Friday, October 21, 2011

KUASA POLITIK MELAYU DAN ISLAM

AMBIL IKTIBAR DENGAN APA YG BERLAKU DI SEMENANJUNG TANAH ARAB – IRAQ, MESIR DAN LIBYA. SIAPA YANG MENANG SEBENARNYA? NEGARA DAN UMAT ISLAM ATAU KAFIRUN YANG DIDALANGI OLEH YAHUDI & AMERIKA – NATO.

Mari kita lihat dan kita ucap Alhamdulillah dgn apa yg disuarakan oleh Saudara Presiden MPP UIA, dalam kontek penggantungan Aziz Bari. Namun, adakah dia (yg bijak & berkuliah di UIA) tidak melihat atau terlepas pandang dgn tindakan dan perbuatan Aziz Bari dalam penglibatannya yang menjurus dalam arus politik didlm sebuah parti politik yg namanya hanya berteraskan Islam TETAPI perbuatan dan tindakan parti politik tersebut tidak melambangkan Islam yg syumul.

Saya katakan demikian kerana salah satu yg tindakan parti itu, didalam menolak untuk berbaik2 sesama Islam dan sering menganggap org lain kafir. Kenapa kafir mengkafir itu menjadi siulan parti berkenaan, sedangkan kerja itu adalah HANYA utk ALLAH menentukanNYA. Siapa die tok2 guru yg suka melakukan sedemikian? Kenapa terlalu JUMUD didalam perkara ini?

Saya sarankan kepada ANDA dan Saudara Persiden MPP, buka mata dan rela mendengar pandangan org lain. Jgn mcm katak bawah tempurung. Rela kah satu hari nanti bumi Malaysia ini dan kuasa politiknya terlepas pada tangan Al-KAFIRUN, jgn kita menang sorak waktu itu, TAPI kampong tergadai. Sedarkah kita, atas bantuan siapa ANDA semua dapat menikmati pelajaran yg berharga sampai ke Universiti? Jgn kita BONGKAK, sedar lah dan terima hakikat, bahawa 99.9% anak2 Melayu dpt belajar di Universiti atas tiket bantuan Kerajaan sekarang. Jgn kita jadi kacang lupakan kulit atau yg lebih teruk Bagai ANJING yg dilepaskan dari tersepit! (Itu bahasa kasar org JAWA).

Oleh itu, saya sarankan, kembali bertaut atas Semangat dan Dasar sesama Islam dan bentuklah pemerintahan di Bumi bertuah ini dgn acuan kita. Kita wajar ada 2/3 kuasa pemerintahan, baru dapat menukar perlembagaan mengikut apa yg kita kehendaki. Usah mimpi lar jika Umat Melayu Islam tidak bersatu dibawah satu “PAYUNG”, kita TIDAK AKAN kemanapun!. Sekarang, Umat Melayu Islam hanya ada kuasa politik (kita kena sedar dan akui ini), kuasa ekonomi yang wajar kita miliki sudah terlepas, 30% kuasa ekonomi pun masih jauh, bagaimana kita mahu menggerakkan jentera untuk merungkai pemilikan Negara bertuah ini!. Jgn BUTAKAN mata ANDA dengan HAKIKAT ini.

Umat Melayu ISLAM MESTI bersatu, tiada “formula” lain lagi dah dan masa amat mencemburui kita. Kenapa Melayu harus sekongkol dgn kuasa pengundi lain sedangkan jika kita bersatu KITA amat Kuat!. Kenapa harus kita berpecah? ALLAH beri kita AKAL kenapa tidak mahu berfikir secara waras DEMI survival Umat Melayu dan ISLAM?

Mari Kita ambil iktibar dgn apa yg berlaku di Iraq, Mesir dan Libya. Bagaimana keadaan politik dan suasana kehidupan selepas rakyatnya menumbangkan kerajaan ISLAM yg ada. Dapat kah mereka membentu Kerajaan yg lebih baik seperti sebelumnya. Yg pasti hanya pertelingkahan dan perebutan kuasa dan tamakkan harta dan laba dan kemenangan hakiki hanya di pihak Barat dan Nasrani serta Yahudi. Mereka bijak, mereka tidak mahu mengotorkan tangan mereka TETAPI mereka gunakan tipu muslihat dan kebodohan rakyat negara itu, telah dipergunakan utk membunuh dan menghancurkan Kerajaan Islam disitu. Siapa yang untuk dalam kontek ini? Masih tidak mahu membuka mata dan pekakkan telinga? Masih tidak mahu menerima hakikat sebenar dgn apa yg telah berlaku di Negara Arab tersebut dan masih jumud dgn saranan Tok2 Guru yang terpesong nawaitunya!.

Jika betul2 nak bersatu dibawah Nur Islam, KENAPA PAS tidak mahu ikut serta bersama dalam HIMPUNAN SEJUTA UMAT ISLAM DI SHAH ALAM tu? Adakah takut pengaruh politikya menurun atau tidak mahu ISLAM dinobatkan dgn suara tegas dan Keras oleh Anak-Anak Muda Islam pawaris Generasi Akan datang. Kenapa? Takut dgn bayang2 atau takutkan ALLAH lebih utama?

Jadi, Puas hatikah MSO dan Presiden MPP UIA dgn apa yg berlaku disana (di Negara Arab) atau masih tidak mengerti realiti dunia Kafirun selama ini? Tepuk dada tanya Iman kita.

Wassalam.


[PEMBACA BUDIMAN SEKELIAN, LIHAT TULISAN SERTA KOMEN DARI SAUDARA YB ZULKIFLI NORDIN. IA SESUATA YG SAYA RASA CUKUP BANYAK MENYENTUH MINDA KITA UNTUK KITA BERMUHASABAH DIRI. – SAUDARAKU YB ZUL, MOHON IZIN MUAT TURUN TEKS ANDA. TERIMA KASIH ]
Salam 2 all.

Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Zul Qaedah 1432
11 Okt 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي‎ Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio (bantuan•maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Kehidupan awal,Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.

Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.

Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.

Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."

Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).

Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.

Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Oleh Zulkifli Noordin .

No comments: