “Uncle Sam” dengan bantuan kewangan Negara Israel Zionist dan sekutu kuatnya,  Amerika  Syarikat. Bibit2 inilah juga yang mereka lakukan sebelum memasuki dan menakluki Iraq, Mesir, Libya serta Syria
 [FATWA2 ISA - IKUT SUKA AKU]
Apabila bibit2 ini semakin bercambah pesat dgn bantuan kaum2 pengkhianat negara [ibarat siKitul yg memberitahu Portugis dgn jalan mudah menakluki Melaka ] sudah tentu ia lebih membawa kenurukan dari kebaikkan. Selain itu, Negara2 pelabur akan berasa takut dgn situasi yang ada sekarang, bila ini terjadi para penghkianat Negara  akan puas hati dan yakin bahawa pemerintahan negara akan berada dalam genggaman mereka. 
 
 [gambar superimposed yg mengelirukan rakyat]
Ancaman ini wajar ditangani dgn segera dan tindakan/hukuman berat wajar dilaksanakan, kerana sudah terang-terangan bhw mereka ini membelakangi "Rukun Negara" dan menyanggah konsep Pemerintahan Raja Berpelembagaan. Penggugatan/pelanggaran terhadap "Klausa" ini telah membolehkan tindakan diambil dgn segera dan berkesan, agar tidak lagi makhluk2 perosak bermaharajalela dgn berpaksikan Negara Luar sebagai idola mereka. Api ancaman ini wajar dipadamkan agar ia tidak merebak dgn lebih teruk lagi.

Sekali lagi KAPAK memohon kepada seluruh Rakyat Malaysia, agar membuat satu pilihan yang adil, berwawasan serta mempastikan, bahawa kesinambungan pemerintah Negara yang ada selama ini WAJIB diteruskan. Rakyat juga wajar melihat dgn ikhlas, apakah selama berdekat lamanya, Pemerintahan BN ini,  adakah terdapat satu pun kes yang UMNO tidak prihatin terhadap rakyatnya sendiri. Itu semua adalah tohmahan pembangkang semata2. Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu hati dan bertindak untuk menjayakan kesinambungan pemerintahan BN di bumi Jawi yg bertuah ini.

Wallahuaklam.

POJOK UTUSAN MALAYSIA.

Penganjur Bersih 3.0 perlu dilucutkan kerakyatan.

PULAU PINANG 4 Mei - Penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 yang mencetuskan huru-hara di ibu negara minggu lalu harus dikenakan tindakan tegas termasuk dilucutkan kerakyatan mereka.
Presiden Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang, Farizan Othman berkata, individu yang bertanggungjawab terhadap kekecohan itu ialah Datuk S. Ambiga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kami tidak mahu rakyat diganggu dengan unsur-unsur keganasan seperti yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 minggu lalu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai 18 NGO Islam berdemonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi menyatakan sokongan terhadap polis yang dikecam pembangkang ketika menjalankan tugas menangani perhimpunan haram tersebut.
Mereka turut membawa sepanduk yang ditulis dengan ucapan penghargaan dan sokongan serta memberi bunga sebagai simbol keamanan kepada polis yang diwakili oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Asisten Komisioner Che Hussin Omar.
Antara yang terlibat ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Suara Mahasiswa Aman.
Mengulas lanjut, Farizan berkata, tohmahan yang dilakukan terhadap polis perlu dihentikan kerana tanpa mereka, suasana harmoni dalam negara tidak mungkin wujud.
Sementara itu, Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Ahmad Yakqub Nazri berkata, mereka menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh anggota polis dalam menjaga ketenteraman negara.
"Bayangkan jika tidak ada polis, apa yang akan berlaku. Kami kesal kerana dalam kejadian minggu lalu, kenderaan polis telah dirosakkan malah ada anggota yang cedera dipukul sehingga terpaksa dirawat di hospital," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mempunyai lebih 50,000 ahli akan memberikan sokongan padu kepada polis dalam memelihara keamanan dan ketenteraman di negara ini.



No comments: