Friday, September 9, 2011

CUKAI PERKHIDMATAN YANG MEMBEBANKAN - AMARAN DAN SUARA RAKYAT

Assalamualaikum untuk semua pembaca blog serta rakan2 blogger sekelian.

Kapak ingin mengajak semua untuk mencari jalan bagaimana cara yang berkesan untuk memprotes dan memboikot tindakan semua syarikat telekomunikasi di Negara ini, yang ingin mengenakan cukai perkihdmatan 6% mulai 15hb. September ini , sehari sebelum ucapan gilang gemilang dan sambutan Kemerdekaan.

Saya sangat2 teruja dengan reaksi PM serta Menteri2 berkaitan, namun adakah rungutan dan reaksi tersebut dapat membawa kesan positif serta dapat menghentikan kenaikan tersebut. Kapak berkata sedemikian, adalah disebabkan walaupun rungutan yang sama yang dikemukakan oleh para Menteri terhadap tindakan ASTRO baru2 ini terhadap kenaikan caj, namun rungutan dan pandangan tersebut masih TIDAK diindahkan, malah terus juga dikuatkuasakan.

Jangan diberikan alasan, agar ASTRO untuk memperbaiki perkhidmatannya dahulu, sedangkan taraf perkhidmatannya juga semakin buruk,terutamanya diwaktu hujan, siaran sering terganggu. Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan? Mutu perkhidmatan ASTRO juga semakin menurun, filem2 yang disiarkan juga tidak bermutu dan berulang2. Apakah penyajian yang boleh dibanggakan dan dinikmati oleh pengguna selain hanya dibebankan dengan bil2 bulanan yang semakin naik.

Kapak juga tidak YAKIN, bahawa Syarikat2 telekominikasi ini akan menuruti teguran PM dan Menteri2nya. Kapak juga merasakan bahawa TEGURAN tersebut hanya WAYANG dan SANDIWARA, kerana rakyat semua tahu siapakah dibelakang dan juga pemilik2 sayarikat2 tersebut.

Hanya yang jelas bahawa, Syarikat2 ini hanya berlumba2 untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit apabila sampai ke tarikh “penutupan akaun tahunan” seperti yang diwajibkan oleh pendaftar syarikat. Mereka berlumba2 untuk menyatakan keuntungan yang diperolehi oleh duit2 rakyat, namun apakah mereka fikirkan apakah peranan mereka untuk rakyat dan pelanggan yang mereka yang selama ini memberikan sokongan terhadap perniagaan mereka.

Saya ambil contoh CELCOM yang mutu perkhidmatan mereka AMAT2 TERUK terutamanya di musim2 perayaan, sering sahaja perkhidmatan mereka terganggu dan sistem2 pesanan ringkis juga tidak beroperasi dengan semaksima mungkin. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang “banyak penipuan” seperti contoh perkhidmatan www.-----, apabila kita terima mesej ini, walaupun kita buka ia, TETAP di debit RM4.00. Bukankah ini, ibarat pencuri zaman moden. Mungkin CELCOM seronok digelar sedemikian!

Kapak mohon dan beri amaran pada syarikat2 telekomunikasi ini agar lihat semula taraf perkhidmatan sedia ada dan pertingkatkan mutunya dan kaji semula perkhidmatannya yang sering mencuri duit rakyat dan pengguna, kerana jangan hanya memikirkan tentang keuntungan, namun fikirkan juga apakah sumbangan anda kepada pelanggang anda selama ini. Ingat, jika anda tiada pelanggan siapakah anda dan adakah kewujudan anda boleh Berjaya?.

Selain itu, KAPAK juga meminta TELEKOM MALAYSIA BERHAD, pengendali mutlak perkhidmatan ini agar berdiskusi semula tentang kadar sewaan talian yang dikenakan terhadap Syarikat2 telekomunikasi ini. Mungkin juga kenaikan ini disebabkan kenaikan caj2 yang dikenakan terhadap Syarikat2 Telekomunikasi tersebut.

INGAT SUARA RAKYAT ADALAH KERAMAT, ia boleh menaikkan serta menjatuhkan sesuatu Kerajaan dan juga memporakperandakan perjalanan perniagaan ANDA. Jangan di UJI kesabaran rakyat, kerana ia akan diterjemahkan melalui Pilihanraya dan natijahnya amat2 serius.

Lihat apa yag sering berlaku di negara2 Arab sekarang. JIKA ANDA mahukan sedemikian ia TIDAK MUSTAHIL, akan berlaku dinegara ini. ,Kapak juga yakin semua Kerajaan dan peniaga sering mahukan keamanan dan kehidupan yang harmoni. Oleh itu, jagai hati dan perasaan rakyat sebelum bertindak, dan Kerajaan BN sekarang wajar bertindak dengan ikhlas kerana Syarikat2 tersebut juga dipunyai/dimiliki oleh orang2 mereka ataupun rakan2 mereka.

Jika mahukan penguasaan tersebut berterusan dan berpanjangan, MAKA AMAT2 WAJAR untuk menjaga kepentingan dan dengar keluhan2 mereka, atau bersedialah untuk penukaran kerajaan dan pemilikan syarikat2 tersebut.

PERLU DIINGAT, RAKYAT TIDAK BUTA DAN TIDAK MUDAH DIBUTAKAN MATA DAN HATI MEREKA.
RAKYAT SEDANG MENANTI APAKAH TINDAKAN KERAJAAN DAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI SEBELUM 15HB SEPTEMBER, 2011. SAMADA MASIH MAHU MENERUSKAN KENAIKAN TERSEBUT DAN MENERIMA SEGALA PADAHNYA.

WASSALAM.
IKHLAS DARI KAPAKTAJAM


LIHAT PETIKAN2 AKHBAR MENGENAI ISU INI.

Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan - Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

''Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.
"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.


Fikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 9 Sept. - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.
"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.

"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.

Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60

Rais akan bawa ke Kabinet

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membawa bantahan pengguna terhadap pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus yang dikenakan syarikat telekomunikasi seperti diumumkan semalam ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu bagi mencari penyelesaian dan pertimbangan interim yang lain.
"Mengikut undang-undang, cukai berkaitan levi perkhidmatan dikenakan untuk semua sektor dan caj yang dikenakan selama ini ditanggung syarikat telekomunikasi tersebut.
"Pengenalan caj itu terhadap setiap amaun yang terlibat dalam langganan itu menyebabkan syarikat tidak lagi menanggung cukai sebaliknya dilepaskan kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas rungutan beberapa persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pelajar berhubung pengenalan cukai itu yang dianggap membebankan dan tidak relevan dengan situasi ekonomi semasa dan bersifat menindas pengguna.
Kelmarin, dalam satu kenyataan secara bersama yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat telco terbabit, pengenalan cukai itu akan dimaklumkan akan berkuatkuasa pada 15 September ini.

Rais berkata, kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak ada kuasa untuk menahan proses itu di sisi undang-undang cukai perkhidmatan sedia ada.

Prabayar: 26.2 juta pengguna bakal kena cukai 6 peratus

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Hampir 26.2 juta pengguna pelan prabayar bakal dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi menambah nilai bermula 15 September ini.

Jumlah itu adalah bilangan terkumpul pengguna pelan prabayar daripada tiga syarikat telekomunikasi iaitu Maxis Bhd., (Maxis), Celcom Axiata Bhd., (Celcom) dan DiGi Telecommunication Sdn. Bhd., (DiGi).Kesemua syarikat tersebut ketika dihubungi Utusan Malaysia menyatakan, daripada keseluruhan jumlah pelanggan tiga syarikat telekomunikasi gergasi tersebut, 75 peratus ialah pengguna pelan prabayar.

Mengikut laporan kewangan terkini setiap syarikat, Perolehan Purata Setiap Pengguna Prabayar (ARPU) yang diperoleh ketiga-tiga syarikat secara bulanan bernilai RM43 (DiGi) serta RM36 (Maxis dan Celcom).

Sebagai perbandingan, pengguna prabayar DiGi berjumlah 7.7 juta daripada 9.3 juta pelanggannya, pengguna prabayar Maxis berjumlah 9.5 juta daripada keseluruhan 12.7 juta pelanggannya.

Bagi Celcom, pengguna prabayarnya berjumlah sembilan juta daripada keseluruhan 11.7 juta.Bagaimanapun, jumlah ARPU yang dijana daripada pengguna selain pelan prabayar adalah lebih tinggi dengan purata setiap syarikat melebihi RM80.

Bermula 15 September ini, cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.Dengan pengenaan cukai itu, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Sementara itu, beberapa persatuan pengguna dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berca dang melancarkan boikot terhadap semua perkhidmatan syarikat te lekomunikasi sekiranya tetap me ngenakan cukai perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tam bah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar.

Presiden Persatuan Perlindu ngan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah ber kata, buat permulaan, boikot ter sebut akan dilancarkan serentak di semua 200 pejabat cawangan per satuan itu di seluruh negara.

"Boikot tersebut akan dimulakan dengan kempen meminta ahli-ahli kami supaya meminimakan peng gunaan perkhidmatan syarikat te lekomunikasi kemudiannya diikuti dengan ahli keluarga dan jiran me reka," katanya kepada Utusan Ma laysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan ber sama yang dikeluarkan syari kat-syarikat telekomunikasi berhu bung pengenalan cukai enam pe ratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.

Menurut Mohd. Firdaus, tinda kan tersebut wajar kerana cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang di kenakan ketika ini sudah mahal.
"Saya turut menggesa syarikat telekomunikasi untuk mendedah kan cara mereka mengenakan caj panggilan. Sehingga kini pengguna tidak mengetahui ketelusan proses caj panggilan ini," ujarnya. Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRI MM), Amir Amsaa Alla Pitchay menegaskan pihaknya turut akan meminta 10,000 ahlinya memboikot perkhidmatan tersebut kerana ia membebankan pengguna.

1 comment:

Shea said...

I enjoyed reading thiis