Wednesday, May 30, 2012

KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DIDALAM PEMERINTAHAN DUNIA AKHIR ZAMAN DI KEPULAUAN MELAYU.


TANAH MELAYU DAN BANI TAMIM – SEJARAH PERADABAN DUNIA DAN ISLAM.


Insya Allah dalam Dunia [Bumi] yang fana dan semakin tua serta sudah sarat dengan segala gejala maksiat dan kekotoran yang dibuat/dilakukan oleh makhluk yg bernama manusia, mungkin jangka hayatnya sudah tidak panjang dan berkemungkinan [firasat] tidak lebih 200 tahun sahaja lagi. Mungkin juga kurang daripada itu, dek kerana perangai manusia yang semakin gila dan sering menyanggah segala peraturan yang telah di tetapkan oleh Allah SWT.

Contohnya, Umat Islam sudah terang-terang menolak cara hidup Islam sebenar, ajakan perdamaian dan ukhwah di tolak mentah-mentah kerana ego dan kuasa serta wang ringgit yang menjadi Raja dihati. Lantas menganggap dirinya sahaja yang Islam dan yang lain tidak. Parti PAS sering berpendirian sedemikian dan dengan keegoan inilah yang membawa berlakunya perpecahan yang amat dahsyat di kalangan umat Melayu Islam di Malaysia, masa kini.

Panggilan Mursyidul, TETAPI melakukan syirik kepada Allah. Orang yang arif dalam Agama tidak berani menyatakan yang hak. Perkahwinan sejenis dan liwat mengikut perangai Kaum Nabi Luth sudah berkembang biak dan terang-terangan dilakukan dan kumpulan mereka mahukan akta dalam perundangan negara yang menjaga kepentingan mereka atas nama demokrasi.  Yang mengherankan umat yang mengaku Islam pun turut sama memperjuangkan hak mereka bersama berdemonstrasi Bersih 3.0 yang lalu. Permainan politik Yahudi dan Nasrani Zionis ni amat licik dan wang ringgit menjadi tarohan mereka. Setiap aktiviti mereka akan ada wang mencurah untuk mengongkosi kegiatan mereka. TETAPI, Parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, turut terleka dan terlena di buai mimipi dan wang telah menghalalkan yang sewajarnya haram… Fatwa sewenang-sewang di keluarkan oleh Mursyidul mereka dan pengikut hanya tunduk taksub macam LEMBU ditarik hidung……. Malah manusia yang di anggap Pak Sheikh dan selalu naik mimbar pun sudah menjadikan liwat sebagai hobinya…. Nauzubillahhiminzaliq.

Usaha untuk menghancurkan Kerajaan yang mendukung Islam [ yg hanya perlu ditambah baik sahaja ] ingin dilakukan dengan bantuan kafir laknatullah. Gerakan Freemassion sudah terang-terangan mahukan kesamarataan didalam gender kehidupan. Sex bebas juga sudah menjadi amalan manusia dan kehidupan kekeluargaan dan penelitian zuriat yg dilahirkan sudah tidak langsung di ambilkira. Anak luar nikah dan anak selingkuh makin menjadi-jadi dan nasabnya sudah tidak ketentuan.

Maka berlakulah carca-marba dalam masyarakat dan gejala rempit, ronggeng, bohsia, bohjan, mat angin, mat gian, mat syabu dan lain-lain mat dan minah, yang menjadikan masyarakat Umat Melayu Islam pun semakin parah dan hilang pedoman agamanya. PAS yang menganggap mereka hebat dan popular dalam bab agama sudah lupa diri dan lebih berpolitik dari memikirkan penyatuan Umat Islam. Inilah ujian yang Allah berikan dan umat Islam perlu fikirkan dan mengambilkira kemana dan dimana arah tuju Agama Islam itu akhirnya……

Jika inilah natijahnya, maka tidak sangsilah lagi, bahawa Allah akan menurunkan bala sedahsyat2nya untuk menghancurkan umat yang sudah terpesong  dan yang terselamat  hanya mereka yang benar2 menjadi Umat yang mengenali diri mereka dan mengenali Allah. Contoh yang paling tragis adalah seperti “Peristiwa Tsunami di Acheh, Indonesia”.  Untuk itu, Umat Islam Malaysia, tak kira anda fahaman Parti Politik manapun…., kembalilah kepada Islam yang hakiki.  Semtelah, masih ada waktu yang terluang, baliklah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Pelajari, dekati dan kenali Diri dalam mahu mengenal Allah.

Dalam kehidupan bermasyarakat, jangan hanya ambil Syariat sahaja, kenalah cukupkan dengan Ilmu Tarikat, Ilmu Hakikat dan juga Ilmu Makrifat. Manusia wajar Mengenal Diri dan Mengenal Allah [ Awaluddin Makrifatullah ]. Manusia wajar mencari jawapan kepada, Mengapa Allah Hidupkan kita di dunia ini dan terus hidup sehingga sekarang? Mengapa & kenapa? 

Ikutlah Konsep Perjalanan 21, Insya Allah anda Selamat Dunia & Akhirat.yakni :-

Konsep Perjalanan 21
a)   Awalluddin Makrifatullah
b)   Sifat 20
c)   Kenal Diri Kenal Allah
d)   Taqwa
e)   Amanah – [ Kejujuran kpd Allah ]
f)     Tawakkal
g)   Sifat
h)   Iimu
i)     Iman
j)     Islam
k)   Tauhid
l)     Feqah
m)  Tasauf
n)   Tarikat
o)   Hakikat
p)   Makrifat
q)   Siddiq
r)     Amanah [ Kejujuran kpd Rasul ]
s)    Tabligh
t)     Ftonah
u)   Asmaa Ul Husna.


Wallahuaklam.


Dibawah ini terdapat beberapa artikel yang amat wajar Umat Melayu Islam
Memperhalusi terhadap apa yang orang kafir [ bukan penduduk asal Tanah Melayu ] mahu dan perjuangkan dan Apakah matlamat mereka terhadap Tanah Melayu/Tanah Bani Tamin ni. Adakah anda Umat Islam tidak terpanggil dan tercabar? Renung2kan lah..... Jagailah Bumi Bertuah ini dari tangan2 kafirun!!!

**********************************************

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.

"Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.

Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri. "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.

Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut.- UTUSAN

KUALA TERENGGANU 24 Mei - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku. Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

Beliau mengakui cubaan ke arah itu timbul kerana dalam Perlembagaan tidak menyatakan jawatan Perdana Menteri hanya khusus kepada pemimpin Melayu. “Saya tak setuju dan bantah kalau orang bukan Melayu atau bukan Islam menjadi Perdana Menteri, malah Pas sendiri, sebagai sebuah parti Islam hanya mahukan orang Islam yang jadi pemimpin (Perdana Menteri).

“Biarlah dia (Karpal Singh) dengan impiannya (mahu orang bukan Melayu jadi Perdana Menteri). Saya bukan menentangnya (Karpal) tapi saya tidak bersetuju dengan Perlembagaan yang ada. “Ini kerana, dalam Perlembagaan negara, ia tidak sebut hanya orang Melayu boleh jadi Perdana Menteri. Di sinilah yang menjadi masalahnya dan saya memang tidak bersetuju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Harun diminta mengulas ketegasan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa beliau akan terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Karpal berkata, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri, beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu. Harun seterusnya berpendapat, impian Karpal untuk melihat calon bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kelak tidak akan tercapai kerana beliau yakin orang Melayu tidak akan dapat menerima seorang Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau bukan Islam.

“Impian beliau (Karpal) mungkin tercapai jikalau orang-orang Melayu mengundi beliau atau calon-calon lain yang bukan Melayu. Namun saya yakin orang Melayu tak akan undi mereka," ujarnya. Ditanya pula mengenai percanggahan pendapat antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu muzakarah, Harun berkata, apa sahaja yang boleh membawa kebaikan kepada umat Islam, beliau akan sokong.

“Saya serah kepada keputusan kepimpinan parti (Pas) sama ada muzakarah diteruskan atau sebaliknya, saya sokong apa saja keputusan parti," ujarnya.-UTUSAN
PM Bukan Melayu: Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh? [Nik Aziz Terompah]
Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah   mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.
Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.
Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.
Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.
Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.
Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.
Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.
Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.
Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, “Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini”.
Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.
Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.
Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.
Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.
Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?
BELANG DAP YANG BERSEKUTU DGN PAP SINGAPURA
Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dikenali sebagai seorang yang low profile sehinggalah namanya menjadi sebutan ramai bila  beliau  berperang secara terbuka dengan DAP mengenai isu Bersih 3.0. Bekas tokoh Melayu dalam DAP penyandang jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan yang mengucap selamat tinggal pada parti itu 14 Mei lalu sejak dulu memang jarang sekali memanggil sidang akhbar.
Isnin beliau mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur.
Langkah ini sendiri agak menarik kerana kalau nak kira antara Tunku Abdul Aziz  dengan DAP sudah boleh kira tutup buku.Beliau boleh terus menyepi dan meneruskan kehidupan harian seperti yang dilaluinya sebelum timbul kontroversi ini. Namun dari raut wajahnya semasa sidang akhbar itu jelas ada lagi yang beliau tidak mahu terus lenyap  di angin lalu begitu sahaja dan sebaliknya ingin ' bercerita' dengan kalangan wartawan serta menyampaikan pandangan tentang hal ehwal politik semasa.
Suaranya nyata masih laku dan ini dapat dilihat dengan kehadiran ramai wartawan pada sidang akhbar itu. Sebagai seorang bekas aktivis dalam Transparency International dan dikenali sebagai seorang yang ada kredibiliti suaranya tentu sekali akan meresahkan pakatan pembangkang khususnya DAP.
Yang pasti mereka akan tidak senang hati mendengar lontaran pandangan  Tunku Abdul  Aziz pada sidang akhbar itu bahawa beliau tidak ada keyakinan langsung pakatan pembangkang dapat memerintah negara ini dengan jayanya jika ditakdirkan menang PRU13.
Ia dengan sendirinya mengesahkan banyak pandangan pemerhati politik sebelum ini yang menduga PKR,DAP dan PAS akan bercakaran sesama sendiri dalam perebutan kuasa jika menang. Indikasi jelas ialah mereka hingga ke saat ini tidak dapat menampilkan sebuah kabinet bayangan. Kabinet bayangan itu dikira penting dalam memaparkan bahawa isu pembahagian kuasa antara mereka ' sudah settle'. Beliau tegas berpendapat pakatan pembangkang perlu menyelesaikan hal ini sebelum menghadapi PRU13. Sebaliknya semua bos-bos pakatan pembangkang terus  membisu seribu bahasa mengenainya.  “Apakah jawatan yang ingin diberikan kepada parti-parti pembangkang seperti PAS, PKR dan DAP. Dan apa yang akan jadi kepada negara ini?
“Dan kemudiannya masing-masing akan berkelahi sesama sendiri. Berapa jawatan dalam kabinet akan diberikan kepada parti ini dan berapa untuk parti itu,” kata Tunku Abdul Aziz ketika bercakap tentang bab itu. Beliau menjelaskan isunya boleh soal pakatan pembangkang tidak sesuai memerintah negara ini tetapi ia adalah sukar.
Bagi beliau mentabir Malaysia bukanlah semudah yang dicakap. “Kabinet bayangan akan dipersoalkan. Anda tidak boleh terus pergi ke Putrajaya tetapi anda tidak tahu siapa dan apa yang akan dilakukan,” katanya.
Ditanya tentang isu  jawatan perdana menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pelantikan jawatan itu  di kalangan bukan Islam tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Namun ,katanya realiti politik di negara ini harus diambil kira. “Yang di-Pertuan Agong merupakan seorang yang beragama Islam dan menteri yang pertama yang diberikan tugasan dan fungsi perlu selaras dengan agama (Baginda). “Pelantikan (Perdana Menteri) boleh di kalangan mereka yang berbangsa Cina atau India tetapi yang beragama Islam,” katanya lagi.
Menyentuh tentang tindakannya keluar DAP,Tunku Abdul Aziz mendakwa parti itu memanipulasikan kenyataan dan pendirian beliau berhubung Bersih 3.0. "Saya sokong Bersih tapi saya tidak sokong tindakan mereka yang mahu melanggar undang-undang negara iaitu merempuh Dataran Merdeka," katanya.
Katanya beliau tidak setuju langsung  demonstrasi jalanan diadakan dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil. Tunku Abdul Aziz menilai beliau dipaksa keluar dari parti itu dengan cara 'paling lembut' ekoran kenyataannya mengkritik Bersih 3.0. Beliau menolak samasekali  kenyataan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng bahawa  beliau tidak akan dihukum parti kerana itu..  Katanya, beliau dipaksa keluar kerana kenyataannya itu menyukarkan kepimpinan pakatan pembangkang  dan menyebabkan namanya sebagai Senator tidak akan dilantik semula.
 "Penasihat, Lim Kit Siang datang dua kali ke rumah saya, pada 27 dan 30 April, dengan cara yang paling 'lembut'. Pada tahap ini saya ingatkan Kit Siang bahawa saya tidak masuk Pas atau PKR. Menurut Tunku Abdul Aziz beliau menyertai DAP selepas mendapat jemputan daripada Kit Siang dan tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Mengenai masa depan karier politiknya,beliau meletakan tanda titik. "Saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti selepas ini," katanya.-28/5/2012
Sikap penakut Abdul Hadi amat memalukan, tidak ada maruah'

KUALA LUMPUR 26 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas seorang yang pengecut apabila tidak berani menyanggah hasrat Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berkuasa.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Abdul Hadi hanya berani berhadapan dengan UMNO dan sesama orang Melayu tetapi bukan dengan DAP dalam mempertahankan pendirian Pas.

"Sikap penakut Abdul Hadi ini amat memalukan dan tidak ada maruah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang enggan menyanggah hasrat Karpal itu selain menganggap ia hanya pandangan peribadi pemimpin DAP itu.

Ibrahim berkata, sikap Abdul Hadi itu jelas hanya untuk mencapai kepentingan politiknya kerana sudah terbukti sebelum ini, pemimpin Pas itu sanggup dipergunakan oleh DAP ekoran pendirian tidak tetap beliau dalam isu lain.

Katanya, ia termasuk pendirian Abdul Hadi yang sering berubah-ubah apabila Karpal bersuara mengenai ketegasan DAP bermati-matian menolak cadangan Pas iaitu mahu mewujudkan negara Islam sebelum ini. Beliau berkata, pendirian tidak tetap Abdul Hadi itu wajar dipersoalkan oleh ahli Pas dan orang Melayu.

"Jika beliau sendiri boleh duduk bersama orang yang mempertikaikan cadangan mewujudkan negara Islam, malah mahu bukan Melayu sendiri jadi Perdana Menteri, bagaimana orang Melayu dan umat Islam di negara ini boleh percaya kepada Abdul Hadi? "Kalau Islam dan hak Melayu pun dia tidak boleh bela, adakah wajar kita percaya kepadanya lagi?" katanya

PAS hanya mengikut sahaja apa yang DAP putuskan untuk Pakatan Rakyat!! Kini DAP menjadi ketua PR, PAS dan PKR hanya menjadi Pak turut untuk melunaskan cita-cita DAP untuk menjadi Perdana Menteri pertama daripada bukan Melayu dan Islam. PAS kini telah ditewaskan oleh DAP sendiri sebelum menjelang PRU-13 lagi. Mengapa Nik Ajis nak muzakarah dengan UMNO jika benar-benar PAS kuat dalam PR, hakikatnya PAS mengetahui bahawa PAS akan tewas besar pada PRU-13 kali ini oleh kerana itu, PAS ingin muzakarah dengan UMNO untuk menyelamatkan KUASA PAS di Malaysia ini!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam buat Tuan empunya blog,
Mohon tuan/puan/cik untuk membenarkan link www.dtubes.tv ke blog tuan/puan semua.

Terima kasih.
Che Chu Bidin

KAPAKTAJAM said...

ok silakan tiada masalah

KAPAKTAJAM said...

ok silakan tiada masalah

ainun salsabila said...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kunjungi Undangan kami
di http://dimalayo.co.de