Monday, April 25, 2011

PANDANGAN DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SERIUS OLEH SEGENAP LAPISAN UMAT MELAYU DI MALAYSIA.

KAPAK, amat tertarik serta bersetuju dgn saranan dan pandangan YB Menteri Pertahanan mengenai isu panas yg dibangkaikan oleh Kaum Cina melalui MCA. Kapak baru saja melemparkan di artikel yg lepas ttg jati diri rakyat Malaysia terutamanya dari mereka iaitu bangsa Cina dan India serta lain2 bangsa selain Bangsa Melayu, akan kesetiaan mereka kepada Negara Malaysia. Mereka sewajrnya bertuah dan berterima kasih dapat menumpang dan duduk di Negara Malaysia yg rata2 penduduk Melayunya cukup bertolsak ansur dan dapat menerima mereka sebagai kaum yang sama untuk hidup bersama dibawah satu panji Bendera Malaysia. Kaum Cina wajar mengenang kembali sejarah semasa 13hb. Mei, 1969. Jika sayang akan perniagaan dan kehidupan yg sejahtera, jangan sesekali membangkitkan kebencian diantara kaum, keran ia mengundang sesuatu yg buruk. Sementara itu Kaum Melayu wajar berfikir semula akan situasi ini dan jangan asyik bercakaran, sebelum Nasi sudah menjadi bubur.....ingat, sesal dahlu pendapatan, jangan sesekali sesal kemudian.

Wassalam...

Utusan wadah pemikiran terjemah denyut nadi Melayu - Zahid Hamidi
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 April - Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sepatutnya memberi fokus kepada akhbar berbahasa Cina agar ia tidak diperalatkan oleh DAP dan bukan hanya memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akhbar Utusan Malaysia (Utusan) merupakan wadah pemikiran yang menterjemah denyut nadi orang Melayu bagi memastikan kepentingan kaum itu sentiasa terpelihara tanpa mengetepikan hak-hak kaum lain di negara ini.
Sambil membidas pihak yang cuba memburukkan Utusan, beliau berkata, selaku akhbar yang menerapkan nilai nasionalisme, adalah wajar baginya untuk memperjuangkan kepentingan kaum tersebut kerana hal-hal yang melibatkan orang Melayu adalah isu nasional dan ia sentiasa relevan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang menggesa rakyat memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Menteri Pertahanan itu berkata, sebelum pemimpin MCA mengkritik dan memboikot akhbar itu, mereka terlebih dahulu perlu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman sebagaimana pendekatan politik yang dilakukan DAP.
Katanya, akhbar arus perdana yang cukup berpengaruh itu juga bertindak sebagai sebuah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan semangat nasionalisme Melayu dan bukannya akhbar perkauman.
"Salahkah Utusan membangkitkan apa yang menjadi keresahan orang Melayu? Isu Melayu merupakan isu yang sentiasa relevan dan berkait rapat dengan isu nasional.
"Jadi, tidak berbangkit apa yang disuarakan Utusan selama ini kononnya perkauman. Utusan hanya memperjuangkan 'keindukan' kaum Melayu tanpa mengetepi hak kaum lain.
"Apa yang disuarakan Utusan mewakili suara orang Melayu keseluruhannya. Memang orang Melayu sudah berpecah, jadi salahkah Utusan menyeru supaya kaum ini kembali bersatu?
"Mengapa hanya Utusan diserang sedangkan akhbar lain terutama yang berbahasa Cina lebih teruk memainkan sentimen perkauman? Mengapa akhbar-akhbar ini tidak dilabel sebagai perkauman," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Pada majlis itu, Pengerusi Glomac, Tan Sri F.D. Iskandar menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada KVUM.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, 'serangan' yang 'dihala' kepada Utusan bukan bertujuan melumpuhkan akhbar tersebut, tetapi pihak berkenaan sebenarnya mahu melenyapkan suara orang Melayu.
Jelasnya, ini kerana pihak terbabit tidak senang dengan pelbagai pendedahan berani akhbar itu dan mereka menggunakan label perkauman bagi membolehkan Utusan dipinggirkan secara sistematik.
"Utusan tidak boleh berada di persimpangan hanya kerana serangan sebegini. Utusan kena sentiasa menyuarakan denyut nadi orang Melayu meskipun ia bukan pendirian kerajaan.
"Perjuangan ini perlu bagi menyedarkan generasi muda Melayu tentang semangat nasionalisme. Mereka ini harus diberi kesedaran bahawa apa yang dinikmati hari ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa perjuangan pemimpin terdahulu," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Ini semua tidak akan berlaku sekiranya KDN cepat bertindak terhadap akhbar Cina termasuk The Star (tulisan Joselyn)yang berbau perkauman. Kita kini sering mendengar laungan perkauman dari Dong Zong terhadap Kementerian Pendidikan yg saperti takut dgn pertubuhan ini. Mengapakah ianya dianggap okay sekiranya datang dari kaum Cina dan utk org Melayu pula dianggap ektremis? Sudah tiba masanya org Melayu bersatu teguh berlandaskan undang2 negara yg sedia ada memastikan semua hak2 keistimewaan org melayu terjaga. Kita tidak mau org Melayu mengeluarkan keris, menciumnya dan kemudian meminta maaf atas perbuatan tersebut. Keris adalah lambang org Melayu yg bernaung dibawah Raja2 Melayu. Tidak perlu meminta maaf pada mana2 kaum lain kerana ianya adalah tradisi dan cara hidup org Melayu.Akhbar Utusan Melayu hanya menjalankan tugas mereka melapur ketidakpuasan & ketidakadilan kaum Cina yang ultra-kiasu.

Namza Norman

zsk69 said...

We are fed up with our hopeless Home Minister. How could DSH let these sensitive and racial sentiment played by certain quarters 24/7 and still act dumb to do anything. Don't let things get out of control.