Monday, December 13, 2010

KELIBAT YANG SEMAKIN NYATA

Saudara/saudari Pembaca sekelian.

Setiap hari di akhir2 ini kita semua telah dihidangkan dgn berbagai kenyataan shahih tentang perilaku Sdr Anwar Ibrahim, adik angkat, bini orang angkat, driver angkat, Pegawai Peribadi angkat dan berbagai lg yg diangkat. Ia timbul dan akan timbul setiap hari disamping proses perundangan yg semakin menyerlah akan "verdict" yg akan disimpulkan.

Demi Allah dan Rasulnya, bahawa jika sesuatu yg onar dan apa jua yg menyimpang dari batas2 agama Islam yg dianuti, maka lambat laun akan diketahui org juga. Disini akan diketahui apakah "colour" orang ini dan kita sendiri boleh menilai, apakah mereka ini layak untuk memimpin sebuah Negara yang punyai rakyat yg ramai dan majoriti rakyatnya beragama Islam, yg sudah tentu mereka akan memilih kebenaran sebagai fakta yg nyata dan disimpulkan menjadi noktah.

Untuk itu, Kapak menyerulah pada sume rakyat Malaysia agar dapat menolak manusia jenis ini, kerana jika kita nak angkat mamat ni menjadi Perdana Menteri sudah barang tentu, negara menjadi kacau bilau dan mendapat laknat Allah, Nauzubillah!

Rakyat mesti menggunakan kuasa veto mereka agar dapat memilih Pemimpin yg komitted kepada perjuangan Islam dan ikhlas memimpin Negara ke arah negara Maju dan rakyat cemerlang dan terbilang di seantaro dunia. Rakyat juga secara hakikinya telah melihat betapa Negara telah dipimpin dengan baik dan realitinya, taraf kehidupan rakyat semakin baik, mahupun mereka yang dipendalaman.

Selama lebih 50 tahun Negara telah dipimpin dan dibawakan kemajuan diberbagai peringkat seperti mana yang kita dapat saksikan sekarang ini. Kenapa ada sesetengah golongan begitu beriya-iya nak menjatuhkannya, sedangkan pemimpin2 inilah yg telah meninggalkan banyak jasa kepada kemakmuran negara dan sudah pastinya Islam juga terbela dgn kepimpinan mereka. Pemimpin2 ini tidak menjual Agama untuk mencari publisiti murahan dan kepentingan peribadinya.

Mereka [pemimpin] sering merujuk kepada mufti dan ulama agar sesuatu perkara itu tidak bercanggah dan bukan mcm sesetengah golongan itu yg suka membuat fatwanya sendiri, berdasarkan keangkuhannya ttg kehebatan pengetahuan agamanya. Mereka mengambil kesempatan itu dan menggunakan Agama untuk kepentingan diri. Insya Allah kelicikan mereka akan terserlah jua, kerana Allah Maha melihat semua itu!, Janji ALLAH bahawa yg bathil itu akan terbongkar jua, maka rakyat perlu bijak menilai dan memilih pemimpin untuk memimpin negara dengan ikhlas dan cemerlang.

Sekian

2 comments:

Nur Misnan said...

salam kapak tajam...
sekarang susah nak pilih pemimpin
yang benar2 memahami apa itu ISLAM
banyak yang POLITIKUS jer...

Gelombang Rakyat said...

Saya Perjuangan..

SAYA amat tertarik dengan penulisan blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.

Saya berharap agar anda juga dapat linkkan blog saya di dalam blog anda agar perjuangan saya melalui penulisan blog dapat dikongsi bersama pengunjung.

Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/