Thursday, March 28, 2013




Menjelang PRU13..., Penentu Kesinambungan Pentadbiran Negara Oleh Bangsa Melayu serta Taat Setia Kaum Cina & India Terhadap Barisan Nasional.

Insya Allah saya yakin ada kemungkinan hari ini Jumaat 29/3/2013, adalah Dday Parlimen dan kebanyakan DUN di Negeri2.di Semenanjung dan juga di Sabah dan hanya Parlimen di Serawak., Terbubarnya kedua2 DEWAN tersebut,  maka bermulalah peperangan parti2 politik Tanahair untuk meraih sokongan warganegara Malaysia bagi memilih mereka supaya dapat mengemudi Negara & Negeri untuk tempuh 5 tahun akan datang. Dengan bermulanya episod peperangan menifesto2 ini, saya mengharapkan semua warganegara Malaysia berhati2, selidiki dan fahami mesej sebenar didalam sesuatu menifesto itu. Adakah menisfesto yang dikemukakan itu masuk akal? Boleh dilakukan? dan menjadi serta membawa kesejahteraan kepada semua warganegara seperti mana yang sudah kita kecapi selama ini, semenjak Negara mendapat kemerdekaan?

2.  Nasehat saya terutamanya kepada pengundi muda [40 tahun kebawah] jangan sesekali kita membuang undi mengikut perasaan dan terikut2 cakap serta hasutan rakan or kekawan. Buat pilihan sendiri dan pastikan kita memilih kepada parti yang telah banyak berjasa dan sentiasa membantu rakyat dari dulu sehingga kini dan dan telah membawa negara ke taraf yang sebegini.

3.   Pastikan juga dengan pemilihan kita ini, yang penting sebagai Umat Islam sudah pastinya mahukan Agama Islam terjamin menjadi Agama tunjang di negara ini dan Islam juga terus diperkasa. Hanya undian kita sahaja akan menentukan semua ini. Jadi jgn sesekali tersalah pilih.

4.   Wajar juga kita perhatikan, Parti manakah yang bertanding disemua kawasan [contoh BN bertanding dikeseluruhan kwsn dan UMNO mengunggulinya], jadi dengan kelebihan kerusi itu, menandakan suara kita adalah DOMINAN, jadi sebagai teras ia mudah utk mentadbir Kerajaan dan Kerajaan yg dibena itu ampuh, mampan serta Unggul, lantas diyakini dapat membawa kesejahteraan untuk rakyat secara keseluruhannya.

5.    Kita juga wajib memilih kepada parti yg sudah sangat berjasa dan punyai rekod pentadbiran yang cemerlang. Lihat BN/Kerajaan, semuanya menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Lihat juga bagaimana Program Transformasi yang dilakukan sekarang, bahawa ia amat2 membantu rakyat serta mendekatkan Kepimpinan Negara dgn rakyat tanpa ada batas jurang yg memisahkan. Slogan"Janji diTepati" memang betul2 terlaksana serta "Rakyat didahulukan" memang bukan retorik TETAPI realiti, contohnya lihat saja BRIM 1.0, 2.0, Baucer buku, Duit RM100 untuk semua pelajar, Karisma, Nelayan, Petani, Ibu Tunggal, Fakir Miskin, Warga Emas, Rumah Rakyat, dan berbagai lagi... bukankah sudah terang lagi bersuluh dan ianya sudah nyata dilaksanakan bukan omongan kosong!

6.  Oleh itu, saya mohon demi kekuatan Bangsa Melayu dan survival "Kerajaan Demokrasi Beraja Berpelembagaan" ini yang majoriti membawa suara Bangsa Melayu dan Bangsa lain tidak dipinggirkan, maka Kerajaan/Parti ini amat wajar untuk terus diberikan sokongan dan kepercayaan untuk meneruskan pentadbirannya.
 
7.    Lihat sejarah dan apa yang berlaku di Negara2 Arab, pertukaran kerajaan yang ditaja oleh Barat tidak membawa sebarang kebaikan, contoh... di Iraq, di Libya, di Negiria, di Sudah serta lain2 negara semua masih tidak aman dan semakin buruk keadaannya, KERANA pertukaran itu adalah ditunjangi oleh BARAT yang mempunyai MUSLIHAT yang tersendiri dan didalangi oleh SIKITUL2 moden yang hanya meletakkan diri dan keluarganya lebih penting dari Rakyat jelata. Cuba lar fikir2 kan.

8.    Saya juga mahu melihat Rakyat Kelantan, Kedah, Selangor serta juga Perak, untuk memastikan Kerajaan di Negeri2 berkenaan kembali dengan bermaruah kepangkuan BN yang sudah terbukti kemampuannya mentadbir Negeri dengan cukup baik dan produktif. Saya katakan Perak kerana, diawalnya Perak juga rebah oleh tsunami politik, dan dengan takdir Allah ia kembali berkuasa ditangan Bangsa Melayu...... Bangsaku Melayu bertaut dan bersatu hatilah agar kita kuat, jika kita kuat orang pandang kita bermaruah.... bukan hina dan diugut2.... Marilah bersatu....

9.    Ingat lar wahai pengundi Muda....walau apa pun difikiran anda [krn anda terdedah kpd dunia maya], namun apa yang lebih penting jgn sesekali kita melakukan kesilapan, dan kesilapan ini ditakuti terpaksa dibayar dgn harga yang amat tinggi [Nyawa dan Jasad perlu dibaktikan] Ingat lah wahai pengundi muda jgn ikut nafsu, nanti kita lesu... ikutlah iman dan takwa... dan berilah kepercayaan kepada yang sudah ternyata telah berbakti kepada Nusa dan Bangsa. dek pepatah kata "Berbudilah kpd mrk yang telah berbakti kpd anda" krn Islam juga menuntut untuk kita berterima kasih/bersyukur, krn kajyaan BN selama ini adalah oleh restu Allah SWT.

Untuk menguatkan semangat ini... perlu kita rujuk... Apakah kata2 Lim Kit Siang di peristiwa tahun 1969 sebelum berlakunya May 13... sesiapa yang ada beberapa Ungkapan  Lim Kit Siang itu yg menjurus kepada ANTI MELAYU nya yang begitu tebal, sehingga menyuruh Kaum Melayu balik ke hutan jadi Sakai, Polis Melayu Umpama Anjing, serta lain2 kata2 nista terhadap Bangsa Melayu...............

Wajar kita berwaspada pada PRU 13 ini... Ingat angka 13, amat2 kita guruni..... Tolong hebahkan ucapan/kata2 Lim Kit Siang itu....!!! 

Kita tidak mahu melihat kelibat manusia seperti LKS ini masih berlegar2 didalam politik Malaysia, kerana ia tidak membantu dalam Arus Pembangunan Negara.

Sekian.... Ingat Melayu dan Islam tidak sesekali akan lenyap dari Bumi Tanah Melayuku, Malaysia....

Terima kasih....fb barisanngoperak.



Monday, March 25, 2013

PRU 13 - BANGSA MELAYU/ISLAM WAJIB BERSATU DEMI AGAMA ALLAH - ISLAM

Dalam suasana PRU 13 yang semakin membahang panasnya dan penentu kepada kegelisahan Umat Melayu/Islam dimanakah mereka selepas ini, jika Kerajaan BN yang ada sekarang kecundang dalam perjuangan dek kerana hasutan dan adu-domba SiKitul moden yang terlalu rakus kuasa. Kerakusannya semakin  menjadi-jadi kerana beliau begitu yakin bahawa agendanya akan tercapai jua akhirnya dek kerana beliau yakin bahawa tangan-tangan ghaib akan datang menolong beliau dgn kekuatan tentera upahan serta wang yang melinpah ruah dari Negara2 Yahudi dan Nasrani spt Amerika dan Eropah..

2,    Kata-kata saya ini mungkin ada benarnya bila kita lihat keberaddan kapal perang USS Guardian yang cukup canggih, tetapi tersasar dan dipindah muat segala khazanahnya ke Jepun, sedangkan Filipina rakan baiknya cuma beberatus kilometer shj. Apakah perancangan dan strategi Anwar di sini... Kita semua tahu yang Negara Yahudi gemar akan kelibat Anwar krn beliau boleh menjadi SIKITUL MODEN yang diharapkan menjahanamkan Malaysia dari dalam, seperti Sitikul dulu yang berkhianat kpd Sultan Melaka dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis... Baca dan kronologi peristiwa Lahat Datu dgn Jadual Harian Anwar seperti di nyatakan dibawah ini :-


Satu lagi pendedahan penglibatan Anwar Ibrahim dengan pencerbohan Lahad Datu oleh Pengganas Sulu.

Berikut adalah pendedahan sebuah blog Disini dan Disini

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"


1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

- Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie/Agbimuddin sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!


15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).
 
3.      Bangsa Melayu/Islam Malaysia, wajib bersatu dan bersatu hati dalam menentu keputusan PRU 13, kerana jumlah pengundi Melayu keseluruhannya adalah melebihi 68% dan suara Undi ini jika padu untuk Bangsa Melayu yang diungguli oleh UMNO, sudah pasti Bangsa Melayu dan Islam akan terus terpelihara, menjadi DOMINAN dalam kepimpinan Negara. Sejarah telah membuktikan pada tahun 1969 apabila UMNO/Perikatan kuat Parti lain seperti PPP/GERAKAN dengan sendiri datang dan mahu bernaungan dalam PARTI PERIKATAN. Oleh itu jika Melayu Kuat, Kaum lain akan mahu berganding bahu dgn kita. Itulah natijahnya dan ia memang sewajarnya kita harapkan begitu sampai bila2 pun.

4. TETAPI, dek sikap chauvanis DAP, maka mereka tidak senang hati dek dasar tak tahu di untung dan tak tahu membalas jasa terhadap pengorbanan Bangsa Melayu yg bertoleransi menerima mrk sebagai rakyat Malaysia semasa pembentukan Malaysia/kemerdekaan Tanah Melayu. Dibawah ini juga diperlihatkan akan kerakusan Anwar bersama rakan2nya DAP dan PAS didalam perancangan mereka untuk menawan Putrajaya, di mana 10 perkara ini akan dilakukan Anwar menjelang PRU 13, untuk menagih simpati rakyat yang tidak tahu akan kebenarannya... Oleh itu media massa wajar memberikan hebahan akan apa yang mahu dan akan dilakukan oleh Anwar setelah pembubaran Dewan. Lihat dibawah perancangan Anwar:-


10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU-13

http://mynewshub.my/2013/03/23/10-kejutan-anwar-ibrahim-menjelang-pru-13/

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.

Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…

Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.

Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.

Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.

Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.

Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.

Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….

Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.

Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.

Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.



3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.

***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
 


8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah ” wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…

Akhir kata, saya mengajak rakyat Malaysia, meneliti, memikir dan memperhalusi tentang kebejatan Anwar didalam KARAKUSAN nya untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
WAHAI RAKYAT MALAYSIA ... FIKIR2 KAN LAH
[Terima kasih kpd blog : mymassa.blogspot.com, mynewshub.my dan juga http/:borneoinsider.com]