MINGGU DAN BULAN TERAKHIR MENJELANG PRU 13 – SITUASI DI PERAK – AMARAN KEPADA MELAYU YANG MASIH BERCAKARAN SEDANGKAN “CINA DAP” SUDAH PASTI MILIKI 18 KERUSI MENJELANG PRU 13 !!!!!
Kapak amat terguris hati dan sedih dengan situasi Politik terkini di Negeri Perak. Persoalannya, adakah Kerajaan Perak akan masih KEKAL berada di tangan orang MELAYU/UMNO, yang sering berjiwa tenang, adil dan bertoleransi di setiap masa. Ia telah terbukti setelah lebih 50 tahun Bangsa ini memegang tampuk pemerintahan Negara/Negeri. Semua rakyat dapat hidup aman damai dan bebas mencari rezki dan mengaut kekayaan mengikut kerajinan dan keazaman masing-masing.
1. Bangsa Melayu juga wajar mengambil berat dan serius dalam pendekatan serta saranan yang di titahkan oleh DYMM Tuan Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah serta DYMM Raja Muda Perak, Tuanku Raja Nazrin mengenai nasib dan masa depan Bangsa Melayu di Perak dan di Malaysia amnya.
2. Kekalutan dan perpecahan Bangsa Melayu di Malaysia ini lebih menjurus kepada kehancuran sesuatu peradaban yang berharga dan langsung tidak membawa apa-apa pun faedah. Yang jelas, dengan perpecahan ini, ia menyebabkan Bangsa Melayu menjadi lemah, bacul dan hilang pegangan terhadap satu-satunya benteng yang tinggal terhadap keutuhan Bangsa Melayu di Tanah Air sendiri, iaitu “KUASA POLITIK, PEMERINTAHAN NEGARA DAN KEKUATAN AGAMA ISLAM”. Ia wajar dan wajib di jagai dan digalas oleh semua Bangsa Melayu.
3. Jawapan terhadap segala persoalan di atas adalah – “PENYATUAN MELAYU”. Ia satu-satunya kata-kata Keramat kepada setiap Bangsa Melayu agar dapat bersama-sama mendukung dan menjadikan ia satu realiti, tanpa berlengah dan menyesal di kemudian hari.
Bangsa Melayu wajar mengenepikan ketaksuban terhadap sesuatu ideologi politik yang mempergunakan:-
i. Agama demi kerakusan kuasa politik dengan imbuhan duniawi, serta
ii. Parti politik yang bersikap liberal dan berkiblatkan Neo-Nazi, Nasrani dan Yahudi Amerika.
Marilah wahai bangsaku Melayu, sebelum terlambat bersatulah demi keutuhan Bangsamu dan demi Agamamu Islam yang mulia ini.
4. Ingatlah wahai bangsaku Melayu di Negeri Perak, sebelum PRU 13 menjelang, kita sudahpun kalah dibeberapa kerusi kepada DAP, dan kita sendiri yakin dan tahu dimanakah kiblat dan arah tuju DAP selama ini. Apa yang jelas baru-baru ini, orang kuat DAP sanggup memperlekehkan warna kulit seseorang Insan, demi mahu memperjuangkan hak dan warna kulit yang serupa dengan beliau. Sudah pasti beliau dan kaumnya hanya mementingkan kaum mereka sahaja dan kemanisan gerak-geri mereka hanya dibibir sahaja. Itu lah realiti “CINA DAP”.
5. Kaum mereka akan tetap memberikan keutamaan kapada bangsanya dan tidak akan bertolak-ansur langsung walau seinci pun. Tidakkah kita ingat wahai Bangsa ku Melayu, sewaktu PM kita turun padang dan sama-sama menyusun batu-bata Sekolah Cina di Pilihanraya Parlimen di Selangor, dan PM turut meluluskan jutaan ringgit di situ, TETAPI sokongan pengundi mereka disitu amat2 mengecewakan. Peti Undi tersebut mengalami kekalahan agak teruk. Oleh itu, ia jelas walau PM sendiri yang turun padang, namun kiblat mereka adalah “bangsanya” sahaja. Jadi, apakah natijah yang kita pelajari disini.
6. Situasi di Perak skrg ini amat2 serius untuk di fikirkan oleh semua Umat Melayu Negeri ini. Jika kerusi DUN Perak sebanyak 59 buah, tetapi 18 sudah pasti memihak kepada mereka [DAP] kerana ia kawasan sinonim majoriti Cina, dan mereka hanya perlu tambahan 13 kerusi lagi untuk mendapat kemenangan dengan majoriti mudah dan memerintah Negeri Perak mengikut acuan mereka. Jika ia benar2 terjadi, kemana arah dan nasib majoriti Org Melayu, Kesultanan Melayu dan Agama Islam di Perak. Bagaimana pula kakitangan Melayu yang menjadi majoriti penjawat awamnya, sudah pasti mereka berada di hujung tanduk, kerana dasar DAP akan tetap mengurangkan jumlah bilangan kakitangan awam. DAP amat berdengki hati kerana penjawat awam sekarang adalah rata-ratanya Kaum Melayu.
7. Bangsaku Melayu wajar membuka minda dan berfikir semula dari realiti yang dipaparkan di atas dan ditunjukkan oleh tindakan mereka selama ini. Bangsa Melayu juga amat lemah dan semakin lemah bila terus- terusan berpecah menjadi empat [4] cabang, spt Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR dan ada juga yang bebal menjadi Melayu DAP laknatullah. Ada Melayu yang menjadi layu oleh imbuhan duit untuk menjadi boneka DAP bila dapat memerintah negeri. Mereka sanggup menggadai maruah bangsa dan menjadi petualang dan pengkhianat bangsa dan agama. Wajarkah tindakan mereka ini?
8. Sebelum terlambat dan nasi sudah menjadi bubur dan Negeri jatuh ketangan orang lain yang dahulunya dikenali sebagai “pendatang” dan agar Bangsaku tidak berputih mata, marilah di duduk dan saling bertaut antara satu sama lain. Kita buang yang keruh ambil yang jernih. Dengar lah nasihat dan titah Tuanku Sultan dan ambillah iktibar daripadanya.
9. Semoga Persidangan UMNO kali ini yang sedang berlangsung di PWTC agar membuka ruang untuk perbincangan yang serius dan dapat menanganinya dengan sebaik mungkin. Carilah titik permulaan demi permuafakatan yang hakiki dan sewajarnya Bangsaku Melayu bermuafakat dan bersatu hati agar menjadi satu Bangsa Melayu yang kuat, berdisiplin,tegas, cekal dan maju seiring dengan kemakmuran Negara. Jadikan Melayu menjadi wadah dan tampuk pemerintahan selaras dengan Islam Agamanya dan Syariat Islam ketemadunan dan perundangannya.
FAKTA KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 12 – 2008
Kerusi Jatuh ke tangan DAP [Majoriti Pengundi Kaum Cina dan India]
i. Pokok Assam
ii. Aulong
iii. Jalong
iv. Canning Garden
v. Tebing Tinggi
vi. Pasir Pinji
vii. Bercham
viii. Kepayang
ix. Buntong
x. Jelapang (Lompat Bebas)
xi. Menglembu
xii. Tronoh
xiii. Pantai Remis
xiv. Malim Nawar ( Lompat Bebas)
xv. Keranji
xvi. Sitiawan
xvii. Pasir Bedamar
xviii. Sungkai
Kerusi Jatuh ke tangan PKR – [ 7 kerusi ] [ Majoriti Pengundi 50/50 Cina/India/Melayu]
i. Kuala Kurau *
ii. Kuala Sepetang *
iii. Changkat Jering * [Lompat Bebas]
iv. Simpang Pulai *
v. Teja *
vi. Hutan Melintang *
vii. Behrang * [Lompat Bebas ]
Majoriti Pengundi Melayu – [6 kerusi] Majority Pengundi Melayu
i. Titi Serong *
ii. Gunung Semanggol *
iii. Selinsing *
iv. Lubuk Merbau *
v. Pasir Panjang *
vi. Changkat Jong *
NOTA: * Kawasan yang sewajarnya ditawan kembali oleh Barisan Nasioanl. Ia merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.
Wallahuaklam.
BACA LAH INTIPATI DI BAWAH INI.
FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).
Beliau juga Insan yg tidak henti2 berusaha keras untuk melihat Bangsa Melayu bersatu hati dan bersatu padu menggembeling tenaga dan kekuatan untuk sama-sama membangunkan Melaysia mengikut acuan kita sendiri.
NGO Melayu - Katalis penyatuan Melayu, Islam
USAHA untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.
Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili Pas secara keseluruhan.
Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. Pas yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.
UMNO pula perlu mengkaji segala alasan mengapa kata-kata sehingga boleh membawa persepsi 'durhaka pada Raja' itu dibuat oleh seorang kepimpinan tertinggi Pas di peringkat negeri.
Kalau hari ini UMNO begitu kuat melaungkan peri pentingnya ketaatan dan kedaulatan Raja Melayu, di ruang ini jugalah UMNO perlu buktikan kedudukannya dalam merealisasikan saranan Sultan Perak itu.
Dalam hal ini juga, perdebatan UMNO-Pas seperti yang dianjurkan oleh pemimpin muda sewaktu kempen pemilihan UMNO 2009 tidak sepatutnya berulang kerana ia menunjukkan ketidakmatangan dan menjarakkan lagi perbezaan UMNO-Pas.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.
Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi persatuan kami, usaha ke arah penggabungan UMNO-Pas adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan Pas secara majoriti mampu memberi sokongan solid undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.
Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-Pas hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.
Daripada perspektif hukum Islam pula, UMNO bukan sekadar menabur janji malahan telah membuktikan usahanya segiat mungkin ke arah pelaksanaan menurut sistem hukum Islam sepenuhnya.
Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.
Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan Pas untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.
Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.
Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.
Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.
Dalam dada-dada akhbar dan majalah media arus perdana juga sudah banyak membincangkan kedudukan hukum hudud yang sebenarnya sudah sedia dilaksanakan ke atas orang Islam dan Melayu melalui Undang-Undang Syariah Islam dan Kanun Keseksaan (Penal Code). Semoga kebaikan, keunikan dan kelebihan pelaksanaan hukum hudud ke atas orang Islam akhirnya terserlah dan diterima ramai.
Selain itu, ada juga pemimpin-pemimpin kanan negara yang menyatakan usaha ke arah penggabungan UMNO-Pas adalah tidak perlu kerana sejarah telah membuktikan bahawa ia suatu usaha yang sia-sia.
Bagi saya, faktor sejarah tidak ada kena mengena langsung dengan masa hadapan. Jika alasan yang sama digunakan, sudah pasti negara yang kita cintai, Malaysia hari ini masih lagi belum merdeka. Pejuang-pejuang Melayu sejak dari zaman Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Ngah Ibrahim, Datuk Bahaman, Dato' Onn Jaafar hingga Tunku Abdul Rahman terus-terusan yakin pada usaha positif mencari kemerdekaan sehingga ia menjadi kenyataan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment