Wednesday, February 22, 2017

HAK ORANG ASLI DI TANAH MELAYU.

ISU HAK ORANG ASLI DI TANAH MELAYU.
Saya terpanggil bila melihat berita TV3 yang dua hari lepas memperlihatkan kepada kita akan “Gundah Gulananya Mereka Orang Asli Penduduk berstatus Pribumi Asal yang disisihkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, didalam anekmen Kanun Tanah Negeri Kelantan dan Tanah Adat Orang Asli. Jangan sampai Masyarakat Antarabangsa menyifatkan atau Menggelar kita sama seperti Myanmar yang Menyingkir dan Menghapurkan Kaum Rohinya..... Kementerian Luar bandar di gesa agar menjiwai Isu ini dan Menyelesaikan segera, kerana JKOA adalah dibawah bidangkuasa KKLW.


Antara yang perlu dilihat adalah :-
1. Tanah Tempat Tinggal Mereka untuk hidup serta bercucuktanam bagi menyara kehidupan sehari-hari;
2,      Kawasan berburu dan ternakan mereka yang pupus dek pembalakan yang tidak terbendok terutaman golongan yang rakus ditambah pula oleh pengusaha asing dari orang tempatan dan Singapura;
3.      Bekalan Air Minum dari Air bukit serta Aliran Sungai yg tercemar yang menyulitkan mereka dan akhirnya berpenyakit;
4.      Kesan Jangka panjang alam sekitar kawasan penempatan mereka;
5.      Peranan Jabatan Hutan Negeri Kelantan yang mungkin mementingkan pendapatan Kerajaan Negeri dan menidakkan Hak2 Orang Asli, Ingat walaupun tanha tersebut tidak di gazetkan Tanah Adat Org Asli klu mengikut Anekmen Antarabangsa “Unesco” Hak Tanah Orang Pribumi adalah mengatasi segala klausa & Anekmen yang ada; adalah diperingatkan agar jangan sampai perundangan Antarabangsa mengambil tempat yg akan lebih “menyusahkan pentadbiran”
 6.      Jgn kita memuliakan Usahawan yg menghancurkan Khazanah Hutan dan meminggirkan terus Hak Org Asli yg telah sedia diketahui adalah Penduduk Asal Negara ini.


7.      Keberkesanan Pejabat Hutan Negeri yang mentadbir hutan2 adakah benar dan betul terjaga dari tindakan pembalak yang “mencuri balak” diluar kawasan yang diluluskan.. Jika benar betul terkawal mengapa berlaku “pembotakan hutan disana-sini’…
[Artikel 7 ini.. meminta agar satu penyiasatan penuh wajar dilakukan oleh SPRM terhadap isu penggondolan hutan di Negeri Kelantan, Pahang, Perak, Kedah serta Johor agar Khazanah Negara dan Penjagaan Alam Sekitar benar2 terkawal dan Tiada sebarang bentuk “Pencurian Khazanah Balak” oleh Pembalak Rakus yang melakukan pembalakan diluar kawasan yg diluluskan.
Rujuk juga Artikel dari “malaysiadateline”..  
Siasat tindakan Jabatan Hutan Kelantan kepung kampung Orang Asli
[https://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/5117-siasat-tindakan-jabatan-hutan-kelantan-kepung-kampung-orang-asli ]
Selepas dua minggu Orang Asli berjuang mempertahan Hutan Simpan Kekal Balah daripada musnah dengan menyekat masuk lori balak di Simpang Petei, Pos Tohoi, pihak Perhutanan pula menghalang pihak luar termasuk peguam, NGO dan media memasuki perkampungan masyarakat setempat. Foto R Malaysia
Ekoran kepungan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan terhadap masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Simpor, Gua Musang dengan menyekat laluan masuk ke perkampungan tersebut, Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat laporan polis hari ini.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai menyalahgunakan kuasa, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Jeyakumar Devaraj berkata, pihaknya mahu polis menyiasat siapa yang memberikan arahan di sebalik sekatan termasuk kepada peguam, NGO dan media berdekatan Sungai Perias sejak 12 Oktober lalu itu.  
“Adakah itu tindakan persendirian pegawai tinggi dalam Jabatan Perhutanan atau arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan?
“Adakah kaitan komersial di antara pihak yang memberi arahan menyekat akses dan tauke-tauke syarikat pembalakan yang beroperasi di kawasan itu? Adakah unsur rasuah dalam hubungan tersebut?” soalnya dalam laporan itu.
Walaupun mengakui Jabatan Perhutanan mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan ke mana-mana kawasan hutan mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan, beliau berkata, kuasa berkenaan adalah untuk melindung hutan daripada pencerobohan komersial bukannya mengepung Orang Asli yang sedang berjuang menghentikan pemusnahan hutan di sekeliling perkampungan mereka.


******************************************
Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan dan keadilan terhadap warga Pribumi Asal ini, saya berpendirian agar satu penyiasatan menyeluruh oleh SPRM dengan menggunapakai Kerjasama dari Angkatan Tentera Darat Malaysia, kerana ATM lebih mengetahui selok-belok Hutan Khazanah Negara, agar satu penyelesaian muktamat dapat dihasilkan demi Keselamatan dan Keselesaan Semua Penduduk Malaysia.