KESELAMATAN SEMPADAN NEGARA BOLOS DAN TERANCAM SUNGGUH MEMALUKAN. DIMANA MARUAH JABATAN PERISIKAN PERTAHANAN MALAYSIA [MI0]
Saya rasa terpanggil bila membaca " HANYA 40 MINIT BOLOS SEMPADAN UTARA NEGARA", DI BERITA HARIAN 22/4/2015. Walau apa pun alasan diberi..adalah tidak manusabah langsung bhw sempadan negara yang menjadi benteng keselamatan dan maruah Negara rupanya tidak terkawal dan boleh dibolosi oleh pendatang asing... Ini baru pendatang asing, tidak dinafikan juga, bahawa akan timbul pula mereka yang menggunakan laluan tikus ini untuk melakukan jenayah terancang. Sudah semestinya senajat juga boleh bolos dengan mudah dan ianya
Persoalan yang TIMBUL di mata rakyat sekarang, dimanakah peranan "Jabatan Keselamatan Pertahanan Negara - MIO.. Satu unit Khas di Kementerian Pertahanan yang diterajui oleh Seorang Let. General. Kenapa unit ini tidak mengambil tindakan pro-aktif bagi menasihati Kerajaan tentang permasalahan keselamatan Negara yang terancam.. Adakah kita mahu kes Lahat Datu berulang, jika Lahat Datu permasalahan Lautan yang sukar dikawal... adakah kes sempadan Negara yang hampir 170KM ini diantara Bukit Kayu Hitam ke Kelantan tidak boleh dikawal oleh Anggota Risik dan Anggota Keselamatan ATM.?
Jika kos pembuatan pagar konkrit agak mahal, namuh DEMI Perthanan Negara ia wajar diberikan keutamaan dan sementara itu ia wajar mengerahkan pasukan Tentera kita berwaspada disepanjang persempadanan tersebut.
Apapun Kerajaan wajar mengambil serius perkara ini dan Pengarah Pertahanan Keselamatan Negara [ MIO ] bertanggungjawab sepenuhnya di atas kepincangan ini..