Monday, April 25, 2011

PANDANGAN DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI PERLU DIBERIKAN PERHATIAN SERIUS OLEH SEGENAP LAPISAN UMAT MELAYU DI MALAYSIA.

KAPAK, amat tertarik serta bersetuju dgn saranan dan pandangan YB Menteri Pertahanan mengenai isu panas yg dibangkaikan oleh Kaum Cina melalui MCA. Kapak baru saja melemparkan di artikel yg lepas ttg jati diri rakyat Malaysia terutamanya dari mereka iaitu bangsa Cina dan India serta lain2 bangsa selain Bangsa Melayu, akan kesetiaan mereka kepada Negara Malaysia. Mereka sewajrnya bertuah dan berterima kasih dapat menumpang dan duduk di Negara Malaysia yg rata2 penduduk Melayunya cukup bertolsak ansur dan dapat menerima mereka sebagai kaum yang sama untuk hidup bersama dibawah satu panji Bendera Malaysia. Kaum Cina wajar mengenang kembali sejarah semasa 13hb. Mei, 1969. Jika sayang akan perniagaan dan kehidupan yg sejahtera, jangan sesekali membangkitkan kebencian diantara kaum, keran ia mengundang sesuatu yg buruk. Sementara itu Kaum Melayu wajar berfikir semula akan situasi ini dan jangan asyik bercakaran, sebelum Nasi sudah menjadi bubur.....ingat, sesal dahlu pendapatan, jangan sesekali sesal kemudian.

Wassalam...

Utusan wadah pemikiran terjemah denyut nadi Melayu - Zahid Hamidi
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 April - Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sepatutnya memberi fokus kepada akhbar berbahasa Cina agar ia tidak diperalatkan oleh DAP dan bukan hanya memburuk-burukkan akhbar Utusan Malaysia.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, akhbar Utusan Malaysia (Utusan) merupakan wadah pemikiran yang menterjemah denyut nadi orang Melayu bagi memastikan kepentingan kaum itu sentiasa terpelihara tanpa mengetepikan hak-hak kaum lain di negara ini.
Sambil membidas pihak yang cuba memburukkan Utusan, beliau berkata, selaku akhbar yang menerapkan nilai nasionalisme, adalah wajar baginya untuk memperjuangkan kepentingan kaum tersebut kerana hal-hal yang melibatkan orang Melayu adalah isu nasional dan ia sentiasa relevan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Publisiti MCA, Loh Seng Kok yang menggesa rakyat memulaukan Utusan dengan mendakwa konsep '1Melayu, 1Bumi' yang diilhamkan akhbar itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.
Menteri Pertahanan itu berkata, sebelum pemimpin MCA mengkritik dan memboikot akhbar itu, mereka terlebih dahulu perlu memastikan akhbar berbahasa Cina tidak memainkan isu yang menyentuh perkauman sebagaimana pendekatan politik yang dilakukan DAP.
Katanya, akhbar arus perdana yang cukup berpengaruh itu juga bertindak sebagai sebuah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan semangat nasionalisme Melayu dan bukannya akhbar perkauman.
"Salahkah Utusan membangkitkan apa yang menjadi keresahan orang Melayu? Isu Melayu merupakan isu yang sentiasa relevan dan berkait rapat dengan isu nasional.
"Jadi, tidak berbangkit apa yang disuarakan Utusan selama ini kononnya perkauman. Utusan hanya memperjuangkan 'keindukan' kaum Melayu tanpa mengetepi hak kaum lain.
"Apa yang disuarakan Utusan mewakili suara orang Melayu keseluruhannya. Memang orang Melayu sudah berpecah, jadi salahkah Utusan menyeru supaya kaum ini kembali bersatu?
"Mengapa hanya Utusan diserang sedangkan akhbar lain terutama yang berbahasa Cina lebih teruk memainkan sentimen perkauman? Mengapa akhbar-akhbar ini tidak dilabel sebagai perkauman," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail.
Pada majlis itu, Pengerusi Glomac, Tan Sri F.D. Iskandar menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada KVUM.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, 'serangan' yang 'dihala' kepada Utusan bukan bertujuan melumpuhkan akhbar tersebut, tetapi pihak berkenaan sebenarnya mahu melenyapkan suara orang Melayu.
Jelasnya, ini kerana pihak terbabit tidak senang dengan pelbagai pendedahan berani akhbar itu dan mereka menggunakan label perkauman bagi membolehkan Utusan dipinggirkan secara sistematik.
"Utusan tidak boleh berada di persimpangan hanya kerana serangan sebegini. Utusan kena sentiasa menyuarakan denyut nadi orang Melayu meskipun ia bukan pendirian kerajaan.
"Perjuangan ini perlu bagi menyedarkan generasi muda Melayu tentang semangat nasionalisme. Mereka ini harus diberi kesedaran bahawa apa yang dinikmati hari ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa perjuangan pemimpin terdahulu," katanya.

Saturday, April 23, 2011

RUKUN NEGARA WAJIB DI BERIKAN PERHATIAN SERIUS UNTUK MENJADIKAN ANAK BANGSA WATAN YANG BERGUNA PADA NUSA DAN BANGSA

Salam untuk pembaca blog budiman.

Kapak hari ini bersyukur didalam kesibukan atas tugas harian disamping sedang mencari rezeki di Negara orang [Filipina- Naga City ]yang telah hampir 3 bulan, hari ini terdapat ruang untuk mencoretkan sebuah pandangan yang mungkin dangkal TAPI wajar untuk diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. Kapak juga mengharapkan agar Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi merenung kembali keberkesanan ttg pembelajaran jatidiri yang bersangkut paut dengan RUKUN NEGARA.

Coretan ini Kapak luahkan kerana jika diambil dari result beberapa pilihanraya yg diadakan baru2 ini, ia dapat di rumuskan dengan berbagai andaian negatif didalam pembangunan dan kesejahteraan negara amnya.Ia wujud kerana kurangnya pemahaman sebenar ttg isi dan maksud tersirat didalam RUKUN NEGARA.

Semasa saya dibangku sekolah lagi pengertian rukun negara hanya di berikan sedikit pendedahan didalam pelajaran sivik, ya... waktu itu {1980an) perhubungan antara kaum walau masih diperingkat percambahan yang baik namun tiada perasaan benci membenci yg amat besar dan ketara. Cuma waktu itu, masih lagi kurang akan pemahaman antara budaya diantara kaum yg perlu dimengertikan sahaja.

Namun, waktu yg silih berganti dan pembangunan negara yang makin pesat serta pemodenan dunia tanpa sempadan yang semakin canggih itu, telah membuka ruang minda yang positif dan tidak kurang juga yg negatif. Ini yg menjadi masalah bila kita tidak membendungnya mengikut keperluan semasa. Walaupun pembendungan ini akan dikritik atas dasar kebebasan, namun dimanakah yang lebih baik kesejahteraan antara kaum atau kehancuran yg tidak terkawal.

Berbalik isu RUKUN NEGARA ini, bahawa maksud tersirat dan intipatinya perlu di perjelas sebaik mungkin dan dijadikan satu pelajaran wajib disemua peringkat dan juga mungkin sebagai pembelajaran teras untuk lulus. Paksaan ini wajar kerana hanya melalui pemahaman sebenar sahaja akan memberikan warga Malaysia sedar akan betapa pentingnya memberikan kesetiaan penuh kepada Negara. Jatidiri pada Negara amat penting. Jatidiri ini yang Kapak rasakan amat luntur dan mudah terhakis oleh warganya dek kerana kurangnya pemahaman tersebut. Ini jelas dilihat didalam beberapa isu-isu sensitif yang dimainkan semasa pelihanraya baru2 ini. Terutamanya sikap pengundi atau kaum Cina di Malaysia, yang kapak rasa kurang bersyukur apa yang mereka dapat dan kerajaan berikan selama ini sebagai warga penduduk Malaysia.

Suka saya buat perbandingan mengenai Kaum Cina di Malaysia dan juga di Negara2 lain di Negara Asean, yang pernah saya lawati dan selidiki. Ia amat berbeda sekali dengan kaum cina yang ada di Malaysia yang telah memiliki dan diberikan segala kebebasan yang amat2 tidak masuk akal jika masih dimengertikan bukan bangsa peribumi. Di Malaysia mereka masih menikmati kebebasan berbahasa ibunda, punyai sekolah cina, dan bermacam2 lagi malah bebas memiliki hartabenda.., namun di manakah kesetiaan mereka kepada Raja & Negara. Adakah Malaysia perlu meletakkan semula asas ini agar mereka wajib patuh? Kaum Cina yang berfikiran radikal dan subversif perlu melihat ini sebagai satu anugerah yang kaum peribumi terutamana Raja2 Melayu dan Kaum melayu telah korbankan demi satu masyarakat yang majmuk yang ceria dan mesra. Pandai2 lah bawa diri dan berbudi bahasa serta berterima kasih dengan apa yang telah anda miliki di Malaysia.

Jangan sesekali bila telah memiliki segala2nya serta kebebasan, maka memandang bangsa peribumi dan Malayu sebagai kotor dan sampah... Ingat Bangsa Melayu bukan satu bangsa yang mudah untuk diperjudikan, walaupun mungkin terdapat sesetengahnya mata duitan dan lupa segala2nya... namun bukan bagi Kapak dan juga sebahagian besar Umat Melayu.

Sedar lah diri Bangsa Cina dan lihat kaum Cina bangsamu yang berada di negara lain seperti di Indonesia, Thailand dan juga di Filipina, mereka tiada langsung mendapat tempat di sana dan mereka juga tidak berbahasa tionghua langsung walaupun di antara mereka. Mereka malah fasih dan bangga berbahasa kebangsaan di negera yang mereka duduki. Sepatutnya itulah yang sewajarnya Kaum Cina di Malysia perlu terima hakikat bila Kerajaan mengesyorkan penggunaan bahasa kebangsaan dan sekolah satu bahasa, iaitu Bahasa Malaysia. Tiada lagi bergaduh nak sekolah Cina dan sekolah India... dimanakah letaknya bumi yng mereka pijak.... Jangan disebabkan Kaum peribumi dan melayu banyak beralah dan bertolah ansur maka mula buka hasrat untuk memiliki negara ini secara paksa atau belian untuk dengan memomokkan cerita2 yg negatif kepada kaum mereka agar menolak sistem Kerajaan Raja Berpelembangaan seperti yang di laungkan oleh DAP, yg mana sebahagian besar Kaum cina telah terpengaruh, malah bukan kaum cina sahaja malah kaum india, sikh dan sebagainya.

Ingat sekali lagi, selagi Malaysia juga bernama Tanah Melayu... ia tidak akan jatuh ketangan bangsa lain, malah akan wujud penjuang2 Melayu yg akan mempertahankannya. Kepada Kaum Melayu yg bermata duitan ingat dan waspada kepada pelacur duitan yang anda dapat jangan sesekali tergadai Bumi dan Bangsa Melayu mu... Melayu PKR dan Melayu PAS anda bacul.... Wassalam.

Saturday, January 15, 2011

ANWAR, PAK LEBAI HADI DAN KARPAL - KENAPA HARUS TAKUT DENGAN TINDAKAN UMMI HAFILDA?

SALAM DAN SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Setelah hampir 1 bulan KAPAK tidak aktif kerana banyak urusan perniagaan didalam dan luarnegara, kini KAPAK akan mempunyai waktu dan meluangkan masa untuk berdiskusi dan bertukar2 pendapat di blog ini.

Pembukaan Tahun 2011 ini, nampaknya dimulakan dengan satu cerita yang amat menarik dan menjadi perhatian saya untuk mengulas dan memberikan cadangan demi kebaikan bersama dan kecemerlangan Islam di Malaysia.

Namun, sebelum KAPAK meneruskan coretan ini, adalah amat wajar untuk kita renungi komen dan gesaan Anwar dan Pak Lebai Hadi didalam isu Saman oleh Ummi Hafilda. Saudara/ri baca dan amati komen Anwar di Utusan malaysia ahri ini 15/01/2011 dibawah ini:-

Cabaran debat Ummi Hafilda “hanya soal nyamuk” – Anwar
15/01/2011 2:21pm

KEMAMAN 15 Jan. – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.
Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar; Azmin; Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; peguam, Karpal Singh; dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:

"Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”. – Bernama

Komen KAPAK adalah seperti berikut:-

1. Sdr Anwar dan Pak Lebai Hadi kenapa harus takut dan gusar dengan tindakan yang akan diambil oleh Ummi Hafilda?

2. Adalah menjadi hak dan kebebasan Ummi Hafilda untuk berbuat demikian dan mempertahankan kenyataan dan sikap beliau sebelum ini. Hak seseorang wajar diperakui.

3. Kenapa Anwar dan Pak Lebai Hadi serta juga Karpal takut akan pendirian Ummi Hafilda untuk menyaman mereka dan memperkecilkan hak Ummi dan menganggap Ummi sebagai nyamuk. Perlu di ingat Ummi juga makhluk Allah punyai perasaan dan maruah diri. Nyamuk juga makhluk Allah dan nyamuk jugalah yang boleh memusnahkan manusia seperti Anwar dan rakan2, apabila gigitan nyamuk “aedes” ini menyerang dan meluahkan virus eades ke dalam darah anda, Jadi, makhluk sperti Anwar, Pak lebai Hadi dan Karpal jangan sesekali merendah2kan hak orang lain. Jangan bongkak dengan kedudukan dan wang yang ANDA ada.

4. KARPAL juga kenapa bagai lidah biawak dan lebih teruk dari biawak kerana menelan semula segala cercaan terhadap Anwar sebelum ini dan telah memperakukan di Parlimen dengan menyatakan bahawa Anwar adalah “GAY”/Peliwat. Kenapa sekarang boleh menelan semua itu dan asyik menangguh2kan kes di Mahkamah. Adakah ia bermoral? Dimanakah letaknya kredibiliti seorang peguam yang tidak konsisten apabila bercakap dan berbuat sesuatu.

5. Anwar, Pak Lebai Hadi dan Karpal wajar ada sifat malu kepada rakyat Malaysia, kerana perbuatan mereka telah membelakangkan Agama dan kepercayaan demi menjaga kepentingan politik dan rakan politik. Inilah dinamakan pelacur politik dan pelacur Agama.

6. Ingat dengan taraf Tok Guru/Pak Lebai Hadi juga telah merendah2kan martabat Islam, apabila sanggup memutarbelit fakta terdahulu tentang Anwar dan juga meletakkan Agama dibelakang demi membela rakan politik yang sudah terang lagi bersuluh.

7. Kapak, dahulunya memang condong pada Anwar sehingga terkena “Air Kuning Pancutan” dan bertempiaran lari sampai Kg Baru” TETAPI telah sedar setelah peristiwa2 yang berlaku dan sikap Anwar mula diketahui umum. Mungkin Anwar akan menafikan segalanya TETAPI Anwar tidak boleh menafikan pada Insan kerdil bernama “Cikgu Sani”. Kapak rasa Anwar masih ingat pada beliau dan peristiwa rusuhan di Mesjid Negara tahun 1974, dan berpura2 menjadi Imam menggunakan serban Imam mesjid Negara bersembunyi dari terkena tahanan polis waktu itu. Wahai Anwar, sikap kamu amat memualkan rakan2. PAS wajar berhati2, jika tidak inilah juga tempias yg akan menimpa!.


Ingat,wahai Anwar, Pak Lebai Hadi dan Karpal.

Jika ini berterusan dan kamu semua masih mahu menegakkan benang yang basah dan asyik menangguh2kan kes Mahkamah, akan datang satu hamba makhluk Allah yang akan memecahkan kekalutan ini dan melepaskan satu kenyatan dan fakta kebenaran yang tidak boleh disanggah, waima dengan apa cara sekalipun. Beliau akan memancarkan keseluruh negara di skrin2 TV tanpa menggunakan alat perakam atau VCD pun. Ia akan terpancar dari tangan kanannya dan terus disiarkan diseluruh Negara akan aktiviti Anwar dan rakan2nya samada yang baik2 mahupun sebaliknya.

Jadi sebelum, Anda dimalukan dan tidak berpeluang untuk menidakkannya dan menjadi maruah tercalar banai, eloklah dengan rasa rendah diri dan takutkan hukuman Allah agar bertaubat dan menyepikan diri dan kembali beramal dengan sisa-sisa hidup yang sudah tinggal tak seberapa lagi.Kedudukan dan nikmat dunia hanya sementara dan kehidupan alam akhirat adalah kekal selamanya.

KAPAK juga mengesyorkan kepada PAS agar menukar kepimpinan yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman dan nyanyuk. Naikkanlah pemimpin PAS yang berjiwa Islam sejati bukan Islam ikut masa dan IKUT SUKA AKU dan keluar Fatwa ikut nafsu!.

PAS wajar dipimpin oleh pasukan golongan muda yang dinamik dan fleksible dan terbuka kepada segala pintu rundingan/musyawarah, bukan mengkafir sesama Islam. Jika ini boleh dilakukan KAPAK yakin ISLAM akan terbela dan cemerlang di Bumi Malaysia bertuah ini.

KAPAK, juga ingin menegur Pimpinan UMNO, agar jangan sesekali menjadikan nafsu serakah sebagai idola dan nawaitu. UMNO wajar membuang segala bentuk pemimpin yang rasuah dan sombong dan bangga diri. Sekarang bukan masa untuk bersikap demikian. UMNO wajar dibersihkan dan pemimpin2 Muda yang lebih Islamik wajar mengambil tempat dan menjadi pemimpin untuk generasi akan datang. Bila pimpinan UMNO dan PAS didukungi oleh golongan muda yang lebih Islamik, maka cita rasa dan hala tuju mempunyai matlamat yang sama dan boleh bergabung untuk menggerakkan jentera dan tenaga menjadi kumpulan yang terkuat untuk memimpin Malaysia dengan lebih dinamik dan Islamik.

Akhir kalam, Insya Allah cita-cita ini akan tercapai jika kita meletakkan ISLAM di atas segala-galanya.

Salam Hormat dari KAPAKTAJAM.

Monday, December 13, 2010

KELIBAT YANG SEMAKIN NYATA

Saudara/saudari Pembaca sekelian.

Setiap hari di akhir2 ini kita semua telah dihidangkan dgn berbagai kenyataan shahih tentang perilaku Sdr Anwar Ibrahim, adik angkat, bini orang angkat, driver angkat, Pegawai Peribadi angkat dan berbagai lg yg diangkat. Ia timbul dan akan timbul setiap hari disamping proses perundangan yg semakin menyerlah akan "verdict" yg akan disimpulkan.

Demi Allah dan Rasulnya, bahawa jika sesuatu yg onar dan apa jua yg menyimpang dari batas2 agama Islam yg dianuti, maka lambat laun akan diketahui org juga. Disini akan diketahui apakah "colour" orang ini dan kita sendiri boleh menilai, apakah mereka ini layak untuk memimpin sebuah Negara yang punyai rakyat yg ramai dan majoriti rakyatnya beragama Islam, yg sudah tentu mereka akan memilih kebenaran sebagai fakta yg nyata dan disimpulkan menjadi noktah.

Untuk itu, Kapak menyerulah pada sume rakyat Malaysia agar dapat menolak manusia jenis ini, kerana jika kita nak angkat mamat ni menjadi Perdana Menteri sudah barang tentu, negara menjadi kacau bilau dan mendapat laknat Allah, Nauzubillah!

Rakyat mesti menggunakan kuasa veto mereka agar dapat memilih Pemimpin yg komitted kepada perjuangan Islam dan ikhlas memimpin Negara ke arah negara Maju dan rakyat cemerlang dan terbilang di seantaro dunia. Rakyat juga secara hakikinya telah melihat betapa Negara telah dipimpin dengan baik dan realitinya, taraf kehidupan rakyat semakin baik, mahupun mereka yang dipendalaman.

Selama lebih 50 tahun Negara telah dipimpin dan dibawakan kemajuan diberbagai peringkat seperti mana yang kita dapat saksikan sekarang ini. Kenapa ada sesetengah golongan begitu beriya-iya nak menjatuhkannya, sedangkan pemimpin2 inilah yg telah meninggalkan banyak jasa kepada kemakmuran negara dan sudah pastinya Islam juga terbela dgn kepimpinan mereka. Pemimpin2 ini tidak menjual Agama untuk mencari publisiti murahan dan kepentingan peribadinya.

Mereka [pemimpin] sering merujuk kepada mufti dan ulama agar sesuatu perkara itu tidak bercanggah dan bukan mcm sesetengah golongan itu yg suka membuat fatwanya sendiri, berdasarkan keangkuhannya ttg kehebatan pengetahuan agamanya. Mereka mengambil kesempatan itu dan menggunakan Agama untuk kepentingan diri. Insya Allah kelicikan mereka akan terserlah jua, kerana Allah Maha melihat semua itu!, Janji ALLAH bahawa yg bathil itu akan terbongkar jua, maka rakyat perlu bijak menilai dan memilih pemimpin untuk memimpin negara dengan ikhlas dan cemerlang.

Sekian

Thursday, November 25, 2010

UMNO DAN PAS DUA PARTI MELAYU TETAPI KENAPA TIDAK MAHU BERSATU? BUKANKAH PENYATUAN DITUNTUT ISLAM?

[ULASAN BLOG PISAT.NET ]

Isu PAS bersiap sedia mahu hantar Mazlan [ANAK] ke Laos untuk saingi BAPAK FELDA. Wajarkah PAS berbuat sedemikian? Kenapa ISLAM PAS suka mengajar berhasad dengki? Mari kita Gelar PAS Phd. PAS HASAD DENGKI DILAKNAT ALLAH.

PAS, jangan lar nak mengarut dan sering membuat onar untuk memcari publisiti. Mmg benar dan nyata jika Pas benar2 ingin mengganggu gugat kerja yg baik ini, maka sesuai lar bahawa PAS adalah Puak Pelampau Khawarij, sama seperti puak khawarij yg memecahbelahkan umat Islam semasa pemerintahan Khalifah Islam dahulu.

Puak Khawarij ini adalah puak yg ada unsur zionis dan PAS juga boleh di Labelkan Zionis kerana perjalanan politiknya di Malaysia bersama PKR Anwar Juburi yg berkawan Rapat dgn Yahudi Zionis.

KAPAK, meminta dan menyarankan agar Bangsa Melayu Islam di Malaysia agar menjauhi PAS kerana PAS sudah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar, contoh:-

i. Suka Mengkafir sesama Islam

ii. Suka kepada perpecahan, ajakan untuk penyatuan di sambut dingin dan berbagai syarat demi kepentingan individu tidak terjejas dgn penyatuan ini i.e Tok2 Guru mereka.

iii. Mengkafir UMNO kerana berkawan dgn MCA,Gerakan dan MIC, namun sekarang PAS yg bersekelambu dgn DAP yg jelas dan nyata memusuhi Islam. Disini Umat Islam di Malaysia dapat melihat kekuasaan Allah dgn membayar "cash" terhadap “hati busuk & Perbuatan” Tok Guru PAS selama ni. Allah telah menterbalikkan hati mereka dgn membuatkan hati Tok2 Guru PAS ini menjadi berkasih sayang terhadap DAP yg sudah jelas anti ISLAM ini.

So, Umat Islam boleh menilai apakah jenis manusia yg di anggap Tok2 Guru nih. Begitu juga segala pertuturannya selama ini pun sudah melambangkan bahawa Allah telah membalikkan hati2 mereka itu. Marilah kita sama2 beristhifar......... !!!

Oleh itu sebagai pengajaran, kita sebagai Umat Islam jgnlah sesekali mendabik dada dan ego bahawa hanya kitalah saja yang Islam dan yg lain ini buta ttg Islam, sedangkan Islam selalu mengajar hambanya agar tidak menunjuk2 dan riak.

Mmg lar tidak dinafikan bahawa kebanyakan Pemimpin dan ahli2 PAS ini selalu riak dan ego bahawa mereka sahaja lar Islam dan yg lain itu kafir. Dan, yang terbaru cuba kita lihat ttg kelakuan DPPP [Dewan Pemuda Pas Perak ] bagaimana reaksi mereka didalam Isu ancak dan sebagainya. Lihat juga reaksi mereka terhadap jawapan Taipingmali dan Perak Today.

DPPP sentiasa tidak mahu menerima jawapan dan pandangan kedua2 blogger ini. Pembaca semua nilai lar sendiri. Apa pun KAPAK ingin mengajak semua umat Islam di Malaysia yg cintakan Islam dan Keamanan dan kesejahteraan Ukhwah sesama Islam agar meninggalkan PAS Ortodok ini.

Kapak juga yakin ramai diantara Ahli PAS yg tidak seiring dgn Pucuk Pimpinan Tok2 Guru ini dan kembalilah bertaut dan bersatu di dalam wadah yg jelas dan tidak henti2 menyemarakkan Islam di Malaysia secara berhemah sejak zaman kemerdekaan lagi bukan seperti PAS.

Penyatuan Umat Islam Malaysia akan menjadikan Islam lebih terbela dan Perkasa.

JAUHI Jenis Islam PAS, Pis.... Pus...... Wallahuwaklam.

[ DARI BLOG PISAU.NET ]

PAS Siap Sedia Hantar Mazlan Ke Laos. Filed Under ( felda ) by pisau on 26.11.10

Tahniah kepada FELDA kerana mendapat penghargaan daripada kerajaan Laos,Felda turut mendapat jemputan oleh kerajaan Laos untuk membuka ladang di sana.
Kejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor berkata, Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda.

"Presiden Laos telah menyatakan senang hatinya setelah mendapat maklumat tentang Felda dan beliau sangat teruja dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhannya sehingga kini hinggakan menyatakan keinginan beliau untuk bertukar pengalaman dan kepakaran antara pegawai dari negara itu dengan Felda mengenai pembangunan tanah.

"Beliau berminat untuk mengambil pengalaman Felda menghadapi kesulitan di peringkat awal (penubuhan) iaitu pada 10 tahun pertama dan bagaimana Felda berjaya melepasi period kesulitan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Laos di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Mohd Yusof berkata pelawaan tersebut tepat pada masanya kerana Felda kini melihat potensi untuk memperluaskan perladangan getah berdasarkan permintaan dan harga yang tinggi terhadap barangan komoditi itu.


Katanya setakat ini Felda hanya mempunyai 10 peratus tanah yang ditanam getah berbanding 90 peratus penanaman kelapa sawit di lebih 800,000 hektar tanah yang diusahakan di 317 Rancangan Tanah Felda di seluruh negara.

Menurutnya sebagai permulaan kerjasama, Felda akan menghantar pegawai teknikal ke Laos bagi mengkaji potensi terutamanya daripada aspek kesesuaian tanah khususnya penanaman getah sejurus kepulangan Presiden Choummaly ke negaranya.

Beliau berkata peruntukan bagi penerokaan di Laos tidak menjadi masalah kerana Felda memiliki aset kira-kira RM17 bilion sekiranya didapati sesuatu pelaburan itu mampu membawa kebaikan kepada Felda.

Terdahulu, Mohd Yusof serta pihak pengurusan Felda menerima kunjungan Presiden Laos yang tiba di perkarangan Wisma Felda dengan diiringi tujuh menteri Kabinet dan pegawai kanan pentadbirannya.

Rombongan itu kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai pembangunan Felda oleh Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab selain dibawa melawat ke balai sejarah Felda dan kedai produk usahawan Felda di bangunan tersebut selama dua jam.

Choummaly dan rombongannya berada di Malaysia sempena lawatan rasmi selama dua hari bermula semalam.

--Bernama


Dikhabarkan PAS sudah bersiap sedia untuk menghantar Mazlan Alimin untuk menubuhkan ANAK di Laos sedikit masa lagi. Mazlan Alimin yang sekarang ini pendapatan bulanan beliau hasil dari Felda akan meneruskan cita cita untuk mengembangkan ANAK ke luar negara. Namun ANAK yang tanpa bapak ini hanya akan memilih ladang ladang yang punyai kaitan dengan FELDA sahaja.

Semua orang tahu Ladang Rakyat yang menindas peneroka dan orang asal di Gua Musang langsung tidak mendapat pembelaan,Inilah yang dikatakan Anak tak berbapak,hanya dibela sebagai suruhan oleh khawairj PAS untuk menyalak mana mana yang perlu untuk kepentingan politik PAS saja.


Pisau kata " mana boleh Mazlan hentam wali selipar,nanti masuk neraka"

Wednesday, November 24, 2010

UMAT ISLAM WAJAR SENSITIVE ISU INI - WAJIB DITEGUR UNTUK BUAT YG TERBAIK DAN IKUT SUNNAH

KISAH YB ADUN PKR CHANG SIMPANG PULAI IPOH, YANG USUNG ANAK DARA MELAYU!!!!.

KAPAK sudah war-warkan sebulan yg lalu dan minta Melayu jaga lar maruah sebagai org Islam berketurunan melayu. Keturunan kita baik2 dan bangsa Melayu tidak berperangai mcm bangsa depa dok try/test - ada isi kahwin.... Jd, Org2 Melayu Islam kena sensitive ttg perkara ini.

Nk kahwin cara elok kita tak halang, TAPI ajak dan ajar mamat ni peluk Islam dan mendalami ttg Islam, baru lar boleh bwa sana sini, itu pun sebab nak bwa mamat ni jumpa tok mudim, jumapa Uztaz belajak Agama, doa bersetubuh dan doa/niat mandi wajib. Ini amat penting sbb percampuran keduanya akan jadi zuriat dan Org2 Islam amat menitikberatkan bagaimana dan cara kehadiran zuriat itu dari mula percantuman air mani mereka lagi dan menjadi darah serta janin dan akhirnya menjadi makhluk manusia.

Dari situ lah lahirnya manusia samada manusia yg sayang,cinta dan taatkan Allah atau sebaliknya. Selepas itu baru lah proses menjaga dan pembesaran mereka. Rezeki yg datang dan diberikan makan kpd anak2 ini dari mane dan sebagainya. Jika ini dpt dijaga dgn baik, maka Insya Allah akan lahir lah insan berhati mulia dan takut serta taat akan penciptanya, iaitu Allah Rabbul Jalil.

KAPAK, mohon lar agar Umat Melayu Islam ini sensitive ttg isu2 ini, klu nak buat baik dan beradab serta sopan Insya Allah kami terima dgn tangan terbuka dan bertambahlah Umat Islam Umat Nabi Muhammad.

Ingat, di akhir hayat Nabi Muhammad SAW, asyik menyebut2 umatnya dan betapa sayangnya baginda kpd Umatnya TETAPI berapa ramai yg sayang dan taat kpd ajarannya untuk membesarkan ALLAH. Syaafaat Nabi Muhammad juga lah yg dapat membantu kita untuk masuk ke Jannatun Naim- Syurga Allah yg menjadi idaman setiap manusia yg taat kpd penciptaNya. Kepada Kekawan atau jiran tetangganya yg rapat, berbaik sangka dan nasihatkan lah mereka !!!! - Amien.

YA UMMATI... YA UMMAI... YA UMMATI!

Tuesday, November 23, 2010

KEDAULATAN NEGARA DAN KEGIATAN PENYELUDUPAN DI SEMPADAN SERTA DI PERAIRAN ANTARABANGSA - ISU PANAS AKHBAR TEMPATAN

KAPAK, ingin mengulas serta mengucapkan tahniah diatas kejayaan SPRM mengintip, memerhati, menyiasat dan menangkap segelintir kegiatan pecah amanah dan penyelewengan yang dilakukan oleh penjawat awam, ahli NGO, peniaga serta pesara kerajaan didalam kegiatan yang tidak bermoral dan boleh juga dikatogerikan sebagai pengkhianat negara. [ LIHAT BERITA PENUH INI DI DADA2 AKHBAR PADA 24/11/2010 ].

1. Penggunaan ayat PENGKHIANAT adalah kerana kerja dan penyelewengan yang mereka lakukan itu telah menafikan jumlah litre diesal yg sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja, NAMUN, turut dinikmati oleh Warga Asing dengan penyelewengan mereka dan telah pun membabitkan lebih RM50 juta wang rakyat didalam pemberian subsidi diesel.

2. KAPAK juga mengesyorkan bahawa kesalahan ini diberikan “status darurat” yakni “hukuman berat” yang setimpal dengan kerja pengkhianatan yang mereka lakukan serta jumlah wang yang terbabit. Mungkin, juga sampai tahap hukuman untuk digugurkan hak ”Kerakyatan Malaysia” seperti juga kesalahan memburuk2kan Negara di luar dan menjejaskan ekonomi dan kelangsungan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia. Sewajarnya Anwar Ibrahim pun dikenakan tindakan yang sama di atas tingkah lakunya memburuk2kan Negara baru2 ini.

3. Ucapan Tahniah kepada SPRM Perak dan sewajarnya SPRM di Pusa/Induk dan di Negeri2 lain juga wajar menjalankan khidmat dan aktiviti2 sedemikian untuk menaikkan imej SPRM yang sentiasa tercalar dengan berbagai tohmahan dari pembangkang selama ini. Kejayaan tersebut adalah satu permulaan ke arah gelombang pembersihan terhadap gejala penyelewengan dan penyeludupan bukan setakat minyak diesel dan petrol, malah juga barangan lain seperti, rokok, pakaian, minuman, ubat-ubatan, ikan, sayuran, dan lain2 ke Negara ini dan menjejaskan industri-industri tersebut di Malaysia.

4. Selain komoditi yang dinyatakan di atas, apa yang PERLU KITA CEMAS dan amat menjejaskan keselamatan Negara juga adalah penyeludupan senjata dan dadah serta seumpamanya. Ini perlu dibenteras demi keselamatan Negara dan masa depan generasi muda akan datang.

5. SPRM wajar untuk melakukan juga intipan, rondaan dan pengawasan di perairan Negara jika perlu, kerana banyak kegiatan perdagangan manusia, bekalan dadah serta senjata api dan lain2 berlaku di perairan negara dan antarabangsa. Pihak berkuasa yang menjaga perairan Negara seperti, TLDM, Polis Marin, Pasukan Maritim, Pelaut dan Nelayan, terutamanya Nelayan2 Pukat Tunda dan kapal2 Nelayan yang besar juga wajar dipantau. Sebagai bekas pekerja Bank, KAPAK juga sangsi bagaimana Nelayan2 pukat2 besar ini begitu hebat sentiasa mendepositkan wang ke akaun perniagaan mereka, walaupun dimasa tengkujuh. Betulkah mereka menjalankan pekerjaan sebagai pelaut dan nelayan, ataupun melakukan kerja2 pengkhianatan dan penyeludupan.

6. Agensi Penguatkuasaan Kerajaan serta pertahanan Negara wajar mengawasi situasi ini. Terdapat juga desas-desus rungutan Nelayan2 kecil yang tidak berpuashati terhadap Nelayan2 pukat besar kerana mendapat kuota subsidi yang banyak tetapi membawa balik hasil yang sedikit, ini menjadikan harga ikan dipasaran meningkat. Ataupun mereka tidak perlu menangkap ikan kerana mereka berurus niaga ditengah laut dengan nelayan asing dan menukarkannya dengan minyak diesel yang harganya masih rendah jika dibandingkan di Negara mereka.

7. Itu lah serba sedikit ketirisan yang dapat dimuatkan buat masa ini untuk renungan kita bersama. Kita sebagai rakyat yang masih sayangkan Negara wajib membersihkan Negara dari pengkhianatan seperti ini dan membawa mereka ke muka pengadilan. Usaha dan pembenterasan oleh SPRM wajar diberikan pujian dan dokongan serta diberikan sokongan yang kuat dari setiap rakyat Malaysia dan menjadikan Negara Malaysia tetap aman, ceria dan harmoni setiap masa.

8. Berita-berita ketirisan seperti ini telah dijadikan peluru oleh pembangkang yang secara spontan menuding jari ke arah kegagalan kerajaan mentadbir negara secara bersih dan berhemah. Kepincangan ini hanya dilakukan oleh segelintir mereka yang berkepentingan namun hakikatnya Kerajaan dan Pekerja yang setia mendapat impak dan imej buruk. Memang dasar pembangkang akan mensensasikan isu ini, dan jika mereka memerintah seperti di Pulau Pinang dan Selangor sekarangpun didapati ia lebih buruk dan teruk sekali.

9. NAMUN HAKIKAT nya, bila diselidiki, siapakah golongan yang paling ramai yang menjalankan aktiviti pengkhianatan ini. Siapakah yang menjadi Nelayan2 besar, peniaga2 besar dan mereka inilah juga yang telah melakukan penyundalan, penyeludupan dan sebagainya.

10. Ketirisan tidak sahaja dibatasi didua sektor tersebut. Kerajaan dan SPRM wajar menyelusup masuk ke agensi2 seperti berikut kerana rakyat marhaen senantiasa merungut akan kepincangan tersebut, seperti :

i. Kementerian Pelajaran – JPN dinegeri2, PPD dan Pengetua serta Guru2 sekolah. Lihat juga SRJK (C) dan SRJK (T) selidiki sikap dan cara pengajarannya, sikap anti kaum/kerajaan amat serius.

ii. Kementerian Kesihatan – Tahniah dengan kemuncukan Klinik satu Malaysia. Ianya amat baik dan diterima rakyat dgn baik. Namun, pengawasan juga wajar diselidiki terhadap penjawatnya, juga sikap dan tuturcaranya.

iii. Jabatan Pengankutan Jalan – Pergerakan tonto siapa dalang dan mengapa ia tidak dapat dihentikan secara keseluruhannya. Tidak kuatkah agensi penguatkuasaan yg ada seperti pengutkuasa JPJ dan Polis. Peralatan canggih dan senjata juga dibekalkan. Adakah mereka lebih pandai atau lebih berteknologi atau teknologi UMPANAN WANG oleh tonto kepada penjawat lebih canggih dan tidak dapat di atasi?. Kegiatan ini yang wajar diperhatikan oleh SPRM.

iv. SPRM juga wajar menyelusup masuk ke Jabatan Kepolisian. Ini juga agensi yang kuat dituding jari oleh rakyat kerana ketirisan penguatkuasan yang berlaku. Lihat mengapa dan bagimana pil2 khayal dan dahad begitu berleluasa di pub2 dan juga pusat2 hiburan. Kes yang berlaku di Pahang amat2 mengaibkan Jabatan Kepolisian Negara. Kegiatan ekor2 HARAM sentiasa berleluasa di daerah2 serta pelusuk Malaysia, dimane pengawasan Ketua2 Polis Daerah/Kawasan? Apa yang tak kena disini? Rakyat buka mata terhadap semua ini. So, disini adalah nyata kepincangan penjawat2nya adalah faktor2 ketirisan yang sering berlaku dimana2 pun. Oleh itu, pengawasan ini bukanlah kerja untuk beberapa tempuh sahaja, ia wajar dijadikan sebagai plan risikan sepanjang tahun dan dinilai indek pencapaian nya sepanjang tahun dan wajar juga diimbuhi dengan ganjaran yang setimpal diatas kerja dan usaha mereka yang mulia ini.

11. KERAJAAN ,melalui Agensi Keselamatan Negara [dibawah Kementrian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri] wajar mengawasinya secara menyeluruh. Tahniah juga kepada TLDM kerana telah memiliki kapal2 selam dan kapal2 berteknologi tinggi dan amat wajarlah ia digunakan secara efektif untuk menjaga keselamatan negara dan juga memusnahkan segala petualang yang ada. Malaysia mereka ini menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan. Ingat Sejarah Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka adalah disebabkan bukan dari kekuatan tentera musuh tetapi ia dibantu oleh rakyat tempatan yang tamak haloba tanpa memikirkan nyawa dan kedaulatan negara. Bagi mereka harta dan wang ringgit adalah segala-galanya. Inilah bahayanya jika kita Malaysia memiliki ramai rakyatnya yang tidak amanah, berpatriotik dan sayangkan negara, seperti mana kelakuan Anwar Ibrahim dan kuncu2nya.

“RAKYAT MALAYSIA SECARA KESELURUHANNYA WAJAR BERFIKIR SECARA WARAS DALAM ISU INI. KEDAULATAN NEGARA WAJAR DIBERIKAN KEUTAMAAN DAN BUKANNYA KEPENTINGAN DIRI YG BERMAHARAJA LELA DIHATI”. MALAYSIA AMAN DAMAI