Wednesday, October 23, 2013

MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DEC 2013 PWTC 2 – 7 hb. Disember, 2013

MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DEC 2013
PWTC 2 – 7 hb. Disember, 2013

Saya menjangkakan Perhimpunan Agung UMNO 2013 kali ini akan melihatkan beberapa kelainan drastik terhadap pendekatan perhimpunan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Diantara kelainannya adalah :-

i ]    Jumlah waktu untuk Ucapan Dasar dan Membahaskan ucapan tersebut mungkin lebih panjang dan menyeluruh. Fungsi dan tujuan perhimpunan adalah untuk mendapatkan sesuatu yang bakal meledakkan minda semua perwakilan dan menyampaikan pula kepada ahli akar umbi dibawahnya.

ii ]   Begitu juga dengan usul-usul yang akan dibangkitkan dan diperhalusi secara kolektif diantara perwakilan semua. Ia akan menjadikan hasil kerja persidangan kita ini menjadi lebih efektif dan diyakini ampuh didalam meminda undang-undang lapuk yang sewajarnya tidak boleh digunakan lagi.

iii ]    Kualiti persidangan dan perbahasan diharapkan lebih fokus kepada isu-isu dan cabaran masa kini yang dihadapi oleh Umat Melayu dan Islam di Malaysia. Rakyat Melayu terutamanya ahli UMNO yang melebihi 3 juta orang ini amat mengharapkan satu isyarat yang jelas dan dimana arah tuju Kepimpinan dan matlamat perjuangan Umat Melayu dan Islam bagi memastikan pemertabatan Agama Islam itu lebih diyakini.

Ini kerana minda perwakilan sudah tidak lagi dibebani dengan kempen-kempen pemilihan saf kepimpinan yang bakal menerajui Negara, kerana ia telahpun dilakukan lebih awal dan keputusan siapa yang terpilih telahpun diketahui umum, dan mereka yang terpilih sudah duduk di bangku saf kepimpinan hadapan yang berada di atas pentas ketika itu nanti.

iv ] Dari waktu perbahasan dan penggulungan yang panjang ini adalah diharapkan semua perwakilan kali ini dapat menghayati dan mengambil inisiatif untuk respon di segmen soal jawab jika ia diberikan ruang pada kali ini. Antara persoalan/soalan yang wajar berada dibenak minda/fikiran semua perwakilan nanti adalah :-

          a ]      Menghayati Barisan Kepimpinan Malaysia yang lalu, contohnya:-

                       i ]    Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. [ Bapa Kemerdekaan ]

          ii]  Tun Abdul Razak [ Bapa Pembangunan dan Pejuang dala  Memertabatkan Bangsa Melayu dalam sektor ekonomi dan,  tertubuhnya FELDA dalam segmen Dasar Ekonomi Baru ]

                      iii ]     Tun Dr Ismail [ Pejuang dan Nasionalist Melayu Mutlak ]

     Umat Melayu amat-amat terhutang budi kepada ketiga-tiga tokoh kepimpinan, terutaman Pemimpin [ ii ] dan [ iii ]. Jika kedua-duanya diberikan oleh Allah SWT umur yang panjang, saya merasakan Umat Melayu dan Islam di Malaysia tidak terjadi seperti ini, kerana mereka berdualah yang benar-benar berjuang atas prinsip asal penubuhan United Malay Nation Organisation [ UMNO ], kerana slogan UMNO sekarang lebih mirip kepada REALITIUntuk Melayu Negeri Orang”, dan bagai melukut ditepi gantang, serta menjadi peminta sedekah di Negara sendiri!.

   KENAPA, MENGAPA DAN SIAPA YANG WAJIB DIPERTANGGUNGJAWABKAN DENGAN SEGALA KEPINCANGAN BANGSA MELAYU DIKETIKA INI, DAN BILAKAH KITA BERANI BERUBAH DAN MENGUBAH REALITI YANG ADA DI HADAPAN KITA INI, AGAR BANGSA MELAYU DAN ISLAM MENJADI AMPUH DAN KUAT.

b ]    Sebagai membakar minda semua, saya ingin mengemukakan satu fakta yang wajar difikirkan, dikaji secara mendalam dan dirumuskan dengan yang terbaik, antaranya  :-

i ]  Adakah Tun Abdul Razak benar-benar meninggal dunia disebabkan oleh “Penyakit Leukimia” atau telah “dibunuh oleh musuh-musuh Islam” secara sadis/strategik dengan suntikkan membunuh semasa operasi dilakukan, kerana dibimbangi akan muncul kuasa Melayu dan Islam yang digeruni oleh rakan dan lawan didalam mahupun didalam Negara. Saya ajak rakan fb, para pengkaji sejarah dan rakan2 intelligent untuk mencari bukti sebenar dan hakikat kematian Tun Abdul Razak. Jika rasionalnya penyakit leukemia, kenapa tiada seorangpun warisan Tun Razak sekarang yang mengalami penyakit tersebut. Maka carilah bukti2 tersebut untuk pengetahuan bersama…

ii ]      Begitu juga, adakah benar Tun Dr Ismail juga meninggal dunia akibat serangan sakit jantung atau dibunuh dengan racun didalam sayuran? Sekali lagi saya mengajak rakan2 fb serta yang lain2 untuk menghayati dan mencari fakta sebenar dan merungkai apa yang berlaku dahulu dan sewajarnya Umat Melayu dan Islam lebih berhati-hati dengan musuh-musuh politik dan Islam samada dari dalam dan luar.


          Saya cukup yakin, jika kedua-dua tokoh Nasionalist Melayu ini panjang umurnya sudah pasti nasib Umat Melayu di bumi sendiri tidak sebegini rupa [ walaupun Negara nampak hebat TETAPI realitinya bukan milik Melayu ]. Selain itu, Islam jua sering diperlekeh serta Kedaulatan Perlembangaan sering dibuat bahan ketawa oleh pembangkang terutamanya dari bangsa lain. Dimana maruah Melayu dan Islam?

2 ]    Saya mengharapkan Perhimpunan kali ini akan dibuat secara tertutup dan hanya perkara-perkara tertentu sahaja di siar dalam akhbar, kerana apajua perbincangan dan permasalahan Umat Melayu dan Islam wajar ditangani secara dalaman tanpa menguwar2kan kepada pihak lain yang membuka pekong didada sendiri dan rahsia-rahsia yang wajar disimpan tidak jatuh ketangan org lain.

 d ]   Nasehat saya juga kepada perwakilan yang datang nanti, janganlah hanya menjadi perwakilan untuk memenuhkan bangku persidangan sahaja, tanpa mendengar, menghayati dan memberi respon yang positif untuk kecemerlangan bangsa Melayu dan Islam. Jangan seperti perhimpunan yang lepas-lepas, terdapat ramai perwakilan yang tertidur, tidak hadir di sesi persidangan kerana sibuk membeli belah dan berhibur diluar, dimana ia adalah “contradict” dengan tujuan asal kehadiran perwakilan ke perhimpunan agung. Perlu di ingat pada kali ini, kehadiran perwakilan adalah melalui pencalonan dan undian oleh 146,500 ahli-ahli yang telah mengundi baru-baru ini. Oleh itu sebagai memegang amanah untuk hadir bersidang, adalah amat wajar tanggungjawab ini dilunaskan dengan cara memaksimumkan kehadiran dalam persidangan tersebut serta turut member input-input yang terbaik untuk UMNO dan Bangsa Melayu serta Agama Islam.

e ]      Dalam memperkasakan Bangsa Melayu dan UMNO amnya, saya ingin mencadangkan bahawa setiap ahli UMNO wajar bersama-sama untuk memberikan imfak/sumbangan mereka melalui kaedah bayaran yuran keahlian iaitu RM10 setahun, kerana Ahli UMNO yang lebih 3 juta itu akan menjadikan tabungan RM30 juta setahun, sekiranya RM30juta itu dilaburkan di kaunter-kaunter terbaik dalam Negara mahupun luarnegara, maka ia akan menghasilkan dana terkumpul UMNO dengan lebih menyakinkan.

          Inilah yang dilakukan oleh kaum Cina di Malaysia, waima Persatuan-Persatuan Kedai Kopi mereka juga punyai dana yang begitu memberangsangkan dan mereka tidak perlu meminta-minta bila mahu berbuat sesuatu program. Itulah sebabnya kekadang terkeluar dari mulut “tauke-tauke” Cina, “apahal Melayu/UMNO asyik minta orang bila mahu buat program” – Jadi dimana maruah Melayu/UMNO? Kaum Cina atau kumpulan mereka telah menetapkan kepada warganya untuk menyumbangkan RM10 setiap bulan dan mereka punyai orang yang bertanggungjawab untuk pergi mengutipnya dari setiap pintu rumah. Mereka lakukan ini adalah demi bangsa mereka untuk lebih bersedia didalam segala hal. Perlu diingat, bahawa kekuatan kewangan juga memainkan peranan penting didalam melaksanakan agenda pengukuhan sesuatu bangsa. Ambillah ikhtibar……

Sebelum saya akhiri, lihat synopsis dibawah:-

i]       Dasar Ekonomi Baru, Tercapai atau a “Failure” kenapa dan mengapa dasar yang baik ini bagi memertabatkan Bangsa Melayu digagalkan oleh Bangsa Melayu sendiri – Cari siapa petualang-petualang ini dan sumbat kemuka pengadilan.

 ii ]  Dimanakah Bangsa Melayu sekarang dan Islamnya bagaimana? Bermaruah atau diperkotak-katikkan?

   iii ] Apakah generasi mendatang ini akan masih mahu mengikut kesinambungan kepincangan         sesetengah Kepimpinan yang ada? Atau kali ini perhimpunan sanggup menerima satu gelombang perubahan yang memang ditunggu-tunggu oleh Umat Melayu dan Islam. Berani untuk berubah dan merubah segala kepincangan yang ada, dengan mengenepikan semua “Kepimpinan Songlap” yang telah disenaraikan kerana mereka ini lebih mengutamakan tenggolok sendiri daripada mendahulukan Bangsa dan Agamanya.

Akhir kalam saya sekali lagi mohon rakan2 fb dan blog saya untuk memberikan respon untuk sama-sama kita merungkai segala permasalahan Umat Melayu & Islam serta turut menyediakan idea, cadangan serta buah fikiran yang terbaik untuk kesejahteraan bersama.

Sekian dan Wassalam


Wednesday, October 16, 2013

BUDAYA APAKAH YG DI TONJOLKAN OLEH KERIS MELOYA?

RAKYAT DAN PERWAKILAN TAPAH = CUBA BACA, AMAT-AMATI TULISAN2 DIBAWAH INI YANG SAYA KUTIP DARI SATU FB YANG BOLEH KITA BUAT PERBANDINGAN.... KENAPA? MENGAPA? ... ADAKAH BUDAYA INI YANG DITONJOLKAN OLEH ISLAM DAN CUBA DIANUTI OLEH GOLONGAN MUDAWAN SEPERTI PENULISNYA? BUDAYA DAN AMALAN ISLAM TIDAK MENYURUH UMATNYA BERTINDAK SEBEGINI..., BUDAYA INI BUDAYA KUNO ORANG KAFIR DAN YAHUDI LAKNATULLAH ... BUDAYA YANG ANWAR IBRAHIM AGUNG-AGUNGKAN... ADAKAH GOLONGAN MUDAWAN [ORANG MUDA] INI JUGA PAK TURUT ANWAR YANG SUKA LBGT, PLURISM, FREE SEX, EXCHANGE WIFE & SO ON?.. IS THESE WHAT WE WANT?... SAYA YAKIN ORANG TAPAH MASIH WARAS DAN BERINTEGRITI, KUAT AGAMANYA. ITU SEBABNYA, KITA JANGAN HANYA BELAJAR SYARIAT NYA SAHAJA... YG 3 LAGI TINGGAL.... APA YG 3 TU? KITA JUMPA DILAIN MASA.... RENUNG-RENUNGKANLAH...[Rujuk FB Keris Meloya]

1. Keris Meloya
 
Siapa yang duduk di kawasan DUN Air Kuning, admin nak tahu bila kali terakhir kome jumpa Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning merangkap EXCO Negeri Perak? Mesti masa PRU13 lepas sebab dia datang merayu undi kome tapi bila dah menang, kome tu siapa bagi dia?!

2.Keris Meloya
 
Buangkan liabiliti, tingkatkan kualiti walau dikurangkan kuantiti nescaya UMNO akan kembali gemilang & dihormati seperti dulu... 

Keris Meloya Acuman?Siapa itu, adakah Lembu UMNO sperti Keris Malaya?
Keris Meloya Legenda Pemuda Tapah zaman bila tu, xkenal pun. Kalau Hj Safri Ketua Sarkas Boneka tu admin tahulah, kesian Haji balik2 terus dpt geng AJK Sarkas paling takde profile skali.!

Keris Meloya

Syukur alhamdulillah, majlis makan malam amal Dato Mukhriz Mahathir diadakan di Grand Kampar Hotel malam ini. Nasiblah Grand Kampar Hotel bukan UMNO Bahagian Tapah punya, kalau tak mesti Ketua Sarkas Tua akan sabotaj!

Al-Hafiz Ahmad Biasalah budak-budak...

Keris Meloya Bgunan sarkas sebelah stesen bas Tapah, pjabat Ketua Sarkas Tua di depannya huhuh!

Keris Meloya

Alhamdulillah, selesai sudah solat Maghrib. Pada perwakilan UMNO Bahagian Tapah, tunaikanlah apa yang patut moga anda diberikan petunjuk. Moga perjuangan anda dirahmatiNya, hidup Tok Din!

4. Keris Meloya

Pemimpin yang dikatakan bijak oleh KERIS MALAYA, bijak tahap mana nilailah sendiri. Air mineral boleh isi dalam enjin agaknya, kalau macam itu baik guna air sungai sebab percuma & nak pakai berapa liter pun suka hatilah. Jadi MB Lembu UMNO bolehlah, ini semua pengampu & lembu..!!


Raushan Indera mungkinkah Keris Meloya adalah Keris Malaya.

Adzhar Amri Air mineral dinaikkan harga utk mengelakkan byk minum dan kuat 'kencing'.

5. Keris Meloya

Contoh kebongkakkan Naib Ketua Sarkas Muda Bahagian Tapah, ini baru yang muda kalau Ketua Sarkas Tua entah macam manalah bongkaknya...Tolaklah yang lama & tak berfungsi langsung tu, poket deme-deme je yang kembung...Cakap pakai otaklah, nasiblah yang pilih Naib Ketua Sarkas Muda ni semuanya UMNO jenis LEMBU jadi tak hairanlah bodohnya tahap mana... 

Al-Hafiz Ahmad Keris Malaya, ada yang seru nama mike...

Raushan Indera mungkinkah Keris Meloya adalah Keris Malaya.

6. Keris Meloya

Ketua Lembu UMNO bersama Naib Ketua Sarkas Muda & pengampunya, takkan dicabar terus goyang kata budak-budak...Pengampu tu pulak apa kejadahnya pulak budak-budak nak benda free, dah kome kerah deme pasang bendera jadi askar UMNO jerit sana sini takkan lama tak bagi apa...Kome pandai pulak menyamun sana sini nak tuntut itu ini, jangan tunjuk sangat kebodohan Lembu UMNO kome weh...!!

Mohd Hazwan Ahmad hey shark main blkg nmpk?!!


Adzhar Amri Kwn2.. ini karilah..

7. Keris Meloya

Harga lembu di pasaran ialah RM2300 ke atas tetapi harga semasa lembu UMNO di musim pemilihan ini adakalanya kurang dari RM200 bergantung pada kebodohan & ketaksubannya pada duit. Ternyata lembu lebih bijak dari lembu UMNO, perjuangan & maruah lembu UMNO hanya berharga RM200. Apa sudah jadi dengan UMNO yang makin jijik & dipenuhi dengan lembu, siapa boleh teka berapa harga lembu UMNO si Keris Malaya?

Keris Meloya Barisan Pemuda Sarkas Tapah telah dipilih oleh lembu-lembu UMNO, janganlah ketua Sarkas pun menang Sabtu ini..Mmg nmpak benor gila kuasanya, Kelab Sukan Komuniti pun sapu..Dgar2 citer mgaku nak jadi MB, ini sbb digula-gula Keris Malaya la tu heheh...

Keris Meloya Tak perlu bckp omputih, Bahasa Malaysia perlu diutamakan...Duit rakyat disamunkan beli kereta 10bijik, janji pada rakyat dilupakan...!!

8. Keris Meloya

Bersatu Kita Bersatu, Tapi Jangan Jadi Lembu...


Keris Meloya Mkn daging lembu xpe, jangan makan lembu UMNO tau sbb hukumnya haram...

Hasbullah Hijat sup lembu semangkuk

9. Keris Meloya

Kenapa perlu disimpan pemimpin yang menjadi liabiliti, inilah masanya untuk orang UMNO menggunakan kuasa mereka...

Raushan Indera mungkinkah Keris Meloya adalah Keris Malaya.

Adzhar Amri Adalah krn untuk 'mengenyangkan' keluarga2 mereka..

10. Keris Meloya

Dato' Mukhriz Mahathir dijadualkan mengadakan majlis makan malam bersama anak yatim & penduduk sekitar Tapah di Dewan Merdeka malam ini tetapi terpaksa dibatalkan atas halangan dari "PEMILIK" UMNO Bahagian Tapah. Dimanakah demokrasi, adakah...See More


Jhond Kazzama berdalih pulak dia.....

Jhond Kazzama hebat la admin ni, xdapat sokongan dan jawatan, duk buat subotaj pulak....

11. Keris Meloya

Calon No. 02 Ketua UMNO Bahagian Tapah, undilah untuk "PERUBAHAN DEMI SURVIVAL UMNO" kerana anak muda sudah muak dengan kepimpinan korup & lemah yang ada sekarang...Ini peringatan untuk ahli-ahli UMNO Bahagian Tapah, jika anda tidak berani untuk berubah jadi nantikanlah kejatuhan UMNO Bahagian Tapah pada PRU akan datang...

Adzhar Amri Fully support on u!!!

12. Keris Meloya

Dalam UMNO ada pelbagai watak, dimanakah anda...??
1) Pejuang
2) Pemimpin
3) Pembela
4) Pemerhati
5) Pengampu / Kaki Jilat / Tukang Hisap
6) Perompak / Penyamun / Lanun
7) Hamba Duit / Lembu / Macai

Adzili Bin Mohamad Amri and 4 others like this.

Adzhar Amri 8. Sarkas

13. Keris Meloya

Macam manalah boleh jadi Exco Perak, jadi Ketua Bahagian pun tak layak sebenarnya...Dasar Penghulu cabuk lupa diri, moga terbuka hati perwakilan UMNO & tamatkan era pemimpin korup ini...Lagi jahanam dari zaman Azman Mahalan, gila kuasa sampai S/U dia pun jadi Naib Ketua Pemuda...

Raushan Indera Page ni sangat kelakar. keris meloya macam keris malaya je....

Adzhar Amri Kelakar dari Keris Malaya pun kami 'like'.

14. Keris Meloya

Bangkitlah wahai anak Melayu...


o Adzili Bin Mohamad Amri and 4 others like this.


15. Keris Meloya

Anak muda dan belia sudah muak dengan kepimpinan Tok Din yang kronisme dan korup, di mana kepentingan rakyat DUN Air Kuning di bela?Pernahkah Tok Din turun padang berjumpa anda semua selepas PRU13, rakyat perlukan perubahan pucuk pimpinan...Mulakan dengan pemilihan dalaman, bersatu semua mejatuhkan pemimpin tamak haloba & korup ini...!!


16. Keris Meloya

Demi pembaharuan dalam UMNO Bahagian Tapah, diharapkan perwakilan UMNO boleh nekadkan hati dan menolak YB Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan sebagai Ketua Bahagian pada pemilihan 19hb Oktober ini...


17. Keris Meloya changed his cover photo.


18. Keris Meloya

Getir Perjuangan Kemerdekaan

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor. Pada ketika...See More

o Adzili Bin Mohamad Amri and 4 others like this.


19. Keris Meloya

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah tapi saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah... (Dr. Shukri Abdullah)

MARI KITA LIHAT APA YANG DIPERKATAKAN OLEH SANG MUDA YANG MAHU JADI PEMIMPIN MASA HADAPAN..... BUDAYA APAKAH YANG DIBAWA... NILAI GAYA TUTUR KATA ADAKAH BUDAYA ISLAM... ATAU BUDAYA ..DAP KAFIR LAKNATULLAH?

ALLAH BERI KITA AKAL GUNAKAN LAH SEBAIK2NYA ..NILAI DAN TIMBANG2KAN SIAPA YANG KITA NAK PERTONJOLKAN... BUDAYA CACI MENCACI, FITNAH DAN HASAD DENGKI HALOBA...?

PERWAKILAN TAPAH BUATLAH PERTIMBANGAN SEWAJARNYA... INGAT ROSAKNYA SUSU DEK NILA SETITIK.... SO, JGN JADIKAN TAPAH MENJADI SUSU YG ROSAK DEK HASAD-DENGKI & TAMAK HALOBA...

BULATKAN TEKAD, BERISTIGHFAR DAN UNDI LAH.. DEMI ALLAH JIKA KITA IKHLAS, ALLAH JUGA IKHLAS TERHADAP KITA DAN TERUS BERJAYA...... AMIEN

Friday, October 11, 2013

SELAMAT BERSIDANG PERGERAKAN SAYAP-SAYAP

SELAMAT BERSIDANG DAN PEMILIHAN KEPADA PERGERAKAN SAYAP-SAYAP UMNO 2013 PADA SABTU 12/10/2013 DAN PERINGKAT BAHAGIAN & MT PADA SABTU 19/10/2013.

Pertamanya saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu [ UMNO ] kerana berjaya melakukan “TRANSFORMASI” didalam “Persidangan dan Pemilihan” UMNO 2013.

2.       Semoga perubahan/transformasi ini juga berjaya untuk mencungkil pemimpin-pemimpin muka baru yang lebih komitmen dan berjuang atas dasar Parti selaras dengan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

3.       Warga UMNO perlu pembelaan untuk memperkasakan lagi UMAT MELAYU. Perubahan/ transformasi ini dibuat adalah untuk menjernihkan kembali permasalahan yang selama ini tersimpan didalam jiwa-jiwa ahli UMNO terutamanya diakar umbi bagi meraih kembali sokongan Umat Melayu dikalangan generasi-generasi muda terutamanya anak-anak muda Melayu yang berada di Menara Gading.

4.       Kekadang kita berasa sedih dengan kelakuan mereka yang mudah menghentam dan memburukkan Kerajaan yang selama ini telah menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Contoh… berbagai kemudahan didalam sektor pendidikan samada di alam persekolahan dan juga di IPTA/IPTS – Biasiswa, PTPTN, BRIM Buku 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

5.       Teramat sayang, Kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi tujuan di atas, namun mereka masih menentang, malah telah menyokong pembangkang dan teramat malang sekali mereka diperkudakan oleh parti pembangkang. Apapun perkara ini kita tidak wajar persalahkan 100% kepada anak-anak muda kerana ada juga kewajaran terhadap rungutan mereka, lebih-lebih lagi bila perangai serta tingkah laku para pemimpin yang ada sekarang ini lebih penyangak dari penyangak sebenar…. Untuk itu, adalah wajar pemimpin-pemimpin sebegini diketepikan dengan menolak pencalonan mereka didalam undian kita kali ini.
6.       Zahirkan penolakan kita ini melalui kuasa pengundian didalam Pemilihan UMNO 2013, samada di Peringkat Sayap serta Exconya dan juga Kepimpinan Bahagian serta Majlis Tertinggi. Realitikan pemilihan ini adalah pemilihan yang akan menempatkan kredibiliti, mentaliliti serta presentable calon-calon yang bakal dipilih itu punyai kreteria seperti:-

i.        Pemimpin Berjiwa Besar dan rakyat didahulukan, bukan poket kita yangdiutamakan.
ii.               Taat kpd Perintah Allah, bersolat
iii.             Berintegriti,
iv.              Berilmu
v.                Berwawasan,
vi.              Berusaha Mendekati dan Menjiwai denyut Nadi Rakyat
vii.    Agih dan kongsi peluang dan ruang yang ada dengan rakyat yang mengundi kita

Tolak Pemimpin dan Bakal Pemimpin seperti ini:-

i.             Rasuah,
ii.           Ke Akuan
iii.          Sombang & Bongkak
iv.          Kelaku yang buruk
v.            Sering Tinggal Solat dan jarang ke Masjid
vi.          Penting diri sendiri
vii.         Menunjuk-nunjuk dgn harta yang dimiliki, rumah/kereta dsbnya
viii.       Berperangai bagai “Kacang Lupakan Kulit”/Lupa daratan
ix.          Jarang mahu mendekati rakyat, mungkir janji.

7.       Proses untuk mengembalikan golongan anak-anak muda dan marhain untuk mendekati UMNO akan menjadi amat sukar, jika segala contoh di atas tidak di ambilkira oleh Kepimpinan Masyarakat, samada diperingkat Kampong, Kawasan, Daerah, Bahagian, waima dari golongan Majlis tertinggi.


8.       Pembaharuan yang mahu di lakukan oleh UMNO sekarang sesuatu yang murni kerana dalam kontak Malaysia, hanya UMNO yang terus-menerus menjagai dan memertabatkan Agama Islam di dalam Perlembagaan Negaranya. Saya juga yakin Islam di Malaysia akan terlebih hebat dan terus disanjungi sekiranya masih di bawah Pemerintahan UMNO.


9. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua warga UMNO untuk terus memperkasakan UMNO dan pemeremajaan dan mematangkan UMNO itu amat wajar berterusan.

10. Transformasi yang dilakukan oleh UMNO saya harap2 TIDAK ibarat “hangat2 Taik Ayam” jika UMNO masih mahu melihat bahawa Parti UMNO untuk terus memerintah Malaysia dan menjadi pembel;a agung kaum Melayu dan Bumiputra.

11. Unit, Urusetia Jawatankuasa Pemilihan UMNO, wajar di Institusikan sepenuhnya dan menjadi urus tadbir Pemilihan dan Pengundian UMNO Malaysia. Pemerkasaan Unit juga wajar dan seharusnya ia bertindak sebagai satu badan berkecuali yang bertindak sebagai Suruhanjaya Pemilihan UMNO Malaysia, mengambil contoh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

12. Pemerkasaan Urusetia Pemilihan amat2 wajar dan ianya perlu di perluaskan lagi skop kerjanya dan disusuli dengan Peraturan dan Tatacara yang kondusif. Saya melihat reaksi serta keterbatasan Command, Bajet serta polisi juga wajar diperhalusi dan dokumentasikan untuk rujukan-rujukan perlaksanaanya.


Sekian.