Mari kita lihat apa yg dikeluh kesahkan oleh Tun Mahathir terhadap sebilangar besar Pemimpin dan Pengikut Pemimpin UMNO dan Kerajaan masa kini.. Ia lebih simbolik dan bukan lar lebih menyindir DS Najib.. sebenarnya Tun Mahathir menyindir sebilangar besar para pemimpin disekeliling DS NAJIB yg hanya "Yes Man" tanpa memikir musibah disebalik "Anggokan Kepala" tanpa gunakan akal yg waras untuk berdiskusi demi kebaikan Negara.
Ini sebahagian keluhan Tun!....
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik
balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
Bekas perdana
menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian
kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Saya tidak
ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh
itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di
blognya, www.chedet.cc.
"Harapan saya
Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13.
Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar
atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga
pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib,"
katanya.
Dr Mahathir
berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi
lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.
"Pilihan saya
bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan
tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.
"Sesungguhnya
banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang
merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara,"
katanya menerusi blog popularnya itu.
Dr Mahathir
berkata, kelemahan pentadbiran Najib disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah
menegur pemimpin.
"Jikalau tiada
siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh
Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana
menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
"Bukanlah saya
tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya,"
katanya.
Beliau berkata,
kesalahan pertama Najib adalah apabila beliau melayan tuntutan musuh.
"ISA dan
undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun
mengurangkan tentangan parti lawan.
"Sebaliknya
jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng,"
katanya.
Dr Mahathir juga
tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk
kepada negara-negara jiran.
"Wang kerajaan
diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.
"Ini
menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk
segala-galanya," katanya.
Dalam PRU13 lalu,
pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya
mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008. – 18 Ogos, 2014.
Pengajaran Dari Teguran tersebut...
1. Saya didapati bhw artikel No. 1 hingga ke 17 adalah lebih berkisar dgn kedangkalan para pemimpin yg "YES MAN"... suka mengampu dan mengipas... tetapi .. perbuatan itu lebih merosakkan keadaan dan tidak baik untuk Pembangunan Negeri/Negara, yang memerlukan satu pendekatan atau anjakan Paradigma untuk terus terkehadapan berbanding Negara2 lain disekeliling kita. Teguran Tun Mahathir adalah lebih kurang sama "Teguran Tuanku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah.. apabila Tuanku menempelak para pembesar Negeri Perak dgn titahnya... "TELL ME THE TRUTH DONT HIDE ANYTHING" Tuanku amat murka banyak perkara yg tidak dimaklumkan oleh pembesar2 Negeri, semua hanya berkisar yg elok2 shj, TETAPI sebaliknya banyak rungutan rakyat yg tidak dimabilkira dalam Pemerintahan Negeri terutamnya dalam hal perumahan dan agihan kerja serta penopolian khazanah dan hasil mansul galian Negeri Perak, oleh kunco2 org2 tertentu...
2. Semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bhg Tapah 2014 baru2 ini juga YB DS Hishamudin, Menteri Pertahanan.. juga menegaskan disamping warga UMNO bercakap benar, mereka juga wajar patuh dan akur dengan Kepimpinan Parti selagi Kepimpinan tidak melakukan kesalahan yg besar spt pecah Amanah, menjadi petualang kpd Generasi dan Bangsa dan Agamanya.. seperti apa yg berlaku ketika Dato beliau iaitu Allahyarham Dato Onn .. satu ketika dahulu.
3. Legasi Kepimpinan Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia sewajarnya terus dipegang oleh Legasi Pemerintahan dan Kepimpinan Melayu dan Islam. Ambillah petunjuk kpd Benua Arab, apa yg terjadi bila satu persatu Negara Islam yg gagah dan kaya raya akhirnya hancur dek propanganda Amerika dgn konsep "Ala Demokrasi" yang berlebelkan zionist. Saya mohon rakyat Melayu Islam perhatikan ini dan buatlah sebagai sempadan didalam membuat segala perhitungan kuasa kepimpinan politik Negara dan sepertimana kecelaruan yg berlaku di Selangor sekarang.
4. Saya merasakan bhw satu PRN- Pemilihan raya Negeri akan berlaku krn ketamakan dan kemaruk manusia yg bernama Al Juburi yg mahukan Isteri beliau sendiri sebagai MB Selangor, sedangkan sebagai Islam dan tentunya Paduka Seri Sultan Selangor tidak akan sesekali membenarkan Negeri Selangor ber Menteri Besarkan seorang Wanita.... Memang sesuatu yg mengaibkan Selangor jika sebagai Islam pun tidak memahami dan menuruti kehendak dan hukum Agama Islam. Adakah Negeri Selangor sudah "Ketandusan Kepimpinan Lelaki yg Waras dan Jantan, sehingga sanggup nak bermenteri Besarkan seorang Wanita yb bukan kelahiran Selangor atau Malaysia malah lahir dr Negara Singapura yg bersama taraf dgn Israel Laknatullah.???? - Umat Islam Selangor fikir2 kan lah.....
Teguran Tun Mahathir - By: Tun Dr Mahathir
Aug18th
1. Ada orang yang
memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan
pemerintahannya.
2. Saya tidak akan
menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan
sekarang.
3. Saya menegur
kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala
yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja
barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya
mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan
ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas
segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada
perintahnya.
5 Alkesah, maka
pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi
laut.
6. Air sedang
pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air
pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka,
“Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”
8. Maka raja pun
menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut
itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada
dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi
cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur
raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja
masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua
angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
12. Hanya seorang
budak yang berkata, “Tuanku bogel.”
13. Maka raja pun
murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh
dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu
mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka.
Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak
tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
16. Saya lihat
bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas
bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di
belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya
berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan
tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat
menegur Tunku.
18. Walaupun
kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana
Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur
diri.
19. Demikian juga
dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana
prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak
jawatan.
20. Saya sendiri
pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar
bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya
jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya
bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama
dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun
Abdullah.
22. Saya tidak
sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun
Abdullah.
23. Harapan saya
Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam
Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa
perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan
pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara
langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada
pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh
itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya
yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan
musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit
pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah
dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga
dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun
tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat
kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak
diberi layanan yang saksama.
28. Wang Kerajaan
diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum
diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk
segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah
wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini.
Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran
tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan
Negara.
29. Dasar ekonomi
mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan
diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah
sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum
dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan
perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya
banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib
yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini
disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada
siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh
Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai.
Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya
tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
[ MAJLIS MESYUARAT AGONG UMNO BHG TAPAH 2014 YG DIRASMIKAN OLEH YB DATO SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSIN ONN.]