FASA
KEDUA
Sambunga artikel :
i.
Perspektif Ekonomi [ politik & ekonomi tidak dapat dipisahkan ]
Perspektif
ekonomi ini wajar kita huraikan dengan panjang lebar kerana akan menyentuh
tentang dasar-dasar Kerajaan yang dilaksanakan bagi tujuan menstabilkan perbezaan polarasi jurang kekayaan ekonomi di antara
kaum di Malaysia. Walaupun kaum Melayu merupakan penduduk asal dan punyai
taburan 65% dari keseluruhan rakyatnya, namun kekayaan ekonomi Negara TIDAK
menjurus kepada Bangsa yang menjadi majority penduduk dan paling malang ia
telah jatuh kebawah lagi di tangga ke 3 yang telah didominasikan oleh Kaum Cina
dan India.
Kenapa dan
Mengapa ia berlaku ?
Semenjak belum
merdeka lagi ekonomi Malaysia bersandarkan pertanian dan tidak menonjol di
nusantara ini. Namun, setelah Tanah Melayu dibawah pemerintahan British dan
berlakunya zaman perindustrian, kita ikuti serba sedikit kronology/urutan
sejarah terhadap Ekonomi & Politik yang berpisah tiada!.
Politik Tanah Melayu Selepas Kemerdekaan [ menjurus juga kesan
EKONOMI TM – TANAH MELAYU ]
- Darurat 1948-1960
Darurat atau The Emergency telah dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya
Tinggi British Sir Edward Gent berikutan pembunuhan 3 orang Eropah di sungai
Siput, Perak, yang merupakan kemuncak keganasan komunis di Tanah Melayu. PKM mempunyai
sokongan daripada bekas ahli MPAJA. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada
1948 benar-benar mengecewakan PKM kerana hasrat mereka ingin menubuhkan
Republik Komunis Malaya gagal. Oleh yang demikian, mereka melancarkan serangan
gerila ke atas sasaran penting PTM ketika itu. PKM dipimpin oleh Chin Peng.
Untuk kepentingan PKM, ia telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga
Rakyat) dan AMCJA (All Malayan Council Of Joint Action) untuk menentang
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi gagal. PKM ingin merampas PTM dalam 3
peringkat:-
- Menyerang estet, lombong dan kawasan terpencil.
- Apabila kawasan tersebut telah kosong, mereka akan
menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pentadbiran dan latihan dan
dinamakan kawasan yang telah `dibebaskan’
- Menyerang dan memusnahkan ekonomi imperialis,
pertahanan dan merampas kawasan yang didiami oleh Inggeris. Apabila
Inggeris tewas maka pengisytiharan Republik Komunis malaya akan dibuat.
Tindakbalas Kerajaan
a) Tahap pertama 1945-51
Pada peringkat awal, Inggeris gagal mengawal keadaan dan
menyebabkan keadaan yang huru-hara. Pada peringkat ini juga keanggotaan PKM
bertambah dari 4000 hinggalah 12000 pada tahun 1951.
Pada tahun 1949, Inggeris telah memperkenalkan Pendaftaran Negara
dan mengeluarkan kad pengenalan. Rancangan Briggs telah diperkenalkan dengan
memindahkan rakyat yang tinggal di pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
(Kampung Baru) pada tahun 1950. Rancangan Briggs telah berjaya memindahkan
lebih setengah juta orang dan melumpuhkan strategi PKM yang sering mendapatkan/memeras
bantuan dari orang kampung. Kekuatan Tentera dan polis juga ditambah sekali
ganda. Kalau pada 1948 hanya 40 ribu askar sahaja dari sepuluh Batalion
Infantri, ia telah ditambah menjadi 20 Batalion dan PPH telah ditubuhkan untuk
membantu.
b)Tahap kedua 1952-1955
Inggeris melaksanakan `Perang Urat Saraf’ sebagai sebahagian
daripada tektik psikologinya. Sir Gerald Templer telah menggantikan Henry
Gurney dan melakukan lawatan ke seluruh negara memebrikan semangat. Tektik ini
telah berjaya. Kawasan yang telah selamat dinamakan `kawasan putih’ dan yang
masih lagi berbahaya dinamakan `kawasan hitam’.
Untuk memikat hati rakyat, kemudahan baru disediakan seperti
bekalan elektrik, paip air dan sekolah serta klinik. Menjelang 1953, telah
ramai ahli PKM yang menyerah diri dan Chin Peng terpaksa berundur ke selatah
Thailand.
c)
Tahap ketiga 1955-1960
Pada masa ini, keadaan telah bertambah pulih. Pemergian Misi
Kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul rahman telah melemahkan lagi PKM.
Ahlinya hanya tinggal 1500 orang sahaja. Rundingan Baling telah diadakan tetapi
Chin Peng enggan menyerah kalah. Pada 1955, untuk mengukuhkan lagi angkatan
tentera, Briged Infantri Komenwel telah ditubuhkan yang mengandungi tentera
dari Australia, New Zealand dan British.
Darurat diisytiharkan tamat pada 1 Julai 1960 setelah hampir
seluruh negara telah menjadi `kawasan putih’.
Penubuhan Malaysia 1963
Melihat kepada kejayaan kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul
Rahman mempunyai agenda yang seterusnya untuk menyatukan Singapura, Borneo
Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam TM. Ini adalah untuk lebih memantapkan lagi
persekutuan yang telah ada. Kemasukan Singapura sahaja akan merosakkan nisbah
kaum Melayu-Cina, oleh itu Sabah, Sarawak dan Brunei juga perlu ditarik masuk.
Walaupun cadangan ini ditolak keras oleh beberapa tokoh tempatan seperti
Ibrahim Yaacob yang ingin bergabung dengan Indonesia, namun ia tetap
diteruskan.
Faedah Penggabungan
- Singapura melihat langkah ini sebagai memberi
keuntungan kepadanya kerana ini adalah peluang awal untuk Singapura keluar
merdeka dari jajahan British.
- Pengembangan sektor ekonomi ke
Semenanjung.
- Bekalan air yang berterusan
dari Johor.
- Bebas menggunakan tambak Johor.
- Sabah dan Sarawak mengharapkan layanan yang lebih
istimewa apabila memasuki Malaysia
- Ini juga adalah jalan pintas
untuk mencapai kemerdekaan
- Golongan bumiputra
Sabah/Sarawak berharap dapat lebih terlibat dalam pentadbiran negeri
masing-masing.
Suruhanjaya Cobbold
- Suruhanjaya ini ditubuhkan pada
bulan November 1961 untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
tentang kemasukan mereka ke Malaysia.
- Ia diketuai oleh Lord Cobbold
dan telah menjalankan soal selidk dari bulan Febuari hingga pertengahan
April 1962
- Telah menemui 4000 orang dan
menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan
pada bulan Jun 1962.
- Majoriti rakyat Sarawak dan
Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan
bahasa rasmi
Penolakan Brunei
- Brunei tidak bersetuju untuk
menyertai Malaysia kerana mendapat tentangan yang hebat dari rakyatnya
khususnya dari Parti Rakyat Brunei yang membuat pemberontakan pada 7 Feb
1962.
- Brunei enggan membayar cukai
atas pendapatan minyaknya
- Sultan Brunei inginkan
kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi YDPA.
Konfrantasi
Malaysia-Indonesia
- Wujud akibat penubuhan
Malaysia.
- Presiden Sukarno kecewa kerana
ini menghancurkan harapan untuk menubuhkan Indonesia Raya.
- Kempen Ganyang Malaysia
dilancarkan… terjadi pertembungan ekonomi, sosial dan politik serta
ketenteraan.
- Tamat apabila Suharto mengambil
alih
Singapura Disingkirkan
- Pada 9 Ogos 1965, Singapura
telah dipisahkan dari Malaysia atas sebab-sebab:-
- A) politik
- Persaingan antara MCA dan PAP-
PAP ingin menggantikan MCA
- Hubungan UMNO dan PAP renggang
- Kengganan PAP mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan
Raja-raja
- Penubuhan Konvensi Perpaduan
Malaysia untuk menandingi Parti Perikatan.
- B) Perkauman
- Imbangan perkauman yang tidak
stabil
- Cara menangani masalah perkauman
yang berbeza. PAP ingin highlight dah buat analisa terbuka manakal
Perikatan ingin tangani secara tertutup.
- C) Ekonomi
- Persaingan kilang Singapura dan
TM
- Enggan menyumbang 40% beban
pertahanan
- Tidak puashati dengan dasar
cukai
Politik Selepas Kemerdekaan
Pergeseran Perkauman
- Politik adalah sebab utama. Pengisytiharan
Malaysia dan kemasukan Singapura telah melihat pertembungan Melayu-Cina.
Rakyat Cina bertambah dan enggan mengiktiraf hak istimewa orang melayu. PAP memainkan peranan membakar perselisihan kaum pada
awalnya sebelum Singapura keluar dari Malaysia.
- DAP dan GERAKAN telah
mengadakan perarakan setelah Perikatan merosot majoriti dalam pilihanraya
1969. Ucapan kempen pemimpin DAP juga tidak sensitif pada perasaan kaum
lain. Perarakan provikatif inilah yang merupakan sebab utama meletusnya
tragedi 13 Mei 1969.
- Dari aspek ekonomi, kesan penjajahan Inggeris telah
menghasilkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum. Melayu di kampung,
imigran Cina di bandar dan India di estet. Akibatnya orang Melayu hidup
miskin manakal Cina kaya di bandar.
- Penubuhan FELDA, MARA dan FAMA telah mengancam
kedudukan ekonomi kaum Cina dan pra sangka yang buruk.
- Dari aspek sosial, soal kerakyatan dan prinsip jus soli
telah menaembelingkan penguasaan orang Melayu dalam politik dan sosial
tempatan. Kaum Cina menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Perkaitan antara PKM dan Cina telah menimbulkan rasa syak wasangka
orang Melayu. Pertembungan budaya juga adalah faktor tambahan.
Kesan 13 Mei
- Keadaan huru hara menyebabkan YDPA atas nasihat Perdana
Menteri mengisytiharkan Darurat dan membubarkan Parlimen pada 16 Mei 1969.
Pilihanraya di Sabah dan Sarawak telah ditangguhkan.
- Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
telah ditubuhkan pada 17 mei 1969. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai
pengerusi MAGERAN. Ahli lain adalah Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun
G.T. Sambanthan, Dato’ Hamzah Abu Samah, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri
Abd Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleih Ismail dan Jeneral Tunku Osman
Tunku Mohd. Jiwa.
- Penubuhan Majlis Muhibbah dan Majlis Perpaduan Negara
untuk membincangkan hal-hal perpaduan. Majlis Perundingan Negara juga
telah ditubuhkan pada 20 Jan 1970 untuk menasihat MAGERAN. Ia diwakili
UMNO, MCA, MIC, wakil agama, badan professional dan lain-lain.
- Konsep Rukun Negara diperkenalkan pada 1970.
- Pindaan Perlembagaan
telah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah ianya dibuka kembali pada 23
Feb 1971. Perkara-perkara sensitif seperti perkara 181(kuasa dan taraf
raja), perkara 153 (hak istimewa Melayu),perkara 152 ( bahasa kebangsaan )
dan berkaitan agam Islam tidak boleh dipertikaikan lagi.
- Barisan Nasional telah
ditubuhkan yang mempunyai 10 parti termasuk PAS pada 1971 atas inisiatif
Tun Abd Razak.
Dasar Pembangunan Ekonomi Negara
Ianya bermula sejak sebelum merdeka lagi. Fasa pertama adalah
Rangka Rancangan Pembanguna Persekutun Tanah Melayu (1950-55) dan sebahagian
Rancangan Malaya Pertama (RM1) 1956-60. Fasa kedua RM2 1961-65, Rancanagn
Malaysia Pertama (RM1) 1966-70, RM 2 (1971-75), RM 3 (1976-80), RM 4 (1981-85),
RM 5 (1986-1990), RM 6 (1991-1995) dan RM 7 (1996-2000)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) adalah perancangan
janka panjang kerajaan dari tahun 1970-1990. Ianya diikuti oleh RRJP2
(1991-2000).
Perlancaran Dasar Ekonomi
Baru (DEB) di bawah RRJP1 adalah bertujuan untuk mengimbangi kepincangan
ekonomi orang Melayu dengan mengambil pengajaran dari peristiwa 13 Mei 1969.
Ianya dijalankan berperingkat dari 1971-1990. Antara tujuan utama DEB adalah:-
- membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum
- menyususn dan mengimbang semula
masyarakat dari aspek ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi (Melayu bertani, Cina berniaga).
Antara strategi DEB
adalah:-
- Pengenalan sistem pekebun
koperatif, mini estet
- Mewujudkan program Hala Cara
Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar
- Pengenalan Dasar Urbanisasi
Negara
- Pengenalan Dasar Perindustrian
Berat Malaysia (HICOM,PERWAJA & PROTON)
- Dasar Penswastaan
Pencapaian RRJP1
- Dasar basmi kemiskinan kurang berjaya. Target 16.7%
tetapi menjelang 1990 hanyalah 17%.
- Penyusunan semula masyarakat dapat dilakukan tetapi
pada kadar perlahan.
- Target 30% dalam bidang
keushawanan dan pemilikan saham secara umum untuk kaum Melayu dan
bumiputera telah gagal dicapai dengan hanya 19.4% menjelang 1990.
- Dari aspek perpaduan negara, walaupun banyak kemajuan
dicapai tetapi gurisan lama masih lagi tidak dapat dilupakan.
Secara kasarnya , RRJP1
dan DEB kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya. Satu dasar baru menggantikan
DEB iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000
Pada dasarnya DPN dibawah RRJP2 ini mengekalkan
strategi asas DEB. Dimensi baru DPN adalah:-
- membasmi golongan termiskin
- perwujudan guna tenaga dan
pembangunan pesat sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputera
- meningkat keterlibatan pihak
swasta dalam proses penyusunan semula masyarakay Malaysia
- menumpukan kepada pembangunan
sumber manusia sebagai asas mencapai matlamat pertumbuhan dengan
pengagihan yang saksama.
Secara amnya, pencapaian RRJP2 masih lagi belum mencapai
matlamatnya walaupun terdapat banyak perubahan dan kemajuan. 4 sektor utama
negara iaitu perindustrian, pertanian, perkhidmatan dan perdagangan adalah
diberikan penekanan dengan pengenalan berbagai program dan bantuan oleh pihak
kerajaan.
Penekanan Dasar-Dasar pembangunan
Dalam tempoh Penekanan dasar
RM1 (1956-60) Productiviti pertanian
RM2 (1961-65) Pelbagai tanaman, kemudahan asas
RM3 (1966-70) Pembangunan luar bandar
- infrastruktur & -
Khidmat sosial
RRJP1 RML2 (1971-75)
Pembangunan dan kesaksamaan
(DEB) – Rangka Rancangan Jangka Panjang 1
RML3(1976-80) -Pembasmian kemiskian
RML4(1981-85) -Penyusunan semula
masyarakat
RML5(1986-90) seperti di atas
RRJP2 RML6(1991-95) Pembangunan seimbang
(DPN) RML7(1996-2000) – Ekonomi, Sosial, Negeri2 Melayu Bersekutu
& Tak Bersekutu
Penduduk Bandar & Luar Bandar
serta Pengagihan Ekonomi
[ RM1 & RM2 – Rancangan Malaya 1 & 2 –
Tahun 1956 – 1965 ]
[RMK3 – RMK7 – Rancangan Malaysia 3 –hingga 7 –
Tahun 1966 – 2000 ]
[RRJP 1 – Rangka Rancangan Jangka Pangjang 1 –
Tahun 1970 – 1990 ]
[RRJP2 – Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 – Tahun
1991- 2000 ]
[DPN – Dasar Pembangunan Negara – 1996 – 2000 ]
NOTA
Ulasan Bagaimana
Ekonomi Negara yang banyak dilaksanakan mengikut Dasar-Dasar Pembangunan
Ekonomi Mapan GAGAL [ a failure ] untuk
mencapai sasaran yang diharapkan, terutamanya dalam melahirkan ramai Usahawan
Melayu/Bumiputra yang boleh mengembangbiak peratusan Anak-Anak Melayu yang
berjaya hingga ke Peringkat Global serta meningkatkan taraf pendapatan Kaum
Melayu ?
Fakta dan
Faktor KETIRISAN PADA PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN seterusnya
MENGGAGALKAN PENAMBAHBAIKAN USAHAWAN MELAYU…!!!! GAGALNYA DEB DAN LAIN-LAIN
RANCANGAN JANGKA PANJANG YANG LAIN.
Siapa
Mereka?
Bangsaku Melayu juga yang jadi
Pengkhianat Agama dan Bangsa ! –
Golongan
Mana?
– Mereka yang punyai “Kuasa” Pemimpin
Melayu dan juga Penjawat Awam
Apa yang
mereka Cari?
– Rakus dan terbuai oleh nikmat dan Laba
dunia serta membelakangkan Ajaran Islam sebagai Ad-Din kehidupan.
Bagaimana Mahu
Mengatasinya – Bawa
mereka semua kembali menghayati dan melaksanakan Ajaran Islam dalam kehidupan.
Tarbiyah berterusan dan kuatkan Ukhwah sesama Islam. Umat Islam WAJIB berada
dibawah satu payong yang kuat samada di dalam Pentadbiran dan Kuasa Politik Melayu
Dalam Kepimpinan Negara. UMNO wajib berubah ATAU UMNO akan diubah.!!!
|
|
SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada
1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana
Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian,
Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen
pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d
izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau
Economic Transformation Programe (ETP).
Intipati kepada
ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.
MODEL EKONOMI BARU
Saya pernah bertanyakan
perkara ini dengan rakan-rakan dari kaum Cina. Adakah beliau merasa tidak
selesa dengan DEB atau DPN atau MED. Jawabnya secara umum, tidak. Mereka sama
sekali tidak merasa risau atau bimbang atau terganggu dengan agenda DEB, DPN
atau MEB kerana beliau mengakui bahawa dasar tersebut punya sebab yang boleh
diterima.
Realiti bahawa majoriti
penduduk Malaysia, lebih dari enam puluh peratus adalah kaum Bumiputera (lebih
lima puluh peratus adalah Melayu) dan kaum majoriti inilah yang paling diancam
kemiskinan. Justeru katanya, kaum Cina atau India juga, tidak pun merasa
cemburu atau merasa terancam, malah mereka boleh memahami dan menerimanya.
Namun, jelasnya lagi
bukan niat atau objektif dasar-dasar ini yang dipertikaikan, tetapi bagaimana
dasar ini dilaksana. Inilah juga yang disepakati oleh ramai rakan-rakan Melayu
yang lain.
Rekod lampau
Ratusan billion ringgit
telah dibelanjakan sejak Rancangan Malaysia kedua(1970-an)
untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan ini. Namun, bukan
sahaja objektifnya gagal dicapai malah jika ‘Melayu masih ingat’, ada
direkodkan berlakunya pelbagai skandal penyelewengan dalam kerajaan, sejak dari
zaman penswastaan Tun Mahathir ( kes MAS membabitkan Tan Sri Tajudin Ramli dan
krisis ekonomi 1997), zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi (Laporan Ketua Audit
Negara seperti kerugian yang ditanggung kerajaan akibat kelemahan mengurus
dalam projek keretapi berkembar Ipoh-Rawang) hinggalah ke zaman Najib (kes
pembelian kapal selam, peralatan tentera dan kes NFC).
Jika ‘Melayu masih
ingat’ pada tahun 2011, Global Financial Integrity melaporkan,
sekitar RM888 bilion ringgit wang haram mengalir keluar negara dari tahun
2000 hingga 2008. Ini belum termasuk laporan Ketua Audit Negara tentang
pelbagai lagi ketirisan akibat kecuaian pihak kerajaan, baik di peringkat
kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan dalam pelbagai projek yang
lain. Ini pun jika ‘Melayu masih ingat’.
Siri pendedahan dalam
laporan Ketua Audit Negara setiap tahun masih gagal membuahkan tindakan
drastik oleh kerajaan dalam menangani rasuah dan ketirisan dalam pengurusan
kerajaan. Juga, tidak ada banyak tindakan konkrit yang diambil oleh pihak
berkuasa, sebaliknya masih banyak kes dan pendakwaan yang berkaitan rasuah
masih tertangguh.
Peruntukan untuk
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus meningkat dalam bajet
setiap tahun, tetapi indeks persepsi rasuah oleh CPI Transparency International
(TI), telah meletakan Malaysia ditangga ke 60 pada 2011 yang mendapat
peruntukan sebanyak RM 203 juta berbanding RM 29 juta pada tahun 1996 ditangga
ke 26. Semuanya senario ini bermula
dengan dasar perlaksanaanya.
Apa jaminannya?
Ini memberi indikasi
bahawa apa jua dasar dengan apa pun namanya, apa jua slogan yang indah-indah
untuk apa jua tujuannya, tidak dapat menjamin tahap integriti dan akauntabiliti
yang tinggi dalam aspek pengurusan dan perlaksanaannya. Transformasi dalam
agenda sahaja tidak memadai sebaliknya Malaysia memerlukan reformasi sistem.
Pada 14/9/2013 Perdana Menteri DS Najib telah mengumumkan langkah untuk memperkasa ekonomi Bumiputera dalam bentuk dana dan latihan yang akan disalur dan digerakan
menerusi pelbagai agensi seperti TEKUN, IKBN, JPA, MARA, UiTM, Yayasan Wakaf Malaysia dan banyak lagi, yang menelan belanja ratusan
juta ringgit.
Ingat, Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera ini akan dilaksana dalam suasana budaya rasuah, sikap cuai dan
kronisme yang masih berleluasa, khususnya bagi mereka yang berkepentingan. Adakah kita yakin bahawa usaha-usaha murni ini
akan berjaya dan memastikan budaya “jijik dan lapuk” dapat di “tiadakan” ?
Ingin kita tegaskan lagi, apa pun dasar dan matlamatnya, rakyat
tidak menolaknya secara membuta tuli. Persoalannya mudah,
1.
Apakah ada jaminan dari PM bahawa kesemua dana yang akan
disalurkan ini akan selamat sampai ke kelompok sasaran tanpa berulangnya lagi
hal ketirisan dan rasuah?
2.
Dan, adakah jaminan bahawa mereka yang disasarkan untuk mendapat
latihan tambahan itu benar-benar dari golongan yang memerlukan?
Jika melihat dari
reputasi kerajaan BN selama ini, pastinya kita merasa bimbang dan ragu. Lihat
saja institusi seperti UiTM, dahulunya ditubuhkan fokus untuk membantu
Bumiputera luar bandar yang miskin, tetapi kini praktiknya seakan telah berubah.
Perubahan yang tidak berlandaskan perjuangan asal ianya ditubuhkan,
“nasionalism” telah lenyap bersama arus pembangunan dan pembudayaan wang dan
tokoh individu yang berkepentingan. Inilah masalahnya………..
Maka, jalan paling berkesan untuk ‘memperkasa’ ekonomi Bumiputera
adalah dengan ‘memperkasa’ aspek ketelusan (transparency), undang-undang dan
integriti demi memastikan budaya rasuah dan ketirisan dapat diperangi
habis-habisan.
“ Masalah ketirisan dan rasuah bukan sekadar mengurus persepsi
dengan slogan atau kata-kata indah tetapi ia perlu dilaksana dan dikuatkuasa
dengan segera. Tidak sukar, hanya memerlukan keberanian dan kesungguhan ”
Pada hemat saya, selaku Pemimpin Yang Bertanggungjawab dengan Amanah
Allah yang dipikul dipundak DS Najib selaku Perdana Menteri, bahawa beliau
tidak boleh berseorangan didalam melaksanakan tugas/amanah ini. DS Najib wajib
dibantu sepenuhnya oleh Kabinet pimpinannya dan dikemas dan digagahi dengan
Sistem Perundangan yang Ampuh. Sebagai Umat Islam Perundangan yang benar2 Ampuh
dan tidak menyimpang adalah dengan “Melaksanakan Perundangan Islam” dalam Pentadbiran Negara.
Perundangan Islam yang berciri “HUKUM HUDUD” amat wajar
dilaksanakan, kerana ia mencakupi segala aspek kehidupan. Ini adalah Tanah
Melayu dan Berpelembagaan Raja-Raja Melayu. Dan atas dasar dan sifat Majoriti
Penduduk Melayu Islamnya, adalah WAJIB perundangan ini dilaksanakan. Hanya dengan Sistem Perundangan ini yang akan
dapat mengubah Nasib dan Masa Depan Umat Melayu dan Islam di Tanahair yang
bernama Tanah Melayu – Federation of Malay State.
Nasihat saya, Wahai DS Najib Perdana Menteri yang kita semua
kasihi, bawa dan pimpinlah Tanah Melayu ini mengikut Acuan Yang Allah sarankan
sepertimana kalimah-kalimat Allah dalam AL-QURAN & HADITH NABI MUHAMMAD
SAW. Agar mudah kita berdepan dengan Allah dipadang Masyar nanti, sebelum ajal
kita dipanggil pergi – Amien.
Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain kata, Kalau tidak dengan sungguhnya.
No comments:
Post a Comment