[ Sebelum penulis menulis ttg Isu2 Panas dan Terkini, maka elok kita dapat mengingatkan lagi Sejarah Penubuhan Tanah Melayu dan Rentetan2 Peristiwa Pra dan Pasca Kemerdekaan 1957, krn ia ada berkait rapat di antara satu peristiwa kpd Yang Lain.]
SUNGAI
MANIK BERMANDI DARAH.
(Peristiwa sejarah
Tanah Melayu di bawah jajahan Cina Komunis MPAJA selama 14 Hari).
Perang Sabil Sg
Manik, Perak adalah perang yang dipaksakan ke atas orang Melayu oleh Cina
Komunis MPAJA melalui provokasi terancang sehingga mencetuskan kemarahan orang
Melayu. Ianya berlaku sejurus tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu selepas
Perang Dunia Kedua dan Cina Komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama
14-hari. Kekejaman Cina Komunis ini tak banyak beza dengan kegiatan AhLong
masakini yang menyiksa mangsa hutang tanpa belas kasihan kerana kegiatan
jenayah terancang mereka ini diwarisi turun temurun melalui kongsi gelap yang
menjadi tulang belakang dewan perniagaan Cina di seluruh dunia.
Banyak cerita
perihal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Melayu Banjar yang di
sampaikan dari mulut ke mulut, tapi kini makin luput dari ingatan generasi
muda. Dalam kejadian 13 Mei 1969, pejuang Melayu dari Sg Manik telah
beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur untuk menyelamatkan nyawa orang Melayu di
Kg Baru yang berada dalam bahaya. Anda mungkin pernah mendengar kisah Parang
Terbang yang berlegar sewaktu curfew atau perintah berkurung semasa peristiwa
13 Mei.
Pergerakan seperti
Tentera Sabil atau Kumpulan Parang Terbang merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg
Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan
kehandalan pahlawan Melayu Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang
komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda.
Nama-nama seperti
Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik. Selepas
Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba
mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan menubuhkan negara komunis Cina.
Mereka melakukan
banyak kekejaman secara terancang terhadap orang Melayu yang tidak menyokong
perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu dianggap sebagai tali
barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama Islam dan memungut
cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu
Pahat.
Bintang Tiga tidak
menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat
Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu
Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza. Mungkin Perdana
Menteri bukan lagi orang Melayu, seperti yang terjadi di Singapura!
Bagi orang Melayu
Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana
tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang
membela maruah orang Melayu.
Bacalah mana-mana
buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang
peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat
misalnya, Kiyai Salleh yang menyelamatkan orang Melayu tetapi Dato Onn yang
dapat nama sebagai hero.
Sudah tiba masanya
pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan
digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan
peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara.
Orang Melayu Banjar
Sg Manik tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti
Tan Sri atau Dato, cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan
direkodkan dalam sejarah negara. Jangan sampai peristiwa pemerintahan Tanah
Melayu oleh Komunis Cina Bintang Tiga selama 14-hari itu berulang kembali hanya
kerana Melayu Mudah Lupa !!!
Sumber : http://tiny.cc/parangterbang