Friday, May 16, 2014

Pembentukan Genarasi Y Yang Wajar di Gilap Demi masa Depan Rakyat dan Negara.

Tazkirah Hari Guru  -  Jumaat 16/5/2014/16hb. Rejab, 1435

Pembentukan Genarasi Y Yang Wajar di Gilap Demi masa Depan Rakyat dan Negara.


Menyedari kepentingan menuntut Ilmu dengan berguru, maka perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian sebagai kesimpulan “ Thema Hari Guru, GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI ”  hari ini untuk Mendapatkan Satu Generasi Y yang terbaik untuk masa depan Umat Melayu dan Islam keseluruhannya, ditanah air Merdeka – Persekutuan Tanah Melayu- The Federation of Malay States. Perkara penting dan Utama adalah ;-


Pertama      :         Ilmu Menjadi Penyuluh Kepada Iman dan Taqwa;

Kedua     :    Profession Keguruan Menuntut Kesabaran dan Keikhlasan  mendepani Cabaran dan Karenah Nasa kini;

Ketiga        :         Rasulullah SAW merupakan Qudwah terbaik sebagai Pendidik yang Patut di contohi;

Keempat   :      Kerjasama di Antara Semua Pihak samada Pihak Kerajaan, Pihak Sekolah, Guru, ibu bapa dan Masyarakat Seluruhnya Perlu digembeling Seiring Matlamat Melahirkan Umat Yang Seimbang Jasmani dan Rohani; dan

Kelima        :      Hubungan di Antara Guru dan Murid Mestilah di Bena Atas Rasa Hormat dan Kasih Sayang Untuk Mendapat Keberkatan dan Keredhaan Allah SWT.

Muslimin dan Muslimat di seluruh Tanah Melayu, Yang di Rahmati Allah SWT.

Sempena Hari Guru hari ini 16/5/2014 bersamaan 15hb. Rebaj, 1435, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa sejajar dengan sumpah serta Iktiqad kita kepada Allah untuk kita melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Muslimin dan Muslimat sekelian, merujuk kepada lima [ 5 ] intipati di atas, rasionalnya Menuntut Ilmu adalah merupakan satu tuntutan Agama. Ia memerlukan komitment dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Maka Ilmu dan Guru mempunyai hubungkait yang sangat rapat. Islam juga telah meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang berilmu, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:-

ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DIANTARA KAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DARJAT, DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN”

Sambutan Hari Guru dan Pembentukan Generasi Y yang diperlukan untuk Negara adalah digerakkan oleh Kaum Guru di seluruh Negara. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Guru-Guru di Seluruh Tanah Melayu serta Sabah & Serawak.

Dengan berthemakan “ Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi ”, yakni Guru memainkan peranan sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan innovative, mempunyai keterampilan yang tinggi. Sentiasa membudayakan innovasi dalam Gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan didalam kehidupan.

Warga pendidik berkeupayaan menyediakan peluang kepada murid bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, kreativiti yang mempu meningkatkan kemahiran murid dalam mendepani persekitaran kehidupan sebenar.

MASA DEPAN DAN CABARAN-CABARAN YANG PARA GURU HADAPI

1.           Dewasa ini semua pihak menyedari bahawa kerjaya sebagai Guru merupakan tugas yang penuh mencabar. Antaranya , adalah kekangan masa, ancaman gejala social serta berhadapan dengan kerenah pelbagai pihak termasuklah ibubapa yang berkedudukan tinggi serta kaya. Mereka menjadikan anak-anak mereka sebagai Raja dan tidak boleh di sentuh malah di usik dengan berbagai kata-kata sindiran dan nasihat. Bagi mereka anaknya sahaja yang cerdik dan betul. Hakikatnya tugas Guru sejak dahulu sehinggalah kini sentiasa dipenuhi UJIAN dan DUGAAN serta WORKLOAD yang membebankan.

Guru juga berhadapan dengan cabaran mendidik murid yang pelbagai ragam dan kerenah. Murid-murid pada hari ini begitu terdedah dengan  bermacam anasir luar seperti hiburan yang melampau dari barat dan sebagainya. Terdapat juga murid yang terpengaruh dan terikut-ikut budaya asing spt hedonism iaitu budaya berhibur secara melampau, sex bebas, arak, lesbian, gay, dadah, gian ubat batuk, hidu gam dsbnya.. Kegawatan budaya ikut-ikutan ini bertambah buruk dgn dunia tanpa sempadan,.. fb, twitter, intergram dll. Budaya tersebutlah yang menghambat guru-guru didalam proses mendidik murid2 dan kekadang berhadapan dengan kesukaran dan memerlukan masa yang panjang… Yang lebih parah lagi apabila rasa hormat kepada guru sudah semakin terhakis di kalangan murid-murid sebegini.

2.           Guru juga dalam masa yang sama menghadapi delima dan terpaksa berhadapan dengan sebilangan kaum Ibu dan bapa murid2 dari kalangan elit yang berkedudukan,  dan mereka yang panyai “wang” yang menjadikan Guru2 ini hanya sebagai hamba utk mendidik anak2 mereka sahaja. Mereka asyik menyebelahi anak2 mereka bila berlaku sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh murid2 ini. Seharusnya ibubapa meyedari bahawa merekalah yang memainkan peranan utama untuk mendidik anak2 mereka dan guru hanya mendidik semasa diwaktu persekolahan. Guru2 tugasnya adalah pelengkap kepada proses pembelajaran yang murid wajar dapati sewaktu sessi persekolahan. Bila ibubapa menaruh lebih peranan dan mendekati anak2nya secara kasih-sayang maka anak2 ini akan menjadi lebih berterima kasih dan lebih sopan serta santun… Sabda Nabi Muhammad SAW :-

“ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam, maka ibubapanya lah yang mendidik anaknya untuk menjadi seperti Yahudi mahupun Nasrani atau pun Majusi ”


3.           Masyarakat Tanah Melayu perlu memainkan peranan dengan meletakkan GURU ditempat yang selayaknya. Ikon dan ikutan anak-anak hari ini juga perlu diperhatikan dan diperhalusi agar tidak tersasar hingga meletakkan mereka yg tidak sepatutnya menjadi ikutan.  Guru jua adalah agen perubah masyarakat yang terus istiqomah menyambung tradisi penyampai ilmu yang ditinggalkan oleh Baginda Rasullullah SAW, iaitu sebaik2 guru yang patut dicontohi seperti Firman Allah dlm Surah Al Jumuah ayat 2, iaitu :-
“       Dialah yg telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang Arab yang Ummiyyin, seorang Rasul [ Nabi Muhammad SAW ] dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kpd mereka ayat-ayat Allah [ yg membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaannya] dan membersihkan mereka [dari Iktiqad yg sesat] serta mengajar mereka Kitab Allah [ Al Quran ] dan Hikmah [pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syarak ] Dan sesungguhnya mereka sebelum [kedatangan Nabi Muhammad] itu adalah dalam kesesatan yang nyata”

4.           Sejarah telah menjelaskan kepada kita Umat Muhammad, bahawa didikan Rasullullah SAW telah melahirkan sahabat-sahabat hebat seperti.. Saidina Abu Bakar, Saidina Omar Al Khattab, Saidina Othman bin Affan serta Saidina Ali bin Abi Talib., serta sahabat2 lain lagi yang juga punayi sifat keimanan yang kukuh dan ampuh. Sejarah juga telah melakarkan lahirnya ulama-ulama besar seperti Imam Shafie da Imam Al Ghazali adalah hasil tarbiah dan didikan seorang yang bernama GURU.

5.           Lipatan Sejarah juga memaparkan kepada kita tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fated yang disebut dalam hadith shahih Nabi SAW, yang maksudnya :-
“ Akan dibebaskan Kota Konstantinopel itu, maka sebaik-baik raja, itulah rajanya dan sebaik-baiktentera itulah tenteranya” – Riwayat Imam Ahmad.

6.           Kota konstantinopel akhirnya dapat ditawan oleh Seorang Raja semuda 21 tahun hasil didikan dan asuhan ulama tersohor yang menjadi murabbi beliau. Melalui ini, masyarakat perlu berfikir, peri pentingnya kewujudan “GURU” dalam kehidupan Komunit seharian. Terdapat pepatah Arab tua yang menyatakan “ Tugas seorang guru itu hamper-hampir menyamai tugas seorang Rasul”


PenPenutup dan Kesimpulannya.

Dikala kita melihat betapa masyarakat generasi kini semakin lama semakin terpesong dari akhlak dan budaya Islam. Sebahagian murid sudah tidak melihat GURU sebagai individu yang patut dihormati, bahklan segelintar dalam kalangan mereka berani mengherdik, mengugut bahkan memukul guru. Keadaan sedemikian adalah disebabkan kurangnya keberkatan Ilmu yang yang diperolehi oleh murid, sedangkan mereka saban hari didedahkan dengan Ilmu Agama dan akhlak.

Dimanakah silapnya?

Oleh itu, seandainya kita menyingkap sejarah yang dilalui olh genarasi " Salafus Solih ” terdahulu, maka kita akan dapati betapa generasi terdahulu sangat menitikberatkan persoalan adab didalam menuntut ilmu. Jesteru itu, mereka Berjaya mengecap nikmat barakah ilmu yang akhirnya melahirkan genarasi Islam yang digeruni diseluruh pelusok dunia, termasuk oleh pihak musuh Islam itu sendiri.

Inilah dia suatu bentuk kekuatan hasil daripada keberkatan Ilmu yang dikecapi oleh mereka. Keberkhatan Ilmu ini terhasil daripada adabnya seorang murid terhadap gurunya, diantaranya ialah dengan cara melihat gurunya itu dengan pandangan hormat serta memuliakan.

Untuk mencapai matlamat kependidikan di Tanah Melayu agar sesuai untuk melahirkan Generasi yang beradap, bersopan serta berintegriti beberapa perkara ini wajar Kementerian Pendidikan & Pelajaran mengambil inisiatif yang perlu dan strategic seperti:-

1.       1. .    Kurangnya Pengetahuan Tentang Sejarah Negera Sendiri menjadikan mereka alpha dan hilang jatidiri. Kementerian Pendidikan & Pelajaran WAJIB memasukkan dalam kurikulum semula pelajaran Sejarah ini.
   
2.       2.       Mata Pelajaran Agama dan Sivik bagi yang bukan Islam, bukan sekadar sambil lewa. Mata Pelajaran ini sewajarnya menjadi satu Mata Pelajaran Wajib, kerana ia akan menjadikan murid mentelaah pelajaran tersebut sewajar demi pembelajaran dan peperiksaan dan akhirnya mereka faham apa itu Agama serta pendisiplinan diri untuk membawa diri hidup bermasyarakat, dengan penuh sifat tanggungjawab, amanah serta bersih perilaku dalam kehidupan mereka, waima dari Bangsa dan Agama pun mereka datang.

3.      3.   Kementerian Pendidikan & Pelajaran serta Nazir2 di Daerah2 perlu lebih peka akan keperluan GURU2 di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh dan Berprestasi Tinggi ini, saya melihat GURU disekolah2 berkenaan terlampau dibebani dengan tanggungjawab yang besar dan melampau dan tidak balance diantara satu guru dgn guru yang lain… Terdapat Mata Pelajaran yang penting tidak punyai Guru yang secukupnya kerana pencen ataupun cuti bersalin.. Kenapa pihak Pengetua dan Nazir tidak melihat ini sebagai focus utama untuk diselesaikan?.. Bukan sahaj tugas mengajar perlu dilakukan malah berbagai ko-kurikulum pun masih diberikan tugas kpd seorang guru.. dimana silapnya tidorkah Pengetua ataupun Nazir di Pejabat Pelajaran Negeri dan Derah? Jangan kita cakap mahukan keputusan yang terbaik jika Pegawai2 Kanan tidak ambil peka terhadap beban ini. Ingat, kita makan gaji biarlah secara bersih, ikhlas dan halal.. tanggungjawab wajar dilakukan secara bersama dan saksama.

4.    4.   Terdapat juga sungutan di sekolah-sekolah berprestij ini.. dimana persatuan Ibubapa dan Gurunya amat mendominasikan segala peranan dan peruntukan sekolah2.. Al-maklum bahawa “Ex-student/Allumni” disini memang hebat2 dan berjawatan tinggi di perkhidmatan awam mahupun swasta, jadi dengan kedudukan itu mereka menjadi lebih spoken dlm pentadbiran sekolah dan ini amat menjejaskan prestasi sekolah dan murid.

5.   5.   Kenapa Sekolah Berprestasi Tinggi ini tidak mencapai peratus markah yang sewajarnya didalam Peperiksaan penting seperti PMR dan SPM, jika dibandingkan dengan Sekolah2 biasa terutamanya Sekolah Jenis2 Kebangsaan Cina.. walaupun peratusan mereka tidak 100% tetapi mereka mendapat ramai yang A+++ disetiap mata2 pelajaran penting, seperti Matemati, Sains, Fizik, Kimia, Biology, Perakaunan dll.. kenapa? Kenapa Pejabat Pendidikan Negeri tidak mengambil inisiatif dalam perkara sebegini?.



6.        6.     Apa pun jawapan di atas.. satu sahaja penyelamat kepada Generasi Melayu dan Islam di Tanah Melayu serta Generasi Y nya sentiasa terjamin, adalah meletakkan ISLAM dihadapan dalam Sistem Pembelajaran kita, bukan ditengah2 mahupun di belakang.. Ingat tulisan diatas bagaimana Rasullullah mendidik Budaya Islam menjadi Budaya Terhebat? Ulama nya mendidik Seorang Raja yang akhirnya menumbangkan Kota Konstantinopel ? Itulah budaya dan pembelajaran Islam yang Syumul.  Mari kita kea rah itu. PM Najib juga WAJIB membawa Kepimpinannya  kearah Islam sejati yang mendapat keredhaan oleh Allah… bukan keredhaan manusia.- Wallahuaklam.

No comments: