Salam YAB DS Perdana Menteri,
yang dihormati dan dikasihi.
Simpati
kita sebagai rakyat marhain bila DS PM terpaksa mengharungi segala isu-isu
Panas yang sedang dijaja sana sini terhadap cara dan gaya pentadbiran Dato Seri
Perdana Menteri. Apa pun bawalah bersabar dan sentiasa menadah tangan tunduk
tawadduk kpd Allah SWT mohon petunjuk dan bimbingan serta kekuatan minda untuk
menangani segala permasalahan yg sedang berlaku.. Sebagai Khalifah , Allah
sentiasa memberikan rahmat dan bimbinganNya apatah lagi jika kita memang berniat untuk mentadbir Negara ke Arah
Pemerkasaan Islam spt yg dituntut.
Namun, DS Perdana Menteri juga wajar melihat sekeliling segala para penasihat serta Menteri-Menteri dan juga Ketua-ketua Jabatan di setiap kementerian dan Jabatan adakah mereka semuanya bergerak selari dgn Kehendak Misi dan Visi yg telah DS PM galurkan untuk membawa Negara ke mercu kejayaan. Diantara isu panas terkini:-
1. 1MDB dan Tabung Haji adalah amat
wajar ianya di selesaikan segera kemelut ini dgn menyegerakan Auditor bebas
Antarabangsa serta juga "Finding" Audit dalaman agar ianya dapat di
nyatakan kpd Umum. Saya yakin bahawa 1MDB ada agenda tersirat, demi
kelangsungan Agenda Bumiputra di Tanah Air Bumi Bertuah yang rata-ratanya
adalah Umat Melayu Islam dan melihat itu sebagai wadah perjuangan akan
keberlangsungan equiti tanah bumiputra di tengah-tengah Segitiga Emas Negara.
Saya yakin ia akan terlerai dan Umum dapat menerimanya dengan baik.
2. Semntara itu, Isu
GST opula bagi saya ia adalah baik dilaksanakan kerana tanpa GST, Kerajaan sering
"ditipu" buta-buta
sahaja selama ini oleh sekelompok Peniaga Tegar yg sering memanipulasikan
jumlah keuntungan merek, demi untuk mengelak cukai sebenar. Sebab itu sebelum
ini banyak syarikat-syarikat yang hebat telah banyak membuka satu lagi syarikat
berteraskan “Marketing”/Pemasaranyg berlatarbelakangkan "Marketing"/
pemasaran untuk memasarkan produk syarikat induknya, dan ia dikenal pasti tujuannya adalah untuk "melarikan cukai" sebenar yang wajar dikutip oleh
Kerajaan.
Sementara itu dengan perlaksanaan GST ini, para pengusaha dan
peniaga tidak boleh melarikan diri lagi. Semasa SST kerajaan telah "kerugian"
berbillion ringgit, hanya disebabkan ketiadaan "check dan correction"
terhadap Cukai yg dibayar, ia hanya bergantung kepada loporan dari peniaga
melalui “Audited Account”, yang masih boleh disanggah ketulinannya. Apabila GST
dikuatkuasakan, segala transaksi syarikat adalah direkodkan melalui perisian yg
telah disediakan mengikut Piawaian GST seluruh dunia. Dengan itu, adalah sukar
bagi peniaga untuk memanipulasikan laporan cukai yang akan dikemukan kepada
KASTAN serta Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maka, itulah sebabnya kenapa para peniaga
tegar ini melakukan dakyah sabotaj dlm isu GST, semata-mata agar kerajaan tidak
meneruskan perlaksanaanya. Bagi memastikan keberkesanannya, Kerajaan adalah
disarankan bahawa "PENGUATKUASAAN
OLEH KPDNKK AMAT WAJAR DIPERKASAKAN". Jika penguatkuasaannya hanya
ibarat melepas batuk ditangga saya yakin GST akan gagal dan Kerajaan akan
menerima tempelak didalam perlaksanaannya.
3. Dalam Isu
Keselamatan Negara pula, adalah amat wajar dipandang serius tanpa ada tolak
ansur dalam penguatkuasaan dlm menangai anasir2 jahat didalam mahupun di luar
negara. Terbaru kes penculikan yang berlaku di Sandakan diyakini ada
"Informasi" orang dalam dalam membocorkan rahsia keselamatan dan
kawalan. Oleh itu, adalah amat wajar dipandang serius akan perkara ini dan tidak
wajar dimaafkan kepada sipelaku. Pastikan pelaku juga wajar dihukum, waima jika
ia juga membabitkan mereka yg berjawatan tinggi dalam kerajaan.
Saya berasa AMAT PELIK
- Kenapa "Military Intelligent
Officer" MIO Negara yg di bawah Pengarah
Perisikan Pertahanan Negara Ybhg Lt Gen Dato Abdul Hadi bin Hussain, kurang
berkesan didalam menangani permasalahan ini secara tuntas. Bukankah segala
perisikan kita berada dimana-mana isu panas yang sedang berlaku dan mereka itu
sentiasa "Alert" dlm Keselamatan Negara.
Adalah amat memalukan Negara kerana bukan sekali, dua kali malah
telah acapkali telah ianya berlaku, dan yang paling mengaibkan Negara bagaimana
MIO tidak terhidu langsung seperti didalam kes Lahat Datu yg menggemparkan dan
memalukan Negara. Sewajarnya Pengarah Perisikan Pertahanan Negara
bertanggungjawab sepenuhnya serta wajar memilih meletak jawatan dan diganti dengan
mereka yg lebih layak dan dapat diterima oleh semua anggota bawahannya dan dpt bekerja
dengan penuh dedikasi dan berintegriti serta moral yg tinggi. Terdapat rungutan oleh kakitangan bahawanya
yang mempertikai keberkesanan dan Integriti beliau menerajui Jabatan tersebut.
Adalah diharapkan DS PM melihat isu ini dan mengkaji semula tentang
keberkesanan MIO dewasa ini.
4. Begitu juga
didalam isu-isu perlambakan Najis Dadah yg dibawa masuk samada melalui jalan
Darat, Laut serta Udara...bukankah Negara punyai MIO staff yg berada di ketiga-tiga pintu masuk utama
tersebut? Begitu juga di pintu-pintu masuk dari Bandar-bandar Utama luar
Negara?. Kenapa ia masih bolos dan kesannya amat membimbangkan terhadap
keselamatan Negara. Dimanakah kehebatan "Kumpulan Perisikan" Negara
yang Amat ditagih akan kepakaran mereka seperti sebelum ini dan dimanakah moral
merrka.
Baru-baru ini, rakyat Negara dikejutkan dengan Laporan Akhbar
Berita Harian bahawa pagar-pagar sempadan terutamanya di sebelah utara yg amat-amat mudah
dan senang dibolosi. Jika ini berterusan berlaku, saya yakin bukan sahaja
lambakan barangan kawalan, najis dadah, pakaian-pakaian malah lambakan senjata-senjata
hebat serta pembolosan “Perdagangan Manusia” amat mudah memasuki negara dan ianya
menjadikan sesuatu yang amat membahayakan Negara. Saya juga yakin DS Menteri
Pertahanan, wajar segera melihat semula keberkesanan Jabatan Pertahanan Risikan
Negara/MIO ini, agar ianya dirombak 100% dan diganti dgn yg lebih berdedikasi,
berjiwa watan dan berintegriti tinggi yang tidak mudah kalah dalam dalam perjuangan
mempertahankan membenteng persempadan Negara dari kebejatan musuh-musuh Negara
yang berkemungkinan di bantu oleh oleh orang dalam mahupun rakyat Negara kita
sendiri.
5. Masih dlm isu
keselamatan Negara. Bila pintu-pintu masuk Negara mudah dibolosi dan jalan-jalan
tikus sempadan juga kurang diberikan perhatian, maka lambakan Najis dadah dan
senjata berbahaya yang mudah masuk, sudah pasti ianya akan menggangu-gugat
keselamatan dan amat membahayakan keharmonian Negara. Oleh itu, "mencegah
adalah lebih baik dri mengubati", kerana apabila sudah masuk ke dalam
Negara dan disembunyikan diserata tempat, maka
amat sukar untuk dipantau dan dikekang oleh anggota PDRM.
Namun ia bukan sesuatu yg mustahil jika PDRM juga mengoptimumkan
kawalan mereka dengan menggerakkan Jabatan Special Branch, D8 dan D9 sepenuhnya
bagi membenteras segala perbuatan jenayah tersebut. Sekalung Tahniah kepada
PDRM yang telah Berjaya menangkap dan membenteras gejala ini dengan berbagai penangkapan
dibeberapa sarang najis dadah yng bernilai jutaan ringgit diseluruh Negara. Dan
yang terbaru adalah di Taman Rishah, Ipoh yang Berjaya menahan 7.748kg heroin serta
menangkap beberapa pelaku-pelaku tegar disitu. Tahniah sekali lagi pada PDRM,
namun ia masih banyak yang perlu dilakukan, terutamanya di kwsn sekitar yang
wajar digempur dan dibasmi , seperti di Sg Siput, Mengelembu, Manjong, Teluk
Intan serta juga di Hutan Melintang.
6. Didalam menangani
segala permasalahan diatas dan majoriti isu adalah berlandaskan Integriti dalam
melaksanakan Tugas. Oleh itu amatlah
diharapkan pada DS Perdana Menteri melakukan sesuatu yang berkaitan “integriti dan Beramanah Dalam Tugas” oleh
Semua Penjawat Awam. Didalam melaksanakan isu tersebut ia juga wajar dilakukan
mengikut masa yang sesuai agar rakyat tidak gusar dan kecil hati dengan
tindakan beberapa Jabatan Kerajaan termasuklah PDRM yang sedang memburu pesalah-pesalah saman jalanraya.
Saya akui ia memang wajar dilakukan. NAMUN MASA DAN WAKTU perlaksanaannya adalah TIDAK BERSESUAIAN, dan kini menjadikan rakyat mencemuh Kerajaan,
sudahlah sedang dihanyak dalam Isu 1 MDB, Isu GST, Isu Berbagai Institusi
Bumiputra termasuk Tabung Haji, Mara, PNB serta lain-lain lagi. Semua itu membabitkan
poket dan kantong rakyat yang rata-ratanya golongan bumiputra bawahan. Dan
kini, ia amat-amat mudah dan memberi ruang kepada Pembangkang untuk
dimanupulasinya dan memberikan “Free Credit/Kredit Percuma kepada mereka, malah
mereka juga telah mengeksploitasi isu dengan berkata “Tengok Kerajaan Sudah Banyak Gelapkan Duit dan Sekarang Rakyat Ditekan
Dengan Berbagai Cara Untuk Memungut Duit Bagi Menampung Perbelanjaan Disebabkan
Kerajaan Sudah Tidak Punyai Dana”, untuk mengurus dan mentadbir. Perbuatan
Pembangkang ini amat wajar dipantau dan dihalang, kerana ia amat merosakkan
Imeh UMNO dan Kerajaan. Lebih-lebih lagi dengan kenyataan demi kenyataan oleh
Tun M. Tun M juga wajar dihalang dan ia wajar untuk Ybhg Dato Hamdan Mohamad
Rajaie menangani masalah ini, kerana setahu saya Tun M amat rapat dan respect
kepada beliau. Ibarat pepatah Melayu “Ibarat Menarik Rambut Dalam Tepung,
Rambut Berjaya ditarikh Namun Tepung tidak terlerai dan tumpah pecah”.
Saya akui perlaksanakaan Kutipan
Saman itu wajar, demi memdidik semua pesalah jalanraya agar lebih
berdisiplin memandu. NAMUN waktu dan ketikanya adalah tidak sesuai. Adakah DS
PM dimaklumi terlebih dahulu? Adakah juga para Menteri serta mereka yang
berjawatan Tinggi dalam Kerajaan betul-betul setia serta sentiasa bersama
Perdana Menteri didalam melaksanakan Visi dan Misi Kerajaan yang telah di corak
dan diadun oleh DS Perdana Menteri bagi menjayakan segala Wawasan Negara ke
Arah Negara Maju Tahun 2020.
Sekian Terima Kasih. [ 18/5/2015 ]
www.kapaktajam.blogspot.com
2 comments:
Kapak tajam yang sangat tajam, banyak memberi nasihat berguna buat PM Najib, malangnya PM Najib ni banyak sangat bohong, satu bohong melalut hingga berkali2 bohong pula.. Beliau perlu bertaubat bak kata mendiang Kapal Sink dulu. Nasib baik Tun Mahathir di kala raja Peliwat (Nuar Jubo) terkurung di penjara. Kalau tidak pasti dia paling rakus memanipulasikan keadaan sekarang..
Umno akan lebih baik tanpa Presiden yang lembek dan liberal ala Amerika cam Najib.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Post a Comment