Tuesday, May 19, 2015

BERILAH PELUANG KPD YAB DS PM MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN TEGAS.

Salam YAB DS Perdana Menteri, yang dihormati dan dikasihi.

Simpati kita sebagai rakyat marhain bila DS PM terpaksa mengharungi segala isu-isu Panas yang sedang dijaja sana sini terhadap cara dan gaya pentadbiran Dato Seri Perdana Menteri. Apa pun bawalah bersabar dan sentiasa menadah tangan tunduk tawadduk kpd Allah SWT mohon petunjuk dan bimbingan serta kekuatan minda untuk menangani segala permasalahan yg sedang berlaku.. Sebagai Khalifah , Allah sentiasa memberikan rahmat dan bimbinganNya apatah lagi jika kita memang  berniat untuk mentadbir Negara ke Arah Pemerkasaan Islam spt yg dituntut.
 
Namun, DS Perdana Menteri juga wajar melihat sekeliling segala para penasihat serta Menteri-Menteri dan juga Ketua-ketua Jabatan di setiap kementerian dan Jabatan adakah mereka semuanya bergerak selari dgn Kehendak Misi dan Visi yg telah DS PM galurkan untuk membawa Negara ke mercu kejayaan. Diantara isu panas terkini:-


1.       1MDB dan Tabung Haji adalah amat wajar ianya di selesaikan segera kemelut ini dgn menyegerakan Auditor bebas Antarabangsa serta juga "Finding" Audit dalaman agar ianya dapat di nyatakan kpd Umum. Saya yakin bahawa 1MDB ada agenda tersirat, demi kelangsungan Agenda Bumiputra di Tanah Air Bumi Bertuah yang rata-ratanya adalah  Umat Melayu Islam dan  melihat itu sebagai wadah perjuangan akan keberlangsungan equiti tanah bumiputra di tengah-tengah Segitiga Emas Negara. Saya yakin ia akan terlerai dan Umum dapat menerimanya dengan baik.

2.       Semntara itu, Isu GST opula bagi saya ia adalah baik dilaksanakan kerana tanpa GST, Kerajaan sering "ditipu" buta-buta sahaja selama ini oleh sekelompok Peniaga Tegar yg sering memanipulasikan jumlah keuntungan merek, demi untuk mengelak cukai sebenar. Sebab itu sebelum ini banyak syarikat-syarikat yang hebat telah banyak membuka satu lagi syarikat berteraskan “Marketing”/Pemasaranyg berlatarbelakangkan "Marketing"/ pemasaran untuk memasarkan produk syarikat induknya, dan ia dikenal pasti  tujuannya adalah untuk "melarikan cukai" sebenar yang wajar dikutip oleh Kerajaan.


Sementara itu dengan perlaksanaan GST ini, para pengusaha dan peniaga tidak boleh melarikan diri lagi. Semasa SST kerajaan telah "kerugian" berbillion ringgit, hanya disebabkan ketiadaan "check dan correction" terhadap Cukai yg dibayar, ia hanya bergantung kepada loporan dari peniaga melalui “Audited Account”, yang masih boleh disanggah ketulinannya. Apabila GST dikuatkuasakan, segala transaksi syarikat adalah direkodkan melalui perisian yg telah disediakan mengikut Piawaian GST seluruh dunia. Dengan itu, adalah sukar bagi peniaga untuk memanipulasikan laporan cukai yang akan dikemukan kepada KASTAN serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.  Maka, itulah sebabnya kenapa para peniaga tegar ini melakukan dakyah sabotaj dlm isu GST, semata-mata agar kerajaan tidak meneruskan perlaksanaanya. Bagi memastikan keberkesanannya, Kerajaan adalah disarankan bahawa "PENGUATKUASAAN OLEH KPDNKK AMAT WAJAR DIPERKASAKAN". Jika penguatkuasaannya hanya ibarat melepas batuk ditangga saya yakin GST akan gagal dan Kerajaan akan menerima tempelak didalam perlaksanaannya.


3.       Dalam Isu Keselamatan Negara pula, adalah amat wajar dipandang serius tanpa ada tolak ansur dalam penguatkuasaan dlm menangai anasir2 jahat didalam mahupun di luar negara. Terbaru kes penculikan yang berlaku di Sandakan diyakini ada "Informasi" orang dalam dalam membocorkan rahsia keselamatan dan kawalan. Oleh itu, adalah amat wajar dipandang serius akan perkara ini dan tidak wajar dimaafkan kepada sipelaku. Pastikan pelaku juga wajar dihukum, waima jika ia juga membabitkan mereka yg berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Saya berasa AMAT PELIK - Kenapa "Military Intelligent Officer" MIO Negara yg di bawah Pengarah Perisikan Pertahanan Negara Ybhg Lt Gen Dato Abdul Hadi bin Hussain, kurang berkesan didalam menangani permasalahan ini secara tuntas. Bukankah segala perisikan kita berada dimana-mana isu panas yang sedang berlaku dan mereka itu sentiasa "Alert" dlm Keselamatan Negara.

Adalah amat memalukan Negara kerana bukan sekali, dua kali malah telah acapkali telah ianya berlaku, dan yang paling mengaibkan Negara bagaimana MIO tidak terhidu langsung seperti didalam kes Lahat Datu yg menggemparkan dan memalukan Negara. Sewajarnya Pengarah Perisikan Pertahanan Negara bertanggungjawab sepenuhnya serta wajar memilih meletak jawatan dan diganti dengan mereka yg lebih layak dan dapat diterima  oleh semua anggota bawahannya dan dpt bekerja dengan penuh dedikasi dan berintegriti serta moral yg tinggi. Terdapat rungutan oleh kakitangan bahawanya yang mempertikai keberkesanan dan Integriti beliau menerajui Jabatan tersebut. Adalah diharapkan DS PM melihat isu ini dan mengkaji semula tentang keberkesanan MIO dewasa ini. 
 
4.       Begitu juga didalam isu-isu perlambakan Najis Dadah yg dibawa masuk samada melalui jalan Darat, Laut serta Udara...bukankah Negara punyai MIO staff  yg berada di ketiga-tiga pintu masuk utama tersebut? Begitu juga di pintu-pintu masuk dari Bandar-bandar Utama luar Negara?. Kenapa ia masih bolos dan kesannya amat membimbangkan terhadap keselamatan Negara. Dimanakah kehebatan "Kumpulan Perisikan" Negara yang Amat ditagih akan kepakaran mereka seperti sebelum ini dan dimanakah moral merrka.

Baru-baru ini, rakyat Negara dikejutkan dengan Laporan Akhbar Berita Harian bahawa pagar-pagar sempadan  terutamanya di sebelah utara yg amat-amat mudah dan senang dibolosi. Jika ini berterusan berlaku, saya yakin bukan sahaja lambakan barangan kawalan, najis dadah, pakaian-pakaian malah lambakan senjata-senjata hebat serta pembolosan “Perdagangan Manusia” amat mudah memasuki negara dan ianya menjadikan sesuatu yang amat membahayakan Negara. Saya juga yakin DS Menteri Pertahanan, wajar segera melihat semula keberkesanan Jabatan Pertahanan Risikan Negara/MIO ini, agar ianya dirombak 100% dan diganti dgn yg lebih berdedikasi, berjiwa watan dan berintegriti tinggi yang tidak mudah kalah dalam dalam perjuangan mempertahankan membenteng persempadan Negara dari kebejatan musuh-musuh Negara yang berkemungkinan di bantu oleh oleh orang dalam mahupun rakyat Negara kita sendiri.

5.       Masih dlm isu keselamatan Negara. Bila pintu-pintu masuk Negara mudah dibolosi dan jalan-jalan tikus sempadan juga kurang diberikan perhatian, maka lambakan Najis dadah dan senjata berbahaya yang mudah masuk, sudah pasti ianya akan menggangu-gugat keselamatan dan amat membahayakan keharmonian Negara. Oleh itu,  "mencegah adalah lebih baik dri mengubati", kerana apabila sudah masuk ke dalam Negara dan disembunyikan diserata tempat, maka  amat sukar untuk dipantau dan dikekang oleh anggota PDRM.

Namun ia bukan sesuatu yg mustahil jika PDRM juga mengoptimumkan kawalan mereka dengan menggerakkan Jabatan Special Branch, D8 dan D9 sepenuhnya bagi membenteras segala perbuatan jenayah tersebut. Sekalung Tahniah kepada PDRM yang telah Berjaya menangkap dan membenteras gejala ini dengan berbagai penangkapan dibeberapa sarang najis dadah yng bernilai jutaan ringgit diseluruh Negara. Dan yang terbaru adalah di Taman Rishah, Ipoh yang Berjaya menahan 7.748kg heroin serta menangkap beberapa pelaku-pelaku tegar disitu. Tahniah sekali lagi pada PDRM, namun ia masih banyak yang perlu dilakukan, terutamanya di kwsn sekitar yang wajar digempur dan dibasmi , seperti di Sg Siput, Mengelembu, Manjong, Teluk Intan serta juga di Hutan Melintang.
6.       Didalam menangani segala permasalahan diatas dan majoriti isu adalah berlandaskan Integriti dalam melaksanakan Tugas. Oleh itu amatlah diharapkan pada DS Perdana Menteri melakukan sesuatu yang berkaitan “integriti dan Beramanah Dalam Tugas” oleh Semua Penjawat Awam. Didalam melaksanakan isu tersebut ia juga wajar dilakukan mengikut masa yang sesuai agar rakyat tidak gusar dan kecil hati dengan tindakan beberapa Jabatan Kerajaan termasuklah PDRM yang sedang  memburu pesalah-pesalah saman jalanraya.

Saya akui ia memang wajar dilakukan. NAMUN MASA DAN WAKTU perlaksanaannya adalah TIDAK BERSESUAIAN, dan kini menjadikan rakyat mencemuh Kerajaan, sudahlah sedang dihanyak dalam Isu 1 MDB, Isu GST, Isu Berbagai Institusi Bumiputra termasuk Tabung Haji, Mara, PNB serta lain-lain lagi. Semua itu membabitkan poket dan kantong rakyat yang rata-ratanya golongan bumiputra bawahan. Dan kini, ia amat-amat mudah dan memberi ruang kepada Pembangkang untuk dimanupulasinya dan memberikan “Free Credit/Kredit Percuma kepada mereka, malah mereka juga telah mengeksploitasi isu dengan berkata “Tengok Kerajaan Sudah Banyak Gelapkan Duit dan Sekarang Rakyat Ditekan Dengan Berbagai Cara Untuk Memungut Duit Bagi Menampung Perbelanjaan Disebabkan Kerajaan Sudah Tidak Punyai Dana”, untuk mengurus dan mentadbir. Perbuatan Pembangkang ini amat wajar dipantau dan dihalang, kerana ia amat merosakkan Imeh UMNO dan Kerajaan. Lebih-lebih lagi dengan kenyataan demi kenyataan oleh Tun M. Tun M juga wajar dihalang dan ia wajar untuk Ybhg Dato Hamdan Mohamad Rajaie menangani masalah ini, kerana setahu saya Tun M amat rapat dan respect kepada beliau. Ibarat pepatah Melayu “Ibarat Menarik Rambut Dalam Tepung, Rambut Berjaya ditarikh Namun Tepung tidak terlerai dan tumpah pecah”.

Saya akui perlaksanakaan Kutipan Saman itu wajar, demi memdidik semua pesalah jalanraya agar lebih berdisiplin memandu. NAMUN waktu dan ketikanya adalah tidak sesuai. Adakah DS PM dimaklumi terlebih dahulu? Adakah juga para Menteri serta mereka yang berjawatan Tinggi dalam Kerajaan betul-betul setia serta sentiasa bersama Perdana Menteri didalam melaksanakan Visi dan Misi Kerajaan yang telah di corak dan diadun oleh DS Perdana Menteri bagi menjayakan segala Wawasan Negara ke Arah Negara Maju Tahun 2020.

Sekian Terima Kasih. [ 18/5/2015 ]

www.kapaktajam.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Kapak tajam yang sangat tajam, banyak memberi nasihat berguna buat PM Najib, malangnya PM Najib ni banyak sangat bohong, satu bohong melalut hingga berkali2 bohong pula.. Beliau perlu bertaubat bak kata mendiang Kapal Sink dulu. Nasib baik Tun Mahathir di kala raja Peliwat (Nuar Jubo) terkurung di penjara. Kalau tidak pasti dia paling rakus memanipulasikan keadaan sekarang..

Umno akan lebih baik tanpa Presiden yang lembek dan liberal ala Amerika cam Najib.

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل