Friday, November 18, 2011

BANGSA MELAYU, AHLI PAS DAN MELAYU PKR WAJAR TELITI - JGN MENYESAL DIKEMUDIAN HARI!!!

Kapak ingin mengajak pembaca semua memikir sejenak intipati artikel dibawah ini, agar dapat memberikan kesedaran terhadap apa yang mungkin kurang faham/jelas sebelumnya.Ingat Bangsaku, kehilangan kuasa politik pemerintahan bukan sesuatu yang bolih dinilai oleh harta dan wang ringgit, ia amat2 tinggi nilainya dan mungkin mewajarkan pengorbanan nyawa untuk memilikinya kembali, atau terlepas hingga tak sudah. Oleh itu biar kita berputih tulang jgn berputih mata. Sayangi lah tanah tumpah darah kita dan jagainya, jgn sesekali terlepas ke tangan org lain yg sebelum ini dikatogerikan sebagai pendatang!!!!. Sedar dan akurlah sebelum terlambat!.

LIHAT INTIPATI INI.

1. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum kemerdekaan, negara kita Malaysia yang sama-sama kita cintai ini, dikenali sebagai Negara Tanah Melayu. Kontrak sosial yang dicapai kata putusnya telah dibuat oleh ketua yang mewakili tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut kontrak sosial ini, masyarakat Cina dan India diberi kerakyatan Malaysia dengan syarat menghormati hak orang Melayu, mempersetujui bahawa Islam adalah agama rasmi Negara serta memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan kita.

2. Persetujuan yang dicapai ini telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia serta diterima sebagai Rukun Negara. Akan tetapi setelah Negara kita mencapai Kemerdekaan lebih dari 54 tahun yang lalu isu ketidakpuasan sering kedengaran yang menyoal kedudukan hak orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama rasmi Negara serta Bahasa Malaysia sebagai Bahasa rasmi. Dan perkara ini sering dibangkitkan oleh pihak Pembangkang terutamanya DAP yang sering meniup isu perkauman di kalangan masyarakat Cina yang inginkan keamanan dan kesejahteraan. Mereka sering menghasut kaum Cina supaya membenci kerajaan BN yang kononnya menganiya dan menindas mereka. Mereka sering menggambarkan kerajaan BN sebagai kerajaan yang kononnya tidak berlaku adil kepada masyarakat Cina dan bangsa lain. Saya tidak terperanjat kerana survival DAP memang dari dulu lagi bergantung kepada peniupan api perkauman untuk menang dalam pilihanraya. Lihat kawasan yang dimenangi DAP dan pihak pembangkang lain, apakah yang telah mereka lakukan untuk masyarakat Cina dan lain-lain bangsa? Yang jelas cuma lalakan dan hasutan supaya membenci kerajaan BN.

3. Bagi menempelek semua tomahan yang dilemparkan pembangkang terhadap ketidak-adilan kaum, kerajaan BN pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah membangunkan gagasan 1Malaysia, di mana kepentingan semua kaum dipelihara dengan slogan: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Walaupun kerajaan BN mempunyai hasrat yang murni untuk meneruskan perjuangan BN bagi mensejahterakan berbagai kaum di Malaysia, namun sering kita dengar pihak pembangkang memperlekehkan usaha kerajaan BN kononnya Gagasan 1Malaysia adalah hasil ciplak DAP “Malaysian Malaysia”. Apakah benar DAP memperjuangkan nasib semua kaum atau hanya sesuatu kaum sahaja? Jika kerajaan BN tidak berlaku adil masakan pihak pembangkang dapat membentuk kerajaan yang tidak stabil di Perak selepas pilihanraya Mac 2008? DAP yang selama ini memperjuangkan sesuatu kaum terpaksa memperkudakan PAS dan PKR kerana ketagihkan kuasa untuk memerintah negeri Perak sehingga sanggup menggadaikan maruah membiarkan seterunya ADUN PAS menjadi MB. Jika benar DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia, maka sudah tentu keahliannya serta kempimpinannya mencerminkan nisbah mengikut bangsa. Dalam konteks ini Parti Gerakan adalah lebih layak daripada DAP.

4. Di Pulau Pinang misalnya sudah jelas kelihatan bahawa DAP memegang kuasa dengan membelakangkan kepentingan orang Melayu. Kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Ilham menunjukkan bahawa kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan Cina berbanding dengan semasa TS Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri di mana orang Melayu tidak terasa terpinggir. Kehadiran Pemimpin PKR dan PAS hanya lah sebagai boneka. Perkara yang sama berlaku di Perak semasa PR memerintah dengan menjadikan DS Nizar dari PAS sebagai boneka Ngeh dan Nga. DAP sememangnya adalah sebuah parti opportunist yang mengambil kesempatan kaum Cina dengan menghasut mereka dengan berbagai tomahan supaya membenci kerajaan BN. Parti DAP sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu mereka tidak memegang kuasa maka PAS dan PKR dijadikan kuda tunggangan untuk mencapai objektif mereka. Saya percaya DAP tidak akan dapat mempengaruhi orang Melayu melainkan melalui PAS dan PKR. Maklumbalas yang saya terima mengatakan bahawa DAP sedang giat mencari calon Melayu untuk meraih sokongan orang Melayu dan jika mereka menang maka mereka tidak perlukan PAS dan PKR lagi. Jangan pandang rendah akan keupayaan Pengundi Melayu yang tidak mudah ditipu DAP..

5. Maklumbalas yang diterima dikalangan pengundi bukan Melayu di Perak mengatakan mereka mengundi PR pada pilihanraya tahun 2008 bukan kerana mereka menyokong PR tetapi mereka telah ditipu PR yang menghasut mereka membuang undi protes. Malah kepimpinan PR sendiri terkejut dengan kemenangan yang diperolehi calon-calonnya walaupun mereka dipilih secara tangkap muat. BN akur bahawa terdapat banyak kelemahan pada masa lampau. Justeru Gagasan 1Malaysia telah diwujudkan bagi menangkis persepsi rakyat terutamanya kaum bukan Melayu bahawa kerajaan BN berlaku tidak adil. Dalam pemberian wang Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar sekolah baru-baru, semua kaum tak kira Melayu atau Cina atau India dan lain-lain bangsa dapat menikmatinya bagi meringankan beban mereka. Begitu juga dengan bantuan pembelian buku sebanyak RM200 kepada pelajar IPT dan Tingkatan 6 juga tidak mengambil kira faktor kaum atau parti yang disokong oleh keluarga mereka. Begitu juga dengan bantuan “One Off” sebanyak RM500 kepada keluarga yang mempunyai pendapatan RM3,000 atau kurang sebulan.

6. Pihak pembangkang juga pandai memperalatkan gabungan pertubuhan yang telah diharamkan iaitu Bersih untuk mengajak rakyat berdemonstrasi kononnya inginkan pembaharuan dalam pilihanraya. Akan tetapi objektif mereka tidak lain tidak bukan untuk menggunakan taktik sedemikian bagi menjatuhkan kerajaan BN yang dipilih secara demokrasi setelah cubaan mereka gagal mempengaruhi wakil rakyat BN untuk melompat ke PR pada 16 Sept 2008. Lihatlah siapa dalang disebalik pemimpin yang turut berdemonstrasi kalau bukan pemimpin PR. Kerajaan BN memang peka kepada kehendak rakyat jika ianya diminta secara yang betul. Walau bagaimanapun YAB PM telah merestui penuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara untuk mendapatkan maklumbalas dari semua pihak mengenai cadangan pembaharuan yang dikehendaki. Pembangkang akan sentiasa mencari alasan untuk menghasut rakyat menuduh kerajaan BN berlaku dalam pilihanraya. Akan tetapi mereka lupa bahawa jika kerajaan BN tidak berlaku adil bagaimana mereka dapat memerintah 4 buah negeri dan juga memenangi sejumlah kerusi di dewan undangan negeri mahupun di Parlimen. Apakah mereka rasa pilihanraya itu adil kiranya mereka dapat menawan kerajaan persekutuan? Adakah ini definasi adil bagi pihak pembangkang?

7. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang stabil yang sentiasa berikhtiar untuk memperkasakan rakyat dan memperjuangkan nasib semua rakyat tanpa mengira kaum. UMNO sentiasa konsisten sejak dulu lagi dalam perjuangannya memartabatkan bangsa Melayu, menegakkan agama Islam serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Parti komponen BN seperti MCA dan MIC diberi mandat untuk memperjuangkan nasib kaum mereka agar nasib semua kaum di bela oleh BN. Pihak pembangkang amat cemburu tentang kejayaan BN dalam hal ini dan sentiasa berikhtiar untuk menghasut rakyat kononnya BN itu UMNO semata-matanya yang memperjuangkan hak orang-orang Melayu sahaja walhal nasib semua bangsa lain juga tetap diberi perhatian dari dulu, kini dan selama-lamanya. Hak orang Melayu adalah sebahagian daripada persetujuan yang telah dicapai dalam kontrak sosial negara. PR pula cuba menciplak cara BN yang sememangnya telah terbukti berjaya.

8. Parti pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. PAS yang selama ini memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud sanggup berkompromi pendirian mereka demi menjaga hati DAP kerana PAS ingin meraih sokongan pengundi bukan Islam melalui pengaruh DAP. DAP pula yang begitu lantang suatu masa dahulu menentang PAS habis-habisan kini sanggup berkompromi pendirian mereka kerana ingin meraih sokongan pengundi Islam melalui pengaruh PAS. PKR pula dijadikan perantaraan antara PAS dan DAP untuk mencapai objektif mereka untuk merebut kuasa. Pendirian mereka ibarat mempunyai mimpi tanpa visi. Mereka langsung tidak mempedulikan nasib rakyat Malaysia berbilang kaum demi mengejar kuasa. Lihat sahaja apa yang telah mereka lakukan di kawasan yang telah mereka menang? Pembangkang langsung tidak mempunyai modal kecuali mempermainkan emosi dan menghasut rakyat membenci kerajaan BN seolah-olah kerajaan BN telah menindas mereka dan membelakangkan kepentingan rakyat. Jika BN tidak perihatin dan tidak mempunyai visi masakan BN Berjaya dalam membangunkan Negara kita hingga ke tahap yang amat membanggakan di kaca mata antara bangsa. Saya percaya DAP akan cuba sedaya upaya meletakkan calon Melayu dalam pilihanraya akan datang bukan kerana ingin mencerminkan parti itu sebagai parti yang memperjuangkan berbagai kaum tetapi sebaliknya untuk merebut jawatan MB jika mereka berjaya dalam pilihanraya akan datang. PAS hanya dipergunakan buat sementara kerana mereka tidak mempunyai pemimpin Melayu. Kalau kita lihat semua barisan kepimpinan DAP, hanya satu atau dua sahaja pemimpin Melayu yang dijadikan sebagai boneka untuk mengabui mata rakyat. Rasa syak wasangka dan curiga dikalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sentiasa wujud kerana masing-masing ingin memegang kuasa dan juga kerana mereka tidak mempunyai kata sepakat. Justeru, gabungan parti sedemikian tidak kekal lama tidak seperti BN yang telah terbukti perpaduan komponen parti selama 54 tahun.

9. Kerajaan BN sememangnya adalah sebuah kerajaan yang adil kepada semua kaum. Cuma pihak pembangkang pandai dalam memainkan isu perkauman dan melontarkan tomahan seolah-olah BN hanya memperjuangkan nasib satu bangsa sahaja. Saya ingin mengingatkan bahawa Kerajaan BN berpegang pada prinsip yang diasaskan semasa Negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial yang dipersetujui dan diterima semua parti komponen parti dalam BN termasuk MCA, MIC dan lain-lain berpegang kepada pendirian bahawa Agama Islam adalah agama rasmi, Bahasa Malaysia adalah Bahasa rasmi, dan hak orang Melayu serta Institusi Raja-raja mesti dipertahankan. Sambil hak dan kepentingan orang Melayu diberi keutamaan, hak-hak kaum lain tidak sama sekali dipinggirkan atau dianak-tirikan. Kerajaan BN tidak berhasrat untuk berbuat demikian. Kebebasan beragama telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan dihormati oleh kerajaan BN. Akan tetapi jika ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam, maka kerajaan BN akan menganggap ini melanggar prinsip Perlembagaan serta menentang kuasa Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam. Dalam hal ini kerajaan BN tidak akan berkompromi. Ada usaha-usaha dari setengah-setengah pihak pembangkang yang berani menyoal isu mengenai Agama Islam dan Hak Orang Melayu kononya kerajaan BN berlaku tidak adil. Kebelakangan ini juga ramai dikalangan parti pembangkang terutamanya parti DAP banyak mempersoalkan isu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Akan tetapi disebaliknya mereka tidak mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Saya tidak nampak langsung adanya usaha-usaha parti pembangkang untuk memartabatkan Bahasa Malaysia. Walaupun Negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun tetapi malangnya masih terdapat Rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia sehingga hari ini. Parti Pembangkang seperti DAP hanya pandai membangkit isu perkauman seperti Isu Sekolah Cina dan Bahasa Cina dan tidak pernah menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan sekolah wawasan yang dapat mewujudkan perpaduan di kalangan semua kaum. Mereka hanya mempunyai slogan Malaysian Malaysia tetapi berlaku hipokrit dan tidak mempraktikkannya sama sekali. Mereka sebenarnya mahu melihat kaum Cina kekal mundur dengan menghasut mereka membenci kerajaan. Kepentingan kaum Cina sentiasa dipelihara melalui parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan. Kaum India juga tidak ketinggalan dalam arus pembangunan BN melalui parti MIC.

Oleh itu, kaum selain kaum Melayu dan Bumiputra lain, iaitu Cina, India dan lain2 amat wajar ANDA berterima kasih di atas ketoleransian Kaum Melayu didalam semua bidang dan membolehkan ANDA semua mencari rezki disini dgn aman damai. Ingat, kekayaan yang ANDA kecapi selama ini adalah dengan ketoleransian dan sokongan Kaum Melayu TANPAnya, mungkin ANDA tidak dapat mengenali apa itu Tanah Melayu dan Malaysia. Jadilah Orang yang tahu membalas budi dan berterima kasih, kerana Bangsa Melayu ada had kesabarannya dan jgn sesekali mengusik harimau yg sedang tidor.

Sekian.

No comments: