ISU HAK ORANG ASLI DI TANAH MELAYU.
Saya terpanggil bila melihat berita TV3 yang dua hari
lepas memperlihatkan kepada kita akan “Gundah Gulananya Mereka Orang Asli
Penduduk berstatus Pribumi Asal yang disisihkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan,
didalam anekmen Kanun Tanah Negeri Kelantan dan Tanah Adat Orang Asli. Jangan sampai Masyarakat Antarabangsa menyifatkan atau Menggelar kita sama seperti Myanmar yang Menyingkir dan Menghapurkan Kaum Rohinya..... Kementerian Luar bandar di gesa agar menjiwai Isu ini dan Menyelesaikan segera, kerana JKOA adalah dibawah bidangkuasa KKLW.
Antara yang perlu dilihat adalah :-
1. Tanah Tempat
Tinggal Mereka untuk hidup serta bercucuktanam bagi menyara kehidupan
sehari-hari;
2, Kawasan berburu dan ternakan mereka yang
pupus dek pembalakan yang tidak terbendok terutaman golongan yang rakus
ditambah pula oleh pengusaha asing dari orang tempatan dan Singapura;
3. Bekalan Air Minum dari Air bukit serta
Aliran Sungai yg tercemar yang menyulitkan mereka dan akhirnya berpenyakit;
4. Kesan Jangka panjang alam sekitar kawasan
penempatan mereka;
5. Peranan Jabatan Hutan Negeri Kelantan yang
mungkin mementingkan pendapatan Kerajaan Negeri dan menidakkan Hak2 Orang Asli,
Ingat walaupun tanha tersebut tidak di gazetkan Tanah Adat Org Asli klu
mengikut Anekmen Antarabangsa “Unesco” Hak Tanah Orang Pribumi adalah mengatasi
segala klausa & Anekmen yang ada; adalah diperingatkan agar jangan sampai
perundangan Antarabangsa mengambil tempat yg akan lebih “menyusahkan
pentadbiran”
6. Jgn kita memuliakan Usahawan yg
menghancurkan Khazanah Hutan dan meminggirkan terus Hak Org Asli yg telah sedia
diketahui adalah Penduduk Asal Negara ini.
7. Keberkesanan Pejabat Hutan Negeri yang
mentadbir hutan2 adakah benar dan betul terjaga dari tindakan pembalak yang “mencuri
balak” diluar kawasan yang diluluskan.. Jika benar betul terkawal mengapa
berlaku “pembotakan hutan disana-sini’…
[Artikel 7 ini..
meminta agar satu penyiasatan penuh wajar dilakukan oleh SPRM terhadap isu
penggondolan hutan di Negeri Kelantan, Pahang, Perak, Kedah serta Johor agar
Khazanah Negara dan Penjagaan Alam Sekitar benar2 terkawal dan Tiada sebarang
bentuk “Pencurian Khazanah Balak” oleh Pembalak Rakus yang melakukan pembalakan
diluar kawasan yg diluluskan.
Rujuk juga Artikel
dari “malaysiadateline”..
Siasat tindakan Jabatan Hutan Kelantan kepung kampung
Orang Asli
[https://www.malaysiadateline.com/index.php/berita-list/20-headline/5117-siasat-tindakan-jabatan-hutan-kelantan-kepung-kampung-orang-asli
]
Selepas dua minggu Orang Asli berjuang mempertahan Hutan Simpan
Kekal Balah daripada musnah dengan menyekat masuk lori balak di Simpang Petei,
Pos Tohoi, pihak Perhutanan pula menghalang pihak luar termasuk peguam, NGO dan
media memasuki perkampungan masyarakat setempat. Foto R Malaysia
Ekoran kepungan Jabatan Perhutanan Negeri
Kelantan terhadap masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi dan Pos Simpor, Gua Musang
dengan menyekat laluan masuk ke perkampungan tersebut, Parti Sosialis Malaysia
(PSM) membuat laporan polis hari ini.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai
menyalahgunakan kuasa, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, Dr Jeyakumar Devaraj
berkata, pihaknya mahu polis menyiasat siapa yang memberikan arahan di sebalik
sekatan termasuk kepada peguam, NGO dan media berdekatan Sungai Perias sejak 12
Oktober lalu itu.
“Adakah itu tindakan persendirian pegawai
tinggi dalam Jabatan Perhutanan atau arahan seorang Exco Kerajaan Negeri
Kelantan?
“Adakah kaitan komersial di antara pihak yang
memberi arahan menyekat akses dan tauke-tauke syarikat pembalakan yang
beroperasi di kawasan itu? Adakah unsur rasuah dalam hubungan tersebut?” soalnya
dalam laporan itu.
Walaupun mengakui Jabatan Perhutanan mempunyai
kuasa untuk menyekat kemasukan ke mana-mana kawasan hutan mengikut Seksyen 47
Akta Perhutanan, beliau berkata, kuasa berkenaan adalah untuk melindung hutan
daripada pencerobohan komersial bukannya mengepung Orang Asli yang sedang
berjuang menghentikan pemusnahan hutan di sekeliling perkampungan mereka.
******************************************
Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan dan
keadilan terhadap warga Pribumi Asal ini, saya berpendirian agar satu
penyiasatan menyeluruh oleh SPRM dengan menggunapakai Kerjasama dari Angkatan
Tentera Darat Malaysia, kerana ATM lebih mengetahui selok-belok Hutan Khazanah
Negara, agar satu penyelesaian muktamat dapat dihasilkan demi Keselamatan dan
Keselesaan Semua Penduduk Malaysia.