Sunday, July 20, 2014

BANGSA MELAYU KE ARAH PERPECAHAN YANG MEMALUKAN, DIMANA NOKTAHNYA



Saya begitu tertarik dengan Tulisan Sdr Ustaz Ridhuan Tee Abdullah di ruang Sinar Harian baru2 ini.

Ia berkisar kepada kepincangan dan kecelaruan Bangsa Melayu yang semakin hari semakin lemah dari segi pentadbiran, politik, ekonomi dan social masyarakat Melayu waktu kini. 


Segala Teguran beliau memang betul dan saranan beliau bahawa Bangsa Melayu wajar kembali bersatu dan berukhwah mengikut nas-nas Al-Quran tidak boleh dilengahkan lagi.

Berikut kepincangan yang membuatkan Bangsa Melayu kita berpecah belah, dan kelemahan tersebut semakin hancur apabila ia telah di adu-domba kaum Cina yang tak tahu harga diri dan tidak tahu berterima kasih dengan keteloransian Bangsa Melayu selama ini. Lihat kenapa bangsa Melayu meredum jatuh hina dan dina sekarang :-

  1. Rasuah - Melayu hilang punca dan hilang Iman bila Wang Sogokan Bangsa Cina kepada Penjawat2 Awam dan Ahli2 Politik bila Wang Ringgit semakin bermaharajela demi kelulusan projek-projek dan kelulusan permohonan lain-lain.
  2. Terlampau Memilih Kerjaya – Bangsa Melayu lebih cenderung kepada pekerjaan yang mudah dan tidak mencabar. Melayu lebih mencari pekerjaan kolar putih dari kerja kolar biru dan kotor. Bila ini menjadi buruan Bangsa melayu sejak dulu akhirnya Melayu ketinggalan didalam bidang ekonomi. Akhirnya semua ruang kedai niaga dimiliki oleh Orang Cina/India. Melayu ketinggalan. Ditambah pula Bank-Bank perdagangan dimana Pengurusnya lebih ramai Bangsa Cina dan akhirnya kelulusan pinjaman juga banyak mengikut bulu.. akhirnya Melayu ketinggalan jauh. Menjadi lebih teruk lagi GLC seperti MARA, UDA juga kurang sensitivity terhadap isu menyokong dan Membantu Melayu berniaga.. tidak dinafikan memang ada, tetapi kebanyakan hanya sekadar mel;epas batuk ditangga. Banyak polisi2nya wajar di tukar. UDA lebih teruk lagi sensitivity juga lemah, lihat ruang2 kedai seperti di Bukit Bintang, semua telah beralih tangan, di Ipoh pula komplek Greentown Mall juga beralih kpd Syarikat Cina dan akhirnya peniaga Melayu lari kerana tariff sewa dinaikkan. UDA tidak langsung sensitive dgn Bangsa Melayu…
        
                     
  1. Pusat Hiburan dan Judi – Lihat dimana kebanyakan remaja2 Melayu berada di waktu malam?.. Berapa banyak tempat2 maksiat tumbuh di serata bandar2 besar seluruh Negara. Siapa yg meluluskan lesen2 ini? Pegawai2 Melayu yg berada di Dewan2 Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis2 Tempatan.. Semuanya YDP nya adalah Melayu, tetapi kenapa Lesen2 arak, judi temapt2 maksiat berleluasa kelulusannya.. Bukankah “Wang Sogokan” berkeliaran untuk kelulusan. Inilah akibat yang menjadikan Masyarakat Melayu itu hancur lebur. Pegawai dan Kepimpinan Melayu sudah jauh dari beriman dan menjauhi Agama sebagai sandaran hidup. Jika Melayu dapat kembali kepada Ajaran AlQuran, Insya Allah Bangsa Melayu akan kembali bertaut dan kuat. UMNO yg menjadi pelindong dan Penaung Bangsa Melayu WAJIB kembali dan Mengamalkan Ajaran Islam sebenar.. bukan sekadar 50% ikut dan 50% lagi ikut kafir.. PAS dan PKR pula bukan satu Parti politik yg boleh diharapkan.. Pas lebih gemar menjual Agama dan PKR pula lebih kpd Plurism. Semua boleh depan dan belakang boleh.. bleh kongsi Isteri lagi….


  1. Kemaruk Pada Yg Menghayal dan Kegilaan Hiburan – Bangsa Melayu dilihat mendominasikan perkara2 lagho seperti di atas. Dunia dadah, rempit, bohjan, bohsia, lepak, kutu rayau serta hiburan yg mengasyikkan dan arak masih di ungguli oleh bangsa Melayu. Pegawai2 Melayu, Kepolisian Melayu , Ketenteraan Melayu, Politik masih lagi di tangan Melayu, TETAPI kita hanya boleh berbangga dgn Melayunya shj. TETAPI kualitinya MEMALUKAN…. Kenapa Pentadbiran Melayu masih gemar meluluskan lesen2 yang menghancurkan Bangsanya sendiri. Bukankah RASUAH berleluasa…


  1. Barangan Makanan Halal Yang Diragukan Masih berleluasa. – Sejak akhir2 ini terlampau banyak barangan makanan yg dijual di pasaran semakin diragui akan status HALALnya. Bila barangan yg dimakan oleh Bangsa Melayu Islam banyak yg diragui dan HARAM, maka jiwa Melayu menjadi kacau dan sensitivity terhadap Islam semakin menurun dan lemah.. Sebab
    itulah ramai anak2 muka dan anak2 kecil kita sekarang amat kurang berminat terhadap ajaran agama, akalnya dan fikirannya menjadi hitam kurang minat terhadap agama dan malas mengaji agama. Sukanya masih kpd yang lagho2 sahaja. Kita lihat waktu dibulan Ramadhan terdapat ramai Umat melayu Islam berpuasa, TETAPI kenapa apabila Solat malas dan sering ditinggalkan. Sedangkan jika difikirkan Solat adalah ibadat pertama yg diwajibkan keatas Umat Islam dan ia juga adalah tiang agama. Jika tiangnya roboh, bagaimanakah keimanannya, itulah sebabnya RASUAH berleluasa serta budaya kafir kufur ini menjadi semakin ikutan Umat Mel;ayu Islam. Perlu diingat bahawa solat adalah ibadat yg diterima oleh Nabi Muhammad SAW secara terus di Langit kelima semasa Israk & Mikraj, sedangkan puasa pula ibadat Ketiga… Kenapa tiangnya susah dilakukan, dan yang ranting2 diberikan keutamaannya.. Bukankah itu satu kebodohan Umat Melayu Islam itu sendiri, kerana tidak dapat membezakan mana sepatutnya yg lebih diungguli, Ibadat Solat atau ibadat2 lain.? Perkara ini wajib di tarbiahkan secara berterusan kpd Umat Islam agar dapat diperbetulkan.
 
Kesimpulan
Perkara Utama yang wajib dilakukan oleh YAB Perdana Menteri adalah memilih Menteri2 Kabinetnya dari kalangan yg kuat Ilmu Agamawan dan Ilmu Keduniaan mereka. Dua2 Ilmu ini amat wajib ada pada kepimpinan dan Pentadbiran Negara sekarang. Bukan sahaja Menteri2 Kabinet, tetapi juga Menteri2 Besar, ketua2 Menteri yang mengepalai Kepimpinan Negeri. Saya melihat bahawa Kepimpinan Negeri2 yang ada sekarang 60% adalah tidak menepati ciri2 yg diperlukan. Waima, mereka yg ada ciri2 tersebut pun masih melakukan rasuah dan salahguna kuasa.
Apabila pembersihan ini dapat dibuat, barulah pembersihan dikalangan penjawat awam. Kita tidak boleh menukar penjawat awam jika Kepimpinan Negara yg Perasuah tidak diketepikan. Ia ibarat berat sebelah. UMNO wajar melakukan “Overal Clean-up” untuk mengubah persepsi rakyat dan pengundi dan Islam juga adalah wadah utama untuk dibawa. Tidak mahu tidak Agama Islam iaiutu Agama Persekutuan Tanah Melayu ini wajar di pikul oleh Kepimpinan yang boleh dan meletakkan Islam dan AlQuran diatas segala2nya. Jika UMNO masih degil untuk melakukan perubahan.. Insya Allah rakyat akan mengubah struktur Kepimpinan Negara… Itu adlah isyarat jelas.. Jadi UMNO wajib mendominasikan perubahan Ke Arah Pentadbiran Islam Yg Sejati. Lakukan Perubahan ini selagi UMNO masih berkuasa…

Didalam melakukan pembersihan kakitangan.. ia bukanlah dengan membuang mereka sebagai satu pendekatan Utama, Kaunselling dan KPI juga wajar di beri perhatian. Ubah minda penjawat awam dan ajar mereka tahu akan tanggungjawab kpd Manusia dan Juga Allah.. Tanggungjawab kpd manusia adalah amanah kpd pembayar cukai, semntara Amanah kpd Allah , adalah amanah dalam melaksanakan tugas, ikhlas dan dedikasi kerana Allah melihat segala apa yg mereka lakukan dan ini semua akan di Tanya oleh Allah di Padang Masyar dan akan dibicarakan sedetail2nya.
Saya mengharapkan bahawa YAB Perdana Menteri akan melakukan segalan perubahan yg ditagih oleh rakyat ini, selepas Hari Raya Puasa ini, kita tidak boleh lengah lagi dan PRU 14 juga semakin mendatang, peruabahan akan meletakkan kerajaan yg ada sekarang akan kekal disinggahsana.  Marilah kita berubah sebelum kita di ubah oleh kuasa UNDI mereka.


************************************************
Teks Sinar Harian - SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat
.

2 comments:

Anonymous said...

Langkah pertama yang Najib kena buat ialah letak jawatan dengan segera dan ganti dengan TS Muhiyuddin.Najob telah gagal dan menyebabkan banyak kehancuran kepada negara,lebih daripada Pak Lah.

Anonymous said...

Kalau sekiranya Najib lemah, baik mencari persefahaman dgn Pakatan Rakyat sebelum Madey masuk gelanggan utk menegakkan Mukriz. No.2 cuba naikkan Hishamuddin . ketiga No.3 tendang keluar saki baki penyokong Madey sebelum terlambat. Inilah cara2 pengukuhan pemerintahan.