Monday, May 26, 2014

ISRAK & MIKRAJ - BAGAIMANA GENERASI Y MALAYSIA BOLEH DIBENTUK DGN PERISTIWA INI...

Pembentukan Genarasi Y Yang Wajar di Gilap Demi masa Depan Rakyat dan Negara.


Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:

  1. Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
  2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah diabadikan oleh Allah سبحانه وتعالى di dalam Al-Quran:
Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

.
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi Muhammadﷺ bukannya roh sahaja.
Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah سبحانه وتعالى menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad ﷺ yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja.
Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi Muhammadﷺ dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah Rasulullah ﷺ menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan Baginda ﷺ. Fitnah terhadap Baginda ﷺ bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan Baginda ﷺ, maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan :
“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah . Jika baginda mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.”
 Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Nabi Muhammad ﷺ berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

A. Sebelum Israk dan Mikraj

.
Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammadﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
.
.

B. Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
.
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Nabi Muhammad ﷺdiiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah ﷺ telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.
Di antara tempat² berkenaan adalah:
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah سبحانه وتعالى;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);
.

Peristiwa Ajaib

.
Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.
Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
.
    1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ dibertahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
    2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak²nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah سبحانه وتعالى  (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”
    3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang² yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
    4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang² yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
    5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai isteri / suami.”
    6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba`.”
    7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
    8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
    9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
    10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
    11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
    12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.”
    13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”
.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Nabi Muhammad ﷺ terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda  membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”
.
.

C.  Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah سبحانه وتعالى):
.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
.
  1. Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang² yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
.
  1. Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
.
  1. Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
.
  1. Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.
.
  1. Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
.
  1. Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
.
  1. Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.
Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumapa dengan Allah سبحانه وتعالى pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:
“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”
Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.”
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”
Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
.
  1. Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata² yang indah. Unggas² emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
.
  1. Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺmasuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
.
10.  Di Tangga Kesepuluh: 
Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah سبحانه وتعالى: “Ya Muhammad!”
Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”
Allah سبحانه وتعالى: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”
Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”
Allah سبحانه وتعالى: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”
.

D. Selesai Munajat

.
Selepas selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah سبحانه وتعالى agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah سبحانه وتعالى perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
.

E. Selepas Mikraj

.
Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

[ SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI WAJIB UNTUK MEMBEBASKAN MASJID INI DARI CENGKAMAN ISRAEL DAN IA ADALAH MARUAH UMAT ISLAM.. ]


Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang² kafir di zaman Nabi ﷺ langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad ﷺ sebaik Baginda  bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda  ﷺ.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
[ MOHON IKHSAN DARIPADA PENULIS ASAL - SHAFIQOLBU ]

Friday, May 16, 2014

Pembentukan Genarasi Y Yang Wajar di Gilap Demi masa Depan Rakyat dan Negara.

Tazkirah Hari Guru  -  Jumaat 16/5/2014/16hb. Rejab, 1435

Pembentukan Genarasi Y Yang Wajar di Gilap Demi masa Depan Rakyat dan Negara.


Menyedari kepentingan menuntut Ilmu dengan berguru, maka perkara-perkara berikut perlu diberikan perhatian sebagai kesimpulan “ Thema Hari Guru, GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI ”  hari ini untuk Mendapatkan Satu Generasi Y yang terbaik untuk masa depan Umat Melayu dan Islam keseluruhannya, ditanah air Merdeka – Persekutuan Tanah Melayu- The Federation of Malay States. Perkara penting dan Utama adalah ;-


Pertama      :         Ilmu Menjadi Penyuluh Kepada Iman dan Taqwa;

Kedua     :    Profession Keguruan Menuntut Kesabaran dan Keikhlasan  mendepani Cabaran dan Karenah Nasa kini;

Ketiga        :         Rasulullah SAW merupakan Qudwah terbaik sebagai Pendidik yang Patut di contohi;

Keempat   :      Kerjasama di Antara Semua Pihak samada Pihak Kerajaan, Pihak Sekolah, Guru, ibu bapa dan Masyarakat Seluruhnya Perlu digembeling Seiring Matlamat Melahirkan Umat Yang Seimbang Jasmani dan Rohani; dan

Kelima        :      Hubungan di Antara Guru dan Murid Mestilah di Bena Atas Rasa Hormat dan Kasih Sayang Untuk Mendapat Keberkatan dan Keredhaan Allah SWT.

Muslimin dan Muslimat di seluruh Tanah Melayu, Yang di Rahmati Allah SWT.

Sempena Hari Guru hari ini 16/5/2014 bersamaan 15hb. Rebaj, 1435, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa sejajar dengan sumpah serta Iktiqad kita kepada Allah untuk kita melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Muslimin dan Muslimat sekelian, merujuk kepada lima [ 5 ] intipati di atas, rasionalnya Menuntut Ilmu adalah merupakan satu tuntutan Agama. Ia memerlukan komitment dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Maka Ilmu dan Guru mempunyai hubungkait yang sangat rapat. Islam juga telah meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang berilmu, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:-

ALLAH AKAN MENINGGIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DIANTARA KAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN BEBERAPA DARJAT, DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN”

Sambutan Hari Guru dan Pembentukan Generasi Y yang diperlukan untuk Negara adalah digerakkan oleh Kaum Guru di seluruh Negara. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Guru-Guru di Seluruh Tanah Melayu serta Sabah & Serawak.

Dengan berthemakan “ Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi ”, yakni Guru memainkan peranan sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan innovative, mempunyai keterampilan yang tinggi. Sentiasa membudayakan innovasi dalam Gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan didalam kehidupan.

Warga pendidik berkeupayaan menyediakan peluang kepada murid bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, kreativiti yang mempu meningkatkan kemahiran murid dalam mendepani persekitaran kehidupan sebenar.

MASA DEPAN DAN CABARAN-CABARAN YANG PARA GURU HADAPI

1.           Dewasa ini semua pihak menyedari bahawa kerjaya sebagai Guru merupakan tugas yang penuh mencabar. Antaranya , adalah kekangan masa, ancaman gejala social serta berhadapan dengan kerenah pelbagai pihak termasuklah ibubapa yang berkedudukan tinggi serta kaya. Mereka menjadikan anak-anak mereka sebagai Raja dan tidak boleh di sentuh malah di usik dengan berbagai kata-kata sindiran dan nasihat. Bagi mereka anaknya sahaja yang cerdik dan betul. Hakikatnya tugas Guru sejak dahulu sehinggalah kini sentiasa dipenuhi UJIAN dan DUGAAN serta WORKLOAD yang membebankan.

Guru juga berhadapan dengan cabaran mendidik murid yang pelbagai ragam dan kerenah. Murid-murid pada hari ini begitu terdedah dengan  bermacam anasir luar seperti hiburan yang melampau dari barat dan sebagainya. Terdapat juga murid yang terpengaruh dan terikut-ikut budaya asing spt hedonism iaitu budaya berhibur secara melampau, sex bebas, arak, lesbian, gay, dadah, gian ubat batuk, hidu gam dsbnya.. Kegawatan budaya ikut-ikutan ini bertambah buruk dgn dunia tanpa sempadan,.. fb, twitter, intergram dll. Budaya tersebutlah yang menghambat guru-guru didalam proses mendidik murid2 dan kekadang berhadapan dengan kesukaran dan memerlukan masa yang panjang… Yang lebih parah lagi apabila rasa hormat kepada guru sudah semakin terhakis di kalangan murid-murid sebegini.

2.           Guru juga dalam masa yang sama menghadapi delima dan terpaksa berhadapan dengan sebilangan kaum Ibu dan bapa murid2 dari kalangan elit yang berkedudukan,  dan mereka yang panyai “wang” yang menjadikan Guru2 ini hanya sebagai hamba utk mendidik anak2 mereka sahaja. Mereka asyik menyebelahi anak2 mereka bila berlaku sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh murid2 ini. Seharusnya ibubapa meyedari bahawa merekalah yang memainkan peranan utama untuk mendidik anak2 mereka dan guru hanya mendidik semasa diwaktu persekolahan. Guru2 tugasnya adalah pelengkap kepada proses pembelajaran yang murid wajar dapati sewaktu sessi persekolahan. Bila ibubapa menaruh lebih peranan dan mendekati anak2nya secara kasih-sayang maka anak2 ini akan menjadi lebih berterima kasih dan lebih sopan serta santun… Sabda Nabi Muhammad SAW :-

“ Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam, maka ibubapanya lah yang mendidik anaknya untuk menjadi seperti Yahudi mahupun Nasrani atau pun Majusi ”


3.           Masyarakat Tanah Melayu perlu memainkan peranan dengan meletakkan GURU ditempat yang selayaknya. Ikon dan ikutan anak-anak hari ini juga perlu diperhatikan dan diperhalusi agar tidak tersasar hingga meletakkan mereka yg tidak sepatutnya menjadi ikutan.  Guru jua adalah agen perubah masyarakat yang terus istiqomah menyambung tradisi penyampai ilmu yang ditinggalkan oleh Baginda Rasullullah SAW, iaitu sebaik2 guru yang patut dicontohi seperti Firman Allah dlm Surah Al Jumuah ayat 2, iaitu :-
“       Dialah yg telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang Arab yang Ummiyyin, seorang Rasul [ Nabi Muhammad SAW ] dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kpd mereka ayat-ayat Allah [ yg membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaannya] dan membersihkan mereka [dari Iktiqad yg sesat] serta mengajar mereka Kitab Allah [ Al Quran ] dan Hikmah [pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syarak ] Dan sesungguhnya mereka sebelum [kedatangan Nabi Muhammad] itu adalah dalam kesesatan yang nyata”

4.           Sejarah telah menjelaskan kepada kita Umat Muhammad, bahawa didikan Rasullullah SAW telah melahirkan sahabat-sahabat hebat seperti.. Saidina Abu Bakar, Saidina Omar Al Khattab, Saidina Othman bin Affan serta Saidina Ali bin Abi Talib., serta sahabat2 lain lagi yang juga punayi sifat keimanan yang kukuh dan ampuh. Sejarah juga telah melakarkan lahirnya ulama-ulama besar seperti Imam Shafie da Imam Al Ghazali adalah hasil tarbiah dan didikan seorang yang bernama GURU.

5.           Lipatan Sejarah juga memaparkan kepada kita tentang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fated yang disebut dalam hadith shahih Nabi SAW, yang maksudnya :-
“ Akan dibebaskan Kota Konstantinopel itu, maka sebaik-baik raja, itulah rajanya dan sebaik-baiktentera itulah tenteranya” – Riwayat Imam Ahmad.

6.           Kota konstantinopel akhirnya dapat ditawan oleh Seorang Raja semuda 21 tahun hasil didikan dan asuhan ulama tersohor yang menjadi murabbi beliau. Melalui ini, masyarakat perlu berfikir, peri pentingnya kewujudan “GURU” dalam kehidupan Komunit seharian. Terdapat pepatah Arab tua yang menyatakan “ Tugas seorang guru itu hamper-hampir menyamai tugas seorang Rasul”


PenPenutup dan Kesimpulannya.

Dikala kita melihat betapa masyarakat generasi kini semakin lama semakin terpesong dari akhlak dan budaya Islam. Sebahagian murid sudah tidak melihat GURU sebagai individu yang patut dihormati, bahklan segelintar dalam kalangan mereka berani mengherdik, mengugut bahkan memukul guru. Keadaan sedemikian adalah disebabkan kurangnya keberkatan Ilmu yang yang diperolehi oleh murid, sedangkan mereka saban hari didedahkan dengan Ilmu Agama dan akhlak.

Dimanakah silapnya?

Oleh itu, seandainya kita menyingkap sejarah yang dilalui olh genarasi " Salafus Solih ” terdahulu, maka kita akan dapati betapa generasi terdahulu sangat menitikberatkan persoalan adab didalam menuntut ilmu. Jesteru itu, mereka Berjaya mengecap nikmat barakah ilmu yang akhirnya melahirkan genarasi Islam yang digeruni diseluruh pelusok dunia, termasuk oleh pihak musuh Islam itu sendiri.

Inilah dia suatu bentuk kekuatan hasil daripada keberkatan Ilmu yang dikecapi oleh mereka. Keberkhatan Ilmu ini terhasil daripada adabnya seorang murid terhadap gurunya, diantaranya ialah dengan cara melihat gurunya itu dengan pandangan hormat serta memuliakan.

Untuk mencapai matlamat kependidikan di Tanah Melayu agar sesuai untuk melahirkan Generasi yang beradap, bersopan serta berintegriti beberapa perkara ini wajar Kementerian Pendidikan & Pelajaran mengambil inisiatif yang perlu dan strategic seperti:-

1.       1. .    Kurangnya Pengetahuan Tentang Sejarah Negera Sendiri menjadikan mereka alpha dan hilang jatidiri. Kementerian Pendidikan & Pelajaran WAJIB memasukkan dalam kurikulum semula pelajaran Sejarah ini.
   
2.       2.       Mata Pelajaran Agama dan Sivik bagi yang bukan Islam, bukan sekadar sambil lewa. Mata Pelajaran ini sewajarnya menjadi satu Mata Pelajaran Wajib, kerana ia akan menjadikan murid mentelaah pelajaran tersebut sewajar demi pembelajaran dan peperiksaan dan akhirnya mereka faham apa itu Agama serta pendisiplinan diri untuk membawa diri hidup bermasyarakat, dengan penuh sifat tanggungjawab, amanah serta bersih perilaku dalam kehidupan mereka, waima dari Bangsa dan Agama pun mereka datang.

3.      3.   Kementerian Pendidikan & Pelajaran serta Nazir2 di Daerah2 perlu lebih peka akan keperluan GURU2 di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh dan Berprestasi Tinggi ini, saya melihat GURU disekolah2 berkenaan terlampau dibebani dengan tanggungjawab yang besar dan melampau dan tidak balance diantara satu guru dgn guru yang lain… Terdapat Mata Pelajaran yang penting tidak punyai Guru yang secukupnya kerana pencen ataupun cuti bersalin.. Kenapa pihak Pengetua dan Nazir tidak melihat ini sebagai focus utama untuk diselesaikan?.. Bukan sahaj tugas mengajar perlu dilakukan malah berbagai ko-kurikulum pun masih diberikan tugas kpd seorang guru.. dimana silapnya tidorkah Pengetua ataupun Nazir di Pejabat Pelajaran Negeri dan Derah? Jangan kita cakap mahukan keputusan yang terbaik jika Pegawai2 Kanan tidak ambil peka terhadap beban ini. Ingat, kita makan gaji biarlah secara bersih, ikhlas dan halal.. tanggungjawab wajar dilakukan secara bersama dan saksama.

4.    4.   Terdapat juga sungutan di sekolah-sekolah berprestij ini.. dimana persatuan Ibubapa dan Gurunya amat mendominasikan segala peranan dan peruntukan sekolah2.. Al-maklum bahawa “Ex-student/Allumni” disini memang hebat2 dan berjawatan tinggi di perkhidmatan awam mahupun swasta, jadi dengan kedudukan itu mereka menjadi lebih spoken dlm pentadbiran sekolah dan ini amat menjejaskan prestasi sekolah dan murid.

5.   5.   Kenapa Sekolah Berprestasi Tinggi ini tidak mencapai peratus markah yang sewajarnya didalam Peperiksaan penting seperti PMR dan SPM, jika dibandingkan dengan Sekolah2 biasa terutamanya Sekolah Jenis2 Kebangsaan Cina.. walaupun peratusan mereka tidak 100% tetapi mereka mendapat ramai yang A+++ disetiap mata2 pelajaran penting, seperti Matemati, Sains, Fizik, Kimia, Biology, Perakaunan dll.. kenapa? Kenapa Pejabat Pendidikan Negeri tidak mengambil inisiatif dalam perkara sebegini?.



6.        6.     Apa pun jawapan di atas.. satu sahaja penyelamat kepada Generasi Melayu dan Islam di Tanah Melayu serta Generasi Y nya sentiasa terjamin, adalah meletakkan ISLAM dihadapan dalam Sistem Pembelajaran kita, bukan ditengah2 mahupun di belakang.. Ingat tulisan diatas bagaimana Rasullullah mendidik Budaya Islam menjadi Budaya Terhebat? Ulama nya mendidik Seorang Raja yang akhirnya menumbangkan Kota Konstantinopel ? Itulah budaya dan pembelajaran Islam yang Syumul.  Mari kita kea rah itu. PM Najib juga WAJIB membawa Kepimpinannya  kearah Islam sejati yang mendapat keredhaan oleh Allah… bukan keredhaan manusia.- Wallahuaklam.

Thursday, May 15, 2014

KEMANA ARAH TUJU GENERASI Y TANAH MELAYU

KEMANA ARAH TUJU GENERASI Y TANAH MELAYU
[ AMBIL CONTOH APA YANG BERLAKU DI BURMA SEKARAN ]

Lihat.. wahai Anak-Anak Watan Tanah Melayu... Perkara ini mustahil akan berlaku di Malaysia.. sekiranya Melayu dan Islam semakin lemah di Tanah Air sendiri...Bangsa Melayu akan merempat di Tanah Air sendiri dek kerakusan Kepimpinan yang ada untuk menjada temboloknya sendiri tanpa memikirkan kesan dan akibat 'Gegala Rasuah" dan "Salah guna kuasa" yang mereka lakukan.. Ingat, selagi Ekonomi Tanah Melayu tidak kita jajahi semula dan kembali Bangsa Melayu punyai harta masa depan.. maka selagi itu Bangsa Melayu akan parah.., lemah dan menjalang di tanah air sendiri..

Lihat DAP sudah mempergunakan Anak-Anak Muda Melayu dan si BAHALUL ini sudah lupa daratan kerana "Wang yg Masuk dalam Kantong die dan Keluarga" Melayu boleh dibeli.. yang menjadikan ia jijik.. apabila Si Dyna sendiri boleh menyanggah segala usaha Kerajaan yang membantunya dan lain2 selama ini. Contoh PTPTN jika tidak diujudkan TIDAK ramai anak2 Melayu yg mampu ke belajar di Menara Gading.

DAP juga sudah berani bersuara Plurism Beragama -- iaitu dibolehkan Melayu Islam kahwin dgn bukan Islam tanpa menukar Agama Asal mereka ke Islam - [ kerana die sudah mengintai2 Dara Dyna Sofea... begitu juga dgn Nurul Izzah dgn Tian Chua..

Apa akan jadi dengan Bangsa Melayu, Kesultanan Melayu dan Ketuanan Melayu, Ekonomi Melayu dan yang paling berharga adalah Tanah Bumi Melayu, Tanah Tumpah Darahku, Islam di Nusantara Melayu...

Lihat.. dek kuasa Politik ..yg leka telah menjadikan Tanah Milik Bumiputra di Pasar Seni beralih tangan dari Bumiputra ke Bukan bumi Putra kerana Kegagalan Perniagaan ataupun memang dirancang.. Uda WAJIB di susun semula. Jika tidak tiada habis tanah Melayu dibandar2 di lelong sesuka hati mereka.

Apapun natijahnya.. Kaum Melayu kena Bangkit.. Pertamanya Bersatu Pada di bawah Payung Islam.. Melayu hanya dapat bersatu dibawah laungan Kalimah Islam. so, kembalilah kepada Islam.

PM Najib juga wajar, mulai sekarang pilihlah rakan2 Pentadbir yang lebih menjurus kepada Islam dan mereka yang sudah jauh melencong dan kealpaan wajar disisihkan DEMI Islam.
PM Najib sebagai "KHALIFAH UMAT ISLAM TANAH MELAYU" amat wajar merencanakan segala pergerakan dan perjalanan pentadbiran ke arah kehendak Islam yg syumul. Insya Allah, ALLAH akan bantu setiap makhluknya yang mahu untuk kembali ke Jalan NYa.

Amien- Wallahuaklam.
اطفآل المسلمين في بورمآ

لآ تخرج قبل ان تقول حسبي الله ونعم الوكيل  .

Muslim children in Burma
We apologize for publishing this image, but the world .must know what is happening in Burma
 — with Sherwan Mziry.

Saturday, May 10, 2014

TAHUN KE 68 KELAHIRAN UMNO DI TANAH MELAYU.

TAHUN KE 68 KELAHIRAN UMNO DI TANAH MELAYU.
[ Ikhsan dari Nukilan Ybhg Dato Sani Supi - Otai UMNO ]

SEBUAH NUKILAN BERSEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN UMNO KE 68, PADA 11 MEI 2014.

ENGKAU LAHIR DIATAS LINANGAN AIR MATA BANGSA YANG DIMUSIM ITU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI. 

ENGKAU MENJADI SAKSI KEREKAHAN BUMI YANG DISEDUT HASILNYA OLEH PENDATANG YANG TAK TAHU MEMBALAS BUDI,

ENGKAU MENJADI SAKSI TANAH SUBUR DIBUMI BERTUAH INI DITEROKA SESUKA HATI
DAN ENGKAU MENJADI SAKSI PRIBUMI BERTUANKAN PENDATANG YANG MENJAJAH NEGERI.


UMNO ADALAH PENYATU
UMNO ADALAH PENEBUS
UMNO ADALAH BENTENG
DAN UMNO ADALAH PEJUANG TULEN MENEBUS NASIB BANGSA!

JIKA ADA PADA HARI INI ANAK KAMPUNG JADI DATO’ BANDAR
ANAK DESA JADI ORANG PINTAR
ANAK MISKIN JADI SAUDAGAR BESAR
ANAK NELAYAN JADI MENTERI BESAR
ANAK PETANI TIDAK LAGI HIDUP SUKAR

SEJARAH MEREKA BERMULA DARI PERJUANGAN UMNO YANG TAK PERNAH PUDAR.
KINI 68 TAHUN HAYATMU
TERUS BERJUANG TANPA JEMU

************************************************************************

Namun adakah mereka itu sedar dari mana asal, adakah Amanah Allah itu mereka laksanakan
dengan Amanah, Jujur dan Bertanggung jawab DEMI Bangsamu Melayu dan Agamamu. PADANG MASYAR tempat kita bertimbang tara dan ALLAH jadi penentunya.. Insaflah wahai Bangsaku Melayu...

OLEH ITU, INSAFLAH WAHAI BANGSAKU MELAYU.... BERSATULAH KAMU KERANA KEKUATAN HANYA DICAPAI DENGAN PENYATUAN... JANGAN LEKA DAN TERUS TERTIPU DI ATAS DASAR PECAH DAN PERINTAH YANG MEREKA LAKUKAN... DAKYAH MEREKA DAKYAH BERTUAN.. DAN BERTOPRNGKAN SYAITAN.. YANG SENTIASA TIDAK SENANG KEDAMAIAN YANG KITA CIPTAKAN.. DEMI ANAK NUSA DAN BANGSA YANG DERMAWAN..

KERANA DEMI PERTIWIKU... KAMI RELA KORBAN BAIK HARTA ATAUPUN NYAWA ASAL KITA BERPIJAK DENGAN " BIAR PUTIH TULANG AGAR JANGAN KITA BERPUTIH MATA" ITULAH SUMPAH PEJUANG-PEJUANG ANAK WATAN BANGSAKU MELAYU DEMI PERTIWIKU - PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG LEBIH ENAK DAN MOLEK DI DENGAR DARI NAMA MALAYSIA  - YANG MEMBERI ERTI BANGSAKU MELAYU MATI... ALANGKAH KHIANATNYA PENDATANG YANG " TELUNJUK LURUS TETAPI KELINGKING BERKAIT.... SEDAR DAN INSAFLAH WAHAI BANGSAKU MELAYU.. AMIEN.




WAHAI BANGSAKU MELAYU.... LIHAT GELAGAT PENGKHIANATAN SEPERTI 
 
" MUSUH DALAM SELIMUT   - GUNTING DALAM LIPATAN - API DALAM SEKAM - 
LIDAH BERCABANG "  ITULAG MEREKA... 

APA KONKLUSINYA DI SINI - INGAT ALLAH TELAH BERFIRMAN LEBIH KURANG BEGINI TAFSIRANNYA 

" WAHAI MANUSIA BERPEGANG TEGUH LAH DENGAN TALI TEMALI ALLAH DAN JANGAN SESEKALI ENGKAU BERCERAI BERAI... KERANA PERSENGKATAAN DIANTARA KAMU ITU AKAN MEMBUATKAN KAMU LEMAH DAN MUSUH MUDAH MENGHANCURKANMU "

KENAPA KAMU MASIH TIDAK MENGGUNAKAN AKAL FIKIRANMU YANG WARAS... ADAKAH ENGKAU LEBIH SUKA MEMILIH UNTUK KE NERAKA ALLAH?



IBARAT HANYA MENANAM TEBU DI BIBIR MULUT JER TAPI KELINGKING BERKAIT.

i

CAKAP HEBAT CAT DAN TIDAK MENDULUKAN DIRI SENDIRI - APA KESUDAHANNYA.. INI APA? SEDANGKAN PM PUN MASIH MENGGUNAKAN PROTON... BABI CELANAT PUNYA CINA DAP
SO ... MELAYU PENANG APA LAGI MASIH MAU DOK DIBAWAH CELAKA LATNAK INI?